HATI
ibu mana tak risau. Ini dah masuk kali ke
berapa entah Fina nak pergi temuduga.
Tak pernah lagi dapat. Kali
terakhir dulu siap balik menyumpah seranah.
Tapi, syarikat yang sama panggil lagi dia datang temuduga.
“Sungguh
ke ni, Fina?” Wajah Puan Laila berkerut
merenung Fina yang sedang bergaya di depan cermin.
Kepala
Fina jatuh. Angguk.
“Diorang
dah call dua kali, ma. Minta Fina confirm. Esok jam 11.00
pagi. Katanya hari tu tersalah jawatan
macam mana entah...” Dibelek tubuhnya
yang langsing. Cantik dibaluti blouse separas punggung dan skirt separa lutut. Ketat mengikut bentuk badan.
Bibir
merahnya merekah dengan senyuman.
Bangga. Dia cantik dan dia
seksi. Nak dibandingkan dengan Luth yang
macam hantu bungkus tu, tak hingin dia.
Puan
Laila melabuhkan duduk di birai katil Fina.
Risau aje rasanya. Macam ada
perkara yang tak kena bakal berlaku.
“Mama
risaulah, Fina...”
Fina
kalih tubuh. Merenung tepat wajah risau
mamanya. “Apa yang mama nak risau? Fina okey ajelah. Lagipun, bukan nak pergi tempat
bukan-bukan. Orang nak pergi interview aje. Untung-untung dapat, tak adalah ayah bising
cakap Fina suka buang masa.” Bibir Fina
sedikit muncung. Dia tahu ayah tak suka
apa yang dia buat sekarang. Cumanya tak
pernah pulak ayah marah melainkan berkias-kias saja. “Ayah kan tak suka Fina buat kerja part-time modelling tu…”
Memang
pun. Ayah tu suka lebihkan Luth. Apalah lebih budak hodoh tu, dia pun tak
tahu. “Nanti, tak adalah Fina asyik
ingatkan si sewel sorang tu.” Sempat
lagi dia mengutuk Luth.
Astaghfirullah...
hati Puan Laila beristighfar panjang.
Apalah salah Luth tu lagi? Tak
tahulah dia. “Kalau kata Fina nak kerja,
kerjalah. Jangan dok kutuk Luth
pulak. Dia tak buat salah apa,” pesan
Puan Laila sedikit tegas. “Mama tak nak
lagi lepas ni korang bergaduh. Mama tak
nak Fina serang Luth dan buat bukan-bukan dekat dia, nak-nak depan ayah. Kalau mama tahu...” bicaranya mati di situ.
Tubuh
diangkat dan kaki melangkah mendekati pintu.
Nak tengok Luth dah balik ke belum.
Senyap aje. Hari dah lewat petang
ni.
“...kalau
mama tahu?” Kening Fina naik. Mencabar.
Bergaya
sakan. Diselak rambut yang ikal mayang
ke belakang. Ikut rambut mama biarpun
yang lain ikut genetic ayah.
Setidak-tidaknya ada juga perbezaan dia dan Luth. Panggilan telefon semalam buat dia senyum
lebar. Harap-harap sangkut dengan
mana-mana anak bos, cun jugak.
Fina
tergelak sendiri.
Berangan!
“MACAM
MANA?” Payed tegak berdiri di depan
pintu.
Mengejutkan
aku ajelah dia ni? Gamaknya dalam
pejabat ni, bilik ini ajelah yang dia suka datang? Pergilah tempat lain. Luth menggeleng kecil. Tak puas hati.
“Ha...
geleng tu, maki saya la tu.” Payed
menapak masuk. Dah sampai waktu
balik. Palee dan abah dah ke luar daerah
tengok site. Dia nak pergi? Malaslah.
Dok pejabat sejuk dan ada yang mendamaikan mata.
Dia
sengih. “Tak habis kerja lagi ke? Dah dekat nak balik ni?”
