MALAM ini, Zam
masih tak muncul. Selesai mengemas
semua, Isra hampiri Pak Zaman. Entah
ayat apa yang mahu dia mulakan. Seperti
dah bisu. Melainkan memandang Pak Zaman
dan berharap orang tua ini mengerti apa yang bermain dalam kepalanya.
“Kamu nak tanya
tentang Zam?”
Isra diam beberapa
ketika. Nyata, Pak Zaman faham.
“Zam dah nak
pergi, ya?” soalnya kemudian.
“Eh, taklah. Banyak benda tak selesai lagi dekat sini
katanya. Lama lagi tu.” Dia sendiri pun tak pasti sebenarnya.
Tapi, nampak
harapan yang ada dalam pandangan Isra, tak sampai hati pulak nak cakap seminggu
dua lagi. Jujurnya, tak sampai dua
minggu pun. Tiket semua dah sedia. Selesai aje sikit urusan lagi, Zam akan terus
terbang.
“Kenapa tak tanya
dia sendiri?” Pak Zaman labuhkan duduk
dan menepuk peha sendiri beberapa kali. Letih
baru terasa bila dah nak hampir siap berniaga.
Andai tidak, tak reti dok diam.
“Saya…” Suara Isra mati.
Siapalah dia untuk
tanya semua tu pada Zam. Lelaki itu
hampir bagi hak tu pada dia tapi ditarik kembali dan dibiarkan dia
sendiri. Terlalu banyak benda yang mahu
dia tanya tapi dia juga yakin, Zam tak akan bagi jawapan.
Zam tu, jenis yang
suka berteka-teki. Yang suka buat dia
menelah sendiri. Tak kiralah telahan dia
tu meleset atau pun tidak.
Teringat akan
perbualan dia dengan Nenek Kalsom semalam.
Haru-biru hatinya. Meronta-ronta
perasaannya.
“Dia selalu datang
sini kalau dia balik cuti. Pernahlah,
dia bawak kawan-kawan belajar dia buat kerja amal dekat sini. Katanya dia kenal nenek sebab kenal
kamu. Tapi dia pesan, jangan bagitahu
kamu sebab kamu tak suka dia…”
Isra mencebek
mengingatkan kata-kata Nenek Kalsom. Siapa
tak suka siapa?! Nak aje dia maki Si Zam
ni.
“Masa kamu tak
datang banyak hari tu, dia datang bawak nenek pergi hospital. Biasalah sakit orang tua. Tapi, tak ada apa yang serius kata
doktor. Orang tua ni, macam inilah. Dia kata kamu nak keluar hospital dah esoknya…”
Jadi, nenek tahu
dia masuk hospital. Tapi, dia juga yakin…
Zam pagi kelepet nenek sebab dia terlantar.
“…dia tak cakap
kenapa. Dia Cuma cakap kamu tak
sihat. Bila nenek tanya siapa jaga kamu,
dia cakap ada Doktor yang hari tu. Nenek
lega sangat. Dia kata lagi, mungkin kamu
akan hidup dengan doktor tu nanti. Mungkin
itu hadiah atas kesabaran kamu hadapi ujian hidup selama ni.” Mata nenek berair waktu itu.
Isra hanya mampu
memandang tanpa berkata apa.
“Esoknya, dia
datang lagi hari kamu keluar tu. Jaket kulit
hitam, topi… mati-mati nenek ingat penjahat tapi bila dia sengih… memang dia. Dia bawa khabar yang kamu baik-baik aje dan
lepas ni dia mungkin tak dapat datang jenguk nenek lagi sebab dia kena pergi jauh. Hari tu jugak dia bagi selendang tu untuk
kamu. Katanya, dah lama dia beli tapi
dia tak tahu nak bagi macam mana. Lagipun,
dia malu. Tak pernah buat kerja gitu
katanya…” cerita nenek lagi dengan senyuman penuh mulut.
Sekali lagi, Isra
tergamam. Tersandar lemah pada dinding
mendengarkan cerita nenek.
Selendang?
Melawat
nenek?
Dan, lelaki
berjaket hitam yang ada di teman?
Kau kah orang tu,
Zam?
Jika ya, kenapa
bersembunyi dalam gelap, Zam?
Keluarlah ke
tempat lebih terang. Aku tak nampak. Aku tercari-cari. Aku ternanti.
