Payed
angguk malas. Mata dilari ke arah
lain. Tak boleh selalu approach. Nanti lari makin jauh. Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini
sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.
Okeylah. Apa saja.
Janji dia tunaikan janji. Tangan
Luth ringan hendak membelek fail kuning tersebut tapi niatnya terbantut. Tak jadi kulit fail diangkat.
“Semalam
tu…” Payed tukar haluan renungan. Tepat memandang Luth. “Are
you okay?”
Sekuntum
senyum terukir pada bibir Luth yang sedikit pucat. Tipis tapi cukup membuatkan dada Payed
bergelora. Tapi, wajahnya tenang. Bagai tiada perasaan. Luth tahu, ayah yang cakap pada dia. Payed yang hantar dia dan dia sekali lagi
salah menduga tentang Payed. Jika benar
Payed bern iat
jahat Payed mampu. Sebab dia benar-benar
tak sedarkan diri. Tapi , Pa yed
hantar dia balik dengan selamat. Tapi,
untuk terus percaya pada lelaki seperti Payed, bukanlah dia. Jarak yang jauh perlu dikekalkan. Kerana mereka sangat rapat.
“Terima
kasih hantar saya balik dengan selamat,” ucap Luth tenang.
Payed
telan liur sendiri. Kering terasa
rengkung. Naik juling mata bila Luth
ucap terima kasih. Kalaulah Luth tahu. Dia hampir…
“Err… sama-sama.” Langsung tiada senyuman. “Awak nampa k
tak sihat hari ni?”
“Encik Pa yed pun nampa k tak sihat,” sela
Luth pantas.
Payed
lepaskan tawa kecil dan menggeleng. Rasa
berbunga hati bila Luth cakap macam tu.
Tak tahulah kenapa.
“Semalam
kena hujan ke?”
Apa
yang pasti, dia suka panggil Luth dengan nama Fiya. Kedengaran lembut dan dia suka tatap wajah
keliru Luth saat nama itu bergema.
“Tak
apa. Dan hal semalam tu, saya harap Encik Pa yed
lupakan. Jujurnya…” Rasanya inilah waktu sesuai untuk berbicara
tentang apa yang dirasa. Angin
masing-masing tengah tenang. “Boleh tak
saya nak cakap satu hal sebelum kita mulakan temuduga?”
Kaku
Payed seketika bila Luth berlembut begini.
Kan
senang kalau daripada awal begini, tak sinis.
Ini tidak – tercabar aje dia dibuat Luth.
“Boleh
aje. Saya dengar…” Segaris senyuman terukir. Jari-jemari kasar bersulan sesama
sendiri. Tubuh sedikit membongkok ke
depan. Nampak alis Luth yang lebat tapi
tak lentik. Hidung yang sederhana
mancung. Anak mata hitam yang
besar. Mata putih yang sedikit
kemerahan. Bibir tipis yang sedikit kekeringan.
Dia
ketap bibir. Andai mampu dia
basahkah. Gila. Aku gila!
Payed maki diri sendiri dalam hati.
“Apa awak nak cakap tu?”
“Ehem…” Luth membetulkan kotak suara. Inilah masanya. “Saya kerja dekat sini dah nak masuk
sebulan. Ya, saya tersalah jawatan pada
mulanya. Milik Encik Payed pada asalnya
tapi beralih jadi milik Encik Palee seperti mana saya selayaknya. Cuma, jujur saya mengaku, saya jadi tak
selesa dengan keadaan kita. Bukan sekali
malah berkali-kali. Saya tahu, Encik Pa yed
bergurau…” Atau sungguh. Hati Luth menyambung. “Tapi, saya nak kita lupakan semuanya. Saya nak selesa kerja dekat sini. Encik
Pa yed pun mesti rasa perkara
sama. Nak-nak lepas ni, Encik
Pa yed dah ada pembantu jadinya, tak ada sebab
lagi Encik Pa yed cari saya kalau tak betul-betul
perlukan pertolongan.” Kata-kata Luth
terhenti seketika.
