BAB 23
KERETA Ayie
meluncur dalam kadar kelajuan sederhana membelah jalan Brunnenstraße untuk kami
kembali ke Home of Nation di Iranische Straße. Perjalanan yang dekat tu rasa macam jauh je
bila Ayie kian perlahankan kenderaan dan duduk di lorong paling kanan.
Sesekali dia gerakkan wiper bila
ada daun-daun kering yang singgah di atas permukaan cermin bila dihembus bayu
dingin musim luruh Berlin. Aku pandang
dia seketika tapi dia tetap tenang memandu dengan bibir yang tak lepas
tersenyum.
“Kenapa?”
Ayie kalih sesaat dengan kening
terangkat. “Apa yang kenapa?”
“Senyum meleret je sejak
tadi...”
Dia tidak terus menjawab. Sebaliknya dia memegang kemas stereng dengan
kedua-dua belah tangannya dan membelok di satu simpang. Masuk ke jalan Karl-Liebknecht Straße. Aku pandang dia.
“Nak pergi mana?”
“Alexa...”
Aku
kerutkan kening. “Rumah siapa
pulak? Ayie jangan... tadi nak jumpa dua
orang Khai tu pun Ayie tak cakap awal-awal.
Nak terkeluar jantung...”
“Tak apa...,” dia membalas.
“Tak ada terkeluarnya dan kalau
terkeluar pun yang ada dalam dada Arya tu jantung Ayie punya. Kita dah system barterkan jantung
masing-masing, kan? Jadi toksah nak
risaulah... Ayie tak bagi jantung tu keluar merata-rata. Musim luruh nak masuk musim sejuk ni, biar
duduk situ. Nyaman sikit...,” ujarnya.
Aku serius merekah rahang dengan
ayat budak ni. Serius dia ni memang
dilahirkan dengan mulut manis. Setiap
kata-kata dia tak sah kalau tak ada madu.
“Merepek je tahu...”
Dia ketawa sekali. “Itu bukan merepek... itu puitis,” bantah
dia.
“Huh?”
“Yeah... puitis untuk orang yang
sudi menerima kepuitisan budak engineering macam Ayie ni.” Ayie kalih seketika dan mengenyit mata pada
aku.
“Ehemm...” Aku berdeham panjang.
“Yang Alexa tadi awek ke berapa
pulak?” soal aku mengubah topik.
“Yang ni awek seluruh penduduk
Berlin yang sudi menjenguk dia,” jawab
dia penuh makna.
Aku jelirkan lidah. Geram sungguh. Kalau aku tanya soalan tak pernah nak jawab
dengan lurus. Mesti ada bengkok atau
simpang-siur dia tu.
“Ayie ni banyak mainlah...”
“Yeah, barulah ceria hidup...” pangkas dia.
Tengok...
Kan aku dah cakap dia memang spesis
ada je nak menjawab kata-kata aku. Tak
hormat langsung. Huh.
Malas nak bertekak lagi, aku buka
zip beg sandang aku. Pen dan kertas aku
keluarkan daripada beg dan tangan dah bersedia hendak menarikan pena dengan
soalan seterusnya.
“Pen nak buat apa?” soal dia.
“Nak buat interview sikit...” Aku sengih jahat.
Ayie telan liur.
“Arya nak interview apa? Bukan ke kes Khairulidza tu dah settle ke dan
sungguh ni, Ayie kagum dengan jawapan dan pujukan Arya pada dia. Memang tak sia-sia Ayie buat keputusan nak
jumpa diorang petang ni,” ucap Ayie sedikit takut.
Aku senyum manis. Benda tu dah lepas. Kalau kata dia tak buktikan pun, aku
percayakan dia. Tapi, bila dia dah
buktikan dan aku dah tahu puncanya, rasa tak sedaplah pulak nak biarkan punca
masalah t uterus terbelit dan tak terurai.
Kesian Khairulidza.
“Feel like...” Aku berjeda sambil melemparkan pandangan jauh
ke depan.
Ayie sengih. “Helping her?” duga Ayie.
Aku angguk.
“Kuat?”
