Tuesday, September 10, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 2

PENING kepala memikirkan apa yang terjadi.  Aku tahu daripada apa yang Uncle Khalid terangkan semalam, Aunty As hilang pertimbangan setelah doktor katakan tak boleh nak buat apa-apa pada Khalifh, anak tunggal mereka.  Aku tahu nama Uncle Khalid pun sebab dia kenalkan diri. 

Kata Uncle Khalid, andai tiada penderma, mereka hanya mampu berdoa.  Nak usaha pun tak boleh.  Aku masih samar tentang sakit Khalifh.  Tak mahu nak tanya lanjut.  Kebetulan masa Aunty As jalan nak pergi makan, dia longlai.  Terus terjelepuk di depan aku.  Ini orang panggil bukan jodoh daripada langit, tapi mak mertua jatuh di kaki.  Adeh. 
Hidup aku ni aman selama ini.  Selain daripada ReFreshO Coffee House, rumah ajelah tempat aku.  Hari ini Rozie pun dah tukar shift lagi.  Masuk malam.  Aku sedang bersiap nak ke tempat kerja saat wajah Rozie terjengul di depan pintu.
“Tangan dah okey?”  tanya dia  lantas duduk di birai katil bujang aku.
Aku angguk dan senyum pada dia daripada dalam cermin.  Lilitan terakhir selandang aku lilit kemas.  Pin pada tepi kepala dan siap. 
“Apa sebenarnya ni, Tuah?” 
Aku tahu Rozie  memang tak puas hati.  Semalam pun dia siap SMS aku tanya.  Padahal dia dah dengar cerita daripada Uncle Khalid.  Aunty As heret aku yang tak bersalah ni.  Menjadikan aku watak utama dalam drama tak ada tajuk tu. 
“Uncle dah cerita semalam, kan?” 
“Ya tapi aku macam pelik.”  Rozie kerut dahi.  “Kenapa kau?”  Ayat tak puas hati. 
Dah tu, dia ingat aku suka ke jadi macam ni. Tak pasal-pasal aku janji dengan Aunty As.  Lepas kerja karang, memang kena ke sanalah.  Dahlah dekat ma aku tak cerita lagi.  Mahu pengsan ma nanti.
“Awak ingat kita suka ke, Rozie?”  Aku pandang Rozie sambil bertenggek di birai almari cermin solek. 
Rozie gigit bibir bawah.  Mata dia memandang aku.  “Kau tahu dia sakit apa?” 
Aku geleng.  Baru berkira-kira nak tanya dia. 
Hemochromatosis.”  Sepatah kata-kata Rozie buat aku berkerut muka. 
“Sakit apa tu?”  Manalah aku tahu kalau dia tak terangkan.  Dia nurse, aku ni barista.  
“Sejenis penyakit hati.  Atau bahasa mudahnya, terlebih zat besi.” 
Aiseh, terlebih pun payah, kurang pun payah. 
“Sakit ni berpunca daripada gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung.  Boleh menyebabkan keradangan hati, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi,” jelas Rozie.
Aku terangguk-angguk buat-buat faham tapi apa  yang aku faham sekarang, penderma yang Uncle Khalid maksudkan adalah penderma organ.  Dan organ itu adalah hati?  Gitu?
“Macam mana boleh jadi?”  Aku mula menaruh minat.  Yalah, bakal calon suami tu.  Konon. 
Hemochromatosis ni penyakit keturunan...”
“Hah?”  Aku terlopong.  Keturunan?  “Habis tu mak bapak dia sihat aje?”
“Puan As dan suami dia Encik Khalid dah jalani pemeriksaan.  In fact sampai sekarang diorang check-up lagi nak pastikan diri bebas daripada sakit ni.  Cuma sayang, terkena pada anak tunggal dia.  Apa nak kata, kan?  Sakit Allah bagi, penawar pun daripada Allah...”  Rozie senyum kelat.
