Wednesday, September 11, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 3

DAH dua kali Rozie cucuk lengan aku.  Ambik sample darah untuk diuji.  Tahap kesihatan aku kelas pertama.  Itu pasti sebab aku ni sangat mementingkan kesihatan. 
Are you serious, Tuah?”  Rozie buka sarung tangan getah masa ni.  Dia buka lilitan pada lengan aku.  Selamat dah. 

Aku senyum dan angguk.  “Kan kita dah sign borang tu.  Kita seriuslah tu, Rozie.  Kenapa awak tanya?” 
“Aku bukan apa, Tuah... pembedahan ini mungkin tak berjaya.  Doktor memang tak cakap apa, tapi sebagai kawan aku risau.  Tak kata nyawa tu dekat tangan doktor tapi possibility untuk kau dan Khalifh pergi tu ada...”
“Kalau gitu, maknanya dah sampai masa kita dengan dialah...”  Entah boleh terima ke tidak kata-kata Rozie ni, aku pun tak tahu.  Tapi, macam tak boleh.  Entahlah.  Siapa tak takut mati biarpun mati itu pasti. 
Mati itu menyakitkan.  Perkara paling menyakitkan dalam dunia.  Entah macam mana rasanya.  Sedangkan Rasulullah yang mulia kejadiannya itu dicabut dengan begitu lembut roh daripada jasadnya tetap berkerut wajah, inikan pulak aku insan yang hina lagi berdosa.
“Kita pun takut apa-apa jadi pada kita tapi kita yakin, memang kita nak teruskan.  Semua dah mula.  Kalau kata ujian darah kita ni okey dan masa tu  kesihatan kita okey dah Khalifh agak berkudrat sikit, kita memang nak jalani transplant tu cepat-cepat.  Selesai semuanya.  Hal lain urusan Allah.  Bila selesai tu kita ada di dunia atau kita tak ada lagi, Allah lebih tahu.  Awak doakan ajelah kita, ya Rozie...”  Aku pegang tangan Rozie.
Dia geleng beberapa kali.  Nampak tak puas hati.  Tahu dia ambik berat tapi aku sendiri pun tak pernah minta hal ni terjadi.  Aunty As merayu-rayu bersungguh hati.  Dia hanya minta tolong tapi aku yang buat keputusan nak menolong.  Ma pun dah setuju biarpun berat hati.  Dalam sujud solat sunat aku, hati aku tetap mengatakan ya. 
“Kalau gitu kata kau, aku doakan yang terbaik.  Aku akan turut sama dalam operation tu nanti.  Harap kau kuat.  Dan kalau kata keputusan darah kau ni tak memihak pada niat kau tu, kau kena terima dan Puan Asnariah dan Encik Khalid pun kena reda,” putus Rozie.
Aku senyum dan angguk.  Lemah. Memang lemah.  Berapa banyak darah diorang ambil.  Berapa pinggan nasi nak kena makan lagi ni.  Hailaa...
“Kau kerja tak?” 
Aku angguk.  “Ni terus nak ke kafe...”
“Hehh... pembancuh kopi professional yang tak minum kopi.  Teruk!”  Rozie mencebek lebar.  Mengata aku. 
Aku sengih garu kepala.  Aku pun tak tahu kenapa.  Masa belajar dulu boleh minum.  Sekarang ni serius aku alah dengan kopi.  Bau tu bolehlah lagi.  Kalu mencicah lidah, aku boleh pitam.  Percaya atau tidak, aku sentiasa ada mask di depan muka.  Orang tak boleh kata apa sebab bakat yang telah Allah beri ini memang mereka harus akui. 
What to do.  Memang kita belajar itu aje.  Nak jadi doktor dah lambat sangat dah...”  Aku tarik beg tangan dan sangkut pada bahu. 
Rozie senyum tipis.  “Hati-hati.  Apa-apa hal pihak hospital akan telefon...” 
Aku angkat ibu jari dan terus berlalu keluar.  Allah, permudahkan segalanya.  Dia berhak peluang kedua.  Dia berhak segalanya. 



