Thursday, October 04, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 34

MAK SU memang dah hampir mati kutu dengan ketegasan Sera.  Atau mungkin dia boleh katakan, itu adalah kekerasan hati yang sedang Sera didik untuk menjadi seperti kerikil.  Yang tak terhaki oleh apa-apa. 
“Sampai bila Sera nak macam ni?”  soal mak su. 
Sera menyepi.  Hanya membelek bunga yang dia bawa balik daripada kedai.  Tempahan besar sekali lagi masuk mengetuk pintu kedainya daripada Auntie Jane.  Lihatlah… dalam pada dugaan itu membalut hidup, masih ada ruang rezeki untuk dia bernafas. 
“Apapun jadi, Sera tu masih isteri Buya…”  Mak su menekan suaranya.  Dengan harapan, Sera memberi reaksi dan ya, bila Sera menoleh. 

Tangan itu terhenti daripada terus membelek bunga.  Mata itu begitu suram memandangnya.  Tiada senyuman.  Tiada riak.  Hebat benar Sera sembunyikan air wajah sekarang. 
“Mak su nak Sera hidup dengan keluarga tu lagi?”  soalnya perlahan. 
Mak su ketap bibir.  Nak menggeleng salah, nak mengangguk… juga tak berdaya.  Separuh hati, hanya memaksa.  Separuh lagi, dia rela.  Hanya kerana kehendak Sera.  Dia tidak mahu perkara seperti ini menimpa Sera, tapi apakan daya… dia tak boleh nak halang segala ketentuan. 
“Mak su nak Sera hidup dengan suami seperti tu?  Yang perjudikan sebuah perkahwinan?  Malah perasaan seorang isteri?  Demi duit ringgit?  Mak su?”  Dia bukan nak menuduh mak su, malah dia menyalahkan diri sendiri.
Mak su telah melarang.
Dia yang berkeras. 
Sekarang, tengoklah apa yang dah jadi.  Salahnya dan dia cuba jadikan diri sendiri mangsa?  Tapi, pada siapa dia mahu tuding jari?  Buya?  Mak su?  Balqish?  Arwah orang tua mereka? 
“Mak su tahu Sera terluka dengan apa yang dah Buya dan adik dia buat.  Mak su sendiri sakit hati bila Buya mengaku.  Tapi, yang lebih buatkan mak su sakit hati, adalah keadaan Sera sekarang.  Mak su macam tak kenal Sera dah.  Sera macam bukan…”
“Sera yang dulu?”  cantas Sera. 
Dia ketawa kecil.  Menggeleng sendiri.  Menyambung tugas. 
“Hidup Sera dah berubah, mak su.  Bukan salah sesiapa.  Tapi, salah sendiri.  Sera terima…”
“Masalahnya, mak su tak boleh nak terima.  Tak apa Sera tak nak Buya, tapi mak su nak Sera ceria macam sebelum ni.  Kalau macam inilah, mak su rela pejam mata dan maafkan Buya.  Lupakan semuanya yang dah jadi.  Mak su nak Sera hidup dengan dia.  Janji Sera senyum, Sera ketawa…”
“Kenyataan berbeza, mak su…”  Sekali lagi Sera menoleh.  Lambat-lambat, dia guris senyum. 
“Sera hanya akan menangis ada dalam rumah tu.  Ada bersama lelaki tu…”  Jujur, dia sudah tak mampu untuk sebut nama lelaki itu. 
Entah apa yang Buya dan Balqish nampak pada dirinya?  Adakah kilauan emas dan permata?  Setelah segalanya ditarah, dia akan dibiarkan sendiri?  Itu bukan cinta… itu kepalsuan.  Yang dia tak nampak kerana begitu tenggelam dalam cinta dan janji Buya. 
“Habis tu, sekarang macam mana?  Apa yang Sera nak buat?” 
Lama Sera diam.  Dia tolak semua bunga ke tepi.  Berpaling dan menyoroti mata mak su.  Akhirnya, dia senyum. 
“Mak su nak terima Sera balik?” soalnya.  Nada itu syahdu dan pilu. 
Tidak dapat tidak, mak su angguk berkali-kali.  Pipi anak itu disapa dan diusap mesra.  Sera tak menangis, sebaliknya dia yang mengalirkan airmata. 
“Sera satu-satunya keluarga yang mak su ada.  Sera amanah.  Sera anak mak su.  Apapun jadi, mak su akan ada dengan Sera…”  jawabnya. 
Sera pejamkan mata seketika.  Tunduk.  Saat dia angkat wajah, airmata nampak bermain pada tubir mata untuk pertama kali setelah dia keluar daripada rumah itu. 
“Mak su akan sokong semua keputusan Sera, kan?” 
“Sera yakin Sera akan tabah dengan keputusan sendiri?”   Mak su menyoal kembali sebelum dia memberi jawapan. 
Sera angguk.  Yakin.  Dia rela menangis sekarang bagi mengelak derita di depan hari. 
“Kalau macam tu, mak su sokong…” 
“Terima kasih, mak su.  Sebab masih percaya yang Sera masih mampu buat keputusan sendiri…” 
Pelukan mereka bertaut.  Airmata Sera mengalir. 



