Friday, May 31, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 27

BAB 27

MAKAN malam yang sepi. 
Aku dah tak tahu nak tayang wajah macam mana.  Serius rasa beku biarpun kehangatan memang terasa dalam rumah ni.  Ayie tunduk menikmati masakan Melayu yang aku masak.  Itupun jenuh nak cari bahan masak.  Kalau yang ada berlambak dekat Alexa tu belum tentu lagi halal.  Tambah-tambah lagi bahan basah. 

“Ayie dah kenyang...” 
Aku tersentak.  Terus aku angkat wajah memandang Ayie yang sedang bangkit, membawa pinggan ke sinki yang hanya ada di sebelah meja makan kami ni je.
Rasa terpukul hati aku dengan tindakan Ayie masa ni.  Dah kenapa pulak dia tiba-tiba diam macam ni?  Apa pulak yang tak kena.  Petang tadi kemain ceria je.  Langsung tak kata apa-apa lepas Khai dan Ieza balik. 
“Dah kenyang ke?”
Dia berpaling dan mengangguk sekali.  Bibir dia tersenyum tipis dan tangan dia ligat membersihkan pinggan yang sebiji tu. 
Suapan aku dah mati.  Selera aku dah lama lari.  Kening aku dah berkerut, hati aku dah rasa kena jerut. 
“Tak sedap?”  soal aku.
Yalah, mana tahu tak sedap ke?  Hari tu sekali je aku sempat masak dekat rumah keluarga dia.  Itupun dia tak tanya siapa masak.  Main telan je.  Ini dah macam orang mati bini pulak dah muka dia.  Bukan ke aku ni isteri dia masih sihat waafiat dok depan mata ni?
“Sedap je.  Hari tu dekat rumah ma pun, Arya yang masak sarapan, kan?”  Dia letakkan pinggan ke dalam bekas penyejat dan mengelap tangan sambil bertenggek di birai cabinet dapur.
Aku angguk.  Huh, tahu jugak dia.  Siapa yang cakap?  Ma ke?
“Tak sedap eh?”  Sekali lagi aku tanya.
Hey, kena tanya.  Seorang isteri kalau suami dia puji masakan sedap, rasa nak melayang sampai siling.  Orang lain tak puji tak apalah.  Janji suami puji, yang  lain apa ada hal. 
“Sedap... kan Ayie makan banyak pagi tu.  Arya tak perasan ke?”  tanya dia semula.
Aku menceber.  “Yalah tu...”  Itu ayat macam nak merajuk.
Aku sua suapan terakhir ke dalam mulut.  Penuh sopan aku kunyah.  Setelah itu aku juga turut bangkit dan berlalu ke sinki.  Tubuh Ayie yang tercegat di sisi sinki, aku tolak dengan siku. 
“Arya kenapa?”  Suara Ayie menyoal tenang. 
Dia pandang wajah aku tanpa berkedip.  Tangannya ligat mengoyak kulit pisang yang dia capai dari atas meja.
“Ayie tu haa... kenapa?”
“Kenapa apa?”  Dia sengih.
Aku kerutkan kening.  Buat tak tahu ke atau memang tak tahu ni?
“Arya tanya Ayie tanya... siapa nak jawab?” 
“Kitalah...” 
“Cantiklah sangat...”  Aku mencemik.  Dia ketawa.
“Okey... okey.  Salah Ayie suka soal sana sini.  Ni haa... Ayie betul-betul tanya ni dan jawapan dia bukan soalan.  Arya ni kenapa?  Muncung je?”  Ayie suapkan pisang ke dalam mulut sesudah dia menamatkan ayatnya. 
Aku pun dah siap cuci pinggan.  Deruan air terhenti bila aku tutup kepala paip.  Tangan aku lap dan mata aku membalas pandangan Ayie. 
“Tadi masa makan, kenapa masam?  Sepatah pun tak bercakap.  Macam Arya ada buat salah.  You make me so uneasy, dude...” 
Bibir Ayie merekah dengan senyuman biarpun rahang dia masih nampak turun naik mengunyah pisang.  Dia suakan pisang itu pada aku dan aku menggeleng, menolak pelawaan dia.
“Ayie memikir...”  Tenang dan perlahan dia menjawab. 
“Memikir apa?  Study?”  duga aku tapi Ayie menggeleng.
Dia tepuk cabinet di sebelah dia.  Minta aku turut sama naik duduk di atas cabinet tu.  Pada mulanya aku menggeleng.  Malas nak buat kerja lompat-lompat biarpun dah biasa masa temankan mama masak dulu. 
