KAKI
aku masuk ke dalam bilik mesyuarat. Hari
pertama setelah sehari tiba. Papa tak
bagi masuk dulu tapi aku memang dah tak betah untuk rehatkan diri. Bersendiri dalam bilik dengan tak buat apa,
buat aku ingatkan Ayie tahap tujuh petala.
Sampai aku rasa nak menangis bagi meluahkan betapa aku ingatkan
dia. Sangat.
“Cik
Aryana!” Julita, bekas setiausaha aku
terjerit. Kini dah jadi setiausaha
Aryan.
Aku
senyum nipis dan menapak mendekati dia yang sedang menyusun kertas-kertas untuk
mesyuarat di atas meja.
Nampak
terkejut sungguh muka dia. Jangan kata
dia. Yang kat luar sana tadi pun hampir terjojol biji mata bila
aku berjalan beriringan dengan Aryan masuk ke pejabat. Papa je aku suruh duduk rumah. Nampak rambut makin jarang sebab masalah ni
gamaknya.
“Saya, Julita...” Aku senyum lagi.
“Aryan,
masuk sekali eh?” ajak aku.
Aryan
angguk. Tiada senyuman. Dia ambil tempat. Perbincangan antara empat pasang mata. Aku, Aryan dan dua orang pegawai daripada IF Group.
“Julita,
you join meeting?”
Julita
geleng.
“Join
sekali. Take the minutes. Every single words you take note eh. Apa-apa hal depan hari senang I nak buat rujukan,”
arah aku pada Julita.
Sejak
balik daripada Jerman ni, aku sendiri dah jadi tegas. Nak-nak lepas papa dan Aryan brief aku pasal
projek ni. Ini projek di cerun. Biarpun kajian cerun dah dibuat dan pihak
berwajib dah luluskan tapi penuh bersyarat.
Payah sangat ke nak faham. Lepas
tu berkeras nak Muhara uruskan sebab yakin dengan kemampuan Muhara. Kalau degil sangat, pergi cari syarikat
lain.
“Err...
bila Cik Arya balik?” soal Julita sambil
duduk di sisi Aryan.
“Dah
dua hari. Rehat sehari, hari ni masuk
ofis.”
Aku
terus belek kertas laporan yang telah disediakan. Memang tak boleh nak buat bangunkan bangunan
berpuluh tingkat di situ. Tak lepas
nanti.
“Sihat?”
Aku
pandang dia sekilas dan senyum. “Sihat
je.” Tapi, hati aku rindu gila dekat
Ayie. Orang tak tahu tapi Allah maha
tahu.
“Pukul
berapa diorang sampai?”
Baru Julita
nak jawab, daun pintu dah diketuk. Salah
seorang staf. Muhara dah bawa dua orang
daripada IF Holdings masuk ke dalam bilik mesyuarat. Aku dan Aryan bangkit. Julita terus ke depan menyambut.
“Silakan,
Encik Iman, Encik Jehan.” Ramah Julita
menegur dan mempersilakan mereka duduk.
Aku
betulkan kot hitam yang tersarung pada tubuh.
Selendang juga aku betulkan sedikit sebelum menyapa mereka.
“Assalamualaikum...”
Kedua-duanya
memandang aku. Tak berkelip. Kemudian dia pandang Aryan dan Julita.
“She
is...” Yang dipanggil Encik Jehan tu tak
berkelip pandang aku.
“Oh, my
sister. Aryana.” Aryan jawab sopan.
Mereka
bersalaman dan terus duduk. Di depan aku
adalah lelaki yang segak berkot, yang dipanggil Encik Iman. Bila aku belek lagi fail yang disediakan,
tertera nama Iman Firdaus bin Ilham Fitri.
Pastilah dia. Aku angkat wajah
dan senyum lagi.
“Maaf...
Encik Mukhlis kurang sihat sikit. Jadi,
saya dan Aryan akan ambil alih meeting kali ni.
Kalau encik berdua tak keberatan boleh kita mula?”
Julita
dah duduk di sisi aku. Aryan berdepan
dengan Encik Jehan dan pandangan Iman Firdaus masih sama. Terpaku pada aku.
“Tak
sangka you muncul. Itu pun secara
tiba-tiba.” Tegur Iman Firdaus.
“It
just... happened.” Aku angkat
wajah. “Dalam hidup kita ni memang
banyak tiba-tiba,” sela aku.
Bibir
aku senyum sikit mengenangkan perkataan tiba-tiba tu. Memang dalam hidup aku dan Ayie banyak
tiba-tiba. Dan aku memang tak boleh nak
lepas memikirkan dia walaupun sesaat.
