Thursday, June 06, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 33

KAKI aku masuk ke dalam bilik mesyuarat.  Hari pertama setelah sehari tiba.  Papa tak bagi masuk dulu tapi aku memang dah tak betah untuk rehatkan diri.  Bersendiri dalam bilik dengan tak buat apa, buat aku ingatkan Ayie tahap tujuh petala.  Sampai aku rasa nak menangis bagi meluahkan betapa aku ingatkan dia.  Sangat. 

“Cik Aryana!”  Julita, bekas setiausaha aku terjerit.  Kini dah jadi setiausaha Aryan. 
Aku senyum nipis dan menapak mendekati dia yang sedang menyusun kertas-kertas untuk mesyuarat di atas meja. 
Nampak terkejut sungguh muka dia.  Jangan kata dia.  Yang kat luar sana tadi pun hampir terjojol biji mata bila aku berjalan beriringan dengan Aryan masuk ke pejabat.  Papa je aku suruh duduk rumah.  Nampak rambut makin jarang sebab masalah ni gamaknya. 
“Saya, Julita...”  Aku senyum lagi. 
“Aryan, masuk sekali eh?”  ajak aku. 
Aryan angguk.  Tiada senyuman.  Dia ambil tempat.  Perbincangan antara empat pasang mata.  Aku, Aryan dan dua orang pegawai daripada IF Group. 
“Julita, you join meeting?” 
Julita geleng. 
“Join sekali.  Take the minutes.  Every single words you take note eh.  Apa-apa hal depan hari senang I nak buat rujukan,” arah aku pada Julita. 
Sejak balik daripada Jerman ni, aku sendiri dah jadi tegas.  Nak-nak lepas papa dan Aryan brief aku pasal projek ni.  Ini projek di cerun.  Biarpun kajian cerun dah dibuat dan pihak berwajib dah luluskan tapi penuh bersyarat.  Payah sangat ke nak faham.  Lepas tu berkeras nak Muhara uruskan sebab yakin dengan kemampuan Muhara.  Kalau degil sangat, pergi cari syarikat lain. 
“Err... bila Cik Arya balik?”  soal Julita sambil duduk di sisi Aryan. 
“Dah dua hari.  Rehat sehari, hari ni masuk ofis.” 
Aku terus belek kertas laporan yang telah disediakan.  Memang tak boleh nak buat bangunkan bangunan berpuluh tingkat di situ.  Tak lepas nanti. 
 “Sihat?” 
Aku pandang dia sekilas dan senyum.  “Sihat je.”  Tapi, hati aku rindu gila dekat Ayie.  Orang tak tahu tapi Allah maha tahu. 
“Pukul berapa diorang sampai?”
Baru Julita nak jawab, daun pintu dah diketuk.  Salah seorang staf.  Muhara dah bawa dua orang daripada IF Holdings masuk ke dalam bilik mesyuarat.  Aku dan Aryan bangkit.  Julita terus ke depan menyambut. 
“Silakan, Encik Iman, Encik Jehan.”  Ramah Julita menegur dan mempersilakan mereka duduk.
Aku betulkan kot hitam yang tersarung pada tubuh.  Selendang juga aku betulkan sedikit sebelum menyapa mereka.
“Assalamualaikum...” 
Kedua-duanya memandang aku.  Tak berkelip.  Kemudian dia pandang Aryan dan Julita.
“She is...”  Yang dipanggil Encik Jehan tu tak berkelip pandang aku. 
“Oh, my sister.  Aryana.”  Aryan jawab sopan. 
Mereka bersalaman dan terus duduk.  Di depan aku adalah lelaki yang segak berkot, yang dipanggil Encik Iman.  Bila aku belek lagi fail yang disediakan, tertera nama Iman Firdaus bin Ilham Fitri.  Pastilah dia.  Aku angkat wajah dan senyum lagi. 
“Maaf... Encik Mukhlis kurang sihat sikit.  Jadi, saya dan Aryan akan ambil alih meeting kali ni.  Kalau encik berdua tak keberatan boleh kita mula?” 
Julita dah duduk di sisi aku.  Aryan berdepan dengan Encik Jehan dan pandangan Iman Firdaus masih sama.  Terpaku pada aku.
“Tak sangka you muncul.  Itu pun secara tiba-tiba.”  Tegur Iman Firdaus.
“It just... happened.”  Aku angkat wajah.  “Dalam hidup kita ni memang banyak tiba-tiba,” sela aku. 
Bibir aku senyum sikit mengenangkan perkataan tiba-tiba tu.  Memang dalam hidup aku dan Ayie banyak tiba-tiba.  Dan aku memang tak boleh nak lepas memikirkan dia walaupun sesaat.
“Aryan, bagi kakak report SI (soil investigation)  dengan siasatan cerun tu.”  Aku siku Aryan dan cepat-cepat dia hulurkan laporan tu pada aku dan aku hulurkan pula dua salinan kepala pelanggan.