Tapi, bila Ayie hulurkan tangan dan bantu aku lompat ke atas, aku ikutkan saja dan kedudukan kami kini hanya terpisah beberapa inci saja. 
“Banyak hal Ayie fikir... yang paling banyak tentang Arya...”
Rasanya sikit lagi dahi aku nak merekah sebab kerutan semakin tebal.  Nak fikir tentang aku apa hal?
“Arya dah susahkan Ayie eh?”  tebak aku lagi.
Yalah, rasa menyusahkanlah pulak.  Mengganggu dia belajar mungkin.  Padanlah dia tak kisah aku ikut atau tidak sebab dia memang lurus, tak bengkok.   Boleh jadi dia rasa terbeban nak belajar sebab ada aku.  Siapa tahu, kan?
“Ayie rasa terbeban Arya ada kat sini eh?” 
Ayie masih diam tak menjawab membuatkan aku rasa memang betullah tu telahan aku.  Kalau rasa susah sangat, okey... aku balik esok.  Tak ada masalah.  Janji tak mengganggu pengajian dia. 
“Kalau betul rasa terbeban... Arya boleh balik.”  Mata Ayie aku pandang dengan penuh kelembutan. 
Rindu pada dia memang tak payah nak cerita.  Ingat senang aku nak jatuh cinta.  Sekali jatuh, biar terjemurus terus.  Tapi pastikan pada orang yang betul-betul diciptakan untuk aku.
Baru nak turun daripada cabinet, tangan Ayie menyambar lengan aku.  Dia mengisyaratkan agar aku duduk kembali dan kali ini, dia sendiri merapatkan kedudukan kami.  Tangan kanannya menjalar ke belakang tubuh dan terus mencari tangan kiri aku membuatkan aku terbelit dalam pelukan tangan kami berdua. 
“Ayie tak cakap itulah... memang Ayie memikir dan memang tentang Arya.  Tapi, bukan sebab rasa susah ke apa.  Cumanya...”  Dia menelan liur dalam jeda  yang panjang.
“Cumanya?”  Aku dah tak sabar.
Ayie guriskan senyuman tipis. 
“How will you survive without me?” 
Tiba-tiba. 
Tiba-tiba dia tanya soalan macam tu?  Apa kaitan dengan perbincangan kami tadi?  Itu dah jauh tersasar daripada landasan. 
“Ayie ni... kita bukan bincang pasal tu lah...”  Aku merungut kecil.
“Itu soalan.  Sila jawab...”  arahnya lembut.
Aku pada mulanya diam.  Tak tahu nak jawab apa secara lisannya.  Dalam hati tak payah nak cakap.  Dia pun lepas apa yang kami lalui sama-sama, perlu lagi ke soalan tu.  Tak boleh ke sendiri tanya, sendiri cari jawapan.  Terbentang. 
“You know the answer...”
“Yeah...” Dia menceber. 
“Memang Ayie tahu tapi lagi indah kalau Arya yang bagi jawapan.  Mana ada orang tanya soalan dia jawab sendiri.  Baik tak payah tanya, kan?”  sindir dia.
Pedas. 
Berasap telinga aku.
“Yalah-yalah...”  Aku mengalah. 
“Arya nanti hidup macam biasalah.  Pergi kerja, balik rumah.  Cuma tambah dalam rutin, ziarah keluarga mertua.  Itu jelah...”  Sambil tu aku tarik sengih selebar mungkin.
Jawapan tu jawapan mengenakan dia. 
Dia menggeleng dan berdecit dan tak puas hati.
“What a tricky answer...” 
Aku ketawa halus. 
“Ayie dah tahu jawapannya.  So, let me ask you... same question.  How?”  Mata aku memandang tepat ke wajah Ayie.
Dia memandang ke siling seketika sebelum menjawab dengan senyuman yang semakin mekar dan mewangi. 
“I don’t think I can be an old Ayie...” 
Jawapan penuh maksud tersirat.  Tapi aku, Aryana... mana boleh tak faham apa yang dia cuba katakan.
“Mesti tak biasa.  Adanya Arya sekarang macam panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari...,” sambung dia.
Aku bulatkan mata... Ohmai. 
Dah pandai bermadah berhelah segala. 