“Aryan,
bagi kakak report SI (soil investigation) dengan siasatan cerun tu.” Aku siku Aryan dan cepat-cepat dia hulurkan
laporan tu pada aku dan aku hulurkan pula dua salinan kepala pelanggan.
“Okey,
bismillahirrahmanirrahim... kita mula,
ya?” Pandangan kami saling bertaut dan
masing-masing mengangguk.
“Berkenaan
dengan projek rumah peranginan ni, saya
bagi pihak Muhara Sdn. Bhd. tersangatlah bangga dan menghargai peluang dan
ruang yang telah diberikan. Tapi
jujurnya, setelah saya teliti semua report yang pihak kami dah buat, memang
kerajaan tak akan luluskan untuk bangunan lebih daripada lima tingkat.
Jangan kata sepuluh, lima
setengah pun tak boleh. Cerun tu kami
dah kaji dan memang tak boleh nak pasang cerucuk untuk tahan bangunan tu. Sooner or later, the building will
collapse. Akan jadi isu besar dalam negara
nanti. Berkait dengan nyawa orang,” ujar
aku panjang.
Nak
sangat mereka mengerti. Mereka pun bukan
calang-calang. IF Holdings juga terkenal
tapi kenapalah orang muda depan aku ni macam ni pulak peel dia. Nafas aku hela sekali sebelum menyambung.
“Let
say pihak encik berdua nak teruskan, kami tak boleh nak terima projek ni. Maaf banyak-banyak. Berkenaan dengan design awal yang memang pada
asalnya adalah rumah perangan lima
tingkat, tapi jadi macam ni...” Aku
tarik gulungan lukisan bersaiz A1 daripada kerusi di sebelah kiri dan aku
bentangkan di atas meja.
Penuh
dengan contengan. Tiada tandangan
persetujuan daripada pihaknya.
“...
this is very unprofessional. Drawing
yang consultant architecture yang kami lantik dah sediakan ni, tapi diconteng
macam ni sekali sedangkan ini adalah persetujuan asal. Muhara sendiri ada polisi yang kukuh.
Kami kena jaga semua consultant yang ada kontrak dengan kami. Kami tak akan buat keputusan tanpa solid
reason. Ada apa-apa yang encik berdua nak
katakan?” tanya aku akhirnya.
Niat di
hati memang nak tamatkan terus saja kontrak ni.
Wajah dah ketat. Tak payah cakap
memang darah aku dah menggelegak juga melihatkan apa yang terjadi. Padanlah papa pun pening. Surat
setuju semua telah ditandatangani tapi pelanggan banyak cerita pulak.
Aryan
dah diam tak berkata apa. Muka penuh tak
puas hati dan paling tepat, kurang minat.
Julita ligat merekod segala yang
aku katakan.
“Encik
Jehan?” tanya aku bila mereka tak
bersuara.
“Err...
kalau macam tu, semua keputusan dekat tangan Encik Iman. Saya uruskan bahagian lain...” Dia berpaling pada Encik Iman.
“Bos,
memang tak boleh ni bos. Jadi apa-apa,
mengamuk Dato’ Ilham, bos,” sambung Jehan.
Aku
senyum sinis pada mereka berdua.
Berpaling pada Aryan seketika dan kembali bertentang mata dengan dua oran g lelaki di depan
kami. Tenang dan cuba bertahan sabar.
Usai
saja Encik Jehan bersuara, aku pandang tepat pada mata Iman Firdaus. Gamaknya dia inilah kot kerabat yang penuh
cengkadak tu. Aku pernah dengar nama
peneraju IF Holdings, Dato’ Ilham Fitri tapi tak pernah aku jumpa. Boleh jadi kenalan lama papa.
“Encik
Iman?” Kening aku naik.
Dia
tegakkan badan seketika sebelum bersuara.
“Kami percayakan Muhara instead of company lain...”
“Then,
you just trust us... keputusan yang kami buat adalah untuk kebaikan bersama. Bukan
keuntungan semata-mata,” pangkas aku.
Mendatar.
Aku
kesan senyuman pada bibir Iman Firdaus.
Dia tunduk dan berbisik seketika pada Encik Jehan. Aku pandang Aryan, Aryan ceberkan bibir.
“Cik
Aryana, kami tak minta lebih. Hanya
untuk personal apartment pada tingkat ke-enam...” pinta dia tak mahu mengalah.
“No, we
can’t.” AKu dah hampir nak hentak meja tapi sabar masih kuat melilit
hati.
