Thursday, January 03, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 40

LEGA.  Itulah yang Buya rasa.  Tak perlu dia nak bersusah-payah bila Balqish memberitahu akan pulang ke rumah.  Silapnya kerana berfikiran singkat hingga mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah.  Benar… tak sampai beberapa ketika dia mula rasa sukar.  Namun, janji Sera telah menjadikan segalanya mudah.  Balqish simpan senyum bila pelukan abang lepas. 
“Qish jangan buat macam ni lagi, ya?”  pinta Buya sambil mengusap kepala adiknya.  Riak risau di wajahnya sudah begitu jelas berbicara.  Tak perlu dia nak luahkan lagi.  Sesekali, dia pandang Zul, Man dan Uncle Malik serta pembantu rumah yang turut sama risau. 
“Qish jangan buat perangai remaja lagi.  Kami semua kemain risau,” bebel Zul.  Umur berapa nak lari daripada rumah. 

Tak pernah-pernah lari, tiba-tiba nak keluar hidup sendiri?  Padahal selama ini, celik mata aje ada yang menguruskan diri tu.  Berangan nak hidup sendiri sedangkan tabahnya tak seberapa.  Dengan masalah yang melanda sekarang, tak adanya Buya nak fokus sepenuhnya pada Balqish. 
Hish… dia pula naik geram. 
“Qish naik atas dulu.  Qish minta maaf, abang…”  pinta Balqish.  Tunduk. 
Sebaik saja pelukan lepas, dia atur langkah.  Tatkala melalui bahu Sera, langkahnya terhenti seketika.
“Mungkir janji itu adalah perbuatan munafik!”  Biarpun cukup perlahan ayat itu dibisikkan, tapi cukup keras dan tajam.
Sera angguk.  Merapatkan matanya seketika dan senyum pada Balqish. 
“Naik rehat dulu.  Nanti mak cik siapkan makanan,” ujar Sera.  Ikhlas.  Dia tak mahu Balqish tak makan.  Balqish perlu sihat untuk terus menghunus pedang padanya sedangkan dia hanya mampu menahan dengan penghadang yang kian rapuh.  Malah sudah retak. 
Rasanya, penghadang itu akan pecah sikit masa lagi.  Saat itu, dia tiada pilihan selain membiarkan dirinya dilukai.  Matanya mengekori langkah Balqish.  Bukan sekali malah berkali-kali Balqish menoleh.  Biarpun nampak seperti tersenyum pada Buya dan yang lain, dia juga tahu pandangan itu adalah sejenis peringatan pada dia.
Ya.  Mungkir janji itu adalah sifat munafik. 
“Macam mana Sera dapat carik Balqish?”  Uncle Malik menyoal terlebih dulu setelah Balqish hilang daripada pandangan. 
“Saya tak cari dia tapi dia telefon orang dalam rumah ni…”  Sera kerling mak cik.  Menghantar isyarat agar mengikut saja lakonan yang sedang dia pentaskan.  Duduk dilabuhkan seketika sebelum Buya juga duduk rapat dengannya. 
Tangan lelaki itu pantas hingga di bahunya.  Memeluknya erat.  Mahu membentak; telah dia katakan.  Sisa hormatnya masih ada.  Dia mahu segalanya diselesaikan dengan cara orang dewasa.  Profesional. 
“Huh, budak ni.  Berdebar jantung uncle.  Tak pernah-pernah buat perangai.  Dia ingat senang sangat ke untuk dia hidup sendiri?  Selama ni, makan pun bersuap, baju pun orang pakaikan…”
“Eh, ayah ni… dia makan sendirilah.  Cuma orang hidangkan…”  Zul buat lawak. 
“Eh budak ni.  Aku tangankan jugak kau.  Itu perumpaan.  Itulah, orang suruh kau belajar dulu, kau tak nak…”
“Itu ayat lawyer bolehlah.  Orang-orang enjin ni mana nak reti semua tu…”  Zul menjawab dengan cebikan. 
Buya ketawa.  Sera tunduk menyimpan senyum.  Tawanya tak pernah lagi tersemai sejak menjadi isteri Buya.  Sukar bibirnya mahu mengoyak senyum biarpun untuk satu inci.  Berat.  Perit. 
“Uncle dan Zul duduklah dulu.  Saya nak tolong mak cik masak untuk Balqish…”  Sera tolak tangan Buya yang memeluk bahunya.  Dia pandang wajah itu seketika dan terus bangkit menuju ke dapur. 
