Wednesday, December 04, 2013

TIBA-TIBA, DIA ADA - RELEASED

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.  
(senyum sampai bulan)




Ta-daaa, tiba-tiba muncul cover TTDA, kan?  Humko hamise curalo la kita.  Maple kering like Mohabbatien gitu... Hiks... Ingatkah lagi pada kisah anak teruna Zafran, Anaresa juga anak dara Anahara dan Mukhlis - iaitu Zakhri Adha a.k.a Ayie dan Aryana a.k.a Arya?  Mohon ingat. Ini cover dia.  Alhamdulillah.  Terbitan Penulisan2u setelah Usop & Lit.  Setahun lebih berlalu (under Karyaseni dikira publisher lain tau).  


I asked for the autumn maple leaves then Dato Muzri choose the cover.. Cantik, kan? Mohon cakap cantik. Utk garisan di bawah cover tu, terima kasih buat kalian. Tanpa kalian, tak akan bercop di situ.

So, apa lagi. Pastikan Mikhail Alaina nnt ada cop bestseller TTDA plk... ke wane? hiks. Alhamdulillah... hanya pada Allah tempat sy berserah. Moga ini memberi kebaikan buat kalian. Buat saya juga. Moga ada saham akhirat buat saya. Insya-ALLAH.

Untuk itu, terimalah seadanya.  Ini kisah biasa mereka.  Tiada yang luar biasa atau terlalu berfantasi.  Hanya sekadarnya.  Seadanya.  Tapi, tetap ada nilai yang tersendiri dalam merealisasikan kehidupan insani bergelar suami - isteri.  

Buat pengetahuan semua, novel TTDA akan berada di booth Karyaseni dan Penulisan2u secara ekslusifnya di Expo 1Book Malaysia (a.k.a PB1M) di Bilik Kelantan & Bilik Melaka, PWTC pada 11-15 Disember 2013 (5 hari, Rabu-Ahad).  Boleh dapatkan di sana dan claim sticker/bookmark saya di kaunter.  InsyaALLAH kalau kaunter tak busy overload.  

Boleh juga didapati secara online di www.p2u.my dan  juga kedai buku seluruh negara nanti dalam awal Januari 2014 sebab TTDA adalah untuk  keluaran Januari 2014 tapi Dato Muzri keluarkan secara ekslusif di bookfair.  

Boleh tak nak beli direct dengan saya?  (geleng kepala) Tak boleh sebab saya tak ambil order macam kali lepas.  Saya tak sempat.  Kekangan masa.  Maaf banyak-banyak.  Sebagai tanda sokongan, seperti mana saya hargai kalian dan kerana saya tahu kita saling menyokong, dapatkan naskah TTDA anda.  InsyaALLAH tak kesal.  Kalau tak sabar, serbu pesta buku atau serang ofis Karyaseni.  :)  Untuk belian online nanti, andai Dato panggil saya akan turun sign buku, selit small gift untuk beberapa ratus copies tapi tak tahu lagi bila.  Boleh jadi lepas bookfair ke.  Mohon sabar.  

Satu lagi nak buat pengakuan, pada yang pernah baca kisah mak ayah diorang dalam mini novel sebelum ni, mohon JANGAN QUIRY, kenapa Aryana ada adik seorang saja.  Jangan QUIRY kenapa umur mereka tak betul.  Sebabnya, kisah mak ayah diorang saya tulis dekat dua tahun lepas sebelum saya sambung kisah anak-anak diorang.  Jadinya, ada tersalah maklumat.  Sebab saya dah lupa.  Apapun tak menjejaskan bacaan.  InsyaALLAH.  

Akhir kata, sokonglah.  Pastikan TTDA ada cetakan kedua dalam masa seminggu, boleh?(macam over disitu).  Atau nak klasifikasikan sebagai failure, pun tak tahulah.  Apa yang pasti, ALLAH tahu saya dah bagi terbaik setakat karya itu.  InsyaALLAH akan jumpa JEDQUE pulak lepas ni tapi dengan nama pena lain.  Mohon sabar menanti kerana JEDQUE adalah karya orang nak belajar.  

