“Kenapa?” Sepatah Luth menyoal.
Apa
salah dia pada Payed. Dia tak tahu. Dia Cuma tahu Payed adalah anak kenalan mama
dan ayah. Dia tak tahu lebih. Dia tahu Palee dan Tuan Bakri baik tapi dia
juga tak kata Payed jahat. Tapi hari ni…
“Apa
salah saya pada awak?” Serentak itu,
airmata Luth laju menuruni pipi. Biarlah Pa yed
tahu. Biarlah Pa yed
tahu dia dilanggar taufan rindu yang begitu dasyat.
Kepalanya
rasa berputar. Luth pegang kepala sambil
menggeleng bila Payed mahu mencapai tangannya.
“Luth… I’m sorry. I didn’t mean…”
“Nope… Encik Pa yed
tak pernah maksudkan. Tak pernah dan tak
akan…” Luth menyampuk keras.
Dia
mahu berlalu tapi langkah dia kian lemah.
Hujan kian merintik. Saat dia
menitiskan airmata, hujan pasti turun bersama – menemani dia menangis demi rasa
rindu ini. dia. Kepala rasa berpusing. Ligat.
Dah hampir nak rebah penangan Payed ni.
“Luth,
saya minta maaf. Hari dah hujan ni. Mari, masuk kereta dulu,” ajak Payed dengan
rasa bersalah.
Beberapa
pasang mata mula merenung mereka berdua.
Payed bergalak tenang tapi dia tahu, wajah Luth dah merah menahan malu
tapi yang lebih buat dia terkesan adalah sisa airmata pada pipi mulus itu.
Dia
ketap bibir. Nak aje aku hempuk stereng
lock ni dekat kepala sendiri. Bagi biol
kejap. Apalah jahat sangat kau ni,
Payed. Dia dah menggeleng dengan
perangai sendiri. Macam jembalang. Rasanya, jembalang pun takut dengan dia.
“Saya
nak balik…”
“Ya
saya tahu…,” sampuk Payed sambil terus mendekati Luth yang cuba hendak melintas jalan. “Saya hantarkan. Marilah…”
Dia dah separuh merayu. Tak kan lah sampai nak kena
sembah dulu, baru Luth nak ikut.
Dia pun
kalau ikut hati, nak aje berlalu tapi sebab dia Luth nampa k lemah dan lebih penting lagi, hati
lelakinya tercabar. Dia yakin Luth
rindukan seorang lelaki hingga begitu sekali riak wajah Luth. Dan, rasa ingin tahu rahsia di sebalik nama
FIYA itu semakin membuak-buak dalam dada.
Bibirnya
herot ke kiri. Dia nampa k Luth yang hampir rebah dan cepat-cepat
dipaut pinggang Luth. “Are you okay?”
Niat
jahatnya bertukar simpati. Risau. Resah.
Wajah Luth dah pucat. Mata-mata
tajam memandang. Dia gelisah. Payed uk ir sengih biarpun Luth bagai dah
kaku.
“Err… don’t bother. She’s mine…” Semedang dia aje mengaku Luth hak dia.
Dan
seperti biasalah masyarakat – membiarkan saja keadaan begitu. Gagah junjung falsafah di mana tak nak campur
hal oran g.
“Saya
hantar awak balik…” Pintu kereta dah
dibuka.
Luth
angguk di bawah separa sedar. Pada wajah
itu dia nampa k
seseorang yang dia rindu. Seseorang yang
dah lama terpisah daripada dia.
Seseorang yang mesra dan manja memanggil dia Fiya.
Payed
masuk ke sebelah pemandu. Tali pinggang
Luth dipasang. Haruman tubuh gadis itu
menduga rasa. Darah mula mengalir
menongkah arus. Dia pejam mata dan saat
kelopak mata terangkat, wajah dia dah terlalu hampir dengan Luth. Jika dia mahu jamah bibir gadis itu pun, dia
mampu. Luth bagai tak sedarkan
diri.
Kenapa?
“Luth…” Payed tampa r
pipi Luth perlahan.
Kelopak
mata yang menghiasi mata bundar yang
basah berair itu terangkat. Merenung dia
yang dekat di depan mata. Langsung tak
mahu membentak. Pada masa Luth, dia nampa k oran g
lain. Dia nampa k seseorang yang mahu dia peluk. Dia nampa k
seseorang yang dia sayang.