“I
sendiri yakin, you guys mesti tahu risiko dia, kan ? IF
Holdings lagi lama daripada Muhara. Mana
mungkin…” Menggeleng aku kekesalan. “Ini belum lagi termasuk bahan bina dan dengan
masa yang telah you all tetapkan untuk projek ni, bertambah-tambah tak mungkin
tu, Encik Iman. Percaya cakap I, benda
ni tak elok. Kesan jangka panjang atau
boleh jadi dalam sekelip mata. Muhara tak
nak bertanggungjawab. Kalau you
bertegas, I pun kena bertegas untuk
maruah dan kredibiliti Muhara. Kalau
kata you nak buat juga satu tingkat untuk kegunaan peribadi keluarga you, tak
masalah masalah untuk kami. Bermakna
kita hanya tukar design pada tingkat ke lima
dan remain lagi empat tingkat. Bermakna
bisnes you adalah pada empat tingkat tu je.
Tingkat ke lima
you boleh gunakan,” cadang aku memberi jalan keluar yang boleh memberikan
keuntungan pada kedua-dua belah pihak.
Iman
Firdaus nampak tak setuju. Dia
menggeleng. Dia sulam jari jemari dan
dia bawa siku bertongkat di atas meja.
“You
tahu sesuatu tak, Cik Aryana… tempat pada tingkat ke lima tu sangat cantik. Once you stand at fifth level, it is very
awesome view dan itu bukan untuk kegunaan keluarga tapi untuk VVIP. Sebab tu kami minta tambah lagi setengah
tingkat paling tidak untuk dijadikan tempat cuci mata,” beritahu dia.
Aku
mengeluh dan menggeleng. Memang business
minded betul mamat ni tapi tak fikir ke kesan dia. Buatnya VVIP dia tu kojol masa menjamu mata,
elok sangatlah tu. Fikir duit je. Cuba fikir kesan sampingan lain
jugak. Apalah…
“Kalau
macam tu, terserah. You can re-tender
the contract dan Muhara tarik diri dengan rasminya,” ujar aku mengalah. Mengalah yang tak beerti kami kalah.
“You
tetap tak nak buat projek ni? Muhara
akan tanggung kerugian…” ujar dia
sedikit mengugut.
Aku senyum
pada Iman. Dia kecilkan anak mata dia
menentang mata aku tapi aku memang tak pernah nak kisah. Sebelum ni, ada lagi teruk tapi mampu aku
handle ini teruk yang memang tak mampu nak kata apa.
“Never
mind… maruah Muhara di depan hari lebih penting,” tekan aku menahan hati.
Aryan
dan Julita tak berkutik dari tadi lagi.
biarlah. Dah siapa suruh aku
balik dan inilah keputusan aku sebagai Pengurus Besar dalam Muhara memandangkan
CEO dia pun dah beri kuasa pada aku. Apa
nak jadi, silakan jadi.
“Kalau
macam tu, perancangan asal syarikat kami dah tak boleh guna pakai,” bantah dia
perlahan.
Aku
senyum dan angguk. “Betul tu dan you sepatutnya
ada plan B, C atau D. Kalau kata nak
juga kekalkan rumah peranginan tu lima
setengah tingkat, Encik Iman boleh cari tempat lain untuk bina rumah peranginan
peribadi tu,” beritahu aku lagi.
Iman
pandang aku lama. Matanya tak
beriak. Tapi bibirnya nampak senyum
tipis. Lelaki yang agak kacak dan
bergaya pada mata aku. Punyai
karisma. Nampak bijak dalam bisnes tapi
pada mata aku bijak cari duit jelah. Jauh
tak terbanding hendak dikira dengan Ayie.
Berbeza.
“Setuju?”
Iman
Firdaus sekali lagi berbisik pada Jehan.
Setelah itu dia kembali pandang aku.
“Tak
ada cara lain?”
Aku
geleng. Dah nampak dia memang tak setuju
dengan cadangan aku. Pertama kali
cadangan aku ditolak sejak aku mengemudi Muhara tapi apa ada hal, kehendak
masing-masing dan terserah pada empunya diri.
“Kalau
macam tu, kita dah kira capai kata sepakat...”
Aku langsung bangkit dan menutup semua fail yang ada.
Kalau
macam ni pelanggannya, usah kata papa dan Aryan, aku sendiri boleh kena sakit
jiwa. Boleh naik darah. Boleh hilang sabar yang aku pertahankan
selama ni. Hilang kelembutan dalam
bicara.
“...we
stop here. The deal is not valid
anymore. You broke the contract.” Aku senyum pahit dan terus berlalu tapi Aryan
menahan.
“Kakak...” Dia separuh berbisik.
Aku
tahu Aryan nak cakap pasal apa. Mesti
pasal hal saman menyaman tu. Aku nak
lihat sejauh mana peneraju IF Holdings ni berani kotakan kata-katanya.