KEMUNCULAN Uncle Malik, disambut tenang oleh mak su dan Sera sendiri.  Malah, Naz dan Riz juga ada sama.  Menjadi saksi akan keputusannya. 
“Sera nekad?”  soal Uncle Malik.  Entah untuk ke berapa kali. 
“Ya…”  Ringkas Sera menjawab. 
Uncle Malik mengeluh tipis.  Memandang paad mak su.  Berbicara bahasa orang lama.  Harap sangat Nuria mengerti, apa yang Sera sedang lakukan ini sebenarnya tak berapa elok.  Keadaan masih mampu diselamatkan.  Namun, bila Nuria menggeleng, Uncle Malik tidak mampu berbuat apa lagi.
Begitu dalam luka yang telah Buya pahatkan pada hati Sera. 
Andai di masa lain, mungkin tidak menjadi hal sangat.  Tapi, malam pernikahan malah saat Sera mahu pulangkan segalanya tanpa paksaan… hati mana mampu terima. 
“Sekali lagi uncle tanya, Sera…”
“Jawapan saya tetap sama, Uncle.  Mohon proses segera.  Kali ini aje saya mohon pertolongan uncle…”  jawab Sera pantas. 
Serius dan tenang. 
Sebaliknya, Naz dan Riz pula yang kerutkan dahi.  Tapi, tak mampu bersuara.  Ketegasan Sera dalam keputusannya kali ini, sudah tidak mampu diganggu-gugat.  Kerana itu mereka berdua telah pertaruhkan kepercayaan Sera demi apa yang telah dilakukan. 
“Kalau gitu… ini semua dokumen yang uncle dah sediakan.  Sera boleh baca dulu, fikir masak-masak…”
“Saya dah habis fikir, uncle.  Ini keputusan saya.  Saya tak akan berganjak…”  Mata Sera menatap baris aksara yang tercetak pada dada kertas A4 tersebut.  Semuanya telah tercatat seperti yang dia mahukan. 
Dia pandang mak su sebaik saja habis membaca.  Tangannya meraba jari-jemari mak su yang terasa dingin.  Bibirnya koyak dengan senyuman tipis. 
Tandatangan diturunkan. 
Kemudian, dokumen tersebut ditolak semula pada Uncle Malik untuk endorsement bagi menjadikan dokumen itu sah di sisi undang-undang. 
“Dan ini…”  Serba-salah Uncle Malik mahu memberikan Sera satu lagi dokumen. 
“Ini untuk proses syariah…” 
Sera tarik kertas tersebut.  Seperti tadi, sekadar menurunkan tandatangan.  Ya, ini keputusannya.  Bebaskan diri daripada harta milik keluarga Buya malah daripada lelaki itu juga. 
“Sera?”  panggil Naz perlahan. 
“Ya, Naz…” 
“Kau betul yakin, keputusan kau ni yang terbaik?” 
“Aku tak pernah seyakin ni, Naz…”  Dia pandang Naz dan Riz silih berganti.  Bibir lelaki itu masih jelas dengan kesan lebam.  Demi mempertahankannya. 
“Riz…”  seru Sera perlahan. 
“Kau akan ada dengan aku, kan?”  soalnya.
Riz senyum.  Angguk beberapa kali. 
“Kita bertiga kan dah lama berkawan.  Seorang sakit, dua orang lagi akan turut rasa.  Jangan risau… aku dengan Naz tak akan tinggalkan kau,” janji Riz. 
“Kalau gitu…”  Sera jeda.  Dia pandang uncle Malik. 
“Ini harta saya yang sebenarnya, Uncle Malik.  Yang sentiasa ada.  Yang tak pernah persoalkan dan tak pernah mengambil kesempatan…”  ujar Sera.  Ada sayu yang digaul bersama kata-katanya. 
“Uncle akan proses dan Uncle akan cuba bincang dengan Buya dan Balqish dulu…”
“Tak perlu, uncle,” larang Sera. 
“Tak ada apa lagi yang nak dibincangkan.  Semuanya dah selesai.  Biasanya, kita akan bincang masalah tu, bila tak temui penyelesaian.  Tapi, Buya dan Balqish dah buat keputusan sendiri.  Tak melibatkan saya pun dalam perbincangan tu.  Saya hanya tahu keputusannya saja.  Sekarang, ini juga sama.  Saya dah bincang dan biarlah dia tahu keputusan saya aje.  Uncle tolong proses secepat mungkin.  Saya merayu…” 