Aku geleng. Tak tahu kuat ke tidak nak berhadapan dengan perempuan yang sukakan
suami sendiri. Itupun silap percaturan
boleh buat dia kembali ke dunia pengkid dia tu.
Sesat!
“She will after you,” beritahu
Ayie.
Aku angguk lagi. Ya, tahu sangat dengan sikap yang macam
tu. Aku lebih tua daripada mereka
semua. Jadi, aku dah boleh agak apa yang
akan jadi. Mesti Khairulidza akan datang
cari aku.
“Macam mana Ayie ayat dia sampaikan
dia boleh jatuh suka dekat Ayie? Boleh berubah?” soal aku terasa nak tahu.
Kotlah dia ayat budak tu sama macam
mengayat aku selama ni, siapa tak cair? Aku
je yang agak kejung. Ini pun dah hampir
meleleh kecairan. Sikit je lagi Ayie
bagi ayat lipat maut, aku memang terkulai.
“Bukan Arya dah ada jawapan tu
ke? Arya dah jawab semua tu pada Ieza
tadi, kan?” tanya dia kembali.
Aku kerutkan kening dan
menggeleng. Tak faham. Banyak sangat ayat yang aku cakapkan
tadi. Lupa dah.
“Kan Arya cakap, AYie ni penyebab
je. Macam kompas la. Penunjuk arah. Destinasi dan takdir tu Allah dah
tetapkan. Manalah Ayie ayat dia
sangat. Ayie cakap yang betul. Apa? Kita
ni nak balik ke zaman Nabi Luth ke? Yang
pada akhirnya Allah turunkan bala, tak terkecuali pada seorang hamba pun. Biasanya Ayie jumpa dia dengan Khai
sekali. Khai selalu juga bawak Ieza tu
ke rumah kami. Tapi, tak adalah sampai
masuk dalam rumah. Kami sembang dekat
luar je. Ayie macam jadi tempat Khai
mengadu jelah. Parent Khai pun tak tahu
nak buat apa. Ayie pun secara tak
sengaja sebenarnya. Bila pandang dia,
rasa macam kesian…” Ayie sengih sekilas
pada aku sebelum kembali memandang jalan raya.
Aku mula memikir. Masih ada soalan yang perlu aku tanya. Rasa hairan sikit. Kalau betul dia dah berubah, kenapa dia pakai
macam tu lagi?
“Pakaian dia tu?” tanya aku.
Ayie berpaling dan angkat kening.
“Kenapa dengan pakaian dia?”
“Kalau betul dia dah berubah,
kenapa pakai macam lelaki… melainkan rambut dia dah nampak panjang…”
“Itulah… masa Ayie dan dia agak
rapat tu, dia dah mula pakai skirt dan blouse.
Rambut masa tu boleh nampak kulit kepala tapi dia nak berubah. Jujur, Ayie memang tak tahu dia suka Ayie
lebih daripada sepatutnya. Masa kat
Malaysia, Khai ada cakap pada Ayie nampak macam Ieza nak berubah jadi macam
asal. Bermula daripada pakaian. Tapi, rambut dia tak potong sebab dia masih
yakin Ayie akan cinta dia. Dia berubah
semula tu sebab Ayie,” akui Ayie jujur.
Fuh…
Lelah jasad aku. Tersekat nafas. Seorang perempuan berubah ke arah kebaikan
disebabkan lelaki yang dah jadi suami aku dan dia juga sedang berubah ke arah
keburukan juga disebabkan suami aku.
“Ayie rasa dia akan berubah jadi
diri dia yang lama tak?”
Tak payah tunggu atau berfikir,
Ayie angguk mengiyakan.
“I’d try my best. Ayie dah cuba dan setakat itu je Ayie
mampu. Yang lain, kita doakan jelah moga
dia dapat hidayah. Lagipun, Ayie kecik
hati kot… dia masuk rumah curi-curi tangkap gambar Ayie dengan abang dia macam
tu. Padahal kami biasa je macam tu. Tak adalah songsang masing-masing pun. Dia fitnah Ayie pada ma dengan pa… buat
diorang tak percayakan Ayie lagi…,” ujarnya.
