TIDAK dapat
tidak, Arel hentikan keretanya bila Isra benar-benar berkeras nak dia berhenti
di situ. Entah manalah rumah gadis
ini. Rasa nak tahu meluap-luap. Tapi, apakan daya… Isra sepertinya tak sudi
untuk terima kehadiran dia.
“Awak tak sihat
elok lagi, Isra. Berat sungguh hati saya
nak biar awak turun dekat sini. Saya tolong
awak sampai depan rumah awak pun jadinya…”
Dipandang rumah flat lima tingkat depan mata.
Ni sah-sah tak
ada lif. Dengan luka yang begitu baru,
macam mana Isra nak panjat kalau rumahnya di tingkat atas. Dan, dia juga pernah hidup bujang. Biasanya orang bujang ni rumah paling atas,
paling hujung.
“Awak mesti
duduk atas sekali, kan?” duga Arel.
Isra tak
menjawab. Menguatkan lagi andaian
Arel.
“Tepat rasanya
sangkaan saya ni. Jadinya…” Arel buka tali keledar. Dia turun laju.
Melihat Arel
yang menapak ke arahnya, Isra cepat-cepat buka pintu dan cuba turun tapi tangan
Arel lebih pantas menahan pintu dan membuka untuknya.
Pertama kali…
dia rasa seperti seorang puteri biarpun jauh panggang daripada api.
“Jangan layan
saya baik sangat, doktor…” Isra bangkit
dalam kepayahan.
Arel hanya
senyum. “Kenapa? Tak sudi?”
“Bukan masalah
tak sudi tapi saya dah banyak terhutang budi…”
Selebihnya, dia memang tak nak Arel tengok bilik dia menyewa. Dia hanya mampu sewa bilik. Lagipun, nanti apa kata jiran tengok dia
balik dengan lelaki.
“Awak dah silap,
Isra. Saya yang terhutang budi dengan
awak. Pasal adik saya. Bukan sekali, tapi berkali-kali hingga awak
cedera teruk…”
“Itu dah
tanggungjawab saya tolong pada yang
memerlukan…”
“Dan awak juga
tanggungjawab saya kerana awak memerlukan saya…” Arel terlajak perkataan.
Isra kerutkan
dahi. Arel tayang wajah tenang biarpun
gelora dalam dada mula menggila dengan keterlanjuran sendiri.
“Saya harap
doktor tak maksudkan apa yang doktor cakap tu…”
“Kalau saya
cakap saya maksudkan?” Rasanya dia dah
malas nak berbolak-balik ; menggunakan ayat puitis seperti Zam.
Dia tak
reti!
“Maksud, doktor?”
“Zam dah mengaku…”
“Apa?”
“Awak bukan
tunang dia…”
“Saya pun tak
pernah mengaku dia tunang saya,” balas Isra.
Arel senyum
sinis. “Tapi, tak pernah pulak awak
bantah…”
Isra tunduk. Saat itu tak mampu dia nak bantah. Dan, jika dia bantah di depan Doktor Arel,
apa niat dia sebenarnya? Buat apa dia
nak bersungguh menafi? Lagipun, semuanya
memang lakonan.
Dia dan Zam
hanya bertahan Cuma beberapa hari dalam hubungan sebagai ‘tunang’ itu. Zam dah putuskan.
“Saya memang
bukan tunang dia,” beritahu Isra sudahnya.
Arel ukir
senyum. “Bukan jugak awek dia, kan?”
Kepala Isra
jatuh. “Dia Cuma anak tauke saya…”
“Makna kata,
saya ada ruanglah dalam diri awak?” soal
Arel telus.
Kali ini, kepala
Isra terangkat. Memandang Arel dengan
pandangan yang dia sendiri tak tahu, apakah maknanya. Kata-kata Arel jelas lagi bersuluh. Tak seperti Zam. Setiap bicara Zam buatkan dia menggagau di
dalam cahaya yang terang benderang. Hingga
akhirnya, dia tersesat.
Dan, adakah yang
berdiri di depan dia kompas petunjuk arah?
Isra menggeleng sendiri. Tidak. Arel juga bukan. Memang Arel adalah seseorang tapi bukan untuk
dia. Dia siapa? Tiada berbapa beribu. Entah anak daripada mana. Membesar di rumah anak yatim dan kemudiannya
lari. Hidup sendiri. Bersusah-payah. Bergelumang dengan pelbagai ujian. Yang menjadikan dia adalah apa yang dia jadi
hari ini.
Israfil yang
kasar!
Israfil yang
seperti lelaki!
Israfil yang
dingin!
Israfil yang
sekat segala bahagia yang mahu menghampiri!
Kerana dia tahu,
bahagia itu seperti kisah dongeng Cinderella.
Dia bukan Cinderella. Arel datang
dengan kuda putih. Meminta tangannya dan
mereka hidup bahagia selamanya.
Tidak!