Uncle Malik sekali lagi memandang pada mak su, tapi wanita itu masih begitu.  Tak berkata apa. 
“Uncle cuba…” Dia tahu, Sera sangat-sangat terkesan dengan apa yang telah didengari.  Paling perit, pada malam yang sepatutnya begitu indah.  Malam penyatuan dua jiwa.  Tapi, Sera telah dikhianati. 
“Saya percaya dekat uncle,” balas Sera penuh makna. 
Makna yang memberitahu, adakah lelaki ini masih boleh dipercayai?  Atau semua orang yang terlibat dengan Buya, sebenarnya sejak awal lagi tidak boleh dipercayai? 
“Insyaallah, Sera.  Uncle hanya pemegang amanah.  Amanah Sera, uncle akan cuba selesaikan.  Secepat mungkin…”  Uncle Malik senyum.  Buat seketika tadi, dia lupa yang dia adalah seorang peguam. 
“Kalau gitu, uncle balik dulu.”  Dia angkat tubuh. 
“Saya balik dulu, Puan Nuria…”  Matanya beralih pada mak su yang juga bangkit bagi menghantar tetamu pergi. 
Namun, belum sempat Uncle Malik melangkah… wajah anaknya muncul.  Dia kerutkan dahi.  Terkejut, ya. 
“Eh, kau buat apa dekat sini Zul?” 
“Boleh saya masuk?”  soal Zul.  Zul toleh separuh.  Mengerling Buya.
Seluruh isi rumah diam.  Uncle Malik tak menjawab.  Ini bukan rumahnya untuk dia beri izin.  Riz dan Naz juga sama.  Mak su menyepi biarpun rumah sendiri.  Sera hanya memandang ke pintu kerana dia yakin, Zul hanya menjadi penghadang pada jasad lain yang ada di belakang lelaki itu.
“Awak atau orang belakang awak yang nak masuk?”  soal Sera.  Mendatar. 
“Boleh jumpa Sera?”  Akhirnya… Buya muncul. 
Wajahnya tak terurus.  Dah lebih seminggu, dia akhirnya menjejaki kaki ke sini.  Tak mampu dah dia melihat Sera daripada jauh.  Di kedai bunga.  Malah bersama Naz.  Apatah lagi saat Riz turut serta. 
Dia cemburu. 
Dia marah. 
Dia benci.
Tapi pada siapa?  Dah tentu pada diri sendiri! 
“Sera, aku dengan Naz balik dulu…”  Riz bersuara tiba-tiba bila melihat wajah marah Buya saat bertentangan mata dengannya. 
Mahu saja dia jerit pada Buya, usah dipandang dia begitu.  Dia yang bagi cadangan untuk Naz hubungi Buya kerana risau bahagia Sera terus lebur.  Tapi, biarlah.  Bukan masanya.  Lambat laun nanti, Buya akan tahu dia benar-benar mahu Sera bahagia bersama suami yang… Riz ketap bibir.  Menggeleng sendiri.  Tak tahulah perkataan apa yang mampu dia bisikkan bagi menggambarkan diri Buya. 
“Riz, jangan risau.  Dia tak akan apa-apakan kau…”
Riz senyum.  “Bukan gitu, Sera.  Kau pun tahu, aku tak akan kalah kalau setakat nak bertumbuk dengan lelaki macam tu.  Cuma, aku pilih untuk tak balas sebab dia masih seseorang pada kau.  Itu yang pasti …”  Riz menjeling Buya.  Tajam.  Saja dia berkata dengan suara yang kuat agar Buya dengar, dia hanya sabar.  Andai tidak, muka Buya pasti tinggal parut dalam. 
“Lain kali, aku akan pastikan… dia akan dapat sakit yang sama dengan apa yang dia dah bagi pada aku,” jawab Riz dan dia terus berlalu.   Dan, pada kau Sera Nur… Hati Riz lirih merintih.  Entah kerana cinta pada Sera masih segar, atau simpati pada kawan yang telah bergelar isteri? 
