Tuesday, December 10, 2013

Cinta Yang Kucari 13

 RENUNGAN pada anak di depan tak lepas.  Melihatkan Luth yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja, Encik Luthfi rasa tak sedap hati.  Cuti dua hari ni, Luth tak banyak cakap.  Mujurlah Fina tak ada dekat rumah.  Ke rumah kawan dia.  Dapatlah rasa tenangnya rumah.  Kalau tidak, ada saja tak puas hati dengan Luth. 

“Luth tak nak pergi kerja hari ni, tak payahlah.  Rehat lagi.  Nanti ajak mama pergi klinik ambil MC,” cadang Encik Luthfi yang sedang menghirup teh panas. 
Mata Luth terangkat dua saat memandang pada ayah.  Dia senyum tawar dan menggeleng.  “Luth okey aje, yah.  Tak ada apalah.  Pandailah Luth jaga diri…” 
Dua hari lepas Palee ada telefon.  Minta maaf dan berharap moga dia tak letak jawatan kerana perangai puaka Payed.  Dia pun tak adalah gila sampai nak letak jawatan.  Bila difikirkan, tak ada makna dia nak letak jawatan.  Lepas ni, dia akan cari jalan untuk elak daripada Payed.  Kerja tak mudah sekarang.  Mana boleh lepas macam tu aje. 
“Memang pandai jaga diri tapi ayah ni risau.  Tak pun duduk ajelah rumah ni.  Bukan ayah tak boleh bagi makan pakai…”
“Tahu ayah mampu,” sampuk Luth.  Ayah memang mampu.  Memang tahu sangat.  “Luth dah capai umur cari makan pakai sendiri.  Tak nak susahkan ayah lagi.  Lagipun, Encik Payed tu gurau aje, yah.  Jangan risaulah.  Encik Palee tu tak adalah perangai macam dia.  Nanti, Luth balik awallah.  Sekali dengan staf lain.”  Senyuman terukir tawar.  “Ayah jangan risau eh…”  Teh yang dah suam itu dihirup. 
Hari ni ayah benarkan dia bawa kereta mama.  Ada barang nak dibeli.  Ada barang nak dibawa balik.  Buku-buku dia. 
“Iyalah.  Hal yang nak pindah rumah tu macam mana?”  soal Encik Luthfi.  “Ayah harap Luth matikan niat tu.  Kat rumah ni cukup selesa dah ni…”  Memanglah dia berat hati nak lepaskan Luth sendiri. 
“Hal tu, Luth tak fikir lagi tapi rasanya nak teruskan.  Tengoklah macam mana dulu, yah.  Apa-apa pun Luth akan bincang dengan ayah dan mama dulu.  Jangan risau.  Luth tak belakangkan mama dan ayah…” 
Waktu ini dia menjeling ke dapur.  Dengar mama berperang dengan pinggan mangkuk di sinki.  Mama  yang dia sayang.  Tapi, dia harus akur, mama lebih sayangkan Fina.  Apa nak kata kerana itulah fitrah kejadian.  Cukuplah apa adanya.  Tak boleh dia nak tamak. 
“Kalau gitu, tak apalah.  Apa-apa hal, bagitahu ayah.  Hati-hati bawak kereta,” pesan Encik Luthfi bila mana dia juga sudah angkat punggung hendak berlalu. 
“Ila, abang nak pergi dah ni…”
Puan Laila terkocoh-kocoh keluar daripada dapur.  Dia terus dapatkan suami dan anaknya di muka pintu.  Setelah tangan Encik Luthfi disalami, pipi Luth dikucup. 
“Hati-hati…”  Resahnya seorang ibu tak hilang apatah lagi bila tahu yang anak bekerja dekat dengan mulut singa.  “Kalau perlu, tumbuk aje dia tu,” pesan Puan Laila berseloroh. 
Luth gelak.  Encik Luftfi juga. 