Tapi sekarang, kenapa kau harus pergi?
Hujung mata Isra
terasa basah.
“Israfil?”
“Ya, saya?” Laju dia kesat birai matanya bila mendengar
suara Pak Zaman yang kembali membawa dia menghadap reality.
“Kamu marah Zam
lagi pasal dulu tu?”
Isra tunduk dan
menggeleng. Zam yang marah dia. Masa tu, dia juga sedikit kecil hati tapi
hati dia hati yang tak mudah terusik. Kerana
itu dia bertahan. Tapi, setelah satu
demi satu rahsia Zam terbongkar, hati dia akan goyah.
“Dia hanya ada ayah
dia aje sejak dia kecil, Isra. Tapi masa
tu, dia tak tahu yang kamu hanya ada diri sendiri dalam dunia ni. Sebab tu dia mengamuk. Tapi, dia tak maksudkan. Lagipun, tentang kepergiaan dia, mungkin itu
yang terbaik. Dia nak tengok kamu dengan
Arel bahagia. Dia betul-betul nak kamu
bahagia dengan Arel…”
Kepala Isra jatuh
menunduk ke bumi. Apa hak kau, Zam? Dia nak tanya soalan itu tapi di depan muka
Zam. Kepalanya diangkat dan setitis
airmata jatuh ke pipi. Buat pertama
kalinya.
“Pak Zaman cakap
dekat dia, saya akan bahagia dengan Arel kalau itu yang dia harapkan,” ujar
Isra lantas dia menoleh ke belakang tapi langkahnya terhenti kaku.
Irah?
Dan sepasang
manusia lebih separuh usia ni…
Jangan-jangan…
TITISAN air jernih
diseka lembut. Isra paksa dirinya
senyum. Menerima kata-kata orang sejak
tadi, seperti dia tiada perasaan… cukup buat dia rasa nak bunuh orang. Tapi, dia tahankan hati. Dia kena sabar. Jika dulu dia boleh sabar bila diuji dengan
begitu hebat, ini apalah sangat.
“Mak cik hargai
sebab kamu, Irah dah sedar diri. Dah mula
nampak pengorbanan yang abang dia buat selama ni. Tapi, bila tahu keadaan kamu…”
Saat ini, Isra
angkat wajah. Dia cuba senyum.
Dahi orang tua
Arel berkerut. Berkerut melihatkan parut
pada wajah itu. Ada dua tiga parut. Dengan cara pakaian macam lelaki. Macam mana Arel boleh cakap suka perempuan
ni. Suka bukan setakat suka tapi suka
sampai nak buat teman hidup. Bila ditanya
adakah kerana budi, Arel laju menafi.
Katanya, sejak
pertama kali.
Pertama kali yang
hanya Arel dan gadis ini tahu.
“Kamu ada orang
tua?”
Isra geleng.
“Selama ni besar
dekat mana?”
“Saya duduk rumah
anak yatim sampai umur sepuluh tahun. Lepas
tu saya larikan diri. Sejak tu, saya
jaga diri sendiri…”
Makinlah terkejut
orang tua Arel dengan pengakuan Isra.
“Sekarang, tinggal
dengan siapa?”
“Sendiri. Menyewa.”
“Kerja dekat kedai
ni?”
Isra menoleh ke
belakang. Tak nampak dah kelibat Pak
Zaman. Mungkin dah balik dan seperti
biasa, dia akan tutup kedai. Entah kenapa
keluarga Arel datang malam-malam ni. Gamaknya,
bila siang tak tahu nak cari dia di mana.
“Tapi, boleh saya
tahu kenapa datang cari saya?” soal Isra
sopan. Sempat dia kerling pada
Irah. Dah tentu Irah yang menyibuk hal
dia. Ringan aje tangan dia nak cepuk
Irah ni.
“Arel cakap
tentang kamu. Tentang niat dia…”
“Niat dia?” Dahi Isra dah berlapis kerutan.
Ayah Arel
mengangguk. “Dia nak peristerikan kamu…”
“Itupun kalau kamu
sudi,” tambah mama Arel pula.
Isra sengih
tipis. Kagum betul dengan hadiah yang
dihantar. Tapi, naluri dia masih tepat. Kedatangan mereka ini bukan atas rasa sudi,
tapi atas rasa terpaksa.