“Okey, bismillahirrahmanirrahim...  kita mula, ya?”  Pandangan kami saling bertaut dan masing-masing mengangguk.
“Berkenaan dengan  projek rumah peranginan ni, saya bagi pihak Muhara Sdn. Bhd. tersangatlah bangga dan menghargai peluang dan ruang yang telah diberikan.  Tapi jujurnya, setelah saya teliti semua report yang pihak kami dah buat, memang kerajaan tak akan luluskan untuk bangunan lebih daripada lima tingkat.  Jangan kata sepuluh, lima setengah pun tak boleh.  Cerun tu kami dah kaji dan memang tak boleh nak pasang cerucuk untuk tahan bangunan tu.  Sooner or later, the building will collapse.  Akan jadi isu besar dalam negara nanti.  Berkait dengan nyawa orang,” ujar aku  panjang. 
Nak sangat mereka mengerti.  Mereka pun bukan calang-calang.  IF Holdings juga terkenal tapi kenapalah orang muda depan aku ni macam ni pulak peel dia.  Nafas aku hela sekali  sebelum menyambung. 
“Let say pihak encik berdua nak teruskan, kami tak boleh nak terima projek ni.  Maaf banyak-banyak.  Berkenaan dengan design awal yang memang pada asalnya adalah rumah perangan lima tingkat, tapi jadi macam ni...”  Aku tarik gulungan lukisan bersaiz A1 daripada kerusi di sebelah kiri dan aku bentangkan di atas meja.
Penuh dengan contengan.  Tiada tandangan persetujuan daripada pihaknya.
“... this is very unprofessional.  Drawing yang consultant architecture yang kami lantik dah sediakan ni, tapi diconteng macam ni sekali sedangkan ini adalah persetujuan asal.  Muhara sendiri ada polisi  yang kukuh.  Kami kena jaga semua consultant yang ada kontrak dengan kami.  Kami tak akan buat keputusan tanpa solid reason.  Ada apa-apa yang encik berdua nak katakan?”  tanya aku akhirnya. 
Niat di hati memang nak tamatkan terus saja kontrak ni.  Wajah dah ketat.  Tak payah cakap memang darah aku dah menggelegak juga melihatkan apa yang terjadi.  Padanlah papa pun pening.  Surat setuju semua telah ditandatangani tapi pelanggan banyak cerita pulak. 
Aryan dah diam tak berkata apa.  Muka penuh tak puas hati dan paling tepat, kurang minat.  Julita ligat merekod segala  yang aku katakan.
“Encik Jehan?”  tanya aku bila mereka tak bersuara. 
“Err... kalau macam tu, semua keputusan dekat tangan Encik Iman.  Saya uruskan bahagian lain...”  Dia berpaling pada Encik Iman.
“Bos, memang tak boleh ni bos.  Jadi apa-apa, mengamuk Dato’ Ilham, bos,” sambung Jehan.
Aku senyum sinis pada mereka berdua.  Berpaling pada Aryan seketika dan kembali bertentang mata dengan dua orang lelaki di depan kami.  Tenang dan cuba bertahan sabar.
Usai saja Encik Jehan bersuara, aku pandang tepat pada mata Iman Firdaus.  Gamaknya dia inilah kot kerabat yang penuh cengkadak tu.  Aku pernah dengar nama peneraju IF Holdings, Dato’ Ilham Fitri tapi tak pernah aku jumpa.  Boleh jadi kenalan lama papa. 
“Encik Iman?”  Kening aku naik.
Dia tegakkan badan seketika sebelum bersuara.  “Kami percayakan Muhara instead of company lain...”
“Then, you just trust us... keputusan yang kami buat adalah  untuk kebaikan bersama.  Bukan  keuntungan semata-mata,” pangkas aku.  Mendatar.
Aku kesan senyuman pada bibir Iman Firdaus.  Dia tunduk dan berbisik seketika pada Encik Jehan.  Aku pandang Aryan, Aryan ceberkan bibir. 
“Cik Aryana, kami tak minta lebih.  Hanya untuk personal apartment pada tingkat ke-enam...” pinta dia tak mahu mengalah.
“No, we can’t.”  AKu dah hampir nak  hentak meja tapi sabar masih kuat melilit hati.
“I sendiri yakin, you guys mesti tahu risiko dia, kan?  IF Holdings lagi lama daripada Muhara.  Mana mungkin…”  Menggeleng aku kekesalan.  “Ini belum lagi termasuk bahan bina dan dengan masa yang telah you all tetapkan untuk projek ni, bertambah-tambah tak mungkin tu, Encik Iman.  Percaya cakap I, benda ni tak elok.  Kesan jangka panjang atau boleh jadi dalam sekelip mata.  Muhara tak nak bertanggungjawab.  Kalau you bertegas, I pun  kena bertegas untuk maruah dan kredibiliti Muhara.  Kalau kata you nak buat juga satu tingkat untuk kegunaan peribadi keluarga you, tak masalah masalah untuk kami.  Bermakna kita hanya tukar design pada tingkat ke lima dan remain lagi empat tingkat.  Bermakna bisnes you adalah pada empat tingkat tu je.  Tingkat ke lima you boleh gunakan,” cadang aku memberi jalan keluar yang boleh memberikan keuntungan pada kedua-dua belah pihak. 