“Hospital swasta tak akan buat kes-kes kronik macam ni, sebab tu dia ada dekat Selayang.  Sekarang ni tengah cari penderma yang sesuai.  Bukan hati tu aje, tapi darah, tahap kesihatan penderma.  Semuanya berisiko.  Boleh jadi pemberi tu pergi dan penerima sihat.  Atau pun kedua-duanya pun boleh meninggal.  Kami tak tahu.  Lagipun, mana adalah orang nak donate separuh hati dia pada orang lain, kan?  Nak-nak bukan keluarga sendiri.  Dahlah keluarga dia tu spesis anak tunggal aje semua.  Tak ada adik beradik lain.  Itu yang parah sikit,” cerita Rozie.
“Ibu ayah dia tak boleh?” 
Rozie geleng.  “Atas factor usia tu memang tak bolehlah.  Lagipun hospital dah buat kajian, memang tak sesuai.  Ada masanya tak semestinya ahli keluarga tapi orang lain pun boleh.  Cuma sanggup dengan tak ajelah...”
Aku termenung sendiri.  Berkira-kira akan pertolongan yang Aunty As mintak daripada aku.  Permintaan jenis macam mana sebenarnya?  Nak aku temankan Khalifh ataupun nak aku...
Telapak tangan naik ke tengah dada.  Berdebar.  Laju detaknya tapi bukan hati tapi jantung.  Turun sikit ke tengah abdomen.  Di situ terletaknya hati.  Tak salah aku, hati kita ni dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Ada dua lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik yang membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung dan vena portal. Apa tu aku tak pasti sangat tapi aku pernah belajar dulu sebelum aku tukar bidang kerja aku daripada student medic tak jadi kepala bidang aku sekarang. 
Padanlah wajah dia kuning.  Memang dia alami jaundis kalau berkaitan dengan darah.  Agaknya dah tahap akhir sebab tu kena tukar hati.  Kalau tak masih boleh ditukar tisunya.  Apa aku nak buat ni? 
“Habis tu macam mana tu?”
Rozie bangkit.  Dia tepuk pehanya sikit dan  menggeliat.  “Tunggu pendermalah.  Separuh hati bagi pesakit, separuh lagi penderma simpan.” 
Rozie berlalu ke pintu.  “Hati-hati pergi kerja.  Aku nak tidur kejap.  Hari ni masuk malam.  Malasnya...”  Dia urut belakang lehernya dan terus hilang di sebalik dinding.
Aku pandang pintu.  Bagai tembus sampai ke katil hospital di mana Khalifh terbaring lesu.  Air jernih yang mengalir pada juring mata dia tu buat aku sendiri rasa nak menangis.  Sebenarnya ingatkan Aunty As itu lucu jugak tapi bila dengar pada cerita Rozie tadi, aku rasa nak  menangis. 
Telefon bimbit aku gagau daripada dalam beg tangan.  “Ma.”  Suara aku perlahan menyeru nama ma.  Pemalas nak tekan nombor telefon.  Main guna sensor suara ajelah mudah.  Kata canggih. 
Beberapa kali deringan, aku dengar ma memberi salam.  Boleh jadi tak lepas kelas.  Aku pun tak pernah-pernah kacau ma waktu dia mengajar.  Harap sangat ma tengah free.
“Are you alone?” 
“Kenapa tanya?  Ma dengan student ni...”  Konon.  Tapi sunyi aje pun.
“Ma, please...” 
Ma gelak.  “Sorry, Tuah.  Ma baru lepas kelas.  Nak pergi kantin kejap.  Nak beli kuih sikit.  Lapar pulak.  Kenapa telefon ni? Jarang Tuah telefon ma waktu sekolah?” 
Aku diam dua saat.  Telan liur dua teguk.  Tegakkan badan.  “Ma, apa kata kalau Tuah dermakan sesuatu, boleh tak?” 
“Derma apa?”  tanya ma.  “Boleh aje kalau perlu.  Lagipun, kita ada lebih tak salah menderma pada yang kekurangan.  Kenapa tanya?  Ini hal baik, tak perlu tanya ma kot...” 
Erm... ma tak tahu aku nak derma apa.  “Maknanya Tuah boleh buat keputusan sendiri la eh?” 
“Iyer, tapi nak derma apa?  Jangan cakap nak derma mata pulak...”  Ma menerka dalam kesamaran tapi agak tepat. 
“Hati.”
What?”  Kuat ma jerit.  Aku tahu dia terkejut. 