Buya juga sama.  Mahu diekori isteri ke dapur, tapi Zul menarik tangannya terlebih dahulu. 
“Eh, kau ni kemaruk pun jangan tunjuk sangat, gila!”  kutuk Zul. 
Dia dah boleh agak apa yang terjadi.  Tengok pada cara Buya pun, memang sudah jelas lagi bersuluh.  Hinggakan ayah mahu menanya tapi tak jadi.  Iyalah, benda tak berapa nak sopan untuk dipersoalkan.  Tapi dia Zul. Bukan Malik.  Beza banyak tu.
Buya ketap bibir. Bukan kemaruk, tapi Sera tu demam.  Badannya masih panas biarpun tak sepanas semalam dan pagi ini.  Nak masuk dapur lagi?  Ikut hati, dia nak aje dukung Sera tu masuk ke bilik.  Tapi, nanti jadi drama lain pulak. 
“Cerita dekat aku,”  desak Zul sebaik saja dia dan Buya duduk di kerusi putih di tengah laman.
“Eh, cerita apa?”  Dahi Buya berkerut.  Zul ni, kalau dah datang gila. 
“Alaa… buat-buat tak tahu pulak.  Aku ni kawan baik kau, tahu…” 
Buya jongket sebelah kening. 
“Oh.. kawan baik?”  Dia silang kaki.  Memeluk tubuh memandang pada Zul dengan riak tak puas hati. 
“Habis tu, hari tu kau kemain sokong ayah kau kata aku buat Sera tak bahagia?  Kawan apa?”  Ingat lagi, ringan sungguh tangan dia nak naik ke wajah Zul.  Bila diingat, itu pertama kali Zul bantah keputusannya. 
“Oh, masa tu aku memang nampak dia tak bahagia.  Jadi, tak bolehlah aku sokong kau.  Aku tengok dia masa tu, macam mayat hidup…”
“Habis tu, hari ini?” 
Zul sengih lebar.  Terasa pijar pipinya. 
“Aku nampak dia kembali hidup…” 
“Gila!”  cebek Buya bersama senyum meleret. 
“Tapi, kan…”  Zul jeda.  Lama.  Senyum nakalnya hilang.  Diganti wajah serius seperti saat dia bantah keputusan Buya. 
“Kau tak paksa dia, kan?” 
“Eh, gila kau.  Aku ni jenis paksa orang ke?”
“Memanglah tak, tapi aku risau.  Sebelum ni tak ada ikatan.  Sekarang ni lain.”  Risau pulak Buya salah faham. 
“Aku mulanya rasa aku paksa.  Tapi, lepas tu aku yakin tak…” 
“Kalau gitu, aku rasa lega.  Mungkin ni hal rumah tangga kau, yang tak perlu kau nak cerita dan tak sopan untuk aku tanya biarpun aku kawan baik kau yang gila sekalipun.  Tapi, sebagai kawan gila kau, aku nak kau bahagia.  Aku cuma risau perkara makin melarat kalau jadi benda tak elok…”
“Ya, aku faham… Tapi…”  Kali ini, giliran Buya pula menghentikan kata.  Menjana tanda tanya pada fikiran Zul. 
“Dia tuntut sesuatu daripada aku…”
“Divorce?” 
Buya ketap bibir. 
“Gila.  Habis tu, macam mana?”  Wajah Zul resah.  Ini tahu dek ayah, memang dengan dia kena maki hamun biarpun ini bukan masalah dia pun. 
“Benda tu mustahil…”
“Tapi, tak ke Sera akan fikir kau tipu dia lagi?”
“Dah tu, kau nak aku lepaskan dia?  Aku dah ikat dia, tahu.  Seketat-seketatnya.”
“Tuhan…”  Zul raup wajah.  Rasanya dah lama tak sebut nama Tuhan. 
“Tapi, jujurnya… aku nampak dia happy sikit.  Wajah dia taklah tegang seperti mana mula-mula balik sini.  Aku harap ada harapan untuk kau…”
“Tapi…”
“Wow… berapa banyak tapi daaa…”  Zul buat muka lagi. 
“Dia ada cakap, kalau aku tak tunai janji… dia akan jadikan aku dan Balqish pengemis…”
“Damn!”  Zul menyumpah. 
Sera ugut macam tu?  Sangat susah untuk dia percaya. 
“Dia nampak serius masa dia cakap tu…”
“Hrmm… convincing…”  komen Zul sepatah. 
“Tapi, aku tak percaya.  Sera tu bukan macam tu. Mustahil dia akan jadikan kau dan Balqish pengemis…” 
“Aku harap benda sama.  Andai aku sorang, tak apa.  Tapi, Balqish…”  Kata-kata Buya mati di situ. 
Dia toleh ke dalam rumah.  Nampak Sera dan Uncle Malik sedang bersembang.  Sera senyum.  Adakah itu petanda baik?  Dia tak tahu.  Tapi, senyuman itu telah memberi dia harapan. 