Iman Firdaus nampak tak setuju.  Dia menggeleng.  Dia sulam jari jemari dan dia bawa siku bertongkat di atas meja.
“You tahu sesuatu tak, Cik Aryana… tempat pada tingkat ke lima tu sangat cantik.  Once you stand at fifth level, it is very awesome view dan itu bukan untuk kegunaan keluarga tapi untuk VVIP.  Sebab tu kami minta tambah lagi setengah tingkat paling tidak untuk dijadikan tempat cuci mata,” beritahu dia.
Aku mengeluh dan menggeleng.  Memang business minded betul mamat ni tapi tak fikir ke kesan dia.  Buatnya VVIP dia tu kojol masa menjamu mata, elok sangatlah tu.  Fikir duit je.  Cuba fikir kesan sampingan lain jugak.  Apalah…
“Kalau macam tu, terserah.  You can re-tender the contract dan Muhara tarik diri dengan rasminya,” ujar aku mengalah.  Mengalah yang tak beerti kami kalah.
“You tetap tak nak buat projek ni?  Muhara akan tanggung kerugian…”  ujar dia sedikit mengugut.
Aku senyum pada Iman.  Dia kecilkan anak mata dia menentang mata aku tapi aku memang tak pernah nak kisah.  Sebelum ni, ada lagi teruk tapi mampu aku handle ini teruk yang memang tak mampu nak kata apa. 
“Never mind… maruah Muhara di depan hari lebih penting,” tekan aku menahan hati. 
Aryan dan Julita tak berkutik dari tadi lagi.  biarlah.  Dah siapa suruh aku balik dan inilah keputusan aku sebagai Pengurus Besar dalam Muhara memandangkan CEO dia pun dah beri kuasa pada aku.  Apa nak jadi, silakan jadi.
“Kalau macam tu, perancangan asal syarikat kami dah tak boleh guna pakai,” bantah dia perlahan.
Aku senyum dan angguk.  “Betul tu dan you sepatutnya ada plan B, C atau D.  Kalau kata nak juga kekalkan rumah peranginan tu lima setengah tingkat, Encik Iman boleh cari tempat lain untuk bina rumah peranginan peribadi tu,” beritahu aku lagi. 
Iman pandang aku lama.  Matanya tak beriak.  Tapi bibirnya nampak senyum tipis.  Lelaki yang agak kacak dan bergaya pada mata aku.  Punyai karisma.  Nampak bijak dalam bisnes tapi pada mata aku bijak cari duit jelah.  Jauh tak terbanding hendak dikira dengan Ayie.  Berbeza. 
“Setuju?” 
Iman Firdaus sekali lagi berbisik pada Jehan.  Setelah itu dia kembali pandang aku. 
“Tak ada cara lain?” 
Aku geleng.  Dah nampak dia memang tak setuju dengan cadangan aku.  Pertama kali cadangan aku ditolak sejak aku mengemudi Muhara tapi apa ada hal, kehendak masing-masing dan terserah pada empunya diri. 
“Kalau macam tu, kita dah kira capai kata sepakat...”  Aku langsung bangkit dan menutup semua fail yang ada.
Kalau macam ni pelanggannya, usah kata papa dan Aryan, aku sendiri boleh kena sakit jiwa.  Boleh naik darah.  Boleh hilang sabar yang aku pertahankan selama ni.  Hilang kelembutan dalam bicara. 
“...we stop here.  The deal is not valid anymore.  You broke the contract.”  Aku senyum pahit dan terus berlalu tapi Aryan menahan.
“Kakak...”  Dia separuh berbisik.
Aku tahu Aryan nak cakap pasal apa.  Mesti pasal hal saman menyaman tu.  Aku nak lihat sejauh mana peneraju IF Holdings ni berani kotakan kata-katanya.
“Julita, treat our guest well.  I masuk bilik dulu.  Banyak benda I nak study balik,” suruh aku pada Julita tanpa menghiraukan kata-kata Aryan. 
Ya aku tahu.  Pasti papa mengamuk.  Mesti marah.  Tapi, nak buat macam mana?  Tak kan nak rosakkan maruah Muhara dengan permintaan tak masuk akal tu?  Dia bukan tak tahu apa maksud tak boleh tu tapi sengaja nak bolehkan apa yang tak boleh.  Yang membahayakan. 



