BAB 27
MAKAN malam yang
sepi.
Aku dah tak tahu nak
tayang wajah macam mana. Serius rasa
beku biarpun kehangatan memang terasa dalam rumah ni. Ayie tunduk menikmati masakan Melayu yang aku
masak. Itupun jenuh nak cari bahan
masak. Kalau yang ada berlambak dekat
Alexa tu belum tentu lagi halal.
Tambah-tambah lagi bahan basah.
“Ayie dah
kenyang...”
Aku tersentak. Terus aku angkat wajah memandang Ayie yang
sedang bangkit, membawa pinggan ke sinki yang hanya ada di sebelah meja makan
kami ni je.
Rasa terpukul hati aku
dengan tindakan Ayie masa ni. Dah kenapa
pulak dia tiba-tiba diam macam ni? Apa
pulak yang tak kena. Petang tadi kemain
ceria je. Langsung tak kata apa-apa lepas
Khai dan Ieza balik.
“Dah kenyang ke?”
Dia berpaling dan
mengangguk sekali. Bibir dia tersenyum
tipis dan tangan dia ligat membersihkan pinggan yang sebiji tu.
Suapan aku dah
mati. Selera aku dah lama lari. Kening aku dah berkerut, hati aku dah rasa
kena jerut.
“Tak sedap?” soal aku.
Yalah, mana tahu tak
sedap ke? Hari tu sekali je aku sempat
masak dekat rumah keluarga dia. Itupun
dia tak tanya siapa masak. Main telan
je. Ini dah macam orang mati bini pulak
dah muka dia. Bukan ke aku ni isteri dia
masih sihat waafiat dok depan mata ni?
“Sedap je. Hari tu dekat rumah ma pun, Arya yang masak
sarapan, kan?” Dia letakkan pinggan ke
dalam bekas penyejat dan mengelap tangan sambil bertenggek di birai cabinet
dapur.
Aku angguk. Huh, tahu jugak dia. Siapa yang cakap? Ma ke?
“Tak sedap eh?” Sekali lagi aku tanya.
Hey, kena tanya. Seorang isteri kalau suami dia puji masakan
sedap, rasa nak melayang sampai siling.
Orang lain tak puji tak apalah.
Janji suami puji, yang lain apa
ada hal.
“Sedap... kan Ayie
makan banyak pagi tu. Arya tak perasan
ke?” tanya dia semula.
Aku menceber. “Yalah tu...”
Itu ayat macam nak merajuk.
Aku sua suapan terakhir
ke dalam mulut. Penuh sopan aku
kunyah. Setelah itu aku juga turut
bangkit dan berlalu ke sinki. Tubuh Ayie
yang tercegat di sisi sinki, aku tolak dengan siku.
“Arya kenapa?” Suara Ayie menyoal tenang.
Dia pandang wajah aku
tanpa berkedip. Tangannya ligat mengoyak
kulit pisang yang dia capai dari atas meja.
“Ayie tu haa...
kenapa?”
“Kenapa apa?” Dia sengih.
Aku kerutkan
kening. Buat tak tahu ke atau memang tak
tahu ni?
“Arya tanya Ayie
tanya... siapa nak jawab?”
“Kitalah...”
“Cantiklah
sangat...” Aku mencemik. Dia ketawa.
“Okey... okey. Salah Ayie suka soal sana sini. Ni haa... Ayie betul-betul tanya ni dan
jawapan dia bukan soalan. Arya ni
kenapa? Muncung je?” Ayie suapkan pisang ke dalam mulut sesudah
dia menamatkan ayatnya.
Aku pun dah siap cuci
pinggan. Deruan air terhenti bila aku
tutup kepala paip. Tangan aku lap dan
mata aku membalas pandangan Ayie.
“Tadi masa makan,
kenapa masam? Sepatah pun tak
bercakap. Macam Arya ada buat
salah. You make me so uneasy, dude...”
Bibir Ayie merekah
dengan senyuman biarpun rahang dia masih nampak turun naik mengunyah pisang. Dia suakan pisang itu pada aku dan aku
menggeleng, menolak pelawaan dia.
“Ayie memikir...” Tenang dan perlahan dia menjawab.
“Memikir apa? Study?”
duga aku tapi Ayie menggeleng.
Dia tepuk cabinet di
sebelah dia. Minta aku turut sama naik
duduk di atas cabinet tu. Pada mulanya
aku menggeleng. Malas nak buat kerja
lompat-lompat biarpun dah biasa masa temankan mama masak dulu.