“Saya
tahu. Tengah kemas-kemaslah ni...” Luth mula rasa gementar bila teringatkan
Payed pernah mengucup dahinya. Dia raba
dahi dan menggeleng laju cuba menghalau rasa gundah itu.
Dia tak
berapa resah. Di luar sana masih ada
orang. Dan, Payed yang menyedari
perbuatan Luth hanya memerhati. Dia suka
bila tengok Luth takut. Dia rasa
berkuasa.
“Kenapa? Takut saya cium awak lagi?” Telus menyoal.
“Don’t!”
Keras melarang. “Saya dah nak
balik dan maaf, saya tak boleh nak ikut arahan Encik Payed tu. Am not
qualify.” Tangan semakin ligat
mengemas barang.
“You’re qualified enough, Luth...” Payed meyakinkan tapi Luth menggeleng. Menafi keras.
“Saya ikut pilihan awak aje, Luth...”
Payed berkata yakin. Yakin dengan
pilihan Luth juga.
Sesekali
tangannya menyentuh kolar baju. Rasa tak
selesa jugak bila rambut dah lebih kolar ni.
Dah boleh diikat. Pandangan Luth
berkerut. Tak setuju lagilah tu. Tahu dah perempuan ni. Apalah yang tak kena?
“Pilihan
saya tak semestinya betul, Encik Payed.”
Nafas lelah dilepaskan. Fail
didepan mata dipandang sepi. “...lagipun
Encik Payed yang nak pakai. Bukan
saya.”
Dalam
hati, berat rasanya nak penuhi tuntuan Payed biarpun Palee tak kisah. Dia yang kisah. Lagipun, apa layak dia nak buat semua
tu?
“Alaa...
bolehlah. Lagipun, awak pernah kerja
dengan saya. Awak tahu taste saya macam mana, kan ?”
Luth
pandang diri sendiri. Kalau akulah taste dia, memang salahlah. Perlahan-lahan Luth menggeleng. Menafi.
“Saya
tak tahu taste Encik Payed macam
mana...”
“Macam
awak...”
“Kalau
saya, saya seorang aje dalam dunia ni.
Tak ada duplicate...”
“Dah
tu, awak ajelah,” sambung Payed laju.
Dia apa lagi. Dahlah mengantuk,
disorong bantal lagi. Mudahlah lena dia. Sesekali mata menjeling ke belakang. Ada lagilah beberapa orang tapi bilik Luth ni
terselindung sikit.
“Tapi,
saya tak boleh...”
“Kalau
saya buat sampai boleh?” tanya
Payed. Ada senyuman pada hujung bibirnya. Pada dia, kalau Luth nak... dia sanggup aje
berperang dengan Palee. Tak ada
hal. Cuma masalahnya...
“Saya
yang tak nak,” tekan Luth.
Payed
cebirkan bibir. Dah tahu. Dia dah boleh agak jawapan tu. Memang Luth tak nak. Tapi, tak apalah. Dia boleh cari lain tapi dia Cuma minta
tolong Luth aje.
“Kalau
gitu, kira jadilah. Saya serah dekat
awak...”
“Kalau
tak dapat yang Encik Payed nak?”
“Saya
ambil awak...”
Huh...
Luth mendengus kasar. Dia bangkit menuju
ke pintu. Mahu dibuka pintu kaca
tersebut dan mahu Payed berlalu. Dia dah
siap nak balik ni. Tak boleh lewat. Sekarang petang-petang asyik hujan aje.
“Encik
Payed keluarlah dulu. Nanti saya
fikirkan,” jawab Luth dingin. Dengan
muka juga dingin.
Nak tak
nak, Payed bangkit. Menapak lemah
mendekati Luth. Kenapalah Luth macam ni
dengan dia? Yang dah silap tu, dia
mengaku. Dia dah janji tak nak buat
lagi. Ini yang buat dia nak mungkir
janji ni.
“Fiya... I’m just asking for your help...”