AKU bersandar pada kerusi.  Letih.  Sangat letih.  Letih minda.  Aku tak tahu dah apa nak jadi.  Pertama kali aku rasa buntu nak selesaikan kes.  Nak-nak bila kata Aryan kalau kami gugurkan kontrak tu kami akan disaman.  Aku tadi saja mengacah.  Guna taktik lama dan kolot dengan harapan pihak pelanggan bersetuju dengan apa yang kami cadangkan.  Kalau tak setuju, pendek kata aku kena potong kepala dek papa. 
Aku capai tablet Samsung 10.1 dari atas meja.  Jari pantas menari dan menekan pada skrin.  Email aku tekan.  Rindu pada Ayie membuak-buak tiba-tiba.  Rasa nak menangis dan bercerita pada dia. 
Aku klik compose.  Naik nama ZAyieReza@yahoo.com pada alamat penerima bila aku taip nama Ayie.  Pada mulanya aku pun tak tahu apa maksud nama belakang dia tu.  Rupanya gabungan pada nama mama Resa dan papa Zaf.  Adik beradik dia semua ada nama Reza pada belakang emel.  Sebagai signature mereka sekeluarga. 

To          : ZAyieReza@yahoo.com
From      : AryaMuhara@yahoo.com
Subject   : Exhausted L

Assalamualaikum.  Ayie sihat?  Arya tak sempat nak call Ayie lagi.  Ayie dah habis paper akhir, kan?  Arya sihat je.  Semua sihat tapi Arya tak sempat lagi nak jenguk keluarga Ayie.  Hari ni hari pertama masuk ofis.  Rasa semuanya macam baru, macam empat tahun lepas.  Banyak perkara nak kena study balik.  Sini tak ada salji yang pasti.  (gelak) Tapi, hujan lately.  Hujan rahmat.  Hujan bagi sejuk bumi ni.  Ayie tak nak balik ke semester break ni?  Nak kata rindu tu... adalah sikit.

Tangan aku berhenti menekan skrin tablet.  Rindu sikit?  Heh, sejak bila aku rindu Ayie sikit?  Bukan dah melepasi paras gunung Everest ke?  Tak nak mengaku.  Rasa malu tu tak pernah menipis.  Makin tebal adalah. 

Muhara bz.  Ada pelanggan pelik buat Arya rasa nak terbang balik Berlin sekarang jugak.  Tapi, pa really needs my help.  You just stand where your stood.  Arya akan balik nanti ke rumah kita.  Banyak nak cerita, tapi letih nak tekan tablet.  Nanti kita cerita lagi eh but I wish you’re here… here… here… nere.
End.

