Friday, September 13, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 4

AKU meraup wajah.  Alhamdulillah.  Wajah Rozie aku pandang tenang.  Seulas senyum aku ukir pada dia.  Terus Rozie mendekati aku dan mengusap bahu aku lembut.  Tapi wajah dia nampak tak gembira mana pun. 

“Muktamad ke  ni?”  soal Rozie di depan doktor.
Aku angguk.  “InsyaAllah... semoga niat aku ada dalam landasan yang betul.”  Yalah, keputusan  ujian darah aku dan Khalifh dah keluar.  Sesuai yang pastinya. 
Doktor dah setkan tarikh dan masa.  Dia sua kertas itu di depan aku.  “Okey ke tarikh ni?” 
Aku senyum dan angguk.  Minggu depan.  Malas nak bertangguh lagi dah.  Apa yang penting, bagi tahu ma dulu dan kemudian minta cuti daripada Fendy. 
“InsyaAllah okey, doktor.” 
“Kau tak nak ubah ke?”  Rozie ni, berkali-kali tanya soalan sama.  Letih dah nak jawab. 
“Iye, Rozie.  Kenapa awak asyik nak tanya soalan sama dekat kita?”  soal aku kembali sedikit bergurau. 
Doktor di depan kami senyum. 
“Aku risau...”
Thanks... tapi kita yakin sangat dah ni...”  Aku angkat tubuh dan kalih pada doktor.  Bibir merekah dengan senyuman.  “Terima kasih, doktor.  Nanti saya ikut nasihat doktor untuk ada dalam wad sehari sebelum operation...” 
Sesudah itu aku bermohon diri untuk balik.  Nak kerja.  Aku ni masuk kerja tengah hari.  Tak macam orang lain. 
Setelah melambai Rozie, aku mencari arah ke pintu utama.  Baru nak melepasi pintu luncur utama, aku dengar suara Aunty As.  Terus aku pusing belakang.  Dia sedang melambai aku agar berhenti menapak. 
“Ingatkan tak datang?”  Aunty As senyum dalam mengah. 
“Datang tapi ini nak balik dah...” 
Berkerut wajah dia.  Terus mendung.  “Tuah tak datang jumpa aunty pun?” 
Agaknya dia lupa aku ada appointment dengan doktor hari ni.  Tapi tak apalah.  Manusia sentiasa lupa dan perlu diingatkan. 
“Kita ada appointment dengan doktor hari ni, aunty.” 
Mulut Aunty As melopong sikit.  Dia tepuk dahi sendiri sekali.  “Baru ingat.  Tuah dah bagitahu.  Jadinya macam mana?” 
“InsyaAllah... akan berjalan lancar...”  Aku senyum.  Rasanya dah cukup aku bagi jawapan baik buat dia.
Syukur dilafazkan.  Dia tarik aku ke dalam pelukan.  Rendah aje Aunty As.  Tiap kali dia peluk aku mesti aku membongkok.  Ma pun sama.  Kecil molek. 
“Terima kasih, Tuah...”
“Sama-sama, aunty...”
“Tapi...”  Pelukan terlerai.  Telapak tangan dia masih kemas di bahu aku.  Pandangan dia penuh tanda tanya.  “Kenapa tak nak aunty bagi tahu Khalifh pasal semua ni?” 
La... pasal ni ke?  Aku malas nak cerita sebenarnya.  Nanti jatuh ke riak pulak.  Buatnya aku jadi macam kes pindah hati lama dulu, dah public figure gitu.  Tak naklah. 
“Tak apalah.  Janji aunty tahu, Allah tahu... kita dah cukup puas hati.  Lagipun, kita memang nak bantu aunty sekeluarga...”
 “Mesti Khalifh tercari-cari nanti...” 
“Biarlah dia mencari.  Janji dia jumpa pasangan hidup dia, dia akan lupakan kita.  Tak apa, janji dia sihat.  Kita pun ada kehidupan kita sendiri.  Kita ada mak lagi.  Mak kita pun ada kita aje.  Kita bukan tak sudi nak kawan dengan Khalifh tapi kita tak nak dia rasa terhutang budi sangat dekat kita.  Semua pinjaman jadinya kita pun bagi Khalifh pinjam hati kita.  Sampai masa, kita semua pulangkan segalanya dan kembali menjadi tanah...” 
Terangguk-angguk Aunty As menerima khutbah aku.  Tapi, bukan khutbah la.  Itu suara hati aku.  Aku luahkan.  Pendirian aku tetap begitu. 
Tertunduk Aunty As menerima ketegasan aku.  Nampak aje lembut tapi aku memang bertegas dalam setiap keputusan.  Ma pun tak pernah campur tangan.  Paling tinggi ma akan minta aku solat isthikarah untuk keputusan terbaik. 
“Kalau gitu, mari kita jenguk Khalifh?”  ajak dia.
Aku kerling jam di pergelangan tangan.  Masih ada sejam setengah.  Sempat kalau nak singgah kejap.  Tak nak hampakan wajah mengharap Aunty As, aku jatuhkan kepala. 
“Kejap lagi kita nak pergi kerja, aunty...”
“Iye... kejap aje...”  Dia senyum. Aku tahu dia faham maksud aku. 
Aku tak nak ditinggal berdua dengan Khalifh aje.  Mamat tu suka kenakan aku. Tak syoklah.  Lagipun, aku tak nak lama-lama hati aku rasa berat nak tinggalkan dia. 