Mendengarkan
nama itu diseru, seluruh tubuh Luth menggeletar. Rasa sempit dadanya. Terus dipandang Payed lama. Mata dah terasa basah.
“Okay but one condition...” Dia dah malas nak dengar Payed merayu dan dah
tak mampu nak dengar Payed panggil dia begitu.
“Apa?” Kening Payed naik. Tapi, mata dia tunak merenung bening mata
Luth yang nampak berair dan dada Luth yang nampak berombak kencang. Dia salah kata lagi ke?
“Jangan
panggil saya Fiya.” Mendatar dan penuh
amaran.
Erk... makinlah lebar kerutan di dahi Payed. “Kenapa?
Itu nama awak, kan ?” Saja.
Memang sengaja nak menggiat perasaan Luth. Dalam hati dia senyum sendiri biarpun wajah
kelat.
“Nama
tu seseorang yang special aje ke
boleh panggil?” duga Payed.
“Ya. Orang tu sangat istimewa dalam hati
saya. Jangan panggil nama tu lagi atau
saya tak setuju dengan permintaan Encik Payed,” ugut Luth, berani.
Tapi,
Payed lagi berani. Dia tolak pintu kaca
itu kembali terkatup rapat. Mendengarkan
bibir tipis yang merah basah itu menuturkan seseorang lain yang lebih istimewa,
ego dia rabak. Rasanya tak ada sisa yang
tinggal. Senyuman dalam hati mati. Senyuman di wajah memang tiada. Dia terus mendekati Luth.
Dekat.
Semakin
hampir.
Dekat
lagi.
Semakin
rapat.
Bila
benar-benar berada di sisi di depan Luth, Payed merapatkan kedua-dua belah
tangannya ke dinding. Mengunci Luth di
tengah-tengah.
“Siapa
yang istimewa sangat tu sampai awak larang saya panggil awak Fiya?”
Luth
pejam mata. Payed terlalu hampir tapi
hati dia derita menanggung rindu dengan nama itu. Sungguh dia rindu.
“Seseorang
yang saya rindu,” akui Luth. Berharap
sangat agar Payed puas hati dengan jawapan itu.
Tapi,
tidak pada Payed. “Seseorang?”
“Ya...” Mata Luth terbuka. Wajah Payed sangat hampir.
“Kalau
seseorang tu tengok keadaan kita sekarang ni, masih ada ke rindu tu?” Payed menggiat.
Luth
kaku tak buat apa. Dia tak sudi nak
sentuh Payed. Apa pun jadi, dia berserah
pada Tuhan yang maha melindungi.
“Encik
Payed tak ada kaitan dengan saya atau dia,” balas Luth berani.
Payed
ketawa. Dia dah tak mampu sabar. Sabar dia selama ni pun sebab Luth ni anak
pada kenalan orang tuanya. Kalau tak,
dah lama dah. Memang dah lama Luth
selamat.
“Saya
nak letak diri saya ada kaitan antara awak dengan dia...” Wajahnya didekatkan lagi.
Hingga
nafas Luth menyapa. Nafas takut. Kali lepas, sasarannya di situ dan kali ini,
biarlah tepat di sini.
“Ingat
Allah, Encik Payed!” Tapi, suara Luth
membunuh niat. “Kalau kata tak suka saya
sekalipun, tolong hormat sikit saya sebagai seorang perempuan Muslim!” Tegas dan keras biarpun nada suara ada
getaran.
Payed
menjauh. Dia gelak. Gelak sumbang sambil mengusap rambut di
bahagian belakang kepala. Menyembunyikan
janggal. “Okey, itu denda sebab awak
main tarik tali. Ingat janji awak
tau. Nak balik tunggu saya. Saya hantarkan...”
Tanpa menanti,
Payed berlalu menyumpah diri. Sewel dah dia. Tapi, terkejut juga dia
dengan sergahan Luth tadi. Sergahan yang
menyebut nama maha pencipta yang telah
lama dia lupakan.