“Tuah gurau dengan ma eh?”  Suara mak berbisik tapi penuh amaran.
“Tak.”  Sepatah aku nafikan.
“Ma tak boleh terima.  Tuah tak boleh nak derma hati pada sesiapa.  Jadi apa-apa dekat Tuah, macam mana dengan ma?” 
“Tapi,  ma... he needs help.”
He?  Who is he?” soal ma keras.
Aku ketap bibir tak berani dah nak jawab.  Ma kalau bertegas macam ni, makin aku pujuk makin keras hati dia. 
“Pakwe Tuah?” 
Aku diam.  Nak mengaku pakwe ke ah?  Bukan pun.  Tak kenal pun sebenarnya.  Kenal begitu ajelah.  Ini dah terjanji, nak tarik balik macam teruk sangat.  Lagipun, urusan hidup mati ini urusan Allah.  Andai kata tak derma pun, kalau dah sampai masa, mati jugak. 
“Bakal suami, Tuah ke?”  sergah ma bila aku diam.
“Tuah Nur Khalifa!” 
“Ya, ma...”  Ya tu aku menyahut tapi boleh jadi ma salah faham kata aku iyakan soalan dia yang bakal penerima hati aku tu adalah bakal suami aku.  Kalau ikutkan, aku suka pandang mata Khalifh tapi untuk angkat dia jadi calon suami tu jauh sekali. 
Biarlah Aunty As cakap gitu pun.  Aku assume itu kata-kata orang tengah sedih.  Apa nak dikira sangat.  Cumanya, aku rasa aku patut bantu Khalifh.  Andai dia panjang umur, aku pun... kiranya aku kesusahan moga Allah  hantar seseorang untuk bantu aku. 
“Niat Tuah baik, kan?”  tanya aku.
Giliran ma pulak diam.  Lama jugak sebelum dia bersuara.  “Niat Tuah memang baik.  Ma bangga anak ma ni mulia hati sungguh tapi Tuah kena fikir tentang ma.  Lepas pa tak ada, ma ada Tuah sorang.  Kalau jadi apa-apa pada Tuah, macam mana dengan ma?  Tuah rasa ma akan bahagia ke?” 
Terkedu aku dengan soalan yang ma ajukan.  Terbayang wajah Aunty As semalam. Macam inilah dia merayu  untuk anak dia terus hidup.  Memang kita semua sedar, ajal maut ditangan Tuhan.  Lambat laun akan terima tapi nak menerima tu, payah. 
“Macam nilah Tuah dengar Aunty As tu merayu semalam, ma.  Kesian dia.  Tuah tengok Khalifh pun, dia nak hidup tapi dia dah reda.  Berserah pada segalanya.  Setidak-tidaknya kalau Tuah bantu, dia ada peluang biarpun sikit.  Allah tahu, ma.  Allah maha tahu apa yang akan jadi.  Ma izinkan, ma doakan, ma restu... insyaAllah semuanya berjalan lancar,” pujuk aku. 
Harap sangat ma faham.  Aku rasa aku dah bulat hati nak bantu Khalifh.  Hati aku ini pun pinjaman daripada Allah.  Bila-bila masa Dia boleh tarik balik.  Tak salah kalau aku berkongsi pinjaman ini ada orang yang memerlukan. 
“Ma tak boleh, Tuah...”  Suara ma dah teresak.  Aku pulak rasa bersalah. 
Keputusan tak dicapai.  Ma dah menangis.  Aku pun rasa sebu.  Buat ma sedih.  Dulu masa berhenti jadi student medic, ma sedih tapi dia sokong aku terbang ke Itali semata-mata nak belajar tentang kopi.  Dan sekarang jadi barista di sebuah coffee house terkemuka di kota raya.  Ma senyum juga tapi sekarang ni...
“Tuah minta maaf, ma...” 
Esakan halus ma menyapa telinga.  “Buatlah solat hajat.  Solat isthikharah.  Tuah tanya ma, ma hanya mampu kata tak boleh tapi kalau Tuah tanya Allah, insyaAllah Allah ada jawapan buat Tuah.  Hati Tuah dan segalanya milik kita ni adalah hak Allah,” putus ma.
Aku hela nafas lega.  Separuh kaki dah melangkah.  “Ma doa yang baik-baik aje eh...” 
Ma dia tapi aku yakin dia senyum.  “Love you, budak bertuah.”
Aku gelak.  Gitulah ma kalau dia nak marah tapi tak boleh. 



