Tuesday, September 06, 2016

Black Swan 18

MEMANDANG wajah Zam yang sedang sibuk menghadap skrin notebook itu, mengundang sayu dalam dada Pak Zaman. 
“Tak tidur lagi, Zam?” 

Zam angkat kepala dan menggeleng.  “Nak settle satu dua benda lagi, yah… sebelum nak submit semua benda ni.  Nanti tak kelam-kabut bila dah pergi sana…”  Keputusannya nekad. 
Tak kisahlah terlepas Isra.  Dia masih ada cita-cita di depan. 
“Tadi, bila ayah tanya Zam kata nak hantar Isra.  Nak cakap baik-baik dengan dia.  nak cakap tentang Zam nak pergi.  Tapi kenapa Zam biar dia balik sendiri jugak…” 
“Dia balik dengan Arel, yah.  Lagipun, Zam follow belakang tadi sampai depan taman rumah dia.  Arel tu baik, yah.  Masa susah Isra, dia yang banyak bantu.  Bukan Zam…”
“Habis tu, setahun sebelum ni… bukan Zam ke yang bantu…” 
Zam sengih.  Memandang ayah.  Hai… tak boleh fokus dia. 
“Itu lain, yah.  Zam rasa bersalah sebab marah dia bila budak-budak tak guna tu kacak kedai.  Zam ingat budak-budak kawan dia.  Zam tak tahu.  Zam cuba minta maaf lepas tu tapi ayah kenal ajelah perangai Isra tu.  Kalau dia dah nekad, dia tak toleh lagi dah.  Dia tegur Zam bila Zam jaga kedai pun, sebab perlu.  Kalau tak, dia memang tak pandang.  Jadi, sebagai tanda kesal Zam, setakat itu ajelah Zam mampu buat untuk dia, yah.  Zam tak rasa ralat apa pun.  Isra buat tindakan betul…”  jelasnya pada ayah yang nampak salah faham. 
“Arel tu baik, ayah…”  Sekali lagi dia ulang.
“Ya, ayah tahu dia baik.  Ayah tak kata dia jahat.  Tapi, entahlah.  Mata orang tua macam ayah ni dok pandang dia nampak macam kecewa aje bila Zam tak hiraukan dia.” 
“Hiraukan macam mana lagi, yah?  Apalah yang Zam mampu buat melainkan tengok dia daripada jauh.  Setidak-tidaknya, bila dia dengan Arel… Arel boleh rawat luka dia…”
“Masalah sekarang ni bukan luka dekat tubuh dia, Zam,”  cantas Pak Zaman. 
“Tapi luka dekat hati dia.  Ayah yakin, dia nak Zam tanya khabar dia.  Cuma dia sekat rasa tu sebab dia nampak Zam memang benci dia.  Perasaan ni, Zam… ada masanya kena luahkan.  Baru orang kat sana mengerti…”  Kesal pulak Pak Zaman dengan anak bujangnya. 
Makin berumur, makin pelik. 
“Zam tak kesal ke kalau Isra tu pilih orang lain?” 
Zamani sengih seketika.  Garu kepala tak gatal.  Disebak rambut yang dah lebih bahu.  Dia tak pernah berambut pendek sejak lepas sekolah.  Selesa macam ni. 
“Apa nak kesal, yah.  Bila dia memilih, maknanya dia sedia nak bahagia.  Yang Zam akan kesalkan, kalau Isra tu tak pilih sesiapa.  Dia pilih untuk hidup sendiri macam sebelum-sebelum ni, lagi Zam kesal.” 
Pak Zaman kehilangan kata.  Dalam sungguh rasa sayang Zam pada Isra.  Sampaikan tak terluah. 
“Zam pergi ke tidak rumah dia malam tu?” 
“Pergi…”  Bila dia ingat, lampu bilik Isra dah gelap masa tu.  Tak nampak apa.  Gamaknya dah tidur. 
“Pergi pandang tingkap ajelah, ya?”  Pak Zaman dah tahu sebenarnya aktiviti Si Zam yang satu tu.  Pandang tingkap rumah Isra. 
Orang kata, tak dapat tengok orang… tengok bumbung rumah pun jadi.  Tapi ini, sampai bila nak pandang tingkap rumah orang.  Lama-lama orang boleh syak bukan-bukan. 
“Dah lewat malam nak panggil dia, yah…”
“Ayah ada telefon dia malam tu.  Mati-mati ayah ingat Zam pergi jumpa dia nak cakap yang Zam nak ke luar negara tak lama lagi.”
Dahi Zam berkerut.  “Ayah cakap dekat dia?”
Pak Zaman angguk. 
Zamani gigit bibir.  Apa lagilah  yang Isra duga tentang dia.  Yang pasti, tentulah  yang buruk-buruk saja. 