Aku baca sekali lalu dan bila rasa puas hati dan dah tak ada apa nak diceritakan biarpun terlalu banyak perkara yang terjadi, aku tekan SEND.  Selamat emel aku terbang masuk dalam inbox Ayie. 
Terus aku pejamkan mata dan bersandar pada kerusi.  Kerusi lama.  Aryan rupanya tak duduk dalam bilik aku ni.  Dia tetap dalam bilik dia.  Katanya, kakak akan balik satu hari nanti.  Tak cepat, mesti lambat sikit.  Dan sekarang, di sini aku kembali.
Aryan... nampak sangat muka tak puas hati tadi.  Sekali pandang pun aku dah boleh baca perangai macam mana pewaris IF Holdings tu.  Serius jengkel.  Cara dia pandang aku pun sangat lain.  Tak sama dengan cara Ayie pandang biarpun Ayie kerap mengusik.  Suka menyakat. 
Mata dah layu.  Rupa-rupanya jet lag lagi.  Tak nak hilang.  Degil aku ni rupanya kalau ada yang tak kena.  Ingatkan dah berubah bila dah jadi isteri tapi hanya dengan Ayie.  Bila kembali duduk di kerusi pengurus besar Muhara, sikap lama kembali.  Tegas dalam kelembutan. 
Baru nak melayan rasa rindu di angin lalu, daun pintu diketuk.  Tersembul wajah Julita.  Aku senyum tawar.  Letih. 
“Ya, Julita?” 
Dia sengih.  “Cik Arya… Encik Iman nak jumpa.  Boleh?”  beritahu Julita tapi tak sempat aku nak angguk atau kata YA, makhluk nama Iman Firdaus tu dah menolak lebar daun pintu berwarna oak gelap ni.  Hadoi.  Mencabar sabar sungguh.
“Errr…”  Julita dah teragak-agak tapi aku senyum saja mintak dia berlalu. 
“Silakan…”  Aku mempelawa setelah Julita menutup daun pintu rapat. 
Iman Firdaus sengih.  Dia buka butang kotnya dan menampakkan kemeja kuning cair di dalamnya. 
“Apa apa lagi, ya?”  soal aku sopan menahan kelopak mata yang nak bertemu dah. 
“Tak ada apa…”  Dia geleng.  “Cumanya nak beritahu pada you, you might be never see that place.  Once you see that view, you sendiri sanggup nak bina tempat relaks tu…” 
Aku ketawa geli hati.  Dia ingat aku ni apa?  Mudah terpedaya macam tu je.  Tak fikir keselamatan orang?  Silaplah dia. 
“Nope…”  Aku geleng.  “I don’t think so.  Cantik memang cantik dan pada I seluruh dunia ni cantik.  Seluruh permukaan bumi, langit, lautan, gunung-ganang, you sekalipun cantik kejadiannya.  Semuanya pinjaman Allah tapi kita tak boleh bahayakan nyawa VVIP you tu.”  Sengaja aku tekan VVIP tu.  Hebat sangat ke VVIP. 
Dia tak tahu ke siapa atuk dan nenek aku?  Dia tahu tak Aryana ni cucu sulung keluarga berpengaruh Tan Sri Mahzan. 
Iman ketawa lepas.  Dah macam ofis dia dah dia buat ofis aku ni.  Ayie pun tak pernah nak ketawa macam dia tahu dekat tempat kerja aku.  Sungguh kurang sopan. 
“I rasa kalau you fikir I nak ubah fikiran…”  Aku menggeleng.
“…melainkan you ubah fikiran you dan Muhara akan pertimbangkan semula untuk beri yang terbaik pada projek rumah peranginan IF Holdings kali ni,” janji aku.
Iman nampak mengangguk-ngangguk.  Janggut sejemput dia tu dia usap lama dengan mata merenung aku dan macam tadi juga, tanpa riak.
“Kita kena lawat tapak projek dulu.  I minta budak-budak I atur satu site visit untuk kita sama-sama buat keputusan…”  cadang dia.
Aku ceberkan bibir dan angkat kening sikit.  Lama-lama aku angguk.  Nak tak nak aku kena lawat juga dulu tapak projek. Sekadar tengok gambar, baca laporan tak boleh bayangkan sangat macam mana. 
“Let me know once you have the date.  I will block mine…”  Aku belek sebuah planner berwarna hitam. 
Muka surat pertama ada gambar aku dan Ayie.  Gambar kami ketawa di restoran di Berlin mula-mula sampai dulu.  rindu.  Hanya satu perkataan yang mampu aku ucapkan waktu ni.  Rasa kekosongan sungguh biarpun ada orang lain di depan mata. 
“Senyum sorang?” 
Aku panggung kepala dan menggeleng.  “Err… rasanya dah tak ada apa dah… I pun ada kerja lain ni,” ujar aku memberi makna yang aku nak suruh dia balik.
Iman pantas bangkit tanpa banyak soal.  Dia hulurkan sekeping kad pada aku. 
“Err… you punya?” 
Aku menggeleng.  “Sorry, tak ada lagi.  I baru balik dan baru masuk Muhara hari ni.   Yang lama-lama dah buang dah…”  Sengih tiba-tiba. 
Wajah Iman nampak kalut bila aku sengih.  Dia cuba melarikan wajahnya merata-rata dan terus sengih aku padam.  Agaknya gigi aku dah tumbuh taring sebab tu dia takut bila aku sengih. 
“Ehem…”  Dia berdeham panjang.  “I’ll give you a call…”
“Waiting.”  Aku membalas tenang. 
Iman berpaling dan sebelum dia tarik daun pintu, dia berpaling semula saat aku menerima satu keping sampul surat yang terbang masuk.  AYIE!
“Tegas you buat you lagi cantik, Aryana…” 
Berkerut dahi aku bila Iman Firdaus dah berlalu.  Hey, dia tak tahu ke aku dah kahwin?  Tak sempat nak beritahu status aku dia dah berlalu.  Patut tadi aku suruh Julita je karatekan dia ni.  Julita tu bukan calang-calang, blackbelt karate dan dibesarkan oleh mak ayah yang juga pernah jadi jurulatih karate. 
Malas nak fikir, aku terus bukak emel. 