“Apapun jadi, aku dengan Naz ada untuk kau, Sera Nur…”  bisik Riz sekali lagi sebelum dia berlalu. 
Saat bahunya berselisih dengan Buya, Riz matikan langkah.  Mata memandang Zul tapi dia sedang mahu berbicara dengan Buya.
“Sekali lagi kita jumpa… aku rasa bukan macam ni keadaannya, Buya,” ujar Riz perlahan dan dia terus keluar diikuti oleh Naz. 
Uncle Malik memandang Mak su Nuria.  Meminta agar berlalu bagi membiarkan Buya dan Sera berbicara daripada hati ke hati. 
“Sera jemput tetamu masuk.  Mak su ke dapur.  Malik pun dah nak balik tu.  Jangan dihalau.  Dengar dulu apa yang dia nak kata dan mak su tak akan pujuk Sera untuk dia.  Jangan risau.  Mak su hormat keputusan Sera… sejak dulu,” bisik mak su dah terus berlalu ke dapur. 
Uncle Malik angkat kaki.  Dia berdiri tepat di depan Buya.  Tersenyum tipis.  Banyak perkara yang Buya dan Balqish tak tahu tentang apa yang telah berlaku.  Dia mahu buka mulut, tapi Sera melarangnya.  Kerana itu dia diam. 
“Hati yang keras, biasanya akan terlentur dengan hati yang ikhlas, Bunyamin…”  Bahu Buya diramas seketika sebelum dia berlalu. 
Menarik Zul untuk kembali bersama.
Hubungan Buya dan Sera tidak dapat Zul campur tangan lagi.  Cukup sampai di sini.  Dan Zul, akur.  Kerana dia tahu, Buya begitu mencintai seorang wanita yang bergelar isteri itu. 
Sera tenang.  Duduk setentang dengan Buya. 
“Boleh saya cakap?”  Buya persis meminta izin.
“Ada lagi yang masih awak sorok?”  sindir Sera. 
Buya kerut dahi.  Dia geleng.  Dia tahu Sera maksudkan tentang perkara itu.  Tapi, dia mahu bincang yang sebaliknya. 
“Sera nampak tak sihat…”  Dia renung seluruh wajah yang begitu suram.  Keindahan pada wajah Sera masih nyata, Cuma serinya saja sudah tiada. 
Angkara dia. 
“Saya baik-baik aje,” jawab Sera perlahan. 
Dia labuhkan duduk di atas kerusi.  Menghantar isyarat mata agar Buya juga turut sama duduk.  Di depan.  Bukan di sisi.  Biar dia tatap mata itu kala mereka berbicara.  Agar dia dapat baca riak wajah yang mana lidah itu telah banyak berdusta. 
Sejak tadi, Buya telan liur.  Anak mata sekejap diangkat, sekejap menekur ke permaidani.  Dia begitu beranikan diri bila Naz memberi isyarat agar dia datang ke sini.  Dan jika tidak pun, dia memang akan datang.  Sera mahu terima atau tidak, dia tak kisah.  Andai Sera mahu membiarkan dia berdiri di luar, dia akan berdiri hingga Sera menerimanya. 
Tapi, kenapa Uncle Malik ada dekat sini?  Hal itu, dia tak duga pun sebelum dia ke mari dan Naz tak cakap langsung tentang tu. 
“Kenapa Uncle Malik ada dekat sini?” 
Sera jongketkan senyum sinis pada hujung bibirnya. 
“Itu soalan yang awak nak tanya?” 
Buya geleng.  Bukan itu.  Tapi banyak soalan lain.  Tapi, dia terkejut juga tadi bila lihat kereta Uncle Malik di luar pagar rumah Sera. 
“Awak akan tahu nanti kenapa Uncle Malik datang…”
“Tak kan sebab wasiat tu?”  duga Buya. 
Sera senyum.  Kali ini, tiada lagi sinis. 
“Ya… sebahagiannya…”
“Sebahagiannya lagi?”  Kening Buya berkerut.  Tak sabar nak tahu kerana dia yakin, sebahagian itu sepertinya sesuatu yang amat menyakitkan. 
“Sebahagian lagi, awak akan tahu nanti.  Bagi saya masa…” 