Seperti mana saya hargai kalian, hargailah karya penulis2 tempatan.  :)  Boleh jadi tak sehebat orang lain tapi saya ikhlas untuk anda.  Mana yang dah tamat dekat blog, tamatlah.  Itu tanda saya hargai sokongan kalian dan sebagai tanda kalian hargai karya biasa saya, dapatkan di pasaran.  

Atau jumpa saya di bookfair pada 14.12.2013 (Sabtu) dari jam 2.00-4.00 petang.  

Regards,

Saya yang biasa  untuk penyokong yang luar biasa macam anda.  

RM

***

Menarik di 1BOOK EXPO di PWTC pada 11-15 Disember 2013. Dapatkan novel-novel terbaru Penulisan2u di sana. Novel keluaran JANUARI 2014 akan keluar lebih awal Eksklusif di 1BOOK EXPO di PWTC


TIBA-TIBA, DIA ADA - Rehan Makhtar

Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.


BLURB:

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. 

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri. 

“Such a sweet talker...” - Arya
“Told ya... I was born with it...” – Ayie 

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?

Tajuk: Tiba-tiba, Dia Ada
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-21-1
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)

53 comments:

  1. Tahniah RM..cantik cover dia..tak sabar nak memilikinya.

    ReplyDelete
  2. Mase 1st day tu jugak WC nk p beli =D

    ReplyDelete
  3. hoyeaaaa.... maple leaves tu de kat german kan? yg ms #AraYie lepak di padang gitu?
    huhuhu... bile dpt belek #TTDA nih? huhu

    ReplyDelete
  4. Homai...x sabar rsnya.Nk tggu 11 hb ni rs makin lm plak...sy hrp sgt karya RM akan jd best triler.Sedikit kecewa sbb x dpt jumpa RM 14hb coz sy dh bercuti blk kg ms tu.Apa pun doa sy sentiasa ada tuk RM.
    Teruskan berkarya ya...sayang RM.

    ReplyDelete
  5. Cantik tak sabar nak miliki......

    ReplyDelete
  6. Cantik tak sabar nak miliki......

    ReplyDelete
  7. alahai x sabar pl rasanya.......sis RM sy pesan dgn kawan d kehel jk ni....

    almaklum la sy fan sis RM yg jauh d sabah ni....

    good jod sis.....congratz........

    ReplyDelete
  8. Tahniah Rehan Makhtar.

    RMR

    ReplyDelete
  9. Tahniah...pasti akan mendptkannya..

    ReplyDelete
  10. Tahniah Rehan..
    Kesian lar orang Singapura nak kena tunggu bulan Januari huhuhu

    ReplyDelete
  11. Tahniah RM..tak sabar nk miliki TTDA

    ReplyDelete
  12. Tahniah, Tak sabar rasanya. tunggus SMO Gong Badak, K.Trg. Sabarrrr walaupun x sabar.

    ReplyDelete
  13. dah lama tunggu..saya mesti beli...

    ReplyDelete
  14. tahniah RM..cover yg cantik.insyaAllah akan mendapat kan buku ni nanti di book fair..semoga ada jodoh kita untuk berjumpa di sana nanti :)

    ReplyDelete
  15. tahniah rm...good luck....nmpknya tpksa tggu januari...rehan klu ttda kena lamar mcm tk dan stk...siapa hero n heroin hehe...

    ReplyDelete
  16. Tahniah rehan. ...

    ReplyDelete
  17. Tahniah RM! pasti kak dptkan TTDA...

    ReplyDelete
  18. congratulation kak RM....

    ReplyDelete
  19. wah..wah..wah... mmg hamko hamise chura lo lagu ni... tahniah RM.. insya-allah akan ke sana nanti...

    ReplyDelete
  20. Akak, kat bookstore takde eh? -Nina

    ReplyDelete
  21. Tahniah RM...tak sabar pulak..

    ReplyDelete
  22. Jan2014 bru ad kat kdi bku..
    Mcm lm je nk tunggu:-(.. hehe

    ReplyDelete
  23. tahniah RM tak sabar nak jadi pemilik TTDA hehehe

    ReplyDelete
  24. Tahniah RM..pasti akan dpt kn novel ni nnt..x sabar nye.....