MASA kami sampai, Khalifh jaga.  Dia pandang kami berdua dan senyum. 
“Khalifh, ini Tuah...” 
Aku angguk sedikit.  Macam pertama kali diperkenalkan. Skema tak habis-habis.  Tapi, dah Aunty As kenalkan, aku iyakan ajelah. 
“Lambat awak datang hari ni?” 
“Kita ada hal...” 
Aunty As senyum.  “Amboi, lambat sikit dah tak boleh ya?” 
Aiseh... Aunty As ni pun.  Nak mengusik buat apa.  Aku pun sengihlah buat muka suci.  Malas nak layan usikan macam tu.  Buat seksa jiwa sendiri nanti. 
“Kita ada hal tadi...,” ulang aku.  “Awak macam mana?” 
“Macam ni la...”  Dengar macam tak okey aje dia ni.  Macam dah luntur semangat aje. 
“Khalifh kenapa?  Macam patah semangat aje?”  soal Aunty As.
Dia pandang ke lain.  “Ibu dah tahu bila tarikh operation?” 
“Dah.  Tak ada aral minggu depan.  Khalifh dah tahu?” 
Khalifh angguk.  Kemudian  membisu lagi.  Apa tak kena ni?
“Kalau dah tahu, kenapa muram?” 
Terus Khalifh pandang kami berdua.  “Khalifh rasa tak sedap hatilah, bu...” 
Pulak dah?  Aku hanya diam.  Hanya tengok dua beranak ni berbicara. 
“Tak sedap hati kenapa?”
“Tak tahu siapa donor tu?” 
“Penting ke?”  Laju aje aku tanya.  Khalifh pandang aku.  Dia angguk. 
“Tak apa semua tu.  Janji awak sihat,” ujar aku memujuk. 
Aku tahu perasaan orang sakit ni libang-libu.  Mesti macam-macam rasa yang muncul.  Rasa inferior.  Unsecure.  Pertarungan hidup mati.  Boleh buat jiwa galau.
“Khalifh... kita cakap sikit boleh?” 
Dia diam memberi laluan.  “Kita bahagia dengan ibu awak cakap dah ada tarikh untuk awak operation.  Dah ada penderma yang sesuai.  Dah ada peluang kedua untuk awak.  Kenapa nak rasa macam ni?  Awak tak yakin dengan Allah?”
“Yakin...”  Sepatah Khalifh jawab tapi nada dia separuh yakin.
Nope...”  AKu geleng.  “You’re not.  Riak wajah awak dah tunjuk sebaliknya.  Kenapa mesti gini?  Awak tak rasa nak sembuh sepenuhnya?  Hidup normal macam orang lain?  Bahagia dengan ibu dan ayah awak?”
“Saya takut...”
“Takut apa?  Mati?”  Okey, kedengaran kasar sikit tapi aku terlanjur kata.  Aku pandang Aunty As dan senyum penuh rasa bersalah.  Tapi, Aunty As hanya kedipkan mata sekali. 
“Mati itu satu yang pasti tapi saya risau penderma saya tu.  Dia tu sebatang kara ke?  Tak ada keluarga ke sampai dia ambik risiko untuk bagi separuh hati dia dekat saya.  Macam mana kalau tak berjaya...”
“Dan doakan dia bahagia di sisi Allah yang Esa,” cantas aku. 
Khalifh pandang aku lagi dan kali ini aku senyum sehabis manis.  Memujuk dia.  Moga tenang dan damai hati resahnya. 
“Mesti saya rasa bersalah...”
“Kalau gitu, awak kena yakin dengan takdir Allah.  Yakin dengan usaha yang telah ibu dan ayah awak berikan. Usaha doktor  yang akan merawat awak.  Kita doakan awak,  ya?” 
Barulah Khalifh nak senyum sikit.  “Awak akan dengan saya tak nanti?” 
Hari tu rasanya dah cakap pasal ni tapi Khalifh ni hilang ingatan gamaknya.  Tak apalah sebab dia sakit.  Tanya soalan sama pun, aku sudi nak jawab. 
“Awak lebih perlukan keluarga awak daripada kita...”  Senyum. 
Khalifh lepas keluhan berat.  “Kalau macam tu, boleh saya tahu macam mana awak kenal ibu saya?” 
Kalau aku jadi dia pun aku tanya.  Tiba-tiba aje kan.  Tak kanlah aku ni berkawan dengan  ibu dia?  Sah-sahlah tidak.  “Kita kawan dengan ibu awak...”  Kawan ke?  Bolehlah daripada tak ada.
“Ye ke?”  Khalifh tak percaya dan memang patut pun.  “Saya tak cayalah...”