“TANGAN dah okey?” 
Aku pandang Fendy.  Bos ReFreshO.  Senyum aje dia.  Muda dah jadi bos.  Manager sebenarnya.  Aku selak sikit lengan kemeja putih yang aku pakai.  Masih berbalut tapi sakitnya dah kurang sangat. 
“Sikit-sikit...” 
So, dengar kata you ulang alik ke hospital lately, kenapa?  Itu yang ingat tangan tak okey lagi...”  Dia bersandar pada table top.  Menyendeng tempat kerja aku.
Aku senyum.  “Ada hal sikit.  check-up.  Biasalah kalau dah tua-tua ni.  Kena kerap sikit check tahap kesihatan...”  Pandailah aku main ayat. 
“Jadinya, tahap kesihatan tu gred A la, eh?”  Fendy senyum dengan kening yang terjongket tinggi. Mata dia tu tak pernah lepas nak pandang aku.  Tahu dah.  Suka renung orang.  Buat hati orang tak senang duduk.  Tapi orang lainlah.  Bukan hati aku sebab hati aku ni spesis hati batu sikit. 
First class, boss...”  Ibu jari aku naik.  Fendy gelak.
Air dah benar-benar panas.  Waktu berniaga akan bermula.  Ada tarik mask daripada dalam poket apron hitam pekat itu dan aku ikat ke wajah.
You’re unique on your own way,” komen Fendy bila aku dah ikat mask aku kemas.
Aku angkat kening pada dia.  Masa ni rasa hangat nafas sendiri.  Mata aku menggambarkan aku sedang senyum.  Tahu dah apa dia nak cakap.  Aku memang seorang pembuat kopi yang unik.  Pembuat kopi  yang tak minum kopi?  Ada ke?  Ada... akulah. 
“Mana ada barista hebat tak minum kopi...”
“I la, bos.”  Aku gelak kecil. 
Yeah... I tahu you tapi peliklah.  Tapi, setidak-tidaknya you boleh jugak bau kopi, kan?  Tahu jenis-jenis kopi, daripada Tanzania Kilimanjaro, Snow Top... macam-macam lagilah...”
That why, I’ve been called a barista, Encik Fendy...”  Aku gelak sambung ayat Fendy. 
Kalau aku tak tahu dan tak pandai buat kopi, nak ke orang upah aku.  Kirim salamlah gamaknya.  Balik dok rumah, biar ma bela sampai tua. 
“Jadinya dah sihatlah ni eh?”
Aku angguk.  “Perfect.” 
Good.  Get ready then.  Careful eh.  Jangan luka lagi, tau.  Nanti hati I yang luka tengok you cedera...”  Fendy gelak.  “Bakar biji kopi pun pandai. Tapi, masak dekat dapur, pandai tak?”  usik Fendy dan berlalu. 
Nampak tak dia tu macam mana.  Kaki mengayat.  Suka kenakan aku.  Selalu ayat semua pekerja perempuan dekat kafe ni.  Fendy... Fendy... tapi dia tak pernah lepasi batas. Kira okeylah. 
Aku pandai apa masak dekat dapur.  Masak maggi.  Bolehlah daripada tak ada, kan?  Hidup sendiri macam ni, nak masak pun payah.  Nak-nak kalau Rozie kerja malam, lagilah tak masak. 