“Julita,
treat our guest well. I masuk bilik
dulu. Banyak benda I nak study balik,”
suruh aku pada Julita tanpa menghiraukan kata-kata Aryan.
Ya aku
tahu. Pasti papa mengamuk. Mesti marah.
Tapi, nak buat macam mana? Tak kan nak rosakkan maruah
Muhara dengan permintaan tak masuk akal tu?
Dia bukan tak tahu apa maksud tak boleh tu tapi sengaja nak bolehkan apa
yang tak boleh. Yang membahayakan.
AKU
bersandar pada kerusi. Letih. Sangat letih.
Letih minda. Aku tak tahu dah apa
nak jadi. Pertama kali aku rasa buntu
nak selesaikan kes. Nak-nak bila kata
Aryan kalau kami gugurkan kontrak tu kami akan disaman. Aku tadi saja mengacah. Guna taktik lama dan kolot dengan harapan
pihak pelanggan bersetuju dengan apa yang kami cadangkan. Kalau tak setuju, pendek kata aku kena potong
kepala dek papa.
Aku
capai tablet Samsung 10.1 dari atas meja.
Jari pantas menari dan menekan pada skrin. Email aku tekan. Rindu pada Ayie membuak-buak tiba-tiba. Rasa nak menangis dan bercerita pada
dia.
Aku
klik compose. Naik nama ZAyieReza@yahoo.com pada alamat penerima
bila aku taip nama Ayie. Pada mulanya
aku pun tak tahu apa maksud nama belakang dia tu. Rupanya gabungan pada nama mama Resa dan papa
Zaf. Adik beradik dia semua ada nama
Reza pada belakang emel. Sebagai
signature mereka sekeluarga.
To : ZAyieReza@yahoo.com
From : AryaMuhara@yahoo.com
Subject : Exhausted L
Assalamualaikum. Ayie
sihat? Arya tak sempat nak call Ayie
lagi. Ayie dah habis paper akhir, kan ? Arya sihat je. Semua sihat tapi Arya tak sempat lagi nak
jenguk keluarga Ayie. Hari ni hari
pertama masuk ofis. Rasa semuanya macam
baru, macam empat tahun lepas. Banyak
perkara nak kena study balik. Sini tak
ada salji yang pasti. (gelak) Tapi,
hujan lately. Hujan rahmat. Hujan bagi sejuk bumi ni. Ayie tak nak balik ke semester break ni? Nak kata rindu tu... adalah sikit.
Tangan
aku berhenti menekan skrin tablet. Rindu
sikit? Heh, sejak bila aku rindu Ayie
sikit? Bukan dah melepasi paras gunung
Everest ke? Tak nak mengaku. Rasa malu tu tak pernah menipis. Makin tebal adalah.
Muhara bz. Ada pelanggan pelik buat Arya rasa nak terbang balik Berlin sekarang
jugak. Tapi, pa really needs my
help. You just stand where your
stood. Arya akan balik nanti ke rumah
kita. Banyak nak cerita, tapi letih nak
tekan tablet. Nanti kita cerita lagi eh
but I wis h
you’re here… here… here… nere.
End.
Aku
baca sekali lalu dan bila rasa puas hati dan dah tak ada apa nak diceritakan
biarpun terlalu banyak perkara yang terjadi, aku tekan SEND. Selamat emel aku terbang masuk dalam inbox
Ayie.
Terus
aku pejamkan mata dan bersandar pada kerusi.
Kerusi lama. Aryan rupanya tak
duduk dalam bilik aku ni. Dia tetap
dalam bilik dia. Katanya, kakak akan
balik satu hari nanti. Tak cepat, mesti
lambat sikit. Dan sekarang, di sini aku
kembali.
Aryan...
nampak sangat muka tak puas hati tadi.
Sekali pandang pun aku dah boleh baca perangai macam mana pewaris IF Holdings
tu. Serius jengkel. Cara dia pandang aku pun sangat lain. Tak sama dengan cara Ayie pandang biarpun
Ayie kerap mengusik. Suka menyakat.
Mata
dah layu. Rupa-rupanya jet lag
lagi. Tak nak hilang. Degil aku ni rupanya kalau ada yang tak
kena. Ingatkan dah berubah bila dah jadi
isteri tapi hanya dengan Ayie. Bila
kembali duduk di kerusi pengurus besar Muhara, sikap lama kembali. Tegas dalam kelembutan.
Baru
nak melayan rasa rindu di angin lalu, daun pintu diketuk. Tersembul wajah Julita. Aku senyum tawar. Letih.