Dia
mencari sinar mata Payed buat seketika.
Marah ke tidak? Dia pun tak dapat
nak duga. Malas nak renung mata anak
lelaki oran g
lama-lama. Buat zina mata aje. Dia pun manusia biasa yang ada rasa. Lebih baik elak kalau tak mampu hadap.
“Demi
Allah, saya datang sini cuma nak cari rezeki.
Nak kerja. Bela diri
sendiri. Satu aje saya mohon, jangan
bina rasa serba-salah antara kita. Encik Pa yed bos dan saya
pekerja tapi saya kerja dengan Encik
Pa lee. Saya tahu, saya menurut perintah tapi tentang
apa yang dah pernah jadi antara kita, harapnya tak berlaku lagi. Saya maafkan Encik Pa yed
dan saya pun minta maaf andai kewujudan saya ni…”
“Macam
air laut,” sambung Payed tenang setelah lama membiarkan Luth berbicara
lebar. “Seperti air laut. Makin saya teguk, makin saya dahaga.”
Luth terdiam.
Bibirnya bergetar dan bibir Payed tersenyum.
... next, will be random iv
Satu je nak komen...nak lagi...hihihi
ReplyDeleteBace skit2 cnfius.nk yg pnjg.
ReplyDeleteHahaha
nak lgi... sweet je!!
ReplyDeletenk lg kak RM. kasi yg full entry kak..hehe
ReplyDeleteJd nov3l ke an? Haiskkkkk x sabo nk beli buat koleksi
ReplyDeleteYuo kak RM nak full entry plz...
ReplyDeleteKnp buat random2 ni? Xpuasla baca! Ceta tgh best
ReplyDeleteKnp buat random2 ni? Xpuasla baca! Ceta tgh best
ReplyDeleteKnp buat random2 ni? Xpuasla baca! Ceta tgh best
ReplyDeleteKnp buat random2 ni? Xpuasla baca! Ceta tgh best
ReplyDeleteBest....Kak RM nak lagi...
ReplyDeleteAlahai RM, buku kan terus la. X sabar dah ni. Dah kena pinang blm ni cite ni.
ReplyDeleteAnd... random iv would make the scenario more complicated right?
ReplyDeleteSoal hati bukan sewenang boleh ditebak. Biarlah jadi tunggul mati andai masih sudi didekati... Really like those!
RM, you're such good feelings and mind abuser!!
♥♥♥ tp x puas baca... huhu
ReplyDeletecptla x sabo ni
ReplyDeleteni cerpen novel or mni novel
kompiusla...
oh my.....i like Luth n Payed cmni...
ReplyDeletemintak2 la Luth lbh tenang cmtu.Payed be cool n ubh sikap playboy tu....
Aaaaaaa......tlg la RM,x mo la lg random merandom. Trus je r bab yg pnuh. Xtahan menanggung ketidakpastian ni. Teka teki memcm,adui adui adui dui dui dui....
ReplyDelete~ZQ~
RM selalu buat hati kita semua galau.......
ReplyDeletewow banyaknya randomm
ReplyDeleteAlahai..... Byknya random siri dik rehan.....
ReplyDeletemain random2 pulak skarg nie.... saja je eh nak cucuh2 bagi nyala :D
ReplyDeletewowwww..
ReplyDeletepergh...ayat mamat mengong tu memang power..luth diibaratkan seperti air laut.... tercair akak...tapi yg pasti ..bolehkah si payed ini berubag for d better...
ReplyDeleterasa tercabar lak baca random2 ni..hehe
ReplyDeleteBest.
ReplyDeletesuper Nak lagii ;)
ReplyDeleteRandom pun randomlah...janji dpt juga tahu
ReplyDeletekeadaan Luth n Payed.