PERGI kerja pun, bos bagi cuti.  Tengok tangan aku ni, macam mana nak buat kerja.  Mujurlah ada seorang lagi barista junior.  Kira aku ni lagi seniorlah biarpun dia lagi tua.  Sebab aku dulu balik daripada Itali.  Jadinya, di sinilah aku.  Sekali lagi.  Hospital.  Tak suka bau hospital.  Tak suka suasana hospital.  Tak suka dengar jeritan dan tangisan.  Semua tak suka. 
“Assalamualaikum...” 
Aunty As kalih.  Hari ini tak nampak pulak Uncle Khalid.  Dia senyum dan terus mendapatkan aku  yang baru rapatkan daun pintu.  Boleh pulak kami jadi kawan.  Bolehlah daripada tak ada. 
“Waalaikummussalam.  Tak kerja ke?”  soal dia separuh berbisik.
Aku geleng dan tunjukkan lengan yang berbalut.  “Kena air panas.  Bos bagi cuti lagi.”
“Tuah kerja apa?” 
“Kerja biasa-biasa dekat kafe aje, aunty...” 
Berkerut dahi Aunty As.  Apa yang pelik sangat kalau aku cakap aku ni kerja dekat kafe?  Okey aje pun.  Kafe tu tempat lepak anak-anak Dato, tahu.  Lagipun, gaji boleh tahan.  Padanlah dengan jarak tempat aku belajar dulu.
Waiter?”  tanya dia.
Aku senyum.  Geleng tak, angguk pun tak.  Yang pasti bukanlah waiter.  Cuma kerja dalam kafe tu aje.  Malas nak cerita nanti orang tanya apa kerja aku tu.  Sudahnya nanti, cerita pasal kerja pulak. Orang sakit ni terlantar gitu jelah ke sudah.
“Aunty sihat hari ni?”  Sengih lagi.  Ubah tajuk laju-laju.  Sesekali mata aku menjeling Khalifh yang lena tidur. 
“Macam mana Khalifh hari ni?” 
Aunty As pandang juga pada Khalifh.  “Ada masanya sedar, ada masanya dia lena macam tak akan jaga dah.  Doktor baru lepas keluar tadi.  Doktor cakap dia tengah usaha untuk cari penderma.  Kalau tak jumpa, dia tak boleh buat apa.  Harap Alifh terus mampu bertahan...” 
Sedih aku dengar suara Aunty As.  Kami duduk di sisi katil.  Aku dekat dengan kaki, dan Aunty As dekat dengan kepala.  Beg tangan aku peluk kemas.  Berdebar hati aku.  Separuh lagi bakal menjadi milik Khalifh andai diizinkan.  Separuh lagi akan ada untuk aku teruskan  hidup. 
Ingatkan nama aje dekat nak sama, tak sangka Allah tu gerakkan hati dan niat aku untuk kongsi hati yang sama jugak.  Harap moga segala laporan kesihatan lepas dan yang penting bersesuaian.  Tak boleh semedang belah hati bagi Khalifh.  Kena jugak jalani check-up beberapa kali untuk keputusan akhir, sesuai atau tidak. 
“Kita tak tahu kenapa dan macam mana kita boleh jadi kawan, aunty tapi satu aje kita percaya, semuanya Allah dah tulis.  Cuma, kita tak tahu nak bantu aunty macam mana.  Kita bukan nurse, jauh sekali doktor.  Apa kita mampu adalah temankan aunty dan Khalifh tapi sampai bila, kan?”  Aku senyum memulakan kata. 
Aunty As pandang aku tak lepas.  Dahi dia berlapis-lapis dengan kerutan.  Aku pula memandang wajah anaknya.  Sekali lagi, nampak mata itu berkelip-kelip.  Bergerak-gerak.  Tapi, kelopak itu tetap terkatup rapat. 
“Kita boleh bantu, aunty dan Khalifh dengan izin Allah tapi satu syaratnya.  Kalau Aunty boleh ikut, kita sudi tolong aunty...” 
“Bantu macam mana?”  soal dia kehairanan.
Tangan Aunty As aku pegang.  Sejuk.  Nampak dah mata dia jadi macam mata panda.  Kesan tak tidur. 
“Kita akan bantu, dengan syarat aunty rahsiakan siapa kita.  Boleh?” 
Tubir mata Aunty As bergenang. Dia terus peluk aku yang hanya mengukir senyum tawar.  Bukan tak ikhlas tapi risau tu tetap ada.  Bila aunty bangkit hendak menelefon suaminya, aku dekatkan bibir aku dengan telinga Khalifh.  Tak dekat mana pun.  Berjaraklah jugak.  Saja nak berbisik. Jerit karang dia terkejut, terus sakit jantung. 
“Kita pinjamkan hati kita untuk awak...” 
Sekali lagi, juring mata Khalifh basah biarpun mata dia terpejam.  