Tapi, bila Ayie
hulurkan tangan dan bantu aku lompat ke atas, aku ikutkan saja dan kedudukan
kami kini hanya terpisah beberapa inci saja.
“Banyak hal Ayie
fikir... yang paling banyak tentang Arya...”
Rasanya sikit lagi dahi
aku nak merekah sebab kerutan semakin tebal.
Nak fikir tentang aku apa hal?
“Arya dah susahkan Ayie
eh?” tebak aku lagi.
Yalah, rasa
menyusahkanlah pulak. Mengganggu dia
belajar mungkin. Padanlah dia tak kisah
aku ikut atau tidak sebab dia memang lurus, tak bengkok. Boleh jadi dia rasa terbeban nak belajar
sebab ada aku. Siapa tahu, kan?
“Ayie rasa terbeban
Arya ada kat sini eh?”
Ayie masih diam tak
menjawab membuatkan aku rasa memang betullah tu telahan aku. Kalau rasa susah sangat, okey... aku balik
esok. Tak ada masalah. Janji tak mengganggu pengajian dia.
“Kalau betul rasa
terbeban... Arya boleh balik.” Mata Ayie
aku pandang dengan penuh kelembutan.
Rindu pada dia memang
tak payah nak cerita. Ingat senang aku
nak jatuh cinta. Sekali jatuh, biar
terjemurus terus. Tapi pastikan pada orang
yang betul-betul diciptakan untuk aku.
Baru nak turun daripada
cabinet, tangan Ayie menyambar lengan aku.
Dia mengisyaratkan agar aku duduk kembali dan kali ini, dia sendiri
merapatkan kedudukan kami. Tangan
kanannya menjalar ke belakang tubuh dan terus mencari tangan kiri aku
membuatkan aku terbelit dalam pelukan tangan kami berdua.
“Ayie tak cakap
itulah... memang Ayie memikir dan memang tentang Arya. Tapi, bukan sebab rasa susah ke apa. Cumanya...”
Dia menelan liur dalam jeda yang
panjang.
“Cumanya?” Aku dah tak sabar.
Ayie guriskan senyuman
tipis.
“How will you survive
without me?”
Tiba-tiba.
Tiba-tiba dia tanya
soalan macam tu? Apa kaitan dengan
perbincangan kami tadi? Itu dah jauh
tersasar daripada landasan.
“Ayie ni... kita bukan
bincang pasal tu lah...” Aku merungut
kecil.
“Itu soalan. Sila jawab...” arahnya lembut.
Aku pada mulanya
diam. Tak tahu nak jawab apa secara
lisannya. Dalam hati tak payah nak
cakap. Dia pun lepas apa yang kami lalui
sama-sama, perlu lagi ke soalan tu. Tak
boleh ke sendiri tanya, sendiri cari jawapan.
Terbentang.
“You know the
answer...”
“Yeah...” Dia
menceber.
“Memang Ayie tahu tapi
lagi indah kalau Arya yang bagi jawapan.
Mana ada orang tanya soalan dia jawab sendiri. Baik tak payah tanya, kan?” sindir dia.
Pedas.
Berasap telinga aku.
“Yalah-yalah...” Aku mengalah.
“Arya nanti hidup macam
biasalah. Pergi kerja, balik rumah. Cuma tambah dalam rutin, ziarah keluarga
mertua. Itu jelah...” Sambil tu aku tarik sengih selebar mungkin.
Jawapan tu jawapan
mengenakan dia.
Dia menggeleng dan
berdecit dan tak puas hati.
“What a tricky answer...”
Aku ketawa halus.
“Ayie dah tahu
jawapannya. So, let me ask you... same
question. How?” Mata aku memandang tepat ke wajah Ayie.
Dia memandang ke siling
seketika sebelum menjawab dengan senyuman yang semakin mekar dan mewangi.
“I don’t think I can be
an old Ayie...”
Jawapan penuh maksud
tersirat. Tapi aku, Aryana... mana boleh
tak faham apa yang dia cuba katakan.
“Mesti tak biasa. Adanya Arya sekarang macam panas setahun
dihapuskan oleh hujan sehari...,” sambung dia.
Aku bulatkan mata...
Ohmai.
Dah pandai bermadah
berhelah segala.
Genggaman tangan Ayie
aku balas kemas. Apa yang dia nak cakap
tu, dia tak akan mampu jadi macam mana dia hidup sendirian dulu. Mestilah, kini dia ada aku. Mana boleh buat cara bujang. Tak kenalah.
“Selagi Ayie tahu Ayie
siapa dan Arya pun tahu siapa Arya sekarang, kita akan boleh hidup biarpun
berjauhan... sebab kita punyai hati masing-masing sekarang. Ayie kenalah yakin... kata MAN...”
sindir aku dengan suara meleret.