“Patut pun kalau awak tak caya sebab kita ni random daughter in-law to be.  Awak caya tak?”  Aku tekup mulut dan ketawa kecil.  Mengusik Khalifh tapi nampaknya raut dia serius macam hakim nak jatuh hukum. 
Aiseh.  Salah gurauan ke apa?  “Errr... kita gurau aje...” 
Khalifh pandang aku tajam.  Dalam kelemahan renungan dia tu, aku rasa tersiat sikit kornea.  Cepat-cepat aku larikan pandangan.  Bahaya pandang mata dia lama-lama. 
“Macam mana awak kenal ibu?”  Sekali lagi soalan itu berulang. 
Aku berdeham sikit.  membetulkan duduk.  Pandang ke belakang sikit bila Aunty As nak masuk ke bilik air. 
“Kebetulan?”  teka dia tapi aku geleng.
“Takdir.  Mana ada kebetulan. Dah ditakdirkan.  Kita terserempak ibu awak tengah sedih.  Kita pujuklah.  Kesian kita tengok ibu awak.  Ingat ke ma kita.  Kalau kita tempat awak sekarang, mesti ma kita pun sedih macam ibu awak.  Jadinya, kita janji nak temankan ibu awak sampai awak sihat...”
“Lepas tu?”
Aiyark... gagah kuasa pulak dia menyoal aku hari ni.  Mencantas kata-kata aku.  Dah rasa sihat sikit agaknya. 
“Sebab saya ingat saya tak pernah kenal awak sebelum ni...”
“Kita pun,” sela aku mencebek.  Dia tak tahu macam mana Aunty As melutut di kaki aku.  Mahu dapat award kalau kami tercalon dalam anugerah pelakon terbaik ni. 
“Lepas tu awak nak tinggalkan kitalah eh?” 
Eleh dia ni.  Aku redupkan pandangan.  Jangan nak berkita-kita.  Itu mengejek kita namanya.  Kita tak suka.  Aku kesan bunga tawa pada bening mata sepet Khalifh. 
“Awak akan kekal jadi kawan ibu kita, kan?” 
“Tak... kita tak nak kawan dah lepas ni.  Ibu awak mintak kita teman dia selama awak sakit aje.  Lepas awak sihat, kita pun nak balik pada rutin hidup kita,” jawab aku buat muka serius.  Tapi aku memang maksudkannya.  Tak tahulah kot-kot dia rasa aku main-main.
Khalifh gelak.  Pertama kali dengar dia gelak.  Sungguh kot dia rasa sihat sikit hari ini.  Lega hati aku.  Mesti Aunty As happy yippie. 
“Rutin hidup awak apa?” 
“Lawat awak...”  Cepat aje aku jawab.
“Sebelum ni la...”
“Dok rumah, tengok TV, goyang kaki, makan, tidur, baca buku...”
“Kalau gitu, lepas saya sihat, saya suruh ibu pinangkan awak ajelah.  Senang awak buat semua tu tapi tambah sikit... jaga makan pakai saya...”
Apa?  Mata aku terjegil.  Khalifh senyum meleret.  Manis wajah dia biarpun mata dia sepet dan bibir dia putih pucat. 
“Tak naklah... ibu awak dah  janji setakat itu aje kita kawan dengan awak...”
“Tak apalah... kawan sampai mati pun tak apa,” sela Khalifh. 
“Kalau gitu, awak kena hidup dulu sebelum mati.  Kita harap awak kuat.  Harap awak tenangkan fikiran untuk segalanya.  Ramai orang sayang awak, tahu...”
“Habis tu kita...”  Bibir Khalifh muncung pada aku.  “...yang cakap tu tak sayang?”
“Sebagai hamba Allah, umat Rasulullah dan saudara seagama... insyaAllah kita sayang.  Sebab tu kita nak awak sihat,” jawab aku bersulam senyuman.
Khalifh senyum.  “Bertuah saya jumpa awak, Tuah...”
“Tak...”  AKu mencebek kecil.  “Kita bertuah sebab Allah bagi kekuatan untuk kita...”  Penuh makna.  Khalif hanya senyum.  Dia tak faham pun maksud kata-kata aku tadi tu.
“Lega... happy saya dapat cakap dengan awak...”
“Kita pun lega awak happy cakap dengan kita...” 
Giliran Khalifh jegilkan mata.  “Suka ambik ayat orang putar balik eh?”
“Jimat perkataan.  Recyle ajelah sentence tu...”  Aku ketawa. 