Genggaman tangan Ayie aku balas kemas.  Apa yang dia nak cakap tu, dia tak akan mampu jadi macam mana dia hidup sendirian dulu.  Mestilah, kini dia ada aku.  Mana boleh buat cara bujang.  Tak kenalah.
“Selagi Ayie tahu Ayie siapa dan Arya pun tahu siapa Arya sekarang, kita akan boleh hidup biarpun berjauhan... sebab kita punyai hati masing-masing sekarang.  Ayie kenalah yakin...  kata MAN...”  sindir aku dengan suara meleret.
Ayie angguk beberapa kali.
“Such a sweet lady...”
“Told ya... I was born with it...”  Giliran aku memulangkan paku buah keras.  Kami sama-sama gelak sebelum wajah Ayie bertukar kelam. 
Dia pandang aku lama.  Aku pula terkebil-kebil membalas renungan dia.  Ni mesti tak lain tak bukan, nak sebut nama tut... lah tu. 
“I am very worried about you, baby...,” ujar Ayie dah berbalik pada topik asal kami tadia.
“Like what?” 
Genggaman tangan kami terlepas bila Ayie sendiri meleraikan jari-jemarinya.  Lalu, tangan dia naik pada kepala aku dan memaut kepala aku agar bersandar pada bahu dia.
“Tentang Khairulidza... macam mana Arya nak hadapi dia?” 
Oh, itu yang dia risaukan rupanya.  Ingatkan tentang apalah tadi.  Ya... ya, aku akui silap aku tadi bersembang dengan Khai dan Ieza tanpa pengetahuan Ayie.  Tapi, tempat  umum dan aku sendiri tahu Ayie dalam perjalanan pulang. 
“Ayie marah sungguh ke siang tadi?” 
Ayie geleng.  “Just joking... tapi lebih pada risau...”
“Nak risau pasal apa?”
“You and her...”
“Kenapa dengan kami?  Takut kami jadi madu?” 
Tiba-tiba terpacul soalan itu daripada celah mulut aku.  Ayie tolak kepala aku.  Mata kami bersabung.  Wajah Ayie tegang dan aku hanya sengih cuba menutup rasa canggung. 
“Madu apa?  Madu lebah?”  sindir Ayie keras.
Aku sengih lagi.  “Sorry... gurau je tu...” 
Nafas lelah Ayie lepaskan.  Kemudian dia tarik lagi kepala aku dekat dengan bahunya.  Kembali pada posisi asal. 
“Jangan cakap macam tu.  Seriously... I don’t like it...”  Dia memberi amaran.  Tegas dalam kelembutan.
“Sorry... tak cakap lagi.” 
“Khai ada cakap dekat Ayie, nak minta tolong Arya... what say you?”  tanya Ayie kemudiannya. 
Aku senyum.  Lega bila dia tak mengamuk. 
“Arya pun dah bagitahu Khai, nak minta izin Ayie dulu...” 
“Kalau Ayie izinkan?” duga dia.
“I really wanna help her... pull her back to the right path...” 
“If not?” 
“I just leave it.  Lagipun Arya dah nasihatkan dia.   Yang lain tak adalah mampu nak buat.  Cumanya Khai kena main peranan besarlah.  Ieza tu kesunyian sebenarnya.  Orangnya baik tu.  Sebelum ni dia ada awek ke?” 
Aku tiba-tiba angkat kepala daripada bahu Ayie.  Kali ini aku berpusing mengiring menghadap dia. 
“Ada?” 
Ayie angguk.  “White lady, you...”  jawab Ayie.
“Eh, lalu pulak perempuan tu nak dekat perempuan eh?” 
“Heh... kalau dah sepesen dengan dia, apa ada hal.  Cumanya kesian dekat Khai.  Arya betul-betul rasa mampu nak bantu?”
Aku angguk.  Dalam dada tak adalah yakin sangat cumanya aku yakin amat dengan bantuan yang bakal Allah pinjamkan dalam menegakkan perkara yang haq dan menjauhkan perkara yang bathil.
“Mana pergi awek dia tu?”  Rasa nak tahu bergelodak dalam dada. 
Yalah, buatnya mereka jumpa balik memang harus kembali ke jalan yang salah dan bengkak bengkok.
“Entah...”  Ayie jongket bahu.
“Tapi, dengar kata commited suicide...”
Mulut aku melopong.  “Really?”