“Fiya
ri… rindu…” akui Luth
tersangkut-sangkut.
Payed
telan liur. Tak boleh jadi ni. Dia duduk kemas. Tali pinggan dipasang dan terus ditekan pedal
minyak. Kepala dah lama tumbuh tanduk
dan kini bertambah panjang. Dalam kepala
iblis menyucuk. Matanya melilau melihat
ruang jalan yang lengang. Ditambah
hujan, jalan sesak. Mana ada nak
lengang.
Damn! Payed hentak stereng. Tercabar dengan ucapan rindu Luth.
“Fiya…
rin… du…” Mata Luth terkebil-kebil.
Hari ni
dia dah tak mampu bertahan lagi dengan provo kasi
Payed. Tapi, dia bersyukur, kerana Payed
dia mampu tatap wajah yang dia rindu.
Semangat dia lemah dalam sekelip mata.
Dia mampu bertahan apa saja tapi tak mampu bertahan demi melihat wajah
ini.
“Fiya
rindu…” Kali ini lancar.
Payed
hampir menekan brek. Dia pandang Luth
sekilas. Tajam. Daripada mencari jalan balik ke Damansara , Pa yed
menukar haluan ke Hotel Istana.
....
RM says : This is just a random teaser. Ubat rindu. Why... why... why... Bcoz RM a bit sengal lately. heh... Enjoy teasing.
Best! Hari2 jengok blog ni. Tq!
ReplyDelete~ ur biggest fan~
Bukan setakat setiap hari tp setiap jam menjenguk kot ada n3 baru. Huhuhu
DeleteBetoi tu klu selagi tak ada n3 baru tak puas hati....
DeleteAlahhhhhh.... Ape la yg si payed nk wat pde luth.... Ermmm cont la kak... Nk thu jd ape lpas nie....
ReplyDeleteOH SIS.....no..jangan hukhuk.....
ReplyDeletearap2 luth selamat
Tini : betoi tu hari2 jenguk blog nie, bila tahu ade n3 melonjak sakan ke langit...
ReplyDeletesame la kite..huhu
Deletesame here...hehehe
DeleteTq Sis! Luv u..excited giler nmpk n3 baru. Hehe.. Terubat rindu ngan payed n luth sikit.. tapi.. suspen betul nak tau next n3.
ReplyDeleteyay! thanks kak rehan.. nnti sambung lagi na.. blum part tengah lgi rasa ni,, tpi da tak sabaq tunggu ending..hehehe
ReplyDeleteOh mai oh maiiiiii!! Siapakah gerangan yg dirindui luth? haippp payed jgn naughty2!
ReplyDeleteGulp...!
ReplyDeleteApakan jadi dgn Fiya? Oh tidakkkkk....
ReplyDeleteAduh, bwa g hotel lak :-(
ReplyDeleteOMG Payed nak Luth gi hotel ke? Oh noooooo.....
ReplyDeleteFiya rindu.....
ReplyDeleteKamipun rindu.....
-sj sab-
Sambunglah cepat rehan.. Pnt dh menunggu ni... Huhuhu
ReplyDeletesiapa yg di rindu dek fiya tu????
ReplyDeleteaduh payed nie.. cepuk gak kang...
Sebenarnya adakah payed yang orang Luth rindu.
ReplyDeleteDan payed jadi macamtu sebab Luth.
Jeng jenggg.
Naugty2 tak aci tau ..........ape payed dah buat kat fiya smp rindu setengah mati???????????
ReplyDeletehuwaaa....cepat2 la abeskan...xsabar...sape lelaki itu yg wat fiya lemah..cewah...haisy..klu blh tiap jam bukak blog rm sbb tnggu n3...nak lg please...hihii....(ap jd kat fiya?jd ke payed nk amek kesempatan??)huhuuuu
ReplyDeleterandom pun random la asalkan dapat lepas rindu hehe
ReplyDelete-chah husain-
cepat la sambung next n3 k.rehan..can't wait for it..miss fiya and payed..please k.rehan continue it ASAP ..:)
ReplyDeleteKENAPA? WHY? WHY?
ReplyDeletexkisah la novel lain..yg pnting ushaa siapkan novel ni dlu..
ReplyDeletehehhee
Sapalah yg luth rindu ni
ReplyDelete(Y)
ReplyDeletePayed....... No..... No....... No
ReplyDeleteaduh....dtg blk niat jahat si payed ni
ReplyDelete