From      : ZAyieReza@yahoo.com
To          : AryaMuhara@yahoo.com
Subject   : Excited J

Aku sengih.  Heh, boleh dia excited.  Tak rindu aku ke?  Atau dah pergi menjelajah dunia dengan kawan-kawan dia cuti semester ni?  Ayie…
Mata aku terus menatap ayat yang dia tulis.  Ringkas dan pendek saja.

On Skype and your video cam J

Terus aku minimize window Yahoo dan terus saja aku buka Skype.  Kamera video pun aku buka cepat-cepat.  Tudung aku betulkan.  Mata yang layu dah tak layu dah bila Ayie nak bersiaran langsung dengan aku. 
Berdebar. 
Hanya itu  yang mampu aku ucapkan waktu ni.  Beberapa minit kemudian, panggilan masuk dan aku berdoa moga-moga internet sangat laju macam enjin Soyuz. 
“Ayie…”  Aku panggil dia. 
Teruja tapi Ayie letakkan jari telunjuk dia pada bibir.  Dia betulkan sedikit kamera dia dan dia menongkat dagu.  Aku pun.  Dengan muka comel sabar menanti dia bersuara.  Tapi, keluar muzik dan Ayie menyanyi.  Senang hati dan lirik tu adalah…

It's been said and done
Every beautiful song been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center fold, miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

Aku ketawa lepas.  Serius lucu.  Peat peat peat tu dah bunyi macam burung.  Tapi Ayie hanya buat tak tahu dan terus menyanyi dengan senang hatinya.  Mata dia tak lepas merenung kau.  Aku jugak dan aku kembali redakan tawa, menikmati nyanyian dia yang memang aku tahu dia sedang menanggung rindu yang menggebu jugak. 

Constantly, girl you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

Ayie sentuh skrin notebook dia dan aku dengan sendiri merapatkan wajah aku pada skrin komputer aku.  Terharu dan terkedu.

No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on…


Dan, airmata aku menitis setitis lantas jari telunjuk Ayie sentuh lagi skrin notebook, bagai menyeka airmata aku.  Ya Allah, rindunya….

~~> to be continue sooner or later.  



RM cakap : Kali ni betul2 last update (kot) Time to offline.  Nak siapkan manuskrip sambil2 rehat dan bantu Sha uruskan buku2 dia.  Jangan lupa order buku Sha Ibrahim eh.  Uniknya Cinta.  Rindu, yeahhh.. gonna miss yu both Aryana n Ayie... teriam kasih atas sokongan.  Sampai jumpa lagi.  Saya saaaaaaaayannggggggggggg semua.  

72 comments:

  1. Sayu hati baca n3 kali ni...Tq RM
    Hopefully manuskrip cpt siap...x sabar tgu

    ReplyDelete
  2. UWAAAAAAAAAAAAAAAAAA!! YOU CANT DO THIS TO US KAK REHANNNN :(((((((((((((((((((((

    ReplyDelete
  3. i will miss you Ayie!! wuargghhhh.. kan best kalau betul2 dapat dengar ayie nyanyi.. terima kasih Kak Rehan untuk hadiah ni!

    ReplyDelete
  4. Thanks rm..superb!!

    P/s: still hoping kat "kot" dr RM

    ReplyDelete
  5. esh, nmpknya ank ilham fitri dgn wafiah pn kluar la...excitednya nk tau smbungannya....tq kak RM..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat anak hero heroin terlerai kasih je, anak hero heroin bila nak saksi pun masuk sekali. wow, ini kurun ke berapa ni cik rehan? anyway, respect your talent. amazing. tak sabar nak tunggu buah tangan cik rehan seterusnya.

      Delete
    2. X kisah la kurun berapa pun. Yang penting seronok membaca kisah diaorang n x lama lagi sure ada kisah hati anak2 yg lain ni

      Delete
  6. RM, take a breather if that's what u need to relax, unwind and rejuvenate. Nanti bila dah kembali bertenaga, boleh siapkan SAK secepat mungkin.... I'm gonna miss Ayie & Aryana's entries terribly.... but.... hvg SAK novel in my hand would make it all worthwhile. Insha Allah & ameen.

    ReplyDelete
  7. Sedihhhhh sgt.. but kak rm, please jgn offline lma2... rindu merekz berdua ni,,

    ReplyDelete
  8. apa mksud J tu yerk.yg kat tjuk mesej tu..ksian kat IF, mesti minat Aryana kan?tpi da melepas. tu la sape sruh jdi anak watak prtama karehan.hakhakhak...