“Not so sure tapi Khai ada kata dia dengar khabar macam ni jugak masa Ieza nak berubah tu.  Non-Muslim... tak pelik.  Tak ada iman.  Kita yang ada iman pun ramai je macam tu.  Berilmu tapi tak diamalkan, payah... sia-sia je hidup.”  Ayie membebel sendiri.
Aku angguk.  Mata mula tergambar balutan pada pergelangan tangan Ieza.  Dia pun cuba lakukan perkara yang sama.  Sungguh, aku semakin seriau.  Memanglah tak ada kaitan dengan aku tapi dia adalah umat Nabi dan hamba Allah.  Seagama dengan aku. 
“Arya kena selamatkan dia... tak Berjaya sekarang pun, tapi biarlah Arya cuba...”  Aku berkata yakin.
“Ayie dah pernah cuba...”  Ayie macam tak puas hati.
Aku angguk.  Tangannya aku pegang. 
“Tahu, Ayie dah cuba dan hampir Berjaya.  Kali ni biar Arya pulak.  Jiwa perempuan ni hanya perempuan yang mengerti,” ujar aku penuh keyakinan.
Ayie pandang aku dengan wajah berkerut.  Nampak macam kurang percaya dengan keyakinan aku. 
“Apa Arya nak buat?”
“Berkawan...”
“Dia tak sudi je...”  Ya, mestilah Ayie tahu Ieza tak sudi sebab depan mata dia Ieza membentak kata-kata aku. 
“Dia akan... trust me.”  Aku senyum lagi cuba meyakinkan Ayie.
Ayie diam.  Lama dia senyum pada aku dan menarik kepala aku lalu bibir sejuk dia singgah tepat ke dahi aku lama.  Bila kucupan terlepas, mata kami berbalas pandang.
“Err...”
“Weißt du, wie sehr ich dich liebe?” 
Baru nak mengayat sikit, Ayie mencantas kata-kata aku.
Bahu aku jatuh ke bawah biarpun sejak daripada tadi duduk tegak je bila Ayie tiba-tiba bercakap bahasa Jerman lagi.  Dia tak tahu ke isteri dia ni tak pandai bahasa Jerman.  Mula-mula aku kerutkan kening.  Setelah itu cepat-cepat aku tarik bibir, tersenyum. 
Satu kebetulan yang indah...
“Kenapa senyum?  Faham?” 
“Yeah... I know,” jawab aku.  Tak hafal pulak ayat ni dalam bahasa Jerman. 
Aku sengih semakin lebar.  Malam tadi kemain giat aku belajar secara online biarpun hanya beberapa perkataan mudah.  Kemain jenuh aku hafal sebaris ayat yang mahu aku katakana pada dia sekejap tadi.  Tapi, tercaras. 
“I’m older than you... Arya lagi matang, lagi lama hidup... Ayie tak boleh nak kenakan Arya lagi dah... dunia di hujung jari.”  Aku goyangkan jari telunjuk di depan dia.
Kening Ayie bertaut di tengah-tengah.  Wajah dia macam tak percaya dengan kata-kata aku. 
“Apa yang ‘I know’ tu?”  soal Ayie saja menggiat aku berkata-kata.
Sebelum menjawab, aku lompat turun daripada cabinet.  Ada ke ajak isteri lepak dekat cabinet dapur.  Tak ada tempat lain ke?  Tapi, di sisi dia, di mana-mana saja, di situlah taman terindah yang aku susuri. 
Ayie jegilkan mata.  “You come here... jawab dulu tadi,” jerit Ayie juga melompat turun bila aku dah berlalu ke ruang tamu. 
“Aryana...”  panggil Ayie.
Aku hentikan langkah dan berpaling.  Pada dia aku tersenyum dan hati aku mengucapkan syukur sebab dia memang izinkan aku bantu Ieza.  Selebihnya aku sangat bersyukur sebab Allah pinjamkan dia buat aku selama aku masih bernafas di muka bumi ini. 
“Du hast mein Herz...” 
Biarpun ayat itu ayat aku hafal semalam, termasuk dengan ayat yang dia katakan pada aku tadi tapi dia dulu luahkannya, apa ada hal.  Memang aku nak dia tahu itu.  Sesungguhnya, dia adalah pemilik hati aku.
Mata Ayie bulat.  Rahang dia dah tanggal daripada tempat agaknya.  Pertama kali wajah dia melopong habis.  Wajah je macam tu tapi kaki laju je menapak ke arah aku.  Tangan aku diraih.
“Ayie yakin Arya mampu didik Ieza... because... you have my heart too...” 