“Ya,
Julita?”
Dia
sengih. “Cik Arya… Encik Iman nak
jumpa. Boleh?” beritahu Julita tapi tak sempat aku nak
angguk atau kata YA, makhluk nama Iman Firdaus tu dah menolak lebar daun pintu
berwarna oak gela p
ni. Hadoi. Mencabar sabar sungguh.
“Errr…” Julita dah teragak-agak tapi aku senyum saja
mintak dia berlalu.
“Silakan…” Aku mempelawa setelah Julita menutup daun
pintu rapat.
Iman
Firdaus sengih. Dia buka butang kotnya
dan menampakkan kemeja kuning cair di dalamnya.
“Apa
apa lagi, ya?” soal aku sopan menahan
kelopak mata yang nak bertemu dah.
“Tak
ada apa…” Dia geleng. “Cumanya nak beritahu pada you, you might be nev er see that
place. Once you see that view, you
sendiri sanggup nak bina tempat relaks tu…”
Aku
ketawa geli hati. Dia ingat aku ni
apa? Mudah terpedaya macam tu je. Tak fikir keselamatan oran g?
Silaplah dia.
“Nope…” Aku geleng.
“I don’t think so. Cantik memang
cantik dan pada I seluruh dunia ni cantik.
Seluruh permukaan bumi, langit, lautan, gunung-ganang, you sekalipun
cantik kejadiannya. Semuanya pinjaman
Allah tapi kita tak boleh bahayakan nyawa VVIP you tu.” Sengaja aku tekan VVIP tu. Hebat sangat ke VVIP.
Dia tak
tahu ke siapa atuk dan nenek aku? Dia
tahu tak Aryana ni cucu sulung keluarga berpengaruh Tan Sri Mahzan.
Iman
ketawa lepas. Dah macam ofis dia dah dia
buat ofis aku ni. Ayie pun tak pernah
nak ketawa macam dia tahu dekat tempat kerja aku. Sungguh kurang sopan.
“I rasa
kalau you fikir I nak ubah fikiran…” Aku
menggeleng.
“…melainkan
you ubah fikiran you dan Muhara akan pertimbangkan semula untuk beri yang
terbaik pada projek rumah peranginan IF Holdings kali ni,” janji aku.
Iman nampa k mengangguk-ngangguk. Janggut sejemput dia tu dia usa p lama
dengan mata merenung aku dan macam tadi juga, tanpa riak.
“Kita
kena lawat tapak projek dulu. I minta
budak-budak I atur satu site visit untuk kita sama-sama buat keputusan…” cadang dia.
Aku
ceberkan bibir dan angkat kening sikit.
Lama-lama aku angguk. Nak tak nak
aku kena lawat juga dulu tapak projek. Sekadar tengok gambar, baca laporan tak
boleh bayangkan sangat macam mana.
“Let me
know once you have the date. I will
block mine…” Aku belek sebuah planner
berwarna hitam.
Muka surat pertama ada gambar
aku dan Ayie. Gambar kami ketawa di
restoran di Berlin
mula-mula sampai dulu. rindu. Hanya satu perkataan yang mampu aku ucapkan
waktu ni. Rasa kekosongan sungguh
biarpun ada oran g
lain di depan mata.
“Senyum
sorang?”
Aku
panggung kepala dan menggeleng. “Err…
rasanya dah tak ada apa dah… I pun ada kerja lain ni,” ujar aku memberi makna
yang aku nak suruh dia balik.
Iman
pantas bangkit tanpa banyak soal. Dia
hulurkan sekeping kad pada aku.
“Err…
you punya?”
Aku
menggeleng. “Sorry, tak ada lagi. I baru balik dan baru masuk Muhara hari
ni. Yang lama-lama dah buang dah…” Sengih tiba-tiba.
Wajah
Iman nampa k
kalut bila aku sengih. Dia cuba
melarikan wajahnya merata-rata dan terus sengih aku padam. Agaknya gigi aku dah tumbuh taring sebab tu
dia takut bila aku sengih.
“Ehem…” Dia berdeham panjang. “I’ll give you a call…”
“Waiting.” Aku membalas tenang.
Iman
berpaling dan sebelum dia tarik daun pintu, dia berpaling semula saat aku
menerima satu keping sampul surat
yang terbang masuk. AYIE!
“Tegas
you buat you lagi cantik, Aryana…”
Berkerut
dahi aku bila Iman Firdaus dah berlalu.
Hey, dia tak tahu ke aku dah kahwin?
Tak sempat nak beritahu status aku dia dah berlalu. Patut tadi aku suruh Julita je karatekan dia
ni. Julita tu bukan calang-calang,
blackbelt karate dan dibesarkan oleh mak ayah yang juga pernah jadi jurulatih
karate.