Ayie angguk beberapa
kali.
“Such a sweet lady...”
“Told ya... I was born
with it...” Giliran aku memulangkan paku
buah keras. Kami sama-sama gelak sebelum
wajah Ayie bertukar kelam.
Dia pandang aku
lama. Aku pula terkebil-kebil membalas
renungan dia. Ni mesti tak lain tak
bukan, nak sebut nama tut... lah tu.
“I am very worried
about you, baby...,” ujar Ayie dah berbalik pada topik asal kami tadia.
“Like what?”
Genggaman tangan kami
terlepas bila Ayie sendiri meleraikan jari-jemarinya. Lalu, tangan dia naik pada kepala aku dan
memaut kepala aku agar bersandar pada bahu dia.
“Tentang Khairulidza...
macam mana Arya nak hadapi dia?”
Oh, itu yang dia
risaukan rupanya. Ingatkan tentang
apalah tadi. Ya... ya, aku akui silap
aku tadi bersembang dengan Khai dan Ieza tanpa pengetahuan Ayie. Tapi, tempat
umum dan aku sendiri tahu Ayie dalam perjalanan pulang.
“Ayie marah sungguh ke
siang tadi?”
Ayie geleng. “Just joking... tapi lebih pada risau...”
“Nak risau pasal apa?”
“You and her...”
“Kenapa dengan
kami? Takut kami jadi madu?”
Tiba-tiba terpacul
soalan itu daripada celah mulut aku.
Ayie tolak kepala aku. Mata kami
bersabung. Wajah Ayie tegang dan aku
hanya sengih cuba menutup rasa canggung.
“Madu apa? Madu lebah?”
sindir Ayie keras.
Aku sengih lagi. “Sorry... gurau je tu...”
Nafas lelah Ayie
lepaskan. Kemudian dia tarik lagi kepala
aku dekat dengan bahunya. Kembali pada
posisi asal.
“Jangan cakap macam
tu. Seriously... I don’t like
it...” Dia memberi amaran. Tegas dalam kelembutan.
“Sorry... tak cakap
lagi.”
“Khai ada cakap dekat
Ayie, nak minta tolong Arya... what say you?”
tanya Ayie kemudiannya.
Aku senyum. Lega bila dia tak mengamuk.
“Arya pun dah bagitahu
Khai, nak minta izin Ayie dulu...”
“Kalau Ayie izinkan?”
duga dia.
“I really wanna help
her... pull her back to the right path...”
“If not?”
“I just leave it. Lagipun Arya dah nasihatkan dia. Yang lain tak adalah mampu nak buat. Cumanya Khai kena main peranan besarlah. Ieza tu kesunyian sebenarnya. Orangnya baik tu. Sebelum ni dia ada awek ke?”
Aku tiba-tiba angkat
kepala daripada bahu Ayie. Kali ini aku
berpusing mengiring menghadap dia.
“Ada?”
Ayie angguk. “White lady, you...” jawab Ayie.
“Eh, lalu pulak
perempuan tu nak dekat perempuan eh?”
“Heh... kalau dah
sepesen dengan dia, apa ada hal. Cumanya
kesian dekat Khai. Arya betul-betul rasa
mampu nak bantu?”
Aku angguk. Dalam dada tak adalah yakin sangat cumanya
aku yakin amat dengan bantuan yang bakal Allah pinjamkan dalam menegakkan
perkara yang haq dan menjauhkan perkara yang bathil.
“Mana pergi awek dia
tu?” Rasa nak tahu bergelodak dalam dada.
Yalah, buatnya mereka
jumpa balik memang harus kembali ke jalan yang salah dan bengkak bengkok.
“Entah...” Ayie jongket bahu.
“Tapi, dengar kata
commited suicide...”
Mulut aku
melopong. “Really?”
“Not so sure tapi Khai
ada kata dia dengar khabar macam ni jugak masa Ieza nak berubah tu. Non-Muslim... tak pelik. Tak ada iman.
Kita yang ada iman pun ramai je macam tu. Berilmu tapi tak diamalkan, payah... sia-sia
je hidup.” Ayie membebel sendiri.
Aku angguk. Mata mula tergambar balutan pada pergelangan
tangan Ieza. Dia pun cuba lakukan
perkara yang sama. Sungguh, aku semakin
seriau. Memanglah tak ada kaitan dengan
aku tapi dia adalah umat Nabi dan hamba Allah.
Seagama dengan aku.