LEPAS dia siapkan bajet untuk tahun kewangan baru hari tu, kerja dah tak banyak.  Semua yang urgent dah siap.  Bolehlah hela nafas lega sikit.  Sesekali  layan Diner Dash pun seronok.  Dah sampai stage dua.  Dah buka restoran kedua dah.  Bibir Luth tersenyum.  Dah sampai masa kerja pulak.  Mana boleh dapat gaji buta.  Tak halal nanti. 
Laporan kewangan yang Palee minta semak, diteliti penuh tekun.  Mana boleh silap figure.  Bahaya.  Laporan yang perlu dihantar semula pada Palee tengah hari ini untuk diserahkan kepada Tuan Bakri. 
Sedang ralit meneliti kertas kerja, daun pintu diketuk.  Sekali ketuk, dia buat tak tahu.  Dua kali ketuk, Luth angkat wajah.  Pintu sudah sedia terkuak lebar.  Susuk tubuh empunya wajah yang tak mahu dia tatap itu bersandar tenang pada birai pintu kaca.  Luth letak pen yang terselit antara jari telunjuk dan ibu jari. 
“What can I do for you, Mr. Payed?”  Dia tegakkan tubuh menanti Payed yang mendekati.
“Ada sesuatu saya nak minta tolong ni...”  Payed ukir senyuman dan duduk tanpa dipelawa.  “Palee ada?”
Luth angguk.  “Dekat bilik dia.  Dan ini bilik saya,” sindir Luth pedas.  Nak cari Palee pintu sana.  Ini bilik lain, jadinya orangnya pun lain. 
“Betullah tu.  Ini bilik awak.”  Senyuman senget Payed terukir.  Tahu sangat Luth sindir dia.  Bukan dia tak boleh baca antara kata-kata biasa dan kata-kata berbaur sini.  “Kalau kata Palee ada dekat sini, pelik jugaklah sebab dia tu bukan boleh dekat dengan perempuan,” sambung Payed saja nak kenakan Luth. 
Wajah Luth yang tenang dipandang.  Eh, tak terusik langsung ke perempuan ni lepas hal dekat klinik hari tu?  Atau perasaan dah jadi beku tiba-tiba.  “May I coming?”  soal Payed seraya menapak tak sempat Luth memberi izin.
By the way, kalau Encik Payed nak jumpa Encik Palee, bilik dia dekat belah sana.  Nak saya tunjukkan ke?”  Luth angkat tubuh tapi Payed menahan. 
“No... no.  You sit.” 
Luth duduk.  Dia pun saja nak kenakan Payed.  Tanya Palee tapi dah masuk tercongok dalam bilik dia ni, kenapa?
“Sebenarnya saya datang ni nak jumpa awak...”
 “Untuk?”  soal Luth pantas. 
Dia dah dapat agak daripada awal dan dia pun tak polos mana nak nilai kedatangan Payed.  Kalau kerana Palee, tak ada Payed singgah di sini.  Rimas dah dia dengan wajah Payed ni.  Rambut panjang.  Tak kemas langsung.  Macam orang kerja apa dah.  Tak berupa orang kerja pejabat langsung. 