“Saya dah bagi masa untuk awak Sera masa saya benarkan awak balik ke sini.  Tapi, untuk berapa lama lagi awak nak tinggal sini?  Berapa lama lagi awak nak biarkan saya sendiri dalam rumah besar tu?  Berapa lama lagi masa yang awak perlu untuk kembali pada saya, suami awak ni?”  Akhirnya, soalan inilah yang telah dia susun dalam kepala sejak berhari-hari. 
“Jujurnya…”  Sera jeda.  Dia tegakkan tubuh.  Mata kuyu Buya direnung dalam.  Dia… tak nampak langsung kasih sayang dan cinta Buya menyala untuknya. 
Melainkan penipuan semata-mata.  Sama juga seperti sekarang.  Syukurlah dia masih tak tewas dalam pelukan lelaki itu.  Andai tidak… dia tak tahu apa akan jadi dalam hidupnya nanti. 
“…saya tak sesuai ada dalam rumah tu, Buya…” 
“Maksud Sera?” 
Sera lepaskan keluhan tipis. 
“Awak dah tahu apa yang saya maksudkan…”  Macam mana dia mahu hidup dalam rumah yang dihuni oleh orang-orang yang membencinya?  Yang menjadikannya alat. 
“Sera, tentang tu… saya nak ajak awak bincang.  Awak salah faham.  Saya nak ajak awak untuk dengar segala penjelasan saya.  Saya datang ni, nak ajak awak balik ke sana.  Kita duduk berdua, kita bincang daripada hati ke hati.  Tanpa orang lain…”  pinta Buya merayu. 
Dia hampir melutut malah dia memang sanggup cium kaki isterinya andai itu yang Sera harapkan.  Melihat Sera kaku, Buya jatuhkan lutut.  Dia menyeret lututnya menghampiri Sera tapi isterinya menahan. 
Dia membantu.  Melutut di depan Sera tanpa mampu bergerak ke depan untuk sedikit lagi. 
“Bukan ke semua dah jelas?”
“Tak,” bantah Buya. 
“Masih ada yang samar.  Yang Sera tak nampak…”
“Ya… awak dulu sangat samar-samar pada mata dan pada hati saya.  Sebab tu saya silap buat keputusan…” 
“Tak, Sera… kenapa susah sangat Sera nak faham.”  Tuhan… Buya tunduk.  Meramas rambut belakang kepala. 
Apa yang perlu aku lakukan ini, Tuhan?
Tak akanlah aku perlu menggunakan ugutan? 
“Sera, kita balik.  Ikut saya balik.  Kita bincang…”  Sekali lagi dia mencuba.  Biarpun dia tahu, dia tak berjaya dan ya, memang dia gagal bila Sera menggeleng. 
Pandangan Sera padanya, bukan pandangan benci.  Tapi, pandangan orang yang tidak berperasaan dan kenapa pandangan ini lebih menyakitkan daripada pandangan kebencian?  Adakah cinta Sera padanya benar-benar telah lenyap?  Seperti kelopak bunga yang gugur ke bumi bila musim berganti? 
Adakah benar, musim bunga cinta Sera padanya sedang melalui musim luruh?  Atau boleh jadi telah menghampiri musim dingin?  Tak… mustahil.  Wanita ini sangat mencintainya.  Tak akan berubah semudah itu! 
“Sera nak ikut saya balik dengan baik atau saya paksa?”  ujar Buya sedikit tegas.  Andai ini yang dia perlu lakukan, dia akan lakukan.  Dia tidak mahu andai terus menjauh, hati mereka terus jauh.
“Awak tak boleh paksa saya, Buya…”
“But you’re my wife, Sera Nur.  I have my right on you…”  tegasnya.  Tubuh diangkat dan Buya sedang berdiri tegak di depan Sera yang juga sedang bangkit. 
Dadanya hampir pecah.  Ini adalah jalan terakhir tapi Sera telah memaksa dia melalui jalan ini.  Yang dia sendiri tak ingini. 
“Isteri yang awak perhargakan?”