DAH beberapa hari berlalu.  Aunty As ada depan mata lagi hari ini sebab macam dah jadi rutin, aku datang melawat Khalifh lepas kerja tak pun sebelum masuk kerja.  Dia pun sama dengan Rozie.  Berkali-kali tanya soalan  yang sama.  Aku yakin ke tidak ke?  Ini bukan keputusan main-main dan kalau aku nak tarik balik keputusan aku, masih sempat.  Tapi jawapan aku tetap sama. 
“Kita ni jenis pantang berundur bila dah  melangkah, aunty.”  Kemain bahasa pujangga aku. 
“Aunty risau.  Apa kata keluarga Tuah nanti...” Tangannya mendarat pada belakang tangan aku.  Nampak resah dia. 
“Erm... ma kita dah benarkan.  Insya-Allah kalau tak ada aral, tarikh pembedahan tu ma akan ada.  Aunty jangan risau sangat.  Doa  yang baik-baik eh.” 
Aku lebih risaukan yang terlantar ni.  Semakin hari nampak semakin lemah.  Satu apa pun tak makan.  Badan dia dah kurus sangat dah.  Kesian sungguh aku tengok Khalifh. 
“Macam mana aunty nak balas jasa Tuah nanti?”  soal dia separuh terharu.
Aku senyum.  Tangan kiri aku menindih tangannya yang menggenggam tangan kanan aku.  Aku tepuk beberapa kali.  Memujuk. 
“Janji aunty tepati janji, moga Allah pelihara semuanya.  Tak payah balas pun tak apa,” jawab aku.
Birai mata Aunty As berair.  Seperti biasa, pastilah ada air jernih yang menitis.  Tahu dia terharu dan aku pun sama.  Terharu dengan sendiri.  Boleh tak cakap macam tu?  Sebenarnya aku yakin dengan ketentuan Allah.  Andai Allah tidup rasa macam ni dalam hati aku, pastilah ada kebaikan di depan hari. 
“Terima kasih, Tuah...” 
“Kasih diterima...” 
Aunty As ketawa.  Dia kesat birai matanya dengar lawak tak berapa nak lucu aku tu.  Kemudian dia pandang Khalifh.  Serentak itu aku nampak Khalifh angkat mata.  Aunty As terus merapati dia.  Tubuh bertongkat siku di sisi Khalifh. 
“Alifh okey?” 
Aku pelik dengar soalan Aunty As pada anak dia yang jelas tak okey tapi selain soalan itu, soalan apa lagi, kan?  Kalau aku pun aku tanya okeh  ke tak? 
Khalifh pulak angguk.  Diri tak okey tapi angguk.  Kalau aku pun aku angguk kalau ma tanya.  Siapa sudi nak susahkan hati orang tua biarpun keadaan diri jelas terbentang depan mata. 
Dia rendahkan mata dia pada aku.  Serba salah aku bila seornag pesakit merenung lemah.  Aku silang kaki.  Memeluk erat beg tangan.  Hadiahkan dia sekuntum senyuman tipis.  Dia tak balas.  Sekadar kedipkan matanya sekali sebelum memandang semula pada Aunty As. 
“Alifh nak cakap dengan dia kejap, boleh?”  pinta dia perlahan.
Aku pandang Aunty As yang kebetulan pandang aku.  Aiseh... Khalifh ni jangan cakap nak ngorat aku sekarang.  Ataupun nak buat drama nak tolak niat baik aku?  Tarik balik karang...tapi, aku senyum jugak bila mata Aunty As nampak macam meminta izin aku.
“Kejap aje tau,” ucap aku pada Khalifh sendiri. 
Dia kedipkan mata lagi sekali.  Aunty As bangkit.  Belakang bahu aku diusap lembut dan dia terus berlalu keluar.  Pintu bilik pulak sengaja dibiarkan terbuka.  Yalah, mana boleh lelaki dan wanita bukan muhrim doh berduaan dalam bilik sepi.  Bahaya.  Sakit tu sakitlah.  Aku yang sihat ni, baik hindari. 