Aku angguk. Yalah, tuduhan tu bukannya kecil. Gila punya tuduhan. Sampaikan aku sendiri pun jenuh nak pujuk
hati.
“Tapi, bak kata Arya… jodoh kita
kehendak Allah. Ayie terima dengan penuh
rasa syukur…cumanya…” Suara dia
meleret.
Dia berjeda lama sambil bersiul
kecil. Nampak senang hati sungguh.
“Cumanya?” Kening aku naik.
Mendesak sikit soalan tu. Pen di
tangan aku putar-putarkan seketika sebelum aku conteng nama aku di
atasnya. Aryana... nak tulis nama Ayie
terhenti pula tangan.
“Cumanya macam mana Ayie nak
buktikan pada keluarga kita yang Ayie ni tak gay. Ayie normal.
Macam lelaki biasa dalam dunia ni yang ada sembilan akal dan satu nafsu…” Senafas Ayie menyambung.
“Don’t worry. Arya akan cakap dekat ma dan pa Ayie. Jangan risaulah…”
“Ayie rasa kita kena buktikan…” Dia sengih.
Aku lipat maut pandang dia. Kening dah bertaut di tengah. Apa pulak maksud budak ni.
“Apa…”
“Cer tulis nama Ayie pulak,” suruh
Ayie sambil menyiku aku tak sempat aku nak habiskan soalan tu.
Bila aku mencemik, dia sengih
tayang gigi dia. Putih tersusun dan yeah,
harus aku akui aku memang suka tengok orang yang ada gigi cantik. Nak-nak dia adalah dia. Ya, dia di sisi aku ni. Dialah, siapa lagi.
“Nak jugak...,” cemik aku tapi
tangan tetap tulis nama dia di tepi nama aku.
Zakhri Adha...
“How do you feel?” tanya aku tiba-tiba.
Itu memang soalan tiba-tiba.
Tiba-tiba muncul.
Tiba-tiba rasa nak tanya dan nak
tanya.
Tiba-tiba rasa bau hanyir dengan
penerimaan Ayie pada aku. Setakat mana
dia terima aku? Semata-mata nak buktikan
yang dia bukan seperti yang ma dan pa dia sangkakan? Begitukah?
“Feel what? I feel good...” Itu jawapan Ayie.
Aku terus menconteng sekitar nama
kami. Contengan yang entah apa-apa
bentuk dah. Memang tangan aku ni tak
bedung. Tak berseni.
“Apa Ayie rasa nikah dengan orang
tua macam Arya? Seven years? Bukan sikit tau... tadi pun Ieza panggil Arya
tua...”
“Jauh hati?”
Aku menggeleng. Nak jauh hati kenapa dah memang itu hakikat
yang terbentang. Hakikat satu dunia tahu
umur aku berapa? Siapa nak sangkal? Kalau aku menangis adakah esok umur aku boleh
muda setahun daripada Ayie? Tentulah
tidak. Jadi tak ada istilah jauh hati.
“Just... wonder.” Aku sengih.
Ayie senyum dan mencari tangan aku
lantas digenggamnya erat.
“Selagi Arya tak belek kamus
Germany... tak faham apa yang Ayie cakap sebelum-sebelum ni dan tadi jugak,
selagi tu Arya akan hidup dalam
teka-teki. You will always hesitate
about me...”
Lama aku memikir. Ini aku buat keluar kertas dan pen ni nak
tanya dia pasal ayat-ayat lipat maut dalam bahasa Jerman dia tu lah. Aku manalah reti nak eja apa yang dia
tulis. Dulu masa belajar, adalah aku
ambik bahasa ketiga tapi itu Mandarin.
Ini Jerman?
“Kan mudah kalau Ayie terus-terang?”
“As I said before... tak thrill
la...” Dia sengih menyampah.
Aku menceberkan bibir. “Kalau nak thrill pergilah main buggy
jumping,” saran aku.
Macam saja nak suruh Ayie bunuh
dia.
“Okey... jom kita try. Weekend ni kita pergi buggy jumping,” ujar
Ayie teruja.