“Okey, saya tahu awak tak nak jumpa saya lepas kes dekat klinik hari tu.  Saya minta maaf dan sekali lagi saya mohon  maaf.  Tahu awak marah...”
“Orang gila aje tak marah benda gitu, Encik Payed...”  sela Luth membidas.
Payed gigit bibir.  Lepas kes hari tu boleh tahan melawan.  Dia tongkat dagu atas meja melihat pada Luth yang buat-buat sibuk menatap skrin LED di depan.  Tak nak pandang dia.  Tahu dah Luth masih marah.  Tapi, memang pun.  orang gila aje tak marah sebab tak faham dan dia pun, kalau tentu-tentu orang gila, tak ada nak approach. 
So, apa sebenarnya niat Encik Payed datang selain daripada minta maaf?”  Luth matikan renungan Payed.  Rimaslah. 
“Awak,” jawab Payed sepatah. 
Spontan.  Senyuman dia mekar. 
Luth menggeleng tak puas hati.  “Kalau gitu, saya maafkan.  Tapi, pastikan ini kali terakhir...”  Luth hantar isyarat mata agar Payed berlalu tapi Payed begitulah.  Buat muka suci menongkat dagu.
Anything else?” 
“Jom kita keluar.”
“Hah?”  Rahang Luth rasa nak terpenggal.  “Pergi mana?  Terjun lombong?”  Perli.
Payed gelak.  Dia menggeleng.  “Terjun lombong boleh mati.  Saya tak reti berenang.  Kita pergi makan, nak?” 
Sorry, saya dah sarapan,” tolak Luth dingin.
“Tapi, saya belum...”
“Perut lain-lain, Encik Payed...”  Anak mata mereka berlaga.  “Encik Payed yang lapar, bukan saya...” 
“Huh...”  Keluhan kasar lepas daripada celah bibir Payed. 
Perempuan ni kalau aku dapat... dia renung Luth tajam.  Tubuhnya diangkat.  Tangan diseluk dalam kocek seluar. 
“Saya cuma  nak minta maaf.  Tapi, kalau kata awak sudi nak makan, saya saja trial and error.  Dan satu lagi, lusa saya nak minta tolong sikit.  Palee dah tahu.  Tuan Bakri dah tahu jugak.  So, see you day after...”  Tangan Payed terangkat menabik Luth sebelum dia berpaling.
Tolong?  Luth kerut kening.  “Encik Payed... tolong apa?” 
Langkah Payed terhenti.  Tapi, dia tak berpaling langsung.  Bukan tak sudi tapi takut tercalar lagi ego lelakinya.  Dia takut dia makin tak sabar dan dia takut dia terbuat jahat dekat Luth sedangkan Luth adalah anak kenalan lama mummy dan abah.  Kena pancung dia nanti.
“Kalau nak tahu, makan dengan saya tengah hari...”  Lantas, langkahnya bersambung.
Makin lebat kerutan pada kening Luth.  Apa masalah pulak kali ni? 