BERAT untuk dia luahkan.  Tapi, tiada apa lagi yang mampu dia lakukan bila Sera begitu berkeras.  Senyuman Sera itu sepertinya memberi harapan, tapi nyata… senyum itu menjadi petanda kemusnahan. 
“Ini syarat gila, uncle.  Gila!”  jerit Buya sambil kerenyukkan kertas yang baru saja dia baca. 
“Syarat saya satu saja, Encik Bunyamin.  Tak kan itu payah nak tunaikan?  Padahal, semua tu tak tuntut wang ringgit pun.  Sebaliknya, awak dapat balik semua yang awak nak tu.  Saya tak akan minta apa-apa.  Susah sangat ke nak tunaikan?”
“Tak!”  jerit Buya.  Dia bangkit dan mundar-mandir di tengah ruang tamu. 
Rambut diramas kuat.  Ergh… sakit kepala dia.  Setelah hampir seminggu Sera kembali ke sini, adalah kerana untuk terus pergi. 
“Sera ingat saya bodoh?” 
“Tak…”  nafi Sera dalam senyuman.  Suaranya cukup tenang.  Tiada sinis, jauh sekali riak marah. 
“Saya yang bodoh,” akuinya.  Memang dia adalah perempuan naïf yang begitu percaya yang cinta sejati itu wujud untuknya.  Cinta ikhlas itu ada untuk dia dan dia pertaruhkan segalanya untuk dia terima kesan, semua itu memeritkan. 
“Tapi, saya tak nak bodohkan diri saya lagi.  Sebab tu, saya letak syarat tu.  Sebagai balasannya, awak dapat semua hak awak.  Tak kurang satu sen pun.  Melainkan awak tak setuju dengan syarat tu, saya tak akan pulangkan duit awak.  Saya akan pastikan awak dan Balqish hidup di tepi jalan,”  pesan Sera separuh mengugut.  Sempat dia kerling pada Balqish dan anak mata galak itu pantas mengelak. 
“Okey…”  Buya ketap rahang. 
Mata Sera nampak teruja. 
“Saya setuju dan kali ini tanpa apa-apa hitam-putih.  Cukup dengan yang ada ni jadi saksi…”  Mata mak su, Naz, Zul, Balqish dan Uncle Malik dipandang silih berganti.  Simpati dia pada Naz kerana mengikut saja kehendaknya untuk menjemput mak su ke sini. 
Dia dah tak kisah dengan pekerja yang ada dalam rumah ni yang sedang memasang telinga.  Eloklah.  Biar semua orang dengar. 
Buya mendekati Sera.  Merenung tajam mata isteri yang nampak kepenatan.  Rasa nak dipeluk tapi dia tahu bukan masa yang sesuai.  Sera akan lebih marah nanti. 
“Sera boleh simpan duit tu.  Itu hak Sera yang daddy dah bagi. Yang mana, abang langsung tak terlibat tapi dibenci tanpa usul periksa.”  Saja dia melembutkan panggilannya. 
Dia nampak wajah Sera sedikit berkerut tapi isterinya ni memang bijak bermain airmuka.  Hanya sekelip mata, raut Sera kembali tenang hingga tak mampu dia baca apa yang ada dalam pandangan Sera. 
Nak kata benci… tak.  Sera begitu cintakan dia. 
Nak kata sayang… kenapa pandangan itu begitu kosong? 