    >>k<<

    ReplyDelete
  9. Emotional ckit baca last part nih. Kesian Arya & Ayie. Ni mesti Iman nk potong line kan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah jadi..suruh jer dia couple ngan khairul apa nama nyer tu....jangan nak kacau daun ayie....dah best dah story sekarang nie....kang iman ni spisis ngan si khai tu susah pulak jenis keras kepala batu macam bapak dia jugak

      Delete
    2. jgn lah si iman tu sangkut dgn si arya plop. baru jer nk baik dgn ayie. jd plop gni. ish....

      Delete
  10. hehehe thank you!!! aaa suke.. xsabar nak bace.. hehehe anak wafiah dh muncul, anak jelita pon ade ek.. hehehe..suke sgt! siapkanlah cepat2 sy mmg akan beli.. tanpa ragu lagi!

    alin

    ReplyDelete
  11. waaa kena tunggu huhuhu ..

    nak sikap ayie jadi suami kitee k.rehan doa-doa ye . huhuhu *gatal jap

    #ayie aryana suitt

    ReplyDelete
  12. wah... anak usop and lit plus anak ilham and fiah ada skali... best!!!

    ReplyDelete
  13. PJJ...sian diaorg....tp jgn iman tetiba menyibuk plak..

    ReplyDelete
  14. ohmaiii.... kalau Iman spt ayahnya yg suka memiliki...alamak cabaran yg hebat akn dihadapi oleh ayie...
    alamak... akan merindui SAK, sob sob sob....


    -sj-

    ReplyDelete
  15. will misss u toooooooo......ayie & arya. hope 2 c u soooooon.....

    ReplyDelete
  16. Nape tk siapkan dlu cter ni,

    ReplyDelete
  17. kami pun sayaaaaaaaaaang RM ......hug ketat ketat.....

    -sj-

    ReplyDelete
  18. sedih...cian kt Arayie.... n lg sedih bila RM ckp nk offline...

    ReplyDelete
  19. i will mis arayie kak rehan...and miss ur writing too :(

    ReplyDelete
  20. Luv u 2 RM.. hopefully RM dpt siapkan manuskrip tu sbb akak still akan beli walaupun dah baca semua kat blog hijau ni.
    *Janganlah Iman tu mengurat Arya*!!

    ReplyDelete
  21. Will missssssssss a lot at ARAYIE........sabar menanti RM siapkan SAK nie......

    ReplyDelete
  22. rindunya....nak nagis depan webcame lah. moga2 ada org kesat nanti.

    ReplyDelete
  23. bakal rindui tiba-tiba arayie dan SAK...

    ReplyDelete
  24. waaaaa.....rindu ayie n arya...

    ReplyDelete
  25. nanti mesti rindu ngn word "TIBA-TIBA"..
    ayie <3 arya...

    ReplyDelete
  26. The touching moment for Aryayie and us too. Harap mss novel ni didahulukan. Kami x sanggup merindu mereka lama-lama RM....plessssss

    ReplyDelete
  27. apapun 1stly nak ucap TQ RM.. sedeynyer... bila syie pegang skrin laptop.. dpt bayangkan camne... pasni sure rindu dengan ayie dan arya.. apapun Good luck RM, nanti cepat2 smabung n3 arya dan ayie ni erk... Sayangggggggg RM :)

    ReplyDelete
  28. tetap akan sabar menanti walau berapa lama pun Arya dan Ayie menyorok.. kok sampai dapat cucu pun akan dinanti... selamat bekerja utk RM dan Sha.. semoga suksess..@ terus je keluarkan SAK ni sekali.. kami menunggu

    ReplyDelete
  29. Tqvm.....emo....luv it muah....

    ReplyDelete
  30. aduhh..part last tu wat rasa nak nangis sama ngan arya..
    dpt rasa kerinduanya.. Arayie..

    hmm..iman ni minat kat arya ke? reaksi dia sama cam arya bila ayie mengusik ngan 'ayat2x chenta dia..

    En. Iman Firdaus jgn main-main..xleh tenung2x(cucuk mata kang)..xleh feeling lebih- lebih yer bini org tu..Arya tu Ayie yg punya..hahaha(ikut gaya jin dlm ahmad albab gelak) ;)


    thanks& deabak.. REhan.M

    ReplyDelete
  31. Mula suka sgt ada n3 , bila kata nak stop trus sedih. TQVM RM, moga dapat cepat versi cetak yer,KH

    ReplyDelete
  32. Tiba2 ringtone hp akk bertukar jd lagu ni...... huhuhu...

    ReplyDelete
  33. Mss apa? BISAKAH @ SAK?

    ReplyDelete
  34. sesungguhnya x sbr nak peluk mss baru RM..... 2 rius saya x sabar... dah jatuh cinta dgn semua karya RM...mmmmmuuuuaaaaaaahhhhhhh....