Malas
nak fikir, aku terus bukak emel.
From : ZAyieReza@yahoo.com
To :
AryaMuhara@yahoo.com
Subject : Excited J
Aku
sengih. Heh, boleh dia excited. Tak rindu aku ke? Atau dah pergi menjelajah dunia dengan
kawan-kawan dia cuti semester ni? Ayie…
Mata
aku terus menatap ayat yang dia tulis.
Ringkas dan pendek saja.
On Skype and your video cam J
Terus
aku minimize window Yahoo dan terus saja aku buka Skype. Kamera video pun aku buka cepat-cepat. Tudung aku betulkan. Mata yang layu dah tak layu dah bila Ayie nak
bersiaran langsung dengan aku.
Berdebar.
Hanya
itu yang mampu aku ucapkan waktu
ni. Beberapa minit kemudian, panggilan
masuk dan aku berdoa moga-moga internet sangat laju macam enjin Soyuz.
“Ayie…” Aku panggil dia.
Teruja
tapi Ayie letakkan jari telunjuk dia pada bibir. Dia betulkan sedikit kamera dia dan dia
menongkat dagu. Aku pun. Dengan muka comel sabar menanti dia
bersuara. Tapi, keluar muzik dan Ayie
menyanyi. Senang hati dan lirik tu
adalah…
It's been said and done
Every beautiful song been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best
of 'em
You are beautiful, like a dream come alive,
incredible
A center fold, miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep hitting
re-peat-peat-peat-peat-peat-peat
Aku ketawa
lepas. Serius lucu. Peat
peat peat tu dah bunyi macam burung.
Tapi Ayie hanya buat tak tahu dan terus menyanyi dengan senang
hatinya. Mata dia tak lepas merenung
kau. Aku jugak dan aku kembali redakan
tawa, menikmati nyanyian dia yang memang aku tahu dia sedang menanggung rindu
yang menggebu jugak.
Constantly, girl you played through my mind like
a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep hitting
re-peat-peat-peat-peat-peat-peat
Ayie
sentuh skrin notebook dia dan aku dengan sendiri merapatkan wajah aku pada
skrin komputer aku. Terharu dan terkedu.
No one compares
You stand
alone, to every record I own
Music to my
heart that's what you are
A song that
goes on and on…
Dan, airmata aku menitis setitis lantas jari telunjuk Ayie
sentuh lagi skrin notebook, bagai menyeka airmata aku. Ya Allah, rindunya….
~~> to be continue sooner or later.
RM cakap : Kali ni betul2 last update (kot) Time to offline. Nak siapkan manuskrip sambil2 rehat dan bantu Sha uruskan buku2 dia. Jangan lupa order buku Sha Ibrahim eh. Uniknya Cinta. Rindu, yeahhh.. gonna miss yu both Aryana n Ayie... teriam kasih atas sokongan. Sampai jumpa lagi. Saya saaaaaaaayannggggggggggg semua.
Sayu hati baca n3 kali ni...Tq RM
ReplyDeleteHopefully manuskrip cpt siap...x sabar tgu
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAA!! YOU CANT DO THIS TO US KAK REHANNNN :(((((((((((((((((((((
ReplyDeletei will miss you Ayie!! wuargghhhh.. kan best kalau betul2 dapat dengar ayie nyanyi.. terima kasih Kak Rehan untuk hadiah ni!
ReplyDeleteThanks rm..superb!!
ReplyDeleteP/s: still hoping kat "kot" dr RM
esh, nmpknya ank ilham fitri dgn wafiah pn kluar la...excitednya nk tau smbungannya....tq kak RM..:)
ReplyDeletebukan setakat anak hero heroin terlerai kasih je, anak hero heroin bila nak saksi pun masuk sekali. wow, ini kurun ke berapa ni cik rehan? anyway, respect your talent. amazing. tak sabar nak tunggu buah tangan cik rehan seterusnya.
DeleteX kisah la kurun berapa pun. Yang penting seronok membaca kisah diaorang n x lama lagi sure ada kisah hati anak2 yg lain ni
DeleteRM, take a breather if that's what u need to relax, unwind and rejuvenate. Nanti bila dah kembali bertenaga, boleh siapkan SAK secepat mungkin.... I'm gonna miss Ayie & Aryana's entries terribly.... but.... hvg SAK novel in my hand would make it all worthwhile. Insha Allah & ameen.