“CIK TUAH yang sangat bertuah... ekpresso latte satu, mocha satu dan ekpresso without latte dua...”  Fendy sengih di depan aku.  Menongkat siku di atas meja tempat aku bancuh kopi. 
“Siapa minum ekpresso tak letak latte ni?” Pelik kejap.  Ekpresso kalau tak letak latte rasa dia melekat dekat lidah.  Lidah jenis apalah orang yang order ni, ya? 
Dia senyum.  Aku terus menuang biji kopi yang baru aku bakar beberapa hari lepas ke dalam coffee maker yang kami dari jenis vacuum.  Antara model ciptaan yang terawal sekali dalam sejarah coffee maker. 
Tangan aku ligat bekerja.  Membiarkan pergelangan tangan melentur dengan tidak terlalu lembut atau keras bagi menghasilkan mutu kopi yang di tahap maksima.  Siapa cakap pegangan tangan tak memainkan peranan penting.  Masa mula-mula belajar dulu bukan sekali tangan aku kena cepuk.  Kena ketuk.  Adalah beberapa kali.  Sampai sekarang aku ingat lagi kesannya.  Sampaikan dekat rumah ma bancuh teh uncang pun aku bising. 
“Enjoy I tengok you buat kopi, Tuah...”  Fendy jongket kening pada aku. 
Aku hanya gariskan senyuman.  Masa bancuh kopi tak boleh bercakap.  Nanti hilang tumpuan.  Fendy tahu tu sebenarnya rule aku masa bancuh kopi tapi dia jenis tak makan saman.  Apa nak kata.  Jadinya, akulah yang kena control diri sendiri. 
Masa ni suasana kembali sepi.  Fendy tenang menanti.  Sesekali mata yang merenung aku tu turun pada kopi yang masuk ke dalam gelas.  Siap akhirnya.  Sesudah itu aku tuang latte di atas ekpresso yang pekat itu.  Mengikut kreativiti yang tak seberapa dan siapkan sekuntum bunga sakura di dalam kopi yang membara. 
Melihatkan hasil kerja, bibir aku menguntum senyum.  Puas.  Sangat puas.  Nak-nak bila pelanggan tinggalkan cawan atau mug yang kosong. 
“Dah siap… pergi hantar cepat…”  Aku letak atas dulang yang Fendy dah sediakan. 
Dia senyum.  “Biasanya berapa suhu untuk kita bakar biji kopi untuk dapatkan hasil yang terbaik eh?” 
Allah… dia ni macam-macam soalan pulak hari ni.  Pergi ajelah hantar pesanan pelanggan.  Dahlah tak menang tangan ni.  Tukang bancuh aku sorang pulak tu.  Kejap lagi…
“Tuah, white coffee.  Make it two…”  Kan dah cakap.  Tak lepas lagi lidah nak kata, kejap lagi order lain sampai, sungguh.  Rico, salah seorang pekerja datang hampiri aku. 
Aku senyum dan angguk.  Soalan Fendy aku biarkan tergantung.  Dia hanya diam tak berganjak. 
“Rico, table two.”  Dia letak dulang hitam itu atas tangan Rico. 
Terkebil-kebil Rico pandang aku.  Tapi, aku hanya kedipkan mata mengisyaratkan dia ikut ajelah arahan bos.  Karang ada yang dapat prestasi kurang memuaskan. 
What is wrong with you today, Encik Fendy?”  Aku jeling dia sekilas sebelum tangan memulakan kerja. 
Fendy tongkat dagu di atas table top aku bekerja.  “I was asking you just now…” 
Why so sudden?”
Meaning?”
Aku senyum menyenget ke kiri.  Langsung tak pandang wajah Fendy.  Tak pernah pulak dia macam ni.  Biasa dia profesional kalau masa kerja.  Ini lain macam aje.  Macam ada yang tak kena.  Jangan kata dia nak ngorat aku sudah.  Aku ni bakal tak cukup hati. 