Hati seorang lelaki bergelar suami serasa begitu rapuh saat ini.   
“Abang tak nak duit Sera.  Abang boleh kerja.  Ikut Sera nak buat apa.  Tapi, abang pun ada syarat sendiri…” 
Sera pandang mak su dan Naz serta Rizqi.  Kemudian meminta tolong daripada Uncle Malik dalam diam.  
“Syarat apa pulak ni, Buya?”  Lembut perlahan Uncle Malik menyoal. Risau keadaan semakin keruh. 
Buya sengih tajam pada isterinya.  “Abang akan ikut apa yang Sera nak tapi sebelum tu, Sera kena penuhi syarat abang untuk tinggal dengan abang enam bulan lagi.  Boleh?”  Kening Buya terjongket sebelah.  Wajahnya tegang dengan renungan yang begitu tajam membelah hati Sera.
Perlahan, Sera geleng.  Melangut pandang pada Buya.  “Kalau macam itulah syarat awak, biarlah saya jadi isteri awak pada nama aje.  Awak tak akan dapat kasih sayang saya, cinta saya kerana saya tahu betapa saya  bencikan keluarga ni,” balas Sera.  Sempat dia kerling pada Balqish yang sedang menyimpan tunas senyum. 
Mak su dan yang lain nyata terkejut dengan pengakuan Sera.  Namun, bila Sera bangkit dan menarik tangan mak su dan Naz untuk sama-sama keluar daripada rumah ini, tiada apa lagi yang mampu dilakukan.  Sera telah benar-benar tekad. 
 “Bagi abang tanya Sera satu soalan lagi…”  Suara Buya… jelas bercampur emosi yang bercelaru. 
Belum sempat dia tiba di ambang pintu, langkahnya mati.  Sekujur tubuhnya menggigil mendengar suara Buya.  Sera tak menoleh.  Dia hanya pejamkan mata.  Menanti dengan jiwa yang gemuruh. 
“Kiranya, apa yang jadi antara kita semalam… langsung tak bermakna ke pada Sera?”  Dia tahu dia tak patut tanya soalan itu di depan semua orang.  Itu antara dia dan Sera.  Tapi, Sera tinggalkan dia tanpa ada pilihan. 
Andai Sera kecewa, dia berkali ganda kecewa.  Apa yang ada dalam hati wanita ini, dia benar-benar mahu tahu. 
“Begitu tak bermakna ke semua tu pada Sera?” ulang Buya sambil melangkah mendekati isterinya. 
Mak su dan Naz menjauh dengan wajah yang tercengang.  Terkejut hingga tak mampu berkata apa.  Hanya mampu saling memandang. 
Tanpa silu, Buya memeluk pinggang Sera daripada belakang.  Dipeluk erat lantas dagunya disangkut di atas bahu Sera.  Pandangannya mula kabur. 
“Tidakkah Sera dapat rasa cinta dan kasih sayang abang pada setiap sentuhan tu?  Hrmm, sayang?”  bisiknya perlahan. 
Sera ketap bibir.  Dia memandang ke atas.  Menahan airmata daripada gugur.  Dia menoleh separuh mahu membalas pelukan Buya namun bola mata yang berlaga dengan mata Balqish, menahannya. 
“Anggap ajelah saya bayar harga kebebasan saya,” jawab Sera.  Pelukan Buya dileraikan. 
Dia… melangkah pergi. 