    ReplyDelete
  35. huhu....lama ke kn tgu??...cepat2 eh sambung...:)

    ReplyDelete
  36. 2 rius billon2 rius..x sabar nak peluk naskah ini..
    Cepat ye rehan bulan 8 boleh

    ReplyDelete
  37. sah dah nagis gulung-guling nie.....kak jangan lah offline lama-lama...tak dah penghibur hati,penyejuk mata lah klu macam nie...miss you arya and ayie....ku tunggu kedatanganmu..

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck dan jgn buat kami ternanti2 yer RM

      Delete
  39. haha.....julita pairkan dgn aryan...ahaks, tamak kan?

    ReplyDelete
  40. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    i love u like a love song too...

    nak sambungan..... pleashhhh....

    bile lg nak sambungan lak nih.... :(

    ReplyDelete
  41. Sedihnya...i will miss both of u arayie.jmpa nnti dlm pelukan or on9 ehh

    ReplyDelete
  42. Huhuhu...kita nangis jgk...sedihhh. Tp geram plk ngan iman. Peel cam bapak dia jgk!

    ReplyDelete
  43. Julita ank Jelita & Usop ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. igt x jelita p kls teakwondo?? :))

      Delete
  44. RM.....plez7x jgn off line...huhuhu....

    ReplyDelete
  45. annoy gile dengan iman. n can't stop smiling bila masuk part ayie n arya ^^

    ReplyDelete
  46. Kak RM bl nk sambung lg SAK ni.. Rindu nk baca apa yg jd kt Arya & Ayie lps ni.. This story is so interesting..best sgt2.. Pleaseeee cont. cpt2 ye kak RM....

    ReplyDelete
  47. blh tak, wpun dah tau RM offline...masih jga menaruh harapan yg menggunung yg SAK ada new n3...sob3 rupa2nya msih x blh trima hakikat.......sob3...


    -sj-

    ReplyDelete
  48. Hope cite nie abis kat blog ijau nie....huhu...

    ReplyDelete
  49. huhuhuhuhu... lagi2 akan dilanda rasa penasaran & rindu pada Aryayie (Arya ngan Ayie) krn ini bab terakhir d blog :( :(

    apa2 idha do'akan smoga manuskrip SAK cepat selesai ye kak RM...

    ReplyDelete
  50. En Iman x payah nak potong line lah... En Ayie dah takluk hati, jantung, limpa dan yang berhubung kait dengannya buat Arya tersayang.... lama Ayie tunggu Arya senang-senang En Iman nak potong jalan... Ayie dan Arya x kira U anak siapalah... hehehe

    ReplyDelete
  51. xpayah nak ngorah sgt ler en iman oit..dh jd bini org pon arya tu..mtk2 ayie blk mesia pasni..bior bertembung ngan en iman tu..tau langit tinggi rendah..hehhe..

    ReplyDelete
  52. Cantik umh baru RM...... tapi sunyi tanpa arayie...... upssssss utk RM...

    ReplyDelete
  53. ohhhhh sedihnya hati.......cpt sambung rm huhuhuhu

    ReplyDelete
  54. Ohmaiiii....sedihnya baca entry ni... Nangis2 atas sofa sorang diri. Kasihanya Arya..sapa tak rindukan kalau suami jauh depan mata. Sabar aje lah Arya ye. Dan En Iman jangan nak berani usha Arya tu ye dah ken cop ngan Ayie ..sambung lah lagi RM rindu ngan budak berdua niiii...

    ReplyDelete
  55. Ohh NOOOO....!!!bila nak sambung ni...

    ReplyDelete
  56. sambungla.......pls......pls......pls

    ReplyDelete
  57. alamak...lepasni rindu kat Arya ngan Ayie...

    ReplyDelete
  58. bila nak sambung cite nh. best2

    ReplyDelete
  59. Assalam...

    Bila bole dapat your novel ni? End of 2013.....Nov'13 or Dec'13?

    Sis mb.

    ReplyDelete
  60. Apalah arya nie, takut plak senyum dh tumbuh gigi taring, iman tergoda ler tu........ilham fitri, teringat terlerai kasih kan.....

    ReplyDelete
  61. Akak rehan mokhtar...best giler buku nie...tp sy nak tahu sgt apa tajuk lgu yg ada kat epilog novel nie???

    ReplyDelete
  62. kak rehan..skrg dah tahun 2020..blh ke akk sambung lg entry pasal bab seterusnya?hehehe..sy baru tau pasal citer ni melalui cousin..bkn tanak carik buku ni kat bookstore,tp sbb skrg ni xblh kluar rmh krn covid-19..so,sy tertunggu² sangat sambungan kisahnye..blh ke akk sambung kat lg sini..hehe

    ReplyDelete