WAJAH Arel dipandang.  Isra cuba senyum biarpun tawar tak berperisa.  Arel juga sama.  Hanya membalas setiap pandangan sayu itu. 
“Kan dah beransur sihat.  Kenapa mesti muka monyok sangat?  Atau awak rasa sakit lagi?  Nak saya check?” 
Laju Isra geleng.  Dia tunduk seketika sebelum dia angkat semula matanya. 
“Kenapa tak bawak Irah balik tadi?” 
“Dia kan datang dengan Nina.  Biarlah Nina hantar.  Lagipun, dia dah janji nak terus balik…”
“Kalau dia tak terus balik?”  duga Isra risau.
“Entah kenapa, lepas dengar apa yang awak cakap pada dia tadi saya yakin yang dia akan terus balik rumah,” ujar Arel yakin.
Mengingatkan kembali cerita Isra tadi, hati tabahnya terasa sebu.  Berat ujian yang pernah menimpa gadis ini rupanya dan dia sesedap mulut aje sindir Isra pada awal pertemuan dulu.  Tanpa dia tanya, apa yang dah terjadi.  Dangkal sungguh pemikirannya saat itu hanya kerana dibayangi perangai adik sendiri. 
Andai sekali dia bertanya…
“Maaf, Isra.  Saya tak tahu…”
“Maksud doktor?” 
Arel duduk bersandar pada dinding keretanya.  Menyeluk tangan dalam poket.  Dah lewat malam tapi masih banyak yang dia mahu tanya pada Isra. 
“Tentu awak ingat macam mana saya cuba nasihatkan awak pertama kali dulu, kan?” 
“Doktor buat benda yang betul…” 
Senyuman senget Arel terjongket.  Itulah… mungkin benda betul tapi caranya sedikit silap. 
“Saya nampak adik saya dalam diri awak…”
“Saya dah dapat agak…” 
“Cuma, saya tak tahu bila masa saya mula rasa nak kenal awak lebih jauh.  Pada mulanya, memang nak anggap awak macam adik tapi tak boleh.  Perasaan saya ni bertukar arah…”  Dia gelak sendiri. 
Teruk betul kau ni, Arel!   
Mendengarkan pengakuan Arel, Isra hanya diam.  Dia tahu banyak yang Arel mahu katakan dan dia hanya memberi ruang dan peluang.  Lagipun, dia cerita kisah lalunya itu bukan untuk raih simpati, tapi untuk Irah sedar betapa beruntungnya dan untuk Arel fikirkan lagi sekali perasaan pada dia. 
“Saya tak boleh tipu, saya terkejut dengan cerita awak tapi saya nampak kenapa awak jadi seperti mana awak sekarang.  Awak Cuma nak lindungi diri sendiri sebab awak dah biasa jaga diri sendiri.  Tapi, sekali lagi saya cakap… dah ada orang yang risaukan awak, Isra.  Mungkin pada awak, tak apa sendiri.  Jadi apa-apa dekat awak, tak  ada risiko untuk orang risaukan awak.  Cuma saya tertanya, pernah tak awak terfikir yang Tuhan sedang hadiahkan sesuatu yang hebat atas segala ketabahan awak selama ni?”  Kening Arel naik tinggi. 
“…saya tak kata saya hadiah untuk awak, Isra.  Tapi, andai awak anggap saya hadiah tu… saya akan terimanya dengan hati terbuka…”  tambah Arel mahu meyakinkan Isra yang jelas nampak ragu daripada awal lagi.
Ya, dia tahu Isra mesti banyak kerisauan dalam kepala.
Keluarga dia.
Irah.
Dia sendiri.
Dan paling merisaukan, masyarakat. 
“Atau awak takut saya tak boleh bahagiakan awak?”  tanya Arel telus.
Isra masih diam.  Teringat nasihat nek Kalsom dan juga selendang pemberian lelaki ini.  Arel tak pernah menyebutnya.  Mungkin juga kerana Irah sendiri masih belum menutup kepala.  Tapi, cara Arel menasihati dia dalam diam itu, memang menyentuh hati. 
“Saya yang tak boleh nak bahagiakan doktor…” 
“Bagi saya satu aje sebab kenapa awak cakap gitu?”  Dia memang tak nak mintak banyak kerana dia tahu, Isra boleh susun sebab musababnya hingga berkajang-kajang.
Kerana itu dia hanya minta satu.  Kerana dia yakin, jawapan yang satu itulah yang paling jujur dan tepat. 
Isra menyepi seketika.  Dibiarkan unggas dan cengkerik berbisik sesama sendiri.  Dia lemparkan pandangan ke bangku di tepi taman.  Di situ ada seorang lelaki yang pernah duduk.  Lelaki yang dia sendiri tak tahu siapa pun dan tak pernah ada rasa nak tahu. 
“Sebab saya sendiri tak tahu erti bahagia tu apa,” jawab Isra perlahan.  Nafas yang berhembus daripada celah bibirnya terasa sedikit hangat. 
“Macam mana saya nak bahagiakan orang bila saya sendiri tak tahu cara mana untuk buat orang tu bahagia.  Saya bagitahu Irah tadi untuk awak sekali.  Untuk awak fikir sekali lagi tentang perasaan awak pada saya.  Jangan dibayangi rasa budi pada saya.  Awak dah buat lebih.  Sampaikan saya pulak yang terhutang budi.  Kita ni, bezanya seperti langit dan bumi.  Terlalu banyak yang saya fikirkan.  Keluarga awak, masyarakat dan ya, saya yakin awak mesti dah boleh agak, kan?  Saya pernah lihat macam mana teruknya masyarakat ni bila menghadapi fitnah.  Sangat teruk…”  Andai dia nak ceritakan, tak termampu.  Kerana dia sendiri tak berani untuk ingat perkara yang dah lepas. 
“Tapi, tak mampu saya nak bohong diri saya.  Saya suka awak,” akui Isra tenang. 
“Pertama kali saya jumpa doktor, saya tertanya… rupanya masih ada orang baik macam doktor ni.  Pertama kali saya rasa luka saya sakit sangat bila doktor rawat tu.  Sebelum ni, saya rasa kulit saya begitu tebal untuk rasa luka-luka tu semua.  Tapi, saya tak boleh nak berlebih.  Saya kena sedar diri.  Dan saya tak akan biarkan masyarakat tuding jari pada orang yang saya suka kerana saya sendiri.  Masa tu, usah kata sakit… saya akan meraung.  Saya harap doktor faham apa yang saya maksudkan…” 
“Awak sedang hakimi saya tanpa awak bawa saya ke perbicaraan, Israfil…”  Nada Arel jelas kecewa. 
Isra dah jatuhkan hukuman pada dia.  Tanpa bagi dia peluang langsung. 
“Saya tak minta peluang untuk saya, Isra tapi untuk diri sendiri.  Kalau awak tak reti nak bahagiakan orang sebab awak tak tahu pun macam mana bahagia tu, saya boleh ajar awak.  Saya akan bahagiakan awak.  Dan sampai satu masa, rasanya awak akan lebih hebat dalam membahagiakan orang berbanding dengan saya,” ujar Arel separuh memujuk. 
Bibir diketap.  Isra nak ketawa dengan kata-kata Arel.  Pelik betul berbicara tentang bahagia dengan lelaki ini.  Kenal tak berapa lama tapi Arel begitu tekad dengan perasaan sendiri.  
“Saya tak ada orang tua…”
“Mak ayah saya ada…”
“Saya tak ada pelajaran…”
Arel senyum.  “Rasanya bakat awak pertahankan diri tu pun, satu ilmu jugak.” 
Isra senyum tipis.  Unik cara Arel memandang dan mentafsir. 
“Saya…”
“Awak apa lagi?”  tanya Arel tak sabar. 
“Saya nak ucap terima kasih pada doktor…”
“Okey…”  Arel lega bila akhirnya pujukan dia berhasil. 
“…sama-sama tapi untuk apa?  Kalau sebab saya bantu awak, rasanya kita dah seri.  Saya bantu awak sebab awak bantu adik saya.  Jadinya, awak tak berhutang dengan saya atau sebaliknya…” 
“Jenguk nenek saya masa saya dekat hospital.” 
Dahi Arel berkerut.  Tak mengerti. 
“Hadiahkan saya selendang hijau tu…” 
“Selendang?”  Tubuh Arel tegak.  Merenung Isra tanpa segaris senyum. 
“Saya…”  Kening Arel sesekali berkerut. 
Senyuman pada wajah Isra juga mati. 