Ego
yang dah sedia rabak, semakin lebar cariknya.
Macam manalah aku nak jahit balik maruah aku depan Luth ni? Payed bersoal jawab sendiri. Selagi dia tak dapat usik Luth, selagi itu
dia rasa hati dia tak damai.
Dan dia
bergegas mengambil kunci kereta lantas berlari semula ke bilik Luth yang nyata
dah terkunci kemas. Gelap gelita.
“Heh...”
Dia mengeluh. Luth dah
balik.
Tapi,
dia yakin Luth baru saja keluar. Paling tidak menanti teksi di taxi stand depan Menara ni.
Dan,
strategi harus bermula di situ. Dia dah
tak mampu menahan. Biarpun sembilan akal
dia melarang tapi satu-satunya itu terus mendesak.
...This is not random. This is the full chapter 14. next will be Random IV. :)
Pengsann haha
ReplyDeletepitam ;)
ReplyDeletePayed..Payed...aigoooooo....
ReplyDeletepayed gilaaa!!!
ReplyDeletenk lg kak...
ReplyDeletestill tertanye"sape org yg luth rindu tu?"...kenape mamat sengal tu?....macam2 tak terjawap bila baca stp n3...gila2...
ReplyDeleteLaa ,, encik Payed cari pasallaa ..
ReplyDeleteMsh x jelas lg ni! Payed ni mlampau btoila! Geramnya
ReplyDeleteAdoi...speechless la ngn payed nih..
ReplyDeletePayed yg mengong..hihi
ReplyDeletepayed..payed...adoyaii!!speechless saya dibuatnya..hahha you make me crazy man!!
ReplyDeleteHuhuhu payed bikin hati saya rasa macam2...nak benci macam tak boleh...siapa yang luth ri du sangat tu
ReplyDeleteknp rs mcm seseorg yg dia tunggu tue payed ek? sbb mrk da knl dr kecik kn?? tol x? kak rehan..sambung cepat.. :)
ReplyDelete:) senyum tak perlu kata apa2
ReplyDelete-chah husain-
sangat menarik.... kawin kan je dia org RM
ReplyDeletekeluarga diaorg kn brkawan, agaknya luth rindukan payed masa diaorg kecik2 dulu tak..dah dewasa dia tak cam payed..hehehe
ReplyDeletepening la ngan payed ni..sian kat luth...jgn la wat luth ce gini...emmm...selamatkanlah maruah luth...
ReplyDeleteBest.. tak sabar menunggu..
ReplyDelete-ika-
Terbaik! Rawak yang bila dicantum menghasilkan garapan Rehan Makhtar umpamanya perasaan yang robek andai dicantum dipupuk dibelai mesra kan pulih walau tidak sepenuhnya.
ReplyDeleteCinta didatangi takkan mampu tertolak. Silam itu untuk diteladani. Siapa dia hari ni tak sepenting siapa dia esoj hari untuk kita. ;-)
waa x sbar nk bce ntry bru...payedd nih x serik2...
ReplyDeletennt luth ilang bru la mate tu tbilang-bilang...:)
Berdebar-debar bava part ni, macam nak terkeluar jantung saya ni..
ReplyDeletepayed ni nakal betulll.
ReplyDelete-dibah-
luth kena inyerview pa payed ke?sian luth
ReplyDeleteApsal pyed prangai camtu...whaaa~stress kejap...
ReplyDelete~menunggu sesuatu yg sangat menyebalkan begiku..membuatku harus bersabar dan trus bersabar menantikn kehadiran n3 barumu...hahaha
-eeda-
Luth main tarik tali sb xnk rapat dgn payed....
ReplyDeletemenanti diorg bersama.wah x sabar cmni
alaaaaaaa... Payed kau kawin teros je lah dgn dia....bahaya betol la....
ReplyDelete:(
begitu sukarnya luth untuk lepas diri dari diganggu oleh payed... dan adakah fina akan dapat membuatkan payed melupakan luth...
ReplyDelete