“Ikutlah awak nak fikir awak.  Tapi, selagi awak isteri… saya nak awak ikut saya balik. Dah cukup saya bagi masa.  Tempat awak di sisi saya.  Saya tahu awak tahu tu, kan?” Sebelah kening Buya terjongket tinggi. 
“Atau awak nak saya upah orang patahkan kaki Rizqi?”  Tiba-tiba saja wajah dan suara Rizqi terngiang-ngiang dalam kepala.  Tadi, kemain Sera menahan Rizqi daripada pergi.  Hati suami mana tak sakit. 
“Awak mungkin lupa apa yang awak nak sebenarnya daripada saya.  Jadi, biar saya ingatkan…”
“Saya nak awak, Sera Nur,” cantas Sera. 
“Berapa kali saya nak cakap?  Awak isteri saya.  Awak kena ada di mana saya ada.  Kalau kata awak terseksa dengan saya dalam rumah tu pun, awak kena bertahan.  Telah saya katakan, awak tak bahagia dengan saya pun… awak kena ada dengan saya!”  tegasnya kerana dia yakin, Sera pasti masih ingat akan kata-kata ini. 
“Atau betul, awak nak saya upah orang patahkan kaki tangan kawan baik awak yang awak sayang sangat tu?!”  Sekali lagi, dia lempar ugutan. 
Mata Sera bulat.  Liur ditelan berkal-kali.  Tergamak Buya mengugut dia dengan hal begini. 
“Riz tak salah…”
“Siapa cakap dia tak salah?”  Buya menggiat.
Sera kerut kening.  Tak faham.  Semua ini terjadi kerana Buya.  Kenapa perlu tuding jari pada orang lain? 
“Dia salah sebab ada perasaan pada isteri orang.  Dia salah bila orang tu adalah Bunyamin…”  Buya tepuk dada sendiri.  Berani Riz mengugutnya.  Dia juga tak kalah.  Dia juga tahu hayun penumbuk dan mengelak daripada serangan. 
“Buya… awak ni…”
“Awak nak ikut atau sekarang saya suruh orang buat…”  Telefon dikeluarkan daripada poket jeans.  Mendail nombor sambil menentang mata Sera. 
Dua kali deringan, suara seorang lelaki menyapa.
“Ya, bos…” 
Sera kerut wajah.  Dia dengar dengan jelas suara kasar itu menyapa Buya.  Nafasnya turun naik menahan marah.  Hebat… dalam sekelip mata Buya telah tambah perasaannya pada lelaki ini.  Kecewa… dan kini rasa marah! 
“Saya ikut…”  Akhirnya, Sera mengalah.  Dia toleh.  Mak su ada di situ.  Memerhati dengan wajah sayu.  Dia koyak senyum. 
Mendekati mak su.  Tangan itu dipaut dan Sera menggelang berharap agar mak su tak berkata apa.  Dia tahu menjaga diri. 
“Sera pergi kejap aje, mak su.  Sera janji,” ujarnya cukup perlahan.
Mak su angguk bersama airmata yang jatuh ke pipi.  Dia pandang Buya dengan renungan yang kabur.  Kenapa anak ini yang dia yakin berbeza dengan arwah Bakri, rupanya sama.  Saling tak tumpah. 
“Saya naik kemas baju…”
“No…” larang Buya.
“Ambik beg duit aje.  Yang lain kita singgah beli baru…”  Jujurnya, dia bimbang andai Sera berubah fikiran. 
“Baiklah…”  Sera akur.  Saat dia melintas depan mak su, tangan itu cuba memaut lengannya, tapi Sera menolak perlahan. 
Dia hampiri Buya.  Dah sedia untuk menjadi perajurit pada diri sendiri bila Buya isytiharkan perang. 
“Ready?” 
“Anytime…”  balas Sera. 
“Thanks, sayang.  Sebab tak buat benda ni susah…”  bisik Buya sebelum dia menoleh pada mak su. 
“Maaf, mak su.  Saya perlukan isteri saya…”  pintanya jujur. 
“Shall we?”  soalnya dan saat ini dia terus paut pinggang Sera rapat padanya.  Seperti tak mahu berjauhan lagi biarpun seinci.
Telah aku katakan, Sera Nur… bahagia atau derita, kekallah kau bersama aku.  Buya pandang wajah isteri di sisi…