24 comments:

  1. Zam yg hadiahkan selendang....? Miss zam💕

    ReplyDelete
  2. alamak! zam ke yg bagi???

    ReplyDelete
  3. Best..gan zam jelaa..

    ReplyDelete
  4. arel ok, zam pun ok. jgn pak zaman yg bg udah.. hehehee

    ReplyDelete
  5. aku histeria kejap...kenapa zam yang bagi? ....

    ReplyDelete
  6. Mcm dah agak zam yg bg selendang tu..

    ReplyDelete
  7. ommoooo...!! hope that person is ZAM.!!!!

    ReplyDelete
  8. Harap sangat orang tu Zam. Eeiiii geram la Zam niii

    ReplyDelete
  9. Harap sangat orang tu Zam. Eeiiii geram la Zam niii

    ReplyDelete
  10. Zam..huhuhu..kejar la zam isra..sian dia

    ReplyDelete
  11. Cerita yg menarik.. teruskan berkarya

    ReplyDelete
  12. Please la zam ni kenapa baik sangat ish. Jangan la give up.Please nak zam. Sob sob

    ReplyDelete
  13. ok... br lepas marathon dr bab 1 - 18,
    pes rasa mcm arel hero... tapi x naklah, nak Zam walau biasa2 aje..
    sekali lgi RM buat kita penasaran dengan hati dan perasaan Isra.. Dengan nama yang seram gaklah. heheheh tapikam mana mungkin zam sbb Israfil harus bertemu Izrael...

    ReplyDelete
  14. saya bersetuju jika isra berjodoh dgn arel sbb israfi kawannya izrael in sha allah..teruskan berkarya RM ..tak sabar tggu yg seterusnya

    ReplyDelete
  15. Israfil semestinya ngn izrail..spt lai ngn qadr..raqib n atid..

    #teamarel

    ReplyDelete
  16. Israfil semestinya ngn izrail..spt lai ngn qadr..raqib n atid..

    #teamarel

    ReplyDelete