Dia adalah
seperti seekor angsa hitam di dalam kawanan yang putih. Ditinggalkan kerana bedaan yang ketara. Dan, yang hitam itu semakin hitam.
“Saya suka awak,
Isra…” akui Arel tiba-tiba.
Mata Isra
terkebil-kebil. Terkejut dengan
pengakuan Arel yang tiba-tiba. Terbatuk kecil
dia dibuatnya.
“Mesti bersebab,
kan?” tanya Isra kembali.
“Perlu sebab ke
untuk suka awak?”
Bahu Isra
terjongket. Dia tak tahu. Isi hati Arel, mana mungkin dia tahu. Dia pun malas nak selami hati orang. Dia tak reti berenang malah tak mampu menahan
nafas. Dia bimbang dia lemas.
“Terima kasih
hantar saya, doktor. Lepas ni, jangan
cari saya lagi. Saya akan cari jalan
untuk bayar balik budi doktor pada saya…”
Isra atur langkah.
Tapi, baru dua
tapak… lengannya dilelar Arel.
“Atau awak ingat
saya suka awak sebab awak dah banyak tolong adik saya?” Soalan Arel bernada tak puas hati.
Begitu gagah dia
kumpulkan keberanian untuk luahkan apa yang dia rasa setelah berperang dengan
kecewa tentang hubungan Zam dan Isra, gadis ini hanya ucap terima kasih? Ucapan
yang dia dah dengar berkali-kali?
“Boleh jadi…” putus Isra ringkas.
Arel gelak
kecil. Menggeleng perlahan. Tak sangka.
Pertama kali bersikap sebegini berani, Isra langsung tak pandang.
“Jangan ikat saya
dengan budi yang doktor bagi.” Isra
menoleh.
Arel masih
tersenyum. Tangannya dilepaskan. “Saya tahu awak sebatang kara. Nenek awak pun ada cerita sikit pasal awak
pada saya. Awak suka hidup sebatang
kara, Isra? Sendirian? Tak ada sesiapa?”
Tanpa menanti,
Isra mengangguk pantas. “Sebab, andai
jadi apa-apa pada saya… tak ada risiko untuk orang sedih atau menangis.” Jawapannya begitu yakin dan padu.
“Mungkin dulu,
Isra. Tapi sekarang…” Arel menggeleng perlahan. “…awak dah ada sorang yang akan sedih andai
jadi apa-apa pada awak…”
Dahi Isra kian
berlapis. Mendongak sedikit pada Arel
yang masih memandang dia tanpa berkelip.
DUDUK dihenyak
atas kerusi rotan di depan rumah. Beg galas
itu digantung pada handle Yamaha hitamnya.
Menyandar kepala sambil wajah menengadah siling yang nampak sedikit
kotor.
“Dah hantar
Isra?” Pak Zaman duduk di sisi Zam. Dengar aje enjin motor tadi, dia bergegas keluar. Tak sabar nak tahu tentang Isra.
“Zam follow
belakang aje, yah…”
“Dah tu, siapa
yang hantar? Tak kanlah Zam suruh dia
naik teksi pulak?”
“Taklah, yah…” Tubuh ditegakkan. Zam pandang ayah dan senyum tipis.
“Zam minta
tolong doktor yang rawat Isra tu hantarkan…”
“Pulak?” Ada rasa aneh dalam ayat Zam.
“Sebenarnya,
doktor tu yang offer diri nak hantar Isra,” luah Zam jujur bila pandangan
ayahnya jelas yang ayah tak percaya dengan kata-kata dia.
“Semudah tu Zam
biarkan?” Pelik betul. Kata nak tunjuk perasaan pada Isra. Nak ambik berat segalanya tentang Isra bila
diambang kehilangan.
Tapi, ini
apa?
“Tak mudah,
yah. Tapi doktor tu baik orangnya. Dia yang banyak bantu Isra. Zam hanya mampu ikut dia daripada belakang
aje, yah. Tak mampu nak rawat bila Isra
luka. Tak mampu nak sembuhkan. Tapi, Doktor Arel boleh buat semua tu…”
Pak Zaman diam
seketika. Dia mampu timba biarpun begitu
dalam makna di sebalik ayat yang Zam tanam.
“Dia sampai
dengan selamat ke?”
“Erm…”
“Sampai naik
rumah?”
Zam geleng. Dia hanya memandang daripada jauh Isra dan
Arel. Yang jelas berbicara tentang kisah
hati masing-masing. Wajah kedua-duanya
begitu serius. Renungan keduanya saling
tak lepas. Walaupun dia tak tahu apa
yang diperkatakan, tapi dia yakin… ianya tentang hati.
“Kenapa tak
tunggu sampai dia naik ke bilik dia?
Budak tu, dahlah duduk atas sekali.
Macam mana dia nak panjat tangga?”