“Ada apa, Khalifh?” 
“Nama awak Tuah?”  Payahnya aku dengar dia nak bersuara.
Aku angguk sekali.  “Kalau awak tahu nama penuh kita, mesti awak terkejut...” 
May I?” 
Aku geleng.  “Tak payahlah.  Awak dah tahu nama kita Tuah.  Cukuplah tu.  Moga ni kita bertuah.  Awak nak cakap apa dekat kita?” 
Lama Khalifh diam.   Hanya mata dia memandang tepat pada siling.  Sesekali dia tarik selimutnya menutup dada.  Bila nampak dia macam tak larat, tangan aku ringan membantu.  Kesian pulak nampak dia kesejukan. 
“Dua tiga hari lepas saya mimpi,” cerita Khalifh pada aku.
Kening aku naik sebelah.  “What kind of dream?  Atau nightmare?”  Yalah kan... orang tengah sakit bertarung nyawa, boleh jadi mimpi ngeri. 
A dream about a young woman...”  Khalifh telan liur sebelum menyambung.  “Dia cakap dia nak pinjamkan hati dia pada saya.”
Aku telan liur.  Aiseh... dia dengar ke aku bisik dekat telinga dia masa dia tidur beberapa hari lepas?  Parah...
“Mimpi tu kan mainan tidur...”  Laju aku kelepet dia. 
Khalifh senyum tipis.  “Kalau kata tu semua mimpi kenapa saya rasa dia wujud?” 
Tak terjawab rasanya soalan Khalifh tu.  Memanglah wujud.  Ni  haa... depan mata awak ni haa...  Tapi, aku dah minta identiti aku dirahsiakan dan aku yakin Khalifh dah tau dia akan ada penderma tapi dia tak tahu siapa.
“Ibu saya cakap saya dah ada penderma...” 
“Alhamdulillah... moga dipermudahkan.”
“Lepas ni, tak boleh jumpa awak dah lah, ya?” 
“Allah maha tahu setiap pertemuan dan perpisahan...” Senang aku bagi ayat mati. 
Dia senyum hujung bibir.  Sesekali wajah berkerut menahan sakit.  Risau pulak aku.  Dia pun rajin pulak bercakap hari ni. 
“Kalau Allah izinkan, kita jumpa lagi.  Tak ada masalah,” pujuk aku pada dia.
Khalifh senyum.  “Andai kata saya dah sihat, saya akan cari awak, Tuah...”
“Kalau jumpa, bertuahlah awak...”  Aku gelak halus.  Saja usik dia. 
Bibir Khalifh lebar dengan senyuman. Pertemuan kami ni tak terduga tapi pastilah telah tercatat di atas garisan takdir.  Aku tak pinta dan dia juga pasti tak harap.  Lantas aku harap, perpisahan kami nanti akan jadi perpisahan yang terpelihara. 
“Kalau dah sihat nanti, tak payah cari kita pun tak apa.  Janji awak mampu buat ibu dan ayah awak senyum.  Kesian dekat diorang yang sungguh-sungguh nak awak pulih dan awak akan pulih dengan izin Allah,” sambung aku.
Kami berbalas senyuman.  Khalifh pejamkan mata.  Dia terbatuk kecil.  Kemudian bila dia buka mata, pandangan dia tepat pada aku. 
“Awak tahu tak siapa penderma saya tu, Tuah?” 
Aku senyum dan geleng.  Khalifh tak boleh tahu siapa aku.  Lepas ni aku tak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan dia.  Dengan izin Allah nanti, hati aku masuk ke dalam dada dia, kerana hati itu milik Allah.  Aku sekadar meminjamkannya separuh sebelum kami semua dijemput pulang ke pangkuan Ilahi. 
“Sungguh ni?”  tekan dia.
“Iye.  Kenapa tak sungguh pulak...” 