“Saya berkali-kali
sudi. Bertuahnya saya bila Allah
hantarkan lelaki sebaik dan sehebat itu untuk saya. Memang saya rasa saya tak layak. Daripada awal dia berbudi pada saya dan saya
tak mampu membalasnya. Sekarang, dia nak
pulak jaga saya. Saya memang
teruja. Saya sudi. Tapi saya jugak tahu, mak cik dengan pak cik
tak sudi…”
Orang tua Arel
nampak terpanar. Irah juga. Isra kekal senyum. Dia masih banyak ayat yang mahu
diluahkan.
“…saya tak
salahkan pak cik dengan mak cik. Kalau
saya dekat tempat mak cik dan pak cik pun, saya juga tak akan biarkan anak saya
pilih orang macam saya. Apalah yang ada
pada saya melainkan masa lalu yang buruk dan masa depan yang masih sangat kabur…” Memang pandangan dia sangat kabur sekarang.
Airmata dia sedang
mahu menitis.
“Saya tak layak
untuk Arel, mak cik. Saya sebatang
karang. Saya tiada keluarga…”
“Siapa cakap kau
tiada keluarga, Isra?”
Isra angkat
pandangan. Menoleh ke belakang. Zam? Sejak
bila Zam datang? Dia tak sedar
langsung. Dan, bila Zam senyum…
airmatanya jatuh ke pipi.
“Aku kan keluarga
kau. Sejak dulu lagi. Ayah aku ayah kau… kita kan sekeluarga…”
Perit rasanya
dalam dada Zam melihat air jernih itu mengalir.
“Jangan main-main,
Zam…” bisik Isra.
Zam lebarkan
senyum. “Aku tak pernah main-main dalam
urusan bahagia kau, Isra…”
Zammmmm…
sedihnyer.....
ReplyDeletesedihnyer.....
ReplyDeleteAduhai zam ni... bila la nk berterus-terang pd isra
ReplyDeleteIsra dgn zam pleaseeee
ReplyDeleteAlaaaa zam....bagi tau je la kat isra..
ReplyDeleteLg susah nk lepas zammm...
ReplyDeleteAla.....masuk habukla plok mata
ReplyDeleteMasih bharap isra n arel
ReplyDeleteBtol 2...masih berharap.. pliss
DeleteEeeèeeeeeeee
ReplyDeleteEeeèeeeeeeee
ReplyDelete"Cukuplah kau dan pak zaman menjadi keluarga aku,zam. Aku bahagia sejak dulu, apatah lagi setelah kau ........." ucap isra sambil tertunduk.
ReplyDeleteadakah isra menolak dan zam mengia kan hubungan mrk
ReplyDeletetak nak lah hubungan zam dgn isra hubungan keluarga....nak hubungan lain.....waaaa....tlg lah RM
ReplyDeleteIsra and zam please. Zam main hero please. Sob sob
ReplyDeleteZam..... my hero
ReplyDeleteSedih....
cepatlahh next ep..
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha RM...
ReplyDeleteSalam Aidil Adha.
ReplyDeleteGood jod RM.Tulisan anda tak pernah mengecewakan pembaca.
Sorry typo. Good job
ReplyDeleteSorry typo. Good job
ReplyDeleteSalam Aidil Adha.
ReplyDeleteGood jod RM.Tulisan anda tak pernah mengecewakan pembaca.
Kenapa tak update kak rehan. Seksa menunggu lama lama
ReplyDeleteSambung lg rehan....ai is sukaaa citer ni... sedih... berdebar2 bca... feling cam layan W.. hihihi
ReplyDeleteSambung lg rehan....ai is sukaaa citer ni... sedih... berdebar2 bca... feling cam layan W.. hihihi
ReplyDeleteBila nak update ni...waaaa... rindu isra,arel,zam
ReplyDeleteBila nak update ni...waaaa... rindu isra,arel,zam
ReplyDeleteBila nak sambung ni....rindu dah ngan isra, zam, arel...
ReplyDeleteBila nak sambung ni....rindu dah ngan isra, zam, arel...
ReplyDeletebila rm nak sambung.. lama tunggu
ReplyDeleteLama lagi ke.......aduhai
ReplyDeleteKarehan..tiba2 rasa takut nk habiskan cerita nie..takut impian tak kesampaian..takut punah di tengah jalan..
ReplyDelete