    ReplyDelete
  25. Tahniah RM...
    klu da kesempatan nk g serbu PWTC mgu depan
    klu x tgu Januari 2014 lar jwbnye...

    Gud luck dear~!! chaiyok... (^_~)

    ReplyDelete
  26. Syukur, tahniah RM. Is Sha Allah nk juga serbu PWTC utk TTDA. Sebab ada penulis penulis yg best cm RM n lain lain tu.... Meyerikan lg mengujakan kami pembaca pambaca nih.... Ya sama sama la kita sokong antara satu sama lain. Maklumlah pencetus emosi kitaorang..... He he he
    Yanshi

    ReplyDelete
  27. Rehan..tahniah..dan our deal is still on kan..?

    ReplyDelete
  28. Tahniah kak RM....
    Lmbt lg laa nk pegang novel...
    Ntah blew plop bru bleyh g kdai bku sbb semalam bru g kdai bku..smlm bru dpt beli suami x ku hdap....
    Tahniah again kak rehan...
    -illa-

    ReplyDelete
  29. Akhirnya, Tiba-Tiba Dia Ada dah kuar. X sabra-2 nk beli minggu depan.
    Tahniah sekali lagi Rehan..

    ReplyDelete
  30. Tahniah RM.
    Tak sabar nak tunggu Jumaat...
    TTDI....bakal menambah koleksi novel2 garapan RM

    ReplyDelete
  31. great!! tahniah...rehan klu cite ni d filemkan or d dramakan best gak kan?... one of my fav stk...terfikir klu fahrin n fathia sbg hero n heroin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi mcm x seswai je fahrin dgn fathia sbb nk hero yg nmpk muda n heroin yg bby face wpun lebih tua drpd hero.. Maybe aeril dgn wawa, atau izzue islam dgn emma ma'embong atau nazim othman dgn nelydia senrose.. Hahaha berangan je la

      Delete
    2. Oh tpi kalo stk ok jgk la fahrin dgn fathia hihi.. Or fahrin dgn fazura ke.. Ehh pesal sume f ni.. Hihihi berangan lg

      Delete
  32. Sedey..cari kat popular tak ada plak

    ReplyDelete
  33. x dpt pg..krm kt cousin pun jdlah

    ReplyDelete
  34. tumpang tanya.. dkat expo tu ada keluaran buku fixi tak ???

    ReplyDelete
  35. Dpt gak peluk Tiba-2 Dia Ada. Semalam dah beli kat Expo..

    ReplyDelete
  36. Jealous tgk org pegang ttda dlm akhbar semlm..lambat pulak tunggu bulan 1 ..

    ReplyDelete
  37. aslkm rm....sy x pg pwtc tp my cousin dah bjaya beli utk saya...tgh tggu ni..selasa baru dpt.. tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
  38. Tahniah RM, semoga terus berjaya dalam bidang penulisan dan tabah dalam menghadapi apa juga dugaan dalam bidang penulisan anda. Sentiasa menyokong RM, sbb cara penulisan RM kena dengan jiwa saya. Tak sabar nak tunggu TTDA ni....jealous benor bila tengok org dah dapat peluk TTDA. Dah order ngan supplier tp kata bln Januari ni baru KS buka order....hmmm

    ReplyDelete
  39. Saya balik malaysia 24-12 until 7-1 je. X sempat TT

    ReplyDelete
  40. Saya balik malaysia 24-12 until 7-1 je. X sempat TT

    ReplyDelete
  41. Salam Rehan...

    Maaf saya agak lambat membaca karya awak..tapi saya telahpun memiliki TTDA yg saya beli di PWTC...my comments
    1) sangat sangat sweet dan kena membuai buai jiwa saya,,saya sgt sgt pasti mencari.membeli lagi karya awak yg lain
    2) napelah Ayie tu sweet talker sangat...cair nya kalau jadi Arya...he he
    3) w/pun part Ayie hilang ingatan ada sikit persamaan dengan karya Acik Lana...Pelangi Cinta Buat Suami...tapi msh ada kelainan dan digarap dengan cara tersendiri...
    3) teruskan menghasilkan karya yang lain dr novelis lain...best of luck..

    ReplyDelete
  42. Cannnot wait ! Haha

    ReplyDelete