Khalifh terkebil-kebil pandang aku.  Aku tahu pandangan dia kabur.  Dia nampak tak jelas mana kesan daripada penyakit yang dia tanggung.  Jantung aku pun berdebar tak sudah-sudah. 
“Tuah...” 
“Hrmm...” 
“Awak boleh janji sesuatu?”  soal Khalifh.  Kening dia terangkat sikit. 
Aku hanya senyum dan melarikan pandangan.  Malulah bila dia asyik nak renung orang aje.  Dia ingat aku ni pameran ke apa.  Walaupun aku tahu pandangan dia berbalam, mana boleh main tenung anak dara orang.  Aurat mata. 
“Lepas saya operation ni, dan kalau kata berjaya awak datang melawat saya eh?” 
Eh?  Macam-macam permintaanlah dua beranak ni.  Aku tahu, daripada pandangan Aunty As, dia memang suka aku tahap gaban punya.  Kalau aku kahwin dengan Khalifh ni boleh jadi menantu kesayanganlah dan memanglah kesayangan sebab anak tunggal.  Tapi, masalahnya, aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan mereka.  Cukuplah aku mendoakan Khalifh daripada jauh.
“Dah tu kenapa nak cakap kalau?”  Saja aku tanya soalan lain.  Lagipun, Khalifh tak patut cakap kalau.  Guna perkataan kalau, laut pun boleh kering. 
Wajah dia kerut.  Aku senyum.  Faham sangat.  Peliklah tu dengan aku ni. 
“Tak payah cakap kalau.  Jalan dah ada.  Allah dah buka.  Kita akan usaha.  Selebihnya berserah.  Insya-Allah...”  Aku meleret kata.  Segalanya dengan izin Allah dan insya-Allah akan ada pengakhiran yang baik. 
Dia senyum tipis dan memejamkan mata beberapa saat sebelum mengangkat kelopak mata dan pandang pada siling.  “Insya-Allah...”  Perlahan tapi cukup yakin suara dia. 
“Boleh tak?”
Hah?  Tercengang aku kejap.  Boleh apa ni?  Lupa dah apa yang Khalifh cakap tadi.  Aku geleng spontan.  Bukan tak boleh tapi tak ingat apa dia cakap. 
“Tak boleh?”  Dahi dia kerut.
“Bukan... tapi tak  ingat dah awak tanya kita apa...”
Keluhan tipis keluar daripada celah bibir Khalifh yang pucat lesi.  “Saya nak jumpa awak lagi lepas ni...”
“Semoga Allah mengizinkan...”  Dalam hati aku harap Allah tak bawa dah wajah Khalifh ni depan aku.  Biarlah dia bahagia dengan cara dia. 
“Macam tak boleh aje?”  Suara tak puas hati. 
“Bukan tak boleh.  Kan kita cakap semoga Allah  izinkan.  Kita siapa nak tentukan pertemuan, perpisahan.  Pertemuan pun payah nak jangka, apatah lagi perpisahan, kan?”  soal aku lembut.
Wajah Khalifh tidak beriak.  Sekali lagi dia terkebil-kebil pandang aku. 
“Saya nak kenal penderma saya,” mintanya tiba-tiba.
Berkerut dah kening aku.  Orang cakap penderma tu tak nak dia tahu, dia tak faham bahasa ke apa.  
“Ibu awak cakap dekat kita, penderma tu nak dirahsiakan maklumat dia...”
“Tak apalah...”  Kecewa.  Khalif pejamkan mata.  “Kita cari dia dengan izin Allah.” 
Kita?  Eleh... sakit buatlah cara sakit.  Mengejek aku cakap kenapa?  Tak rasa cute ke aku biasakan diri kita?  Dengan ma aje aku biasakan diri Tuah.  Aku mencebek di luar sedar dan saat itu Khalifh buka mata. 
“Awak tolong kita cari dia nanti eh?”  Senyuman mengusik terukir hambar.