“Kenapa tetiba berminat pada kopi?  Bukan you cakap you tak suka sangat kerja macam ni?”  Ya, dia pernah cakap dia tak berminat dengan kerja macam ni.
Impian dia jauh.  Tahu tu.  Tapi, sementara tak dapat kerja lain, dia kerja dulu dekat sini.  Gaji pun boleh tahan dengan pengalaman dan pendidikan yang dia ada tentang pengurusan perniagaan. 
“Tetiba I minat.  Tak salah, kan?”
Aku senyum dan angguk.  Memang tak salah… tapi.  “It just weird…”  Sengih tipu sikit. 
Dia lompat duduk di atas kerusi bulat tinggi di depan aku.  Menggendang dulang yang dia pegang.  “Do you mind if I’m asking?”
Yes if the questions sound sensitive…”  Aku saja nak usik Fendy.  Ala setakat soalan Fendy tu, aku tak kisah.  Biasanya mesti dia tanya pasal pakwe yang pernah aku ada. 
Dia ingat aku ni kaki mengayat macam dia agaknya.  “Taklah…” Fendy geleng.  “Tak melukakan.  Cuma I rasa nak tahu bila orang dok cakap tentang you…” 
Tangan aku terhenti.  Aiseh… tak sedaplah kopi aku buat.  Ini semua Fendy punya pasal.  Terkejut aku dengar orang bercerita tentang aku.  Apa salah aku?
Are they bad-mouthing about me?”  Jari telunjuk aku lurus pada diri sendiri. 
Fendy senyum dan angguk.  Buat dahi aku kerut seribu.  Mula rasa tak tenang.  Aku pandang orang sekeliling.  Rasa macam diorang semua ni dok mengata aku. 
“Hey…”  Fendy ketik jari depan aku.  Dia melebarkan senyuman.  “Bukanlah.  Diorang Cuma cakap dekat I, you tak sihat.  You kerap ke hospital.  Kenapa?”  soal Fendy berterus-terang.
Pheww… aku rasa lega amat.  Fendy ni mengusik dia buat aku lemah jantung.  Aku bukan boleh orang mengata ni.  Rasa berdosa. 
Tangan aku kembali mengangkat teko.  Diam beberapa ketika hingga siap pesanan.  Aku letak atas dulang yang Fendy sua. 
I’m just fine.  Kesihatan I kelas pertama.  Don’t you remember?” 
Fendy hanya membisu.  Matanya tenang memandang aku. 
“I cuma ke sana buat check-up…” 
What kind of check-up kalau kerap sangat ke hospital?”  Fendy masih tak puas hati.
Check-up hati,” jawab aku jujur dalam gurauan. 
Dahi Fendy berkerut.  “Hati you sakit ke?” 
Aku diam.
“Atau hati you sakit sebab cinta?”  duga Fendy jauh meleset.
Aku ledakkan tawa halus.  Dulang hitam bulat itu aku sua padanya.  “Merepek.  Pergi hantar order sana.  Marah pulak customer…” 
Fendy turun daripada kerusi.  Tatang dulang tersebut… menapak selangkah dan  kalih pada aku dengan senyuman cukup manis. 
Let me have your heart and I’ll make sure that heart won’t be hurt…”  Dia kenyit mata dan berlalu. 
Eh?  Fendy ni luah perasaan ke apa?  Baru nak duduk, aku rasa vibrate telefon dalam poket seluar.   Naik nombor yang tak dikenali.  Dah siapa pulak ni?  Tapi, jawab jugaklah. 
“Assalamulaikum…”  Aku menyapa lembut.  
Waalaikummussalam…”  Suara lelaki.
Who’s on the line, please?”  Skema kan, soalan.  Biarlah, janji sopan. 
Me…” 
Mi?  Mi mana?  “Mi mana ni?  Mi goreng? Mi hailam?  Mi bandung?  Mi kari?”  soal aku pelik.  Tetiba telefon orang, cakap Mi. 
“Kitalah…” 