...bersambung

RM says : Last time about mata... now about hati?  konon....apa yg pasti mata hati ilmu ilham..semua Allah bg pinjam.  >_< May Allah bless... 

47 comments:

  1. kicaphitam here... thumbs up !!!!

    ReplyDelete
  2. wowwww...dari mata turun ke hati..emmm..

    ReplyDelete
  3. hati yang dipinjamkan yang akan terus mengikat khalifh pada tuah ...ni yang buat saya akan terus tunggu entry dari RM.

    ReplyDelete
  4. hebat lah kepala otak RM ni..boleh aje pikir jauh...next n3 bila..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan...kalau akak 10 hari 10 mlm satu baris ayat power pun belum tentu boleh siap...hehehe

      Delete
  5. Karya yg mnarik dn slalu dtggu2. Teruskn slagi dpnjamkn olh Allah

    ReplyDelete
  6. Kak blh x kak klu nak tukar kata ganti diri kita2 tu. huhu. Pls pls pls. Tp klu xblh xpe. Tukar pada saya pun ok kak. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..

      Delete
    2. Setuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..

      Delete
    3. ok apa kita....org johor selalu guna ganti nama diri "kita"..heheheh..

      Delete
    4. Setuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..

      Delete
    5. Setuju dgn madame iu..
      Kita pun org Johor, biar la skali skala RM buat kelainan.. kita suka aje :-D

      Delete
    6. ok je gn kita..comel je dgr..hehe..

      Delete
    7. Suka sgt ngn kata ganti nama kita tu..sweet n lembut jer bila baca...

      Delete
  7. Sonok... dari mata pergi ke hati plak... suker nama tuah sgt unik...

    ReplyDelete
  8. x rugi jd tukang jenguk blog RM...:)

    ReplyDelete
  9. Pinj hati kt khalifh,bg terus pn blh

    ReplyDelete
  10. ohhh maaaiiiii..... another tear-jerker ke??? hmm tk nk nangis2 lagi la..hahahaha...
    wah..nama ala2 same...hati pun main sharing2... too sweeeeet for words!!! u've got us hook...definitely..GANBATE !!! :)

    ReplyDelete
  11. dah terjawab mengenai tajuk dan caption......
    tp tak puas lg... nak baca lg cerita mereka berdua KhaliFa

    ReplyDelete
  12. yer... mmg sangat DEKAT DI HATI ni.. huhuhu

    truskan RM... xsabar nak baca nxt n3 ni..huhuuu
    (tamak x kita?) dan dan la kita kan? ngeh ngeh
    :-p

    ReplyDelete
  13. kdg2 tertanya2 mcm ne la Rehan dpt ilham lepas satu story ke satu story....(ni pun rhsia Allah yg kita tk dpt duga kan?)...syukur pada bakat yg Allah anugerahkan buat Rehan sbb dpt kongsi dgn kami pembaca2 setia kamu...walau kisah cinta tapi tetap terselit segala kehebatan Allah Maha Pencipta......tq Rehan....

    ReplyDelete
  14. Kak RM,
    Kalau buat cerita sentiasa yang terbaek..
    Dalam setiap cerita, pasti akan ada benda2 baru yang dipelajari..
    like it!

    ReplyDelete
  15. betul3...semua yang ada pada kita ALLAH yang pinjamkan...semua cerita perjlnan hidup kita ALLAH yang garapkan ...kita hanya pelakon di dunia fana ini selagi ALLAH mengizinkan.

    ReplyDelete
  16. Bila awak bagi kita pinjam hati awak... bila kita sihat kita akan cari hati yang 1/2 lagi yang ada pada awak.... boleh gitu

    ReplyDelete
  17. RM....Saya nak lagi....Tolonglah....merayu..^_^

    ReplyDelete
  18. Pinjaman tanpa pemulangan..faedah dpt kemudian

    ReplyDelete
  19. nak bagi hati kita jugak, hehe.

    ReplyDelete
  20. mata, hati, ilmu, ilham...jiwa sampai tak tau nak kata...keep up cik RM...allah bless u..

    ReplyDelete
  21. suka......dr mata turun ke hati...
    -dibah-

    ReplyDelete
  22. satu hati, dua jiwa, satu cinta.... i like.... tq RM 4 new story n new n3.

    ReplyDelete
  23. suka la guna kata ganti nama kita. jarang sgt jmp. tyme bdk2 dlu je suka bhasakn diri kita-kamu..sweet..

    ReplyDelete
  24. nama pun dah sama..khalifh n kalifa..elok la berkongsi hati..

    ReplyDelete
  25. bg pinjam hati... harap2 dibalas baik Tuah nanti :)

    ReplyDelete
  26. Bila nk sambung ni dik.....
    Salahn satu sbb akak suka baca marathon.......tiada terputus cerita

    ReplyDelete
  27. Cedeyyyyy sesgt....kita pinjamkan hati kita unt awak.....
    ~Indazahar~

    ReplyDelete
  28. Owh hatiku... Rasa t'sgt la touching nye.. So sweet bl Tuah kata ' kita pnjmkn hati kita utk awak '... Gud job RM...

    ReplyDelete
  29. huhu..touching! =)
    -Hana-

    ReplyDelete
  30. bagi je lah. pinjam pinjam lak. sambung sambung

    ReplyDelete