Aku kelu dengan mata membulat. Cepat-cepat aku geleng kepala. Gila ke apa nak main benda tu? Memang dia saja nak jadi duda muda berhias
gamaknya.
“Takut?”
Aku geleng. “Gemuruh...”
“Ayie ada, kan? Kita lompat sama-sama...”
Aku geleng lagi. “Tak nak...”
“Dah tu nak apa?”
Aku geleng lagi.
“Ayie nak?”
Cepat pulak aku angguk. Okey, dah terlebih aksi dah pulak. Ayie dah gelak sakan sambil menepuk stereng
kereta.
“Ich möchte Sie auch so schlecht.”
Aku tepuk dahi. Lagi sekali.
Aku suakan kertas dan pen pada
dia. Ayie kerutkan kening. Tawa dia mati.
“Apa?”
“Lepas balik rumah tulis semua ayat
yang Ayie cakap dekat Arya sejak landing Berlin. Arya nak translate nanti,” arah aku keras.
Ayie ketap bibir menahan
senyum. Dia menggeleng pada mulanya..
“Kalau tak nak Arya balik
Malaysia...” Itu ugutan.
“Okey... sampai rumah nanti Ayie
tulis. Tapi sekarang ni...” Suara Ayie mati. Dia membelok kereta masuk ke GrunneStraße.
Tu haa... tersergam si Alexa di
depan mata. Pasaraya rupanya. Aku ingatkan apalah tadi.
“Dah sampai tempat awek Berlin
ni. Alexa...”
Heh... aku sengetkan bibir. Sinis.
Suka kenakan aku. Tunggulah dia
pergi USA nanti. Cukup-cukup aku kenakan
dia.
MASUK saja ke dalam mall, Ayie
terus tarik tangan aku minta aku berjalan dekat dengan dia.
“Nak beli apa?”
“Don’t ask me… Ayie tak tahu…”
Aku mengeluh. “Dah tu datang buat apa?”
Masuk mall tak tahu nak beli apa, lepas
tu tanya aku pulak? Baik balik rumah,
kemas barang yang tak berusik lagi tu. Baik
dia buat persediaan nak masuk kuliah. Apa
daa…
“Arya kan isteri, manalah suami
awak ni tahu nak beli apa? Barang-barang
dapur mungkin?” duga Ayie dengan kening
yang naik.
Huh, masa ni aku berusaha tahan
senyum okey. Aku rasa nak terbang tanpa
sayap bila dia cakap macam tu. Aku isteri dan dia suami. Wow… mengujakan, kan?
“Senyum sorang makhruh…” Ayie menegur sinis.
Aku ketap bibir dan mencemik. “Orang senyum fikirkan barang apa nak beli la…”
“La… ingat barang nak beli pun
boleh senyum? Arya ni ingat apa
sebenarnya?” duga dia masih tak puas nak
kenakan aku.
Aku tarik tangan aku daripada
genggaman dia.
“Tak nak jalan dengan Ayie…”
Aku percepatkan langkah hendak
menuju ke escalator hendak turun ke LG.
Di situ letakkan pasaraya barangan harian.
“Eh, jalan sorang-sorang bahayalah. Ada suami pun tak nak jalan-jalan sama. Kalau macam ni, baik Ayie jalan sorang-sorang
macam sebelum ni…”
“Kalau nak apa salahnya…” Aku membalas datar.
Dia muncungkan bibir. Aku ledakkan tawa.
“Merajuk?”
Dia diam.
“Geli ar…” Aku ketawa.
“Malam tu Arya merajuk Ayie pujuk…
ni Ayie merajuk Arya nak buat apa?”
tanya dia serius.
Jari aku mengetuk dagu
sendiri. Memikir tentang malam tu memang
buat aku malu. Nak-nak perbuatan Ayie tu
tertangkap oleh mata dua beradik tu. Padanlah
Khairulidza meletup dengan aku petang tadi.
Dia nampak Ayie bagi killer kiss dekat aku selama tiga saat tu.
“Arya tak bagus dalam mata
pelajaran pujukan…” Aku sengih
kemudiannya.