“Arya kena selamatkan
dia... tak Berjaya sekarang pun, tapi biarlah Arya cuba...” Aku berkata yakin.
“Ayie dah pernah
cuba...” Ayie macam tak puas hati.
Aku angguk. Tangannya aku pegang.
“Tahu, Ayie dah cuba
dan hampir Berjaya. Kali ni biar Arya
pulak. Jiwa perempuan ni hanya perempuan
yang mengerti,” ujar aku penuh keyakinan.
Ayie pandang aku dengan
wajah berkerut. Nampak macam kurang
percaya dengan keyakinan aku.
“Apa Arya nak buat?”
“Berkawan...”
“Dia tak sudi
je...” Ya, mestilah Ayie tahu Ieza tak
sudi sebab depan mata dia Ieza membentak kata-kata aku.
“Dia akan... trust
me.” Aku senyum lagi cuba meyakinkan
Ayie.
Ayie diam. Lama dia senyum pada aku dan menarik kepala
aku lalu bibir sejuk dia singgah tepat ke dahi aku lama. Bila kucupan terlepas, mata kami berbalas
pandang.
“Err...”
“Weißt du, wie sehr ich
dich liebe?”
Baru nak mengayat
sikit, Ayie mencantas kata-kata aku.
Bahu aku jatuh ke bawah
biarpun sejak daripada tadi duduk tegak je bila Ayie tiba-tiba bercakap bahasa
Jerman lagi. Dia tak tahu ke isteri dia
ni tak pandai bahasa Jerman. Mula-mula
aku kerutkan kening. Setelah itu
cepat-cepat aku tarik bibir, tersenyum.
Satu kebetulan yang
indah...
“Kenapa senyum? Faham?”
“Yeah... I know,” jawab
aku. Tak hafal pulak ayat ni dalam
bahasa Jerman.
Aku sengih semakin
lebar. Malam tadi kemain giat aku
belajar secara online biarpun hanya beberapa perkataan mudah. Kemain jenuh aku hafal sebaris ayat yang mahu
aku katakana pada dia sekejap tadi.
Tapi, tercaras.
“I’m older than you...
Arya lagi matang, lagi lama hidup... Ayie tak boleh nak kenakan Arya lagi
dah... dunia di hujung jari.” Aku
goyangkan jari telunjuk di depan dia.
Kening Ayie bertaut di
tengah-tengah. Wajah dia macam tak
percaya dengan kata-kata aku.
“Apa yang ‘I know’
tu?” soal Ayie saja menggiat aku
berkata-kata.
Sebelum menjawab, aku
lompat turun daripada cabinet. Ada ke
ajak isteri lepak dekat cabinet dapur.
Tak ada tempat lain ke? Tapi, di
sisi dia, di mana-mana saja, di situlah taman terindah yang aku susuri.
Ayie jegilkan
mata. “You come here... jawab dulu tadi,”
jerit Ayie juga melompat turun bila aku dah berlalu ke ruang tamu.
“Aryana...” panggil Ayie.
Aku hentikan langkah
dan berpaling. Pada dia aku tersenyum
dan hati aku mengucapkan syukur sebab dia memang izinkan aku bantu Ieza. Selebihnya aku sangat bersyukur sebab Allah
pinjamkan dia buat aku selama aku masih bernafas di muka bumi ini.
“Du hast mein Herz...”
Biarpun ayat itu ayat
aku hafal semalam, termasuk dengan ayat yang dia katakan pada aku tadi tapi dia
dulu luahkannya, apa ada hal. Memang aku
nak dia tahu itu. Sesungguhnya, dia
adalah pemilik hati aku.
Mata Ayie bulat. Rahang dia dah tanggal daripada tempat
agaknya. Pertama kali wajah dia melopong
habis. Wajah je macam tu tapi kaki laju
je menapak ke arah aku. Tangan aku
diraih.
“Ayie yakin Arya mampu
didik Ieza... because... you have my heart too...”
Ohmai... Aku tekup
mulut. Budak ni dah tak jadi budak.
~~> bersambung
RM : Told ya... cerita ni amat santai.. and will gonna be a long...long... long journey... hehh
Romantik kat kabinet dapur...sabar je...harap2 arya berjaya la bantu Ieza tu
ReplyDeletenk hbs kat blog...plez....very nice story...novel pun ok gak,tp lmbt la nk dpt...huhuhu
ReplyDeleteSetuju sangat.. Nak hbs kat blog
Deletelove it more and more every single entry that you post raiter! Haha,,tak pernah jemu!