Hah?  Kitalah?  Dahi aku berkerut.  Nak apa pulak ‘kitalah’ ni dengan kita?

... bersambung

32 comments:

  1. sambung lg RM.... haha...

    ReplyDelete
  2. Khalifh yg call kn? For sure lh.. :)

    ReplyDelete
  3. Hahaha,kitalah,dah bukak langkah ke tq kak rm n3 yang Best




    Imah

    ReplyDelete
  4. Khalifh kah itu? Sambung lagi kak Rehan...

    ReplyDelete
  5. Kitalah tu khalif le kn?

    ReplyDelete
  6. Ha.....ha part yg last tu kelakar sangat .... cerita2 RM memang ada klas nk lagi jgn lama2 ye.

    ReplyDelete
  7. Me????....khalif lah tuuuuu....
    Oooo....fendy pun suka tuah...tp kita x suka dgn fendylahhh,....kita tetap nak khalif....hahahahahaha 😈😈😈😈😈😈

    ReplyDelete
  8. hehehe suka suka... kita suka sgt....sweet je kita tu...

    ReplyDelete
  9. Khalif la tu rindukn tuah yg sggh btuah!

    ReplyDelete
  10. haish.... berdebor2 dgn kitalah & kita nih... tsk...
    :-)

    thanks RM..
    dh feel x mlm tadi? :-p

    ReplyDelete
  11. hehehheee...tak menahan bace kite-kite nih...sweet gilosss..

    ReplyDelete
  12. kita tggu n3 ni dr smlm..tq sis...bkln sarapan pagi ni..hehe

    along eza

    ReplyDelete
  13. Khalift lah..hehe

    -athirah-

    ReplyDelete
  14. Kitalah. Kita-kita nk buat request boleh? Kita-kita nk entry lebih boleh. Habis kat blog kan. Kita mintak nie bukan tanya.

    ReplyDelete
  15. Khalifh ni mcm dh sangkut ngan Tuah aje.

    ReplyDelete
  16. Haha..khalifh dh mula merindu la tu.. saya pon rindu gak..

    ReplyDelete
  17. Kita nak awak datang lah... so sweet org sakit hati ni.... hehehe

    ReplyDelete
  18. best...sambungannya lagi cik writer

    ReplyDelete
  19. sah2 khalifh kn klu dh berkita-kita tu...
    pape pn,sweet ler dorg nie...

    ReplyDelete