Salam... ehem2...(berdebar tak sudah)
Saya ada beberapa kejutan utk kalian. Yeah... harap terkejutlah. Buat2 terkejut pun tak apa. Janji thoruja.
Kejutan pertama... ta daaa... :)
Segala puji bagi Allah atas izin-Nya. Dan, terima kasih pada kalian yang tak jemu malah semakin tegar menyokong saya.
#EncikSederhana bakal jumpa kalian di PBAKL pd 24.04-.3.05.2015 ini di Bilik Melaka PWTC. Yg sedih sikit ianya satu projek edisi terhad di bawah iKP. Cetakan pun tak banyak dan akan ada dalam 1.5K salinan saja seluruh dunia (tu diaaa dunia teruih).
Nak jadi yg pertama pegang Encik Sederhana, datang PBAKL pada 25.04 (Sabtu di Bilik Melaka jam 2ptg. InsyaALLAh saya ada di sana) sbb belian atas talian belum lg dibuka. Akan diwar2kan nanti dan penghantaran juga lps PBaKL. Yang tak dapat datang, berkirim2 pun okey.
Harga macam tak nampak lagi Tapi rasanya dalam RM26 kot. Okeylah dapat 2 cerita dalam sebuah buku, kan? :)
Pada yg tak nak ES tp nak yg Tercipta Untuk Dia aje tak bolehlah. Kena ada dua2 sbb ianya kembar siam. Tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah rupa Yang Dia Mahu ini.
Inilah yg anda mahu gamaknya. Ini jugak yg saya dan dia mahu.
Yuyu dan Fateh dalam rumah. Ianya sebuah cerita yg errr... nanti beli bolehlah tau cerita tentang apa. Hik. Kalau kalian rasa Que (Bahasa Hati Kita) naga berapi tu hangat, Fateh yg sederhana ini pulak sgt menenangkan. Seperti embunan pagi.
Sebarang pembelian atas talian akan saya umumkan kemudian.
Kejutan seterusnya... setey tiun.
kiki emoticon