MUJURLAH.  Kalau dia mampu, dia dah sujud syukur di sini jugak bila Palee turut sama ajak dia makan tengah hari tapi bukan berdua.  Dengan Luth dan Tuan Bakri sekali.  Mereka duduk di Restoran Selesa Inn berempat.  Luth tenang menyuapkan nasi goreng special ke dalam mulut.  Dia tahu, mata Payed jatuh pada dia tak lepas.  Malas dia nak layan. 
“So, apa cerita ni, Yed?”  soal Tuan Bakri. 
Dia dah tahu yang niat Payed yang satu tu tapi nak juga Luth terlibat.  Dia pun tak boleh nak bagi kata dua memandangkan Palee yang bertanggungjawab ke atas  Luth di dalam urusan pejabat.
“Haa, apa keputusan kau ni, Yed?”  sampuk Palee pulak. 
Luth hanya panggung pandangan dan memandang mereka bertiga silih berganti.  Tiada suara biarpun renungan Payed kian tajam.  Hati Payed memang membekam geram.  Orang ajak dia, dia ajak sekali abah dengan Palee, buat apa?  Ingat ini makan tengah hari family day ke apa? 
“Apa... apa?  Gitu ajelah.  Aku memang nak pinjam Luthfiya lusa,” balas Payed. 
“Kan Yed boleh buat sendiri?”  tanya Tuan Bakri tak puas hati.  Lepas apa yang  jadi, manalah dia berani nak biarkan Luth jadi mangsa Payed lagi. 
“Memanglah, bah.  Tapi Yed ni banyak kerja sekarang.  Mana yang dia rasa okey, Yed terima.  Lagipun, dia pernah jadi PA Yed apa kejap sebelum Palee ambik...”
“Dah tersalah jawatan.  Tak adillah untuk Luth...”  ujar Tuan Bakri.  Tahu sangat Payed sampai sekarang tak puas hati.  Tapi, dah itu jawatan Luth, nak kata apa.
“Kalau gitu, aku tak ada hal pun.  janji kau tak buat dia jadi PA kau.”  Palee mencebek lebar.  Dia memandang Luth di sisi.  “So, Luth... you boleh ke tak?  Kalau ada kerja, tolak pun tak apa...”
Hah?  Tolak?  Ini sudah bagus.  Luth baru nak ukir senyuman sebelum renungan tajam Payed menikam dan membunuh senyumnya. 
“Saya memang ada kerja...”
“Dah-dah... Tak boleh bantah lagi.  Lusa aku pinjam dia dulu, Lee,” sampuk Payed.  Malas dia nak bercakap lagi. 
Beku rasa hati dengan perangai Luth.  Payah sangat ke nak makan berdua?  Hari tu makan jugak tapi satu unit diajak. 
“Yed dah siap...”  Dia terus bangkit meninggalkan makanan yang langsung tak disentuh. 
Tuan Bakri hanya memandang.  Menggeleng kesal.  Rasanya cadangan isterinya kena laksana secepat mungkin.  Barulah Payed tahu apa  itu hidup agaknya.  Ini dah rupa apa tak tahu. 
“Luth, you naik dulu.  I ada hal sikit dengan abah,” suruh Palee memandangkan Luth yang dah siap makan. 
Tanpa banyak soal, Luth angguk.  Ditunduk sedikit tanda hormat lantas bangkit memberi salam sebelum nenapak keluar.  Matanya mengamati sekeliling.  Mujurlah Payed dah lesap.  Hati dia terasa lapang.  Senang hati dapat kenakan Payed tapi lusa, dia kena bantu Payed.  Tak apalah, andai benar memerlukan bantuan.  Dia sudi membantu. 
“Seronok awak ya?”  Baru hendak melintas jalan, dia ditegur orang.  Pantas dia kalih dan Allah... makhluk ni lagi. 
“Ingat dah naik atas...”
“Tunggu awak...”
“Kenapa?”  Luth pandang ke kanan jalan raya sehaluan.  Banyak pulak motor lalu.  Nak panjat jejantas, tak berdayalah. 
“Kenapa awak tanya?” 
Luth pandang Payed.  Kening dikerutkan.  “Dah dah tahu, saya tanyalah kenapa?”
“Awaklah...”
“Kenapa saya?” 
Payed mendengus.  Dua kali dah Luth tanya kenapa?  Tak boleh agak ke dia jadi macam tu kenapa? 
“Kan saya ajak awak sorang?”
“Saya tak tahu yang Encik Palee dan Tuan Bakri pun ajak saya makan dengan Encik Payed sama.  Alang-alang, sekali harung ajelah.  Apa masalahnya...”  soal Luth mencebek.
“Masalahnya...”  Payed pegang lengan Luth sedikit kasar.  “... saya nak lintas jalan dengan awak.” 
Dia menyumpah sendiri.  Lain yang dia nak cakap, lain pulak yang dicakapkan.  Setelah mereka berjaya berada di seberang jalan, Payed lepaskan lengan Luth. 
“Dua kali dah kita makan sama tapi ada orang lain.  Lepas ni, jangan harap awak nak makan dengan orang lain kalau tak dengan saya aje.  Saya akan pastikan awak makan dengan saya sorang aje,” tekan Payed menahan geram. 
Dia berlalu meninggalkan Luth sendiri tapi suara Luth mematikan langkah. 
“Saya tak nak makan kalau macam tu...” 
Payed berpaling.  Wajah marah.  Merah padam.  Tapi, Luth tak takut.  Dia kena buktikan, dia bukan mudah dibuli seperti waktu dulu.  Dia dah muak dengan orang perangai mengada-ngada.  Di rumah ada Fina dan di pejabat ada Payed.  Letih dah dia. 
“Tak apa... saya tak kisah awak nak makan ke tak. Janji saya kenyang dan ada awak temankan!”  bentak Payed bertambah marah dan terus saja menapak laju.