“Doktor Arel
ada, yah…”
“Ya, tapi Zam
tahulah Isra tu… selain ayah siapalah yang dia bagi masuk dekat. Lagipun, rumah tu kan Zam dah sewakan untuk
dia dah setahun lebih. Biarpun Zam nak
ayah cakap yang ayah sediakan bilik dan makan, tapi Zam yang bayar rumah tu
untuk dia…”
Zamani hanya
diam mendengar kata-kata ayahnya. Ya,
sejak dulu dia yang bayar rumah sewa Isra.
Biarpun dikatakan Isra sewa bilik tapi jujurnya dia bayar satu
rumah. Dia nak Isra selesa kerana dia
tahu, Isra lebih suka menyendiri. Cuma,
dia tak tahu apa yang ada dalam rumah tu.
Kelengkapan segala. Dia Cuma tahu
Isra tak nak ayah sediakan lebih.
Kerap kali tertanya,
belakang itu entah beralas atau tidak. Kepala
itu, entah berbantal atau tak. Tubuh itu,
berselimut atau tidak?
“Zam dah bayar
sewa tu untuk tiga bulan ke depan. Ayah naikkan
sikit gaji dia. nanti Zam bagi duit Zam…”
“Zamani… ayah
boleh bagi. Sejak dulu, ayah memang
boleh bagi tapi kamu yang nak bagi duit
kamu. Zam kena ingat, duit Zam tu untuk
buat belajar lagi, untuk tampung hidup sendiri lagi. Untuk kerja lagi. Ini nak tanggung Isra…” Kata-kata Pak Zaman terhenti.
Zam menoleh. Ayat ayah, seronok pulak telinga dia
mendengarnya.
Tanggung Isra? Dia memang harap begitu bila tiba
masanya. Tapi, masa itu tak akan pernah
tiba. Waktu sekarang seperti
terhenti. Isra berhak pada yang lebih
baik.
“Doktor Arel tu
suka Isra, yah…”
“Hah?” Pak Zaman kerutkan dahi. Ini masuk kisah bab berapa pulak ni? Rasanya bab satu pun baru nak selesai… kenapa
tiba-tiba intermission pulak?
“Kalau kata
dorang sama suka, kita jadi ahli keluarga Isra, ya yah? Kalau Arel datang nak merisik cara baik, kita
jadi keluarga Isra.”
Tuhan… Pak Zaman
mengucap panjang dalam hati. Wajah Zamani
jelas kecewa. Bila kekekuatan itu hadir,
rupanya tak gagah jugak untuk menghadapi segalanya.
“Jodoh ni, Zam…
benda yang kita tak tahu,” putus Pak
Zaman. Dia bangkit mengusap bahu sasa
anaknya. Kemudian naik pada rambut Zam
yang berikat dua.
“…tapi kalau
betul jodoh dia dengan doktor tu, kita jadi keluarga Isra. Dia dah lama sendiri…” Pak Zaman senyum.
Zam mengangguk. Cuba reda dalam kepasrahan.
Tapi,
sukarnya.
Beg galas itu
dipandang. Dalamnya ada pakaian
Isra. Zam bangkit. Dicapai beg, dibuka zip. Sehelai baju-T milik Isra ditarik
keluar. Dibawa ke wajah dan dihidu
dalam-dalam. Haruman ini tak pernah
berubah. Haruman yang sentiasa mengejar
jaga siangnya dan lena malamnya.
Kau akan bahagia
dengan Arel, Isra.
Aku jamin dengan
hidup aku. Kau akan bahagia.
Hati Arel tak
putus berdoa. Moga segala bahagia itu
hadir merobohkan tembok kaku dunia Isra.
Menukarkan angsa hitam lagi hodoh itu menjadi seorang puteri yang cantik
berkat ciuman dan kasih sayang seorang lelaki yang bernama suami.
Namun, dia
bukanlah orangnya.
...bersambung
Hurmmmm.. antara 2... hati akk tetap mengatakan zam..
ReplyDeleteconfiusla.. nak pilih siapa, doktor Arel atau Zam? dua-dua sama baik.
ReplyDeleteMcm nk zam ja.. xnak ngn doc arel..
ReplyDeleteSy lebih suke kalau dgn zam....ntah la....zam ni mcm lain ckit...dlm diam ade auranya tersendiri...
ReplyDeletealaa nak arel
ReplyDeleteKalau lah isra tahu....huhuhu.
ReplyDeleteZam je Xbersungguh smpaikan isi hati. Apalah salahnya berterus-terang pd isra. Isra pulak keras sgt.. sapela yg mampu cairkan bongkah ais keliling isra tu 😟
ReplyDeleteZam please.
ReplyDeleteaduhai... kasihan nya hidup mrk bertiga...
ReplyDeleteSedihnya. Tapi nampak mcm isra suka zam. Zam lagi byk berkorban.
ReplyDeletesedihnya....nak isra dengan zam......
ReplyDeleteAla baiknya zam....
ReplyDeleteuwaaaaa...mata masuk habukkk...siannya zam..tp ape2pn ttp ship #arelisra
ReplyDelete