ReplyDeleteSedihhhhh sgt.. but kak rm, please jgn offline lma2... rindu merekz berdua ni,,
ReplyDeleteWah rindu kat arayie
ReplyDeleteapa mksud J tu yerk.yg kat tjuk mesej tu..ksian kat IF, mesti minat Aryana kan?tpi da melepas. tu la sape sruh jdi anak watak prtama karehan.hakhakhak...
ReplyDelete>>k<<
Emotional ckit baca last part nih. Kesian Arya & Ayie. Ni mesti Iman nk potong line kan????
ReplyDeletejanganlah jadi..suruh jer dia couple ngan khairul apa nama nyer tu....jangan nak kacau daun ayie....dah best dah story sekarang nie....kang iman ni spisis ngan si khai tu susah pulak jenis keras kepala batu macam bapak dia jugak
Deletejgn lah si iman tu sangkut dgn si arya plop. baru jer nk baik dgn ayie. jd plop gni. ish....
Deletehehehe thank you!!! aaa suke.. xsabar nak bace.. hehehe anak wafiah dh muncul, anak jelita pon ade ek.. hehehe..suke sgt! siapkanlah cepat2 sy mmg akan beli.. tanpa ragu lagi!
ReplyDeletealin
waaa kena tunggu huhuhu ..
ReplyDeletenak sikap ayie jadi suami kitee k.rehan doa-doa ye . huhuhu *gatal jap
#ayie aryana suitt
wah... anak usop and lit plus anak ilham and fiah ada skali... best!!!
ReplyDeletePJJ...sian diaorg....tp jgn iman tetiba menyibuk plak..
ReplyDeleteohmaiii.... kalau Iman spt ayahnya yg suka memiliki...alamak cabaran yg hebat akn dihadapi oleh ayie...
ReplyDeletealamak... akan merindui SAK, sob sob sob....
-sj-
will misss u toooooooo......ayie & arya. hope 2 c u soooooon.....
ReplyDeleteNape tk siapkan dlu cter ni,
ReplyDeletekami pun sayaaaaaaaaaang RM ......hug ketat ketat.....
ReplyDelete-sj-
sedih...cian kt Arayie.... n lg sedih bila RM ckp nk offline...
ReplyDeleteLove you too Rehan!
ReplyDeletei will mis arayie kak rehan...and miss ur writing too :(
ReplyDeleteLuv u 2 RM.. hopefully RM dpt siapkan manuskrip tu sbb akak still akan beli walaupun dah baca semua kat blog hijau ni.
ReplyDelete*Janganlah Iman tu mengurat Arya*!!
Will missssssssss a lot at ARAYIE........sabar menanti RM siapkan SAK nie......
ReplyDeleterindunya....nak nagis depan webcame lah. moga2 ada org kesat nanti.
ReplyDeletebakal rindui tiba-tiba arayie dan SAK...
ReplyDeletewaaaaa.....rindu ayie n arya...
ReplyDeletenanti mesti rindu ngn word "TIBA-TIBA"..
ReplyDeleteayie <3 arya...
The touching moment for Aryayie and us too. Harap mss novel ni didahulukan. Kami x sanggup merindu mereka lama-lama RM....plessssss
ReplyDeleteapapun 1stly nak ucap TQ RM.. sedeynyer... bila syie pegang skrin laptop.. dpt bayangkan camne... pasni sure rindu dengan ayie dan arya.. apapun Good luck RM, nanti cepat2 smabung n3 arya dan ayie ni erk... Sayangggggggg RM :)
ReplyDeletetetap akan sabar menanti walau berapa lama pun Arya dan Ayie menyorok.. kok sampai dapat cucu pun akan dinanti... selamat bekerja utk RM dan Sha.. semoga suksess..@ terus je keluarkan SAK ni sekali.. kami menunggu
ReplyDeleteTqvm.....emo....luv it muah....
ReplyDeleteaduhh..part last tu wat rasa nak nangis sama ngan arya..
ReplyDeletedpt rasa kerinduanya.. Arayie..
hmm..iman ni minat kat arya ke? reaksi dia sama cam arya bila ayie mengusik ngan 'ayat2x chenta dia..
En. Iman Firdaus jgn main-main..xleh tenung2x(cucuk mata kang)..xleh feeling lebih- lebih yer bini org tu..Arya tu Ayie yg punya..hahaha(ikut gaya jin dlm ahmad albab gelak) ;)
thanks& deabak.. REhan.M
Mula suka sgt ada n3 , bila kata nak stop trus sedih. TQVM RM, moga dapat cepat versi cetak yer,KH
ReplyDeleteTiba2 ringtone hp akk bertukar jd lagu ni...... huhuhu...
ReplyDeleteMss apa? BISAKAH @ SAK?