Ohmai... Aku tekup mulut.  Budak ni dah tak jadi budak.  

~~> bersambung

RM : Told ya... cerita ni amat santai.. and will gonna be a long...long... long journey... hehh

40 comments:

  1. Romantik kat kabinet dapur...sabar je...harap2 arya berjaya la bantu Ieza tu

    ReplyDelete
  2. nk hbs kat blog...plez....very nice story...novel pun ok gak,tp lmbt la nk dpt...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.. Nak hbs kat blog

      Delete
  3. love it more and more every single entry that you post raiter! Haha,,tak pernah jemu!

    ReplyDelete
  4. best..hope hbs dkt blog je..novel pun ok tp nanti lmbt dpt..huhu

    ReplyDelete
  5. i want it everyday,

    ReplyDelete
  6. terbaik! love arayie <3

    ReplyDelete
  7. ayie : do u know how much i love u?
    arya : u have my heart

    ReplyDelete
  8. apa yg dorang ckap tu..x fhm

    >>k<<

    ReplyDelete
  9. sumpah cair..sweet sgat2..melting.. nak lagi.

    ReplyDelete
  10. RM buatkn kita rse nk trbang ke Jerman crik laki mcm Ayie.. >_< Ayieeeeeewww, you're really a MAN, dude. Love ya baby..=3

    ReplyDelete
  11. Ayie, haben Sie auch mein Herz, mein Schatz. Ich liebe es zu viel. Und ja, er ist wirklich ein Mann zeigen. * Wahh, speaking german gitewwww, Thanks to GooTras (google translate)* Liebe diese Geschichte so sehr.

    ReplyDelete
  12. mcm kene bljr bhs jerman plak..hehe...best2..

    ReplyDelete
  13. bgn2 buat keja, tetiba lak teringat ayie n arya..bukak je blog ijo..ehhhh,dh ada..layanlahh..

    ReplyDelete
  14. Homai homai kena jadi penduduk tetap Jetman nih...Arayie..so sweet

    ReplyDelete
  15. Rehan....minta tolong hbskan kat blog....nanti dah tamat baru buat versi cetak mcm lima novel yg lain tu.....pleaseee!!!....sebab klu nvl terus lama km tnggu...rehan buat yg lainlah utk novel cetak..hhuhu....sorry memandai je bg cadangan ni....biarlah kami bc psl ksh 2 family ni kat blog...utk nvl kisah org lain. T's one of d reason me n my friends stuck wt ur blog.....just an opinion... -is

    ReplyDelete
  16. wallawehhhh.... sweet... thanx RM.. u'r d best...w/pun santai... tp SWEET gilerrr...


    -sj-

    ReplyDelete
  17. on pc....terus bukak blog ijou......suka 14 juta kali ada n3 baru..........so sweetttttttlah Arayie........

    ReplyDelete
  18. uik..pjg ek cite nih...hopefully xde ler dugaan truk2 for both of them..takut xsanggup nk bace nnti..hukhuk..

    ReplyDelete
  19. novel2 jugak tetap akan di beli...tapi diblog mesti dihabiskan dulu ye RM....

    ReplyDelete
  20. ohhmmyyy.... senyum je...=)

    ReplyDelete
  21. ohmai ohmai.. romantik giler budak 2 org ni!! Hopefully Ieza akan berubah & Arayie dpt meneruskan kehidupan mereka dgn tenang.

    ReplyDelete
  22. adehhhh...mmg melted la ayie dengar arya ckp cam 2 ....kalah ayie cam neh...arya dah paham bahasa germen 2 hahahhaa

    ReplyDelete
  23. x kisahlah panjang pun RM... kasi 100 bab pun kami still baca.. best

    ReplyDelete
  24. siapa cakap Ayie tu budak.... Ayie... a MAN.... hehehe...
    lupa ke pn. Arya... cara Ayie pun dah tahu ... MATANG SANGATTT....

    ReplyDelete
  25. romatika sgt....ada bunga2 kembang...

    ReplyDelete
  26. liebe liebe liebe liebe liebe liebe liebe liebe

    ReplyDelete
  27. nice to have a long journey, but not the complicated one..
    make it sweet and simple,
    their parents already faced a complicated journey, let them have a nice and simple one ok?? ;)

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah... Mula mendetil pula ni kak RM... Bolehlah, bagus... Tapi jangan sampai lebih2 ea, nanti macam sinetron negri saya pulak tu jadinya... Hehehehe
    ^__^v

    ReplyDelete
  29. Tetap ikuti blog rm wpun sdg bercuti d Seoul Korea.Tq rm..kak zaliza

    ReplyDelete
  30. nice story, but plez nk ending kat blog....

    ReplyDelete
  31. hahha semua dah verlieben ngn ayie

    ReplyDelete
  32. thanks Rm dgn ada cite ni sekurang-kurangnya semua minat ngn bahse jerman, Ich liebe dich

    ReplyDelete
  33. kak rehan nak bab 28 please x sabar nie teruja sangat

    ReplyDelete
  34. tak sabar nk tunggu bab yang seterusnya .. cerita ni sweet sangat .huhu

    ReplyDelete
  35. Tabik spring RM....bab 1-27...mmg trbaikkk...nk tulis mcm2..tp xde ayt nk coret utk melukiskn rs hati yg sbnar bila bc yr karya..apapn RM..y're good...good...great ...sweetttttt


    Shida Halim

    ReplyDelete