ReplyDeleteLikelikelikelike! :D
ReplyDeletebest..hope hbs dkt blog je..novel pun ok tp nanti lmbt dpt..huhu
ReplyDeletei want it everyday,
ReplyDeleteterbaik! love arayie <3
ReplyDeleteayie : do u know how much i love u?
ReplyDeletearya : u have my heart
apa yg dorang ckap tu..x fhm
ReplyDelete>>k<<
sumpah cair..sweet sgat2..melting.. nak lagi.
ReplyDeleteRM buatkn kita rse nk trbang ke Jerman crik laki mcm Ayie.. >_< Ayieeeeeewww, you're really a MAN, dude. Love ya baby..=3
ReplyDeleteAyie, haben Sie auch mein Herz, mein Schatz. Ich liebe es zu viel. Und ja, er ist wirklich ein Mann zeigen. * Wahh, speaking german gitewwww, Thanks to GooTras (google translate)* Liebe diese Geschichte so sehr.
ReplyDeletemcm kene bljr bhs jerman plak..hehe...best2..
ReplyDeletebgn2 buat keja, tetiba lak teringat ayie n arya..bukak je blog ijo..ehhhh,dh ada..layanlahh..
ReplyDeleteHomai homai kena jadi penduduk tetap Jetman nih...Arayie..so sweet
ReplyDeleteRehan....minta tolong hbskan kat blog....nanti dah tamat baru buat versi cetak mcm lima novel yg lain tu.....pleaseee!!!....sebab klu nvl terus lama km tnggu...rehan buat yg lainlah utk novel cetak..hhuhu....sorry memandai je bg cadangan ni....biarlah kami bc psl ksh 2 family ni kat blog...utk nvl kisah org lain. T's one of d reason me n my friends stuck wt ur blog.....just an opinion... -is
ReplyDeletewallawehhhh.... sweet... thanx RM.. u'r d best...w/pun santai... tp SWEET gilerrr...
ReplyDelete-sj-
on pc....terus bukak blog ijou......suka 14 juta kali ada n3 baru..........so sweetttttttlah Arayie........
ReplyDeleteuik..pjg ek cite nih...hopefully xde ler dugaan truk2 for both of them..takut xsanggup nk bace nnti..hukhuk..
ReplyDeletenovel2 jugak tetap akan di beli...tapi diblog mesti dihabiskan dulu ye RM....
ReplyDeleteohhmmyyy.... senyum je...=)
ReplyDeleteohmai ohmai.. romantik giler budak 2 org ni!! Hopefully Ieza akan berubah & Arayie dpt meneruskan kehidupan mereka dgn tenang.
ReplyDeletesenyum je baca ni..
ReplyDeleteadehhhh...mmg melted la ayie dengar arya ckp cam 2 ....kalah ayie cam neh...arya dah paham bahasa germen 2 hahahhaa
ReplyDeletex kisahlah panjang pun RM... kasi 100 bab pun kami still baca.. best
ReplyDeletebetul tu kalau dah terbit omong sih
Deletesiapa cakap Ayie tu budak.... Ayie... a MAN.... hehehe...
ReplyDeletelupa ke pn. Arya... cara Ayie pun dah tahu ... MATANG SANGATTT....
so sweet... tq2 RM...
ReplyDeleteromatika sgt....ada bunga2 kembang...
ReplyDeleteliebe liebe liebe liebe liebe liebe liebe liebe
ReplyDeletenice to have a long journey, but not the complicated one..
ReplyDeletemake it sweet and simple,
their parents already faced a complicated journey, let them have a nice and simple one ok?? ;)
Alhamdulillah... Mula mendetil pula ni kak RM... Bolehlah, bagus... Tapi jangan sampai lebih2 ea, nanti macam sinetron negri saya pulak tu jadinya... Hehehehe
ReplyDelete^__^v
Tetap ikuti blog rm wpun sdg bercuti d Seoul Korea.Tq rm..kak zaliza
ReplyDeletenice story, but plez nk ending kat blog....
ReplyDeletehahha semua dah verlieben ngn ayie
ReplyDeletethanks Rm dgn ada cite ni sekurang-kurangnya semua minat ngn bahse jerman, Ich liebe dich
ReplyDeletekak rehan nak bab 28 please x sabar nie teruja sangat
ReplyDeletetak sabar nk tunggu bab yang seterusnya .. cerita ni sweet sangat .huhu
ReplyDeleteTabik spring RM....bab 1-27...mmg trbaikkk...nk tulis mcm2..tp xde ayt nk coret utk melukiskn rs hati yg sbnar bila bc yr karya..apapn RM..y're good...good...great ...sweetttttt
ReplyDeleteShida Halim