Ketuk jugak kepala Khalifh ni.  

... bersambung

41 comments:

  1. Thanks RM.. kita suka la baca semua cite dari awak :-D

    ReplyDelete
  2. Tuah orang sakit tu nak di ketuk-ketuk... karang x sempat terus mati baru menyesal.... hehehe..
    Kita akan tolong awak cari penderma hati tu ya... depan mata ja ni... TUAH YANG BERTUAH

    ReplyDelete
  3. alahai comel lak khalif nie...perkataan 'kita' tu pon cute aper..saya pun guna kata ganti diri 'kita' sopan sikit hehehe

    ReplyDelete
  4. Meh kita tolong ketukkan kepala dia....

    ReplyDelete
  5. tu la depan mata je penderma tu..ekekek....tp biarlah khalif cr sndri

    ReplyDelete
  6. Kita....hihihihi...best gak....best ssgt...
    ~indazahar~

    ReplyDelete
  7. Kak Rm, i'am waiting next entry..
    Senyum sendri, x tau kenape..hehe

    ReplyDelete
  8. alolooo...kita pon suka ler..gehhgehh..

    ReplyDelete
  9. Org Johor selalu guna ganti nama 'kita' utk diri sendiri...termasuk Sy....

    ReplyDelete
  10. ehhh..rupa2nya kita lama sengeh sorang2 ...:))

    ReplyDelete
  11. bestnyeeee...macam nak jatuh cinta berkali-kali bace suma tulisan rehan...

    ReplyDelete
  12. Tuah ank bertuah..ngn la kettuk kpla org sakit..ksian dia..
    Ege..khalifh pn nk bhs diri kita...alololo..comel la plk

    ReplyDelete
  13. best lah RM.......sedih pula pada khalif.......be strong man......i dah dapat clue from prolog haahhaaa

    ReplyDelete
  14. yg pinjam payung tu khalif lahhhhh......agree with me

    ReplyDelete
  15. comel la Khalifh ngn Tuah ni.

    ReplyDelete
  16. bertuah dapat bc cerita tuah..tq RM!

    ReplyDelete
  17. comelnya... dlm sakit2 pun sempat lg mengusik. buat kita terusik pula. eh? haha

    ReplyDelete
  18. dpt rsakn mcm Khalifh seakan tahu siapa penderma hati dia....tk pe nnt kita bantu awk cri dia ehh...

    ReplyDelete
  19. ganas juga minah ni..kan.nak ketuk org aja...bagaimana rupanya wajah si TUah ini ..ya...mesti cun giler..tu yg mamat khalif tu nak bertemu dia kembali lepas operation..dan siapakah famili Khalif tu..adakah mereka dari keluarga ternama dan terkaya..dan siapakah Khalif sebenarnya..bagaiaman orangnya..

    ReplyDelete
  20. Satu je hari ni? Nak lagi..... :)

    ReplyDelete
  21. hehe...comel je...nak jugak guna kita..mujur sakit, kalo tak msti dah kena ketuk dengan tuah...

    ReplyDelete
  22. thanks RM... menceriakan hari kita hari ini... lewat ptg satu lg n3 blh?
    kita kan saling melengkapi... hehek!

    ReplyDelete
  23. RM...kita suka citer ni
    ada suka duka sayu lucu pun ada
    cukup rasa...

    ReplyDelete
  24. ^_^....alaaa....sweetnye...

    ReplyDelete
  25. kalau dpn mata pon, Allah nk selindung, tetap kita tak nmpk..pandangan manusia kan terhad..ada rezeki Dia pasti tunjukkan jalan..

    ReplyDelete
  26. Nk gune kite gak khalif nie...
    Ketuk karang...seb baek skit....huhu..

    ReplyDelete
  27. Assamualaikum. Alhamdulillah. Baru faham bla bca prolog. Rasa bertuah hidup dlm keadaan serba serbi lengkap. Alhamdulillahi rabbi a'lamin.

    ReplyDelete
  28. He he he ganas juga Tuah ning orang sakit pun nak ketuk.

    ReplyDelete
  29. bergenang airmata bc n3 n....sggh mresap dlm hati...tq RM...

    ReplyDelete
  30. Makin best cite ni.. Suka sgt guna nama diri 'kita'..sweet je.. RM mmg t'baikkk !!! Smua cite best2 , great !!!
    -zeisha-

    ReplyDelete
  31. hehe..tuah n khalif. =)
    -Hana-

    ReplyDelete
  32. Rm......sambung lagi.
    Cepat2 deh.......
    Silap2 gaya akak guna marathon jer.....tunggu abih kisah ni di upkn kat wall ni baru baca. Huhuhu......

    ReplyDelete
  33. rasa kejam pulak bila rasa asyik nak suruh RM kuarkan next n3....tp drpd smlm dok asyik tunggu...haha

    ReplyDelete
  34. kita kita kita kita

    ReplyDelete