Jiwa dia bergelodak.  Melihatkan Luth menolak, dia semakin  mahu mendekati.  Memikirkan Luth membentak, dia semakin mahu memiliki.  Biar bukan hati, jasadpun jadi.  

~> bersambung

RM says : Esok boleh tengok TTDA, kan?  Dekat bookfair.  Hoyeahhh... Who will be the first?  RM sendiri for sure jadi org ke berapa entah... hiks.  Beli tahu.  Pastikan ada cetakan kedua dlm seminggu.  hiks.  

39 comments:

  1. Payedd... I like you.. Kikiki.
    X sbr peluk TTDA AraYie

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...playboy rasa tercabar.... cinta kah? ego kah?
    -sj sab-

    ReplyDelete
  3. mungkin cinta, tp ego mengatasi segala..........

    ReplyDelete
  4. si payed ni... jangan mencari nahas!

    ReplyDelete
  5. playboy.. mmg tercabarlah.. bila byk kali kene tolak...
    xsabo2.... kawin kan je dia org nie cepat2

    ReplyDelete
  6. payed tak boleh rasa tercabar ...tambah2 dengan luth yang makin melawan memang nak jd makanan payed la luth lepas ni...takut payed taknak lepas luth tapi tak tau diri dah jatuh tergolek2 kat luth

    ReplyDelete
  7. Sorry RM, Akak beli online kot nanti. xleh nk g bookfair kali ni..bajet nk g KL xde..huhu..(mood x brp nk ceria sbb xleh nk shopping buku kali ni..)

    ReplyDelete
  8. Sy bawak rombongan mrs.SRJohore ke bookfair sabtu ni..semata2 tuk TTDA....

    ReplyDelete
  9. jgan payed wat merepek ngan luth dah..sian luth..

    ReplyDelete
  10. Payed orang x nak sudah lah.... kasihan Luth....

    ReplyDelete
  11. #AraYie nantikan serangan kamii!!! hehehehe..

    nak lg n3 #CBS RM.... (tamak kan?) :p

    ReplyDelete
  12. Omaigoshhhh...xsbr nk tgu next entry

    ReplyDelete
  13. Nak pergi pagi2 esok kat pwtc.... hehe dash in dash out.....

    ReplyDelete
  14. x de ker org johor nak gi ..untung2 boleh gak kirim..hehehe

    ReplyDelete
  15. Wlupun payed jahat,tp nk dia dgn luth..biar luth ajar erti hidup kt dia

    ReplyDelete
  16. tapi kalau payed nmpk muka luth sepenuhnya, masih terkejar ke dia dekat luth? takut dia akan treat luth badly... waiting for his reaction towards luthfiya's full face... kesian fiya.. sob sob...

    ReplyDelete
  17. Best sesgt la....payed nie wat kita geram tau....menci...menci...menci dgn payed....tp tetap nak lg story nie....

    ReplyDelete
  18. ishh rasa nak pelempang je payed ni aihh.

    ReplyDelete
  19. Story ni best sbb watak Payed yg sguh annoying
    n Luth yg very mystery. Tp tetap nak Yed tackle Luth.
    Boleh gitu ?

    ReplyDelete
  20. bestnya yang dapat peluk Ayie dan Arya. kite kena tunggu tahun depanlah gamaknya.. huhhuu

    ReplyDelete
  21. Arghhh pendeknya kali ni, tapi takpe, dont be greed! Aummmm makin tegas si luth, makin tercabar si payed!

    ReplyDelete
  22. tak habis2 sengall payed ni yer....

    ReplyDelete
  23. Yes... Yes... Luth jgn bg muka kt Payed tu. Kalu dia buat tak senonoh jgn teragak agak lempang lelaju..... Geram gak nih. ehh Emo plak kita. Ha ha ha
    Da lama tunggu TTDA. In Sha Allah, nk g PTWC this weekend. berdebar plak. Jgn tk de stok sudah. Harus balik rumah merembes rembes airmata kecwa.

    Yanshi

    ReplyDelete
  24. awww..rindu nak pegi bookfair. dah lame gile tak pergi T.T


    tu lah payed mama suruh kawen taknak.

    ReplyDelete
  25. bila boleh order TTDA kat online?....

    ReplyDelete
  26. takutnya.....apalah gamaknya si payed ni nak buat....tlg takut utk fiya...huhu

    ReplyDelete
  27. Ish, Ish, Ish.. Payed2...

    ReplyDelete
  28. Kak RM taknak sambung bisakah ke? Rindu lah dkt ziyad dgn teratai.

    ReplyDelete
  29. mana nye sambungan nye,huhuhu nak baca,,,

    ReplyDelete
  30. MEMANG TERBAIK,SAYA BARU AJE HABIS BACA NOVEL AKAK
    TIBA-2 DIA ADA BEST.

    ReplyDelete
  31. Huhuhu sedihnya takde ep 14 lg... Tiap2 hari jenguk...

    ReplyDelete
  32. bila nk ep14 ni :( hari2 jenguk xdop pong SOB3 kesian nya lah kita ni

    ReplyDelete
  33. Berat 66.. 2 menggu doh ning

    ReplyDelete
  34. ape yg payed cr dari luth sbnr nyer?

    ReplyDelete