Meninggalkan hati dan seluruh jiwanya di sini.  

...bersambung

34 comments:

  1. Kesian Sera...ni mesti sbb jnji dgn balqish xmatang tu....kena lukakan lg hatimu Sera,bila le akn rasa bahagia

    ReplyDelete
  2. Aduhai sera kenapa pegang pada janji yang memusnahkan. Cepatlah balqis sedar akan kesilapannnya
    Tq rehan well done

    ReplyDelete
  3. Berat sngt nie RM..kecian buya ngsn sera

    ReplyDelete
  4. Balqish x tau kisah yg sebenonye ni..tp perangai x matang dia tu nnt mkn dri sndri..mst menyesal gila nnt bdk balqish ni..jgn mkn dri udah..

    ReplyDelete
  5. Seraaaa.hnmmm, jgn keras sgt, nnti nk kna pujuk blqis lg ..kesian buya

    ReplyDelete
  6. kesiannya buya, tersepit diantara cinta dan sayang

    ReplyDelete
  7. Buya.. jangan dipujuk lagi Sera tu. Biarkan dia pergi. Awak kena jaga harga diri awak sbgai seorng suami. Bertindak secara matang

    ReplyDelete
  8. Bila awak selalu merayu.. turutkan kemahuanya itu yg buatkan dia lagi keras hati. Biarkan waktu yang menentukan

    ReplyDelete
  9. Org bisness kena bijak main urusniaga

    ReplyDelete
  10. Sakit nya dada baca ni RM..
    😭 😭..

    ReplyDelete
  11. adessss...sedeyy la. asik nk berkorbannnnn jek. huhu

    ReplyDelete
  12. Allahu...kasihan Buya dan Sera...hidup dan kasih sayang mereka diperkotak katikkan oleh seorg Balqish

    ReplyDelete
  13. Rehan.....cepatlah kluar novel...tak sabor..sedihnya cerita ne

    ReplyDelete
  14. Terlalu mahal harga yg perlu dibayar

    ReplyDelete
  15. Terbaik Sera. Please.. Jangan buat Sera termengandung, sebab sy dah boleh agak apa akan jadi kalau Sera termengandung, cerita ni akan jd sama macam cerita cliche yang lain kalau sera mengandung.. n sy akan stop baca cerita ni.. sebab bile cliche.. dah xbest pada saya.

    ReplyDelete
  16. Go sera... Benci dgn Buya n Balqish

    ReplyDelete
  17. Aishhh..bila la nk abis cite ni..smbung skit..stopnya lama nk mnunggu plak..

    ReplyDelete
  18. Bila la nk abis cite ni..slow sgt updatenya..x yah la belit2 sgt..

    ReplyDelete
  19. Cerita yg terlalu belit.. bgi saya akn buat org bosan...tpi,klau memang itu lah realiti hidup kita atau dunia Sera dan Buya..saya harap akhir cerita ni mampu buat org yg membaca dan mengikuti tersenyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pd sy klu x suka x payah baca, klu nk bg kritikan yg membina pm je tepi. Email je kt rehan, perlu nk bg smua tau. Snang kan

      Delete
    2. Sbb org suka la org baca..kritikan x semestinya yg mmbina..kena terima la ape pun komen pmbaca..utk penambahbaikan maybe..

      Delete
  20. Rehan....sambung leeee....rindu Buya & Sera.

    ReplyDelete
  21. Bila next entry? ������

    ReplyDelete
  22. Dah tak nak menulis ke rehan????

    ReplyDelete