Tak kan semudah ini cinta di hatimu mati?  


...bersambung


RMsays : Panjang betul.  haha... sejenis tak sabar nak perabih.  

42 comments:

  1. Kak rehan...bile nk yg sweet2 ni..musim2 ujan ni sama lebat dgn air mata tgk situasi buyasera..������..janji happy ending tau.

    ReplyDelete
  2. Mak aihh...? Daringnya Buya..! Siap ugut2 tuuuu...😅😅

    ReplyDelete
  3. Tq2 update Ni,,,Allahu....sm2 rs sakit&derita, Semoga Ada sinar bahagia untk kedua2nya...

    ReplyDelete
  4. Happy ending tp bkn dgn buya. Especially jika ada balqish diantara mereka. Riz juga ok. Sahabat sejati yg memahami. Sera perlukan lelaki mcm riz bkn buya yg menangguk di air keruh. Pertaruhkan cinta utk kesenangan duniawi. Apa pun sy pilih yg lain selagi bkn buya..

    ReplyDelete
  5. Salam akakm.tolong bukukan.. Pleaseeee..

    ReplyDelete
  6. Pertahankan apa yg dh mnjadi hak milik

    ReplyDelete
  7. Huwaaaa......masih ada kah cinta itu????

    ReplyDelete
  8. oh krehan ... x sabar nak tahu nxt plan buya untuk sera..

    ReplyDelete
  9. Harap2 buya dpt kembalikan senyuman Sera...thanks 4 da update sis rehan

    ReplyDelete
  10. Huhu... Moga bahagia la Sera! Buya... Jgn dok sakitkan Sera!!

    ReplyDelete
  11. Sayang kat cik RM... sgt2 menghargai setiap ayat, saya baca sebiji2 tau. Moga cik RM sentiasa diberi idea yg melimpah ruah sehingga ia tamat. Terima kasih...

    ReplyDelete
  12. Major love! Tq kakrehan ❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  13. Emmm....tak tau nk sokong sape dah ni...huhuhu

    ReplyDelete
  14. Xsabar nk tau strategi buya utk dptkan kepercayaan sera kembali. Thx RM for the long update 😃👍🏻🌸🌹 moga dpt idea mencurah2 😊

    ReplyDelete
  15. Im sorry but um so haappyyyyyy..hahaha, go buya..mulakan misi menaqan hati si gadis itu..huhuhu,sayang sera

    ReplyDelete
  16. Eii geramnya ngan buya arghhh😠😠 kejam arr buya

    ReplyDelete
  17. kuasa veto Buya...Jgn mengalah Sera Nur... ;)

    ReplyDelete
  18. perkawenan adalah satu perjudian hidup...bertabahlah sera...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Kak rehan, boleh tak bukukan je terus? Saya merana tunggu update Hehe

    ReplyDelete
  21. Tahniah rehan tak menghampakan.
    Tabahlah buya untuk kau raih kembali cinta sera. Hanya dengan keikhlasan cinta seperti nasihat Uncle Malik dapat kau lembutkan dan baiki hati yang terluka.

    ReplyDelete
  22. Sakitnya hti... buya ni... dia buat salah... dia main ugut2 plak..... ku tembak ko buyaaa... 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  23. hurm.. boleh x kalau xnak buya dengan sera.? sebab macam cliche.. nk sera dengan riz.. heheheh

    ReplyDelete
  24. Rehan...next pleaseeeee. rindu kat depa ni..

    ReplyDelete
  25. dah nk masuk seminggu

    ReplyDelete
  26. please habis kn.. merana jiwa

    ReplyDelete
  27. tp nk panjang lg sayang klu pendek ..tak puas

    ReplyDelete
  28. Kak rehan..rindu dh ni..😥😥😥

    ReplyDelete
  29. adoooii..xde lg huhu

    ReplyDelete
  30. dah tenggelam blik cik pnulis..gitu la gayanya..

    ReplyDelete
  31. hahaaahaa.. adatlah tu. kita yg tunggu ni jd x penasaran

    ReplyDelete
  32. Keras Kepala lawan keras kepala, Sera VS Buya,hihihi😍

    ReplyDelete
  33. good job buya...jadi husband kena tegas...buya jelas ikhlas cinta kn sera tp sera yg egois!

    ReplyDelete
  34. tenggelam x timbul2 lg N3 baru..berbulan pulak kna tgu..��

    ReplyDelete
  35. Bila writer memerlukan waktu utk sambung karyanya..pembaca ini pula memerlukan waktu utk hadam dan selami karya ini..apa2 pun good job��..

    ReplyDelete