ReplyDeletesesungguhnya x sbr nak peluk mss baru RM..... 2 rius saya x sabar... dah jatuh cinta dgn semua karya RM...mmmmmuuuuaaaaaaahhhhhhh....
ReplyDeletehuhu....lama ke kn tgu??...cepat2 eh sambung...:)
ReplyDelete2 rius billon2 rius..x sabar nak peluk naskah ini..
ReplyDeleteCepat ye rehan bulan 8 boleh
sah dah nagis gulung-guling nie.....kak jangan lah offline lama-lama...tak dah penghibur hati,penyejuk mata lah klu macam nie...miss you arya and ayie....ku tunggu kedatanganmu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood luck dan jgn buat kami ternanti2 yer RM
Deletehaha.....julita pairkan dgn aryan...ahaks, tamak kan?
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeletei love u like a love song too...
nak sambungan..... pleashhhh....
bile lg nak sambungan lak nih.... :(
Sedihnya...i will miss both of u arayie.jmpa nnti dlm pelukan or on9 ehh
ReplyDeleteHuhuhu...kita nangis jgk...sedihhh. Tp geram plk ngan iman. Peel cam bapak dia jgk!
ReplyDeleteJulita ank Jelita & Usop ke?
ReplyDeleteigt x jelita p kls teakwondo?? :))
DeleteRM.....plez7x jgn off line...huhuhu....
ReplyDeletesuka iman firdaus..i like
ReplyDeleteannoy gile dengan iman. n can't stop smiling bila masuk part ayie n arya ^^
ReplyDeleteKak RM bl nk sambung lg SAK ni.. Rindu nk baca apa yg jd kt Arya & Ayie lps ni.. This story is so interesting..best sgt2.. Pleaseeee cont. cpt2 ye kak RM....
ReplyDeleteblh tak, wpun dah tau RM offline...masih jga menaruh harapan yg menggunung yg SAK ada new n3...sob3 rupa2nya msih x blh trima hakikat.......sob3...
ReplyDelete-sj-
Hope cite nie abis kat blog ijau nie....huhu...
ReplyDeleteAlaaaa cepatnya
ReplyDeletehuhuhuhuhu... lagi2 akan dilanda rasa penasaran & rindu pada Aryayie (Arya ngan Ayie) krn ini bab terakhir d blog :( :(
ReplyDeleteapa2 idha do'akan smoga manuskrip SAK cepat selesai ye kak RM...
En Iman x payah nak potong line lah... En Ayie dah takluk hati, jantung, limpa dan yang berhubung kait dengannya buat Arya tersayang.... lama Ayie tunggu Arya senang-senang En Iman nak potong jalan... Ayie dan Arya x kira U anak siapalah... hehehe
ReplyDeletexpayah nak ngorah sgt ler en iman oit..dh jd bini org pon arya tu..mtk2 ayie blk mesia pasni..bior bertembung ngan en iman tu..tau langit tinggi rendah..hehhe..
ReplyDeleteCantik umh baru RM...... tapi sunyi tanpa arayie...... upssssss utk RM...
ReplyDeleteohhhhh sedihnya hati.......cpt sambung rm huhuhuhu
ReplyDeleteOhmaiiii....sedihnya baca entry ni... Nangis2 atas sofa sorang diri. Kasihanya Arya..sapa tak rindukan kalau suami jauh depan mata. Sabar aje lah Arya ye. Dan En Iman jangan nak berani usha Arya tu ye dah ken cop ngan Ayie ..sambung lah lagi RM rindu ngan budak berdua niiii...
ReplyDeleteOhh NOOOO....!!!bila nak sambung ni...
ReplyDeletesambungla.......pls......pls......pls
ReplyDeletealamak...lepasni rindu kat Arya ngan Ayie...
ReplyDeletebila nak sambung cite nh. best2
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteBila bole dapat your novel ni? End of 2013.....Nov'13 or Dec'13?
Sis mb.
Apalah arya nie, takut plak senyum dh tumbuh gigi taring, iman tergoda ler tu........ilham fitri, teringat terlerai kasih kan.....
ReplyDeleteAkak rehan mokhtar...best giler buku nie...tp sy nak tahu sgt apa tajuk lgu yg ada kat epilog novel nie???
ReplyDeletekak rehan..skrg dah tahun 2020..blh ke akk sambung lg entry pasal bab seterusnya?hehehe..sy baru tau pasal citer ni melalui cousin..bkn tanak carik buku ni kat bookstore,tp sbb skrg ni xblh kluar rmh krn covid-19..so,sy tertunggu² sangat sambungan kisahnye..blh ke akk sambung kat lg sini..hehe
ReplyDelete