Ayie sengetkan bibir dia ke
kiri.
“Kalau macam tu, Ayie lebih suka
Arya merajuk…”
Dia sengih. Sengihan itu.
Ya, yang aku panggil sengihan membunuh.
“Ayie tahu dah cara mana nak pujuk,”
jawab dia mengenyit mata.
Aku kecilkan pandangan. Memberi amaran. Jangan nak buat perangai tak betul kat sini
eh… mata aku melilau ke sekeliling. Ramai
orang.
“Merajuk?” tanya dia.
“Don’t you dare…”
“If I dare?” cabar Ayie.
“Arya tak tolong Ayie cakap dekat
pa dengan ma yang Ayie ni normal…,” ugut aku.
Dia sengih lagi. Lantas tangan aku ditarik dan kaki kami
menjejaki escalator. Bibir Ayie lebar dengan sengih.
“Kalau macam tu, you give me no
choice…”
Langsung aku pandang dia demi
mendengarkan ayat dia tu.
“Which means?”
“Ayie kena buktikan melalui Arya lah…
buktikan yang Ayie ni lelaki sejati…,” jawab dia dan terus saja dia menggumam
sebuah lagu yang aku tak pasti lagu apa.
~~> bersambung
RM kata : Eh, mana yang macam ni? hehh.. tak ada lagi eh... ada nanti..
at last..
ReplyDeleteHorey...horey....hip..hip...horey..... lomantika li amour.... hihihi....
ReplyDeleteKena bg Arya mengandung le jawapnya.. sbg bukti Ayie bukan gay! ;)
ReplyDeleteTq 4 d n3...♡ it... hbskn dlm blog nanti y :O
ReplyDeletehaha..arya dh risau nk merajuk dh..lol
ReplyDelete"I also want you so bad"
ReplyDeleteAiyark, tiap2 kali nak baca bab baru, kena standby dgn tab google translate..
I always want to learn to speak german
Habiskn dlm blog je tp bkn skrg...kasi pjg sikit..blm brsedia nk berpisah ngn ayie arya
ReplyDeletemula2..tiba -tiba..
ReplyDeletelepas tu..eh la pulak..sgt notty yer..hihihi
apapun mmg best! nak tunggu arya betul2 cair ngan ayie..
sbb sekarang ni rasanya bru 80% jer kut.. ;)
oyeh! nk lgi. romantik gitu. pdn la khairulidza jelose smcm jek. dh nmpk ayie kiss arya rupanya.
ReplyDeleteAyie nak buktikan lahirkan ahli comel
ReplyDeleteDh start berbaik n saling menerima....
ReplyDeletetak sabar nak tunggu arya junior dan ayie junior....
ReplyDeleteakhirnya....penat menunggu seharian utk n3 baru...best gilerr!!!!!
ReplyDelete-sj-
macam makin pening..sorry
ReplyDeletewahh..x sia2 bukak blog pagi2 mcm ni..ayie nk buktikan mcmne ek..hahaha..dpt cucu made in jerman lah nnti
ReplyDeleterasa berdebar2 lak ni. i love it......
ReplyDeletex sabar tunggu next entry.smell.somethin tapi garapan rehan selalu manguja seperti biasa
ReplyDeleteBestnye...sambung lagi.
ReplyDeletecomel2...
ReplyDeletebukan buggy jumping.. bungee jumping ejaan btul.. ap2 pn thanks for the entry.. :D
ReplyDeletewalaweii.. cair dgn ayie dan arya..
ReplyDeletemasing2 matang dalam menyelesaikan masalah.
good job kak rehan..
cerita ni ada moral value utk suami isteri.=)
waaa...cucu jerman la nnt..uuntungla kalo ada anak..dpt elaun anak student ag..hakhakhak
ReplyDeletep/s: ayat org mata duitan
>>k<<
hahaha...op kos...
DeleteRM the best....bestnyer arya dpt ayie...suuuwiittttt!
ReplyDeleteBest. Sang at 5***** to kak rm (imah) teruja. Tuk n3 hehehe
ReplyDeleteNext N3.
Deleteniedlich
ReplyDelete