Friday, September 13, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 5

HABIS waktu kerja dah agak lewat hari ni.  Dah pukul sebelas lebih.  Malam.  Bukan siang.  Seperti biasa, aku hidupkan kereta.  Biarkan diri bertenang sekejap sebelum memandu pulang.  Mata pun lali aje hari ni.  Biasalah, rutin bertambah.  Melawat Khalifh.  Heh… nak buat macam mana.  Allah bagi ruang untuk aku tambah pahala dengan berbuat baik pada orang.  Insya-Allah, moga hati aku ikhlas ke akhirnya demi pahala itu. 

Jari-jemari menggendang stereng.  Teringat panggilan Khalifh awal-awal tadi.  Mana aku dapat nombor, dia cakap Rozie bagi.  Konon… lepas tu mengaku dia yang minta.  Katanya teringat. 
“Terima kasih ingat kita… doakan kita sihat sejahtera…”  Aku senyum tipis. 
Khalifh gelak halus di hujung talian.  “Malam ni tak datang ke?” 
“Kita bukan adik atau kakak awak untuk datang teman awak siang malam.  Kalau Aunty As ada, bolehlah kita datang.  Kalau dia tak ada, kita tak boleh datang.  Bukan tak sudi tapi syari’at membataskan…” 
Risau pulak dia salah faham kata aku tak ikhlas berkawan dengan dia.  Tapi, memang itulah.  Ma pun selalu pesan, Tuah pergi masa ibu dia ada aje.  Jangan sendiri.  Tak sopan.  Allah murka nanti.  Dan aku sendiri pun tahu batasan aku. 
“Ibu ada… tapi dia dah lena.  Penat kot…”
“Dan awak tu, buat apa tak lena lagi?  Tak penat?” 
Khalifh diam beberapa saat sebelum menjawab setelah nafas dihela panjang.  “Sejak saya tahu saya nak operation, payah nak lena malam.  Tak tahu kenapa?” 
Aku senyum.  Faham sangat.  Dalam keterujaan itu, dia risau.  Aku pun sebenarnya.  Buatnya benar kata Rozie, peluang untuk aku tipis… entah macam mana nanti.  Mati itu pasti tapi sebab mati itu pastilah buat ma ralat buat seketika. 
“Percayalah pada Allah dan ketentuan-Nya, Khalifh.  Kita doakan semuanya berjalan lancar.  Awak lena bagi berkudrat.  Ataupun minta Aunty As bantu awak ambik wudhuk, solat sambil baring pun tak apa.  Moga Allah hadirkan malaikat menemani malam awak untuk terus lena,”  nasihat aku. 
Keluhan Khalifh menyapa telinga.  “Itu bukan yang saya risaukan.  Saya tak risau diri sendiri sejak saya tahu penyakit saya ni boleh membawa maut.  Ya, mati itu pasti tapi saya mesti tak boleh nak terima kalau penderma tu yang…”
“Khalifhhhh…”  Panjang aku seru nama dia.  Aku tahu dia nak cakap apa. 
Risau kalau-kalau penderma itu iaitu aku yang dia masih tak tahu lagi jadi penderma untuk dia ni, meninggal semasa proses transplant itu? 
“Percayalah cakap kita.  Bila seseorang tu buat keputusan, dia akan buat keputusan tu setelah ambik fikir buruk baiknya.  She is mature enough…”
She?”  Cepat Khalifh menerka. 
Aku gigit bibir dengan mata terpejam rapat.  Aiseh… laju pulak lidah aku sebut macam tu.  “Don’t know.  Kita cuma teka.  She or he, it’s same.  Hamba Allah yang ada organ sama dengan awak.  Dia mesti dah buat solat sunat semua untuk buat keputusan menderma hati pada awak.  Percayalah cakap kita.  Dia dah serahkan hidup dia pada Allah sejak dulu hingga akhirnya.  Jadinya, buat apa awak nak takut.  Awak rehat ajelah eh.  Kita nak kerja ni.  Esok lusa kita datang la lawat awak...”  Aku senyum dihujung kata.  Saja memaniskan rasa dalam bicara biarpun tak bertentang mata.
Aku yakin Khalifh tahu aku sedang senyum.  Dia hanya diam.  Hanya helaan nafas dia tenang menyapa telinga. 
“Saya akan cari dia andai kata saya dipanjangkan umur...”  Keluhan tipis dilepaskan.
Kening aku naik.  “What for?” 
“To thank her or him, for giving me the heart...” 
Aku senyum tak menjawab.  Dalam hati aku berkata, sama-sama.  Kita hanya pinjamkan awak hati yang telah Allah pinjamkan  untuk kita. 
TOK! 
Aku bagaikan tersedar daripada lena.  Memang terlelap jugaklah sekejap ingatkan perbualan aku dengan Khalifh tadi.  Bila kalih ke kanan, wajah Fendy tersenyum dengan badan yang membongkok dan isyarat jari agar aku turunkan cermin kereta.
Are you sleeping?”  Dia tongkat tangan di atas dinding kereta.
Aku geleng dan memisat mata beberapa ketika.  “Take a nap...”  Sengih tayang gigi. 
Fendy mencebek sikit.  Tak percaya.  “Kalau ngantuk, I hantarkan,” pelawa dia.
“Nope... thanks.  Kita boleh balik sendiri.”  Terus aku nyalakan lampu.  Dah ready nak gerak.  Tapi Fendy masih lagi macam tu. 
“I nak gerak ni.  Encik Fendy tepi la sikit.  Terpijak kaki karang...”
Barulah Fendy tegakkan tubuh.  Membetulkan kemeja yang tersarung pada bajunya.  Meninggikan lipatan lengan panjang kemaja tersebut dan menarik keluar kemeja daripada tuck-in. 
“You buat apa hospital lately, Tuah?”  soal Fendy tiba-tiba. 
Tak jadi aku nak tukar kedudukan gear.  Terus aku pandang dia.  Aiseh... padanlah asyik nak menyakat aku aje.  Ada soalan lain dia nak tanya. 
“Dah lewat.  I nak  balik dulu...”  Aku senyum. 
Fendy menapak ke belakang beberapa langkah.  Dia senyum dan menggeleng tanda tak puas hati tapi bibir dia terukir dengan senyuman tipis dalam wajah yang penat. 
“Esok kena bagitahu I...”
Aku hanya angkat tangan dan terus berlalu meninggalkan Fendy di sisi Honda City hitam milik dia.  Macam-macam hal Fendy sekarang.  Nak kata minat aku, adalah jugak.  Tapi, nak kata minat tu, ada jugak.  Entah.  Aku pun dah confius. 



HARI ini keputusan penuh dah keluar.  Hari ini jugak adalah taklimat terakhir tentang proses transplant aku dan Khalifh nanti.  Wajah tenang doktor aku pandang.  Dia hanya senyum.  Manis senyuman dia.  Biarpun wajah nampak penat.  Macam tak cukup tidur. 
“Cik Tuah Nur Khalifa?”
“Ya, kita...” 
Dia ketap bibir menahan senyum.  Nak gelak aku biasakan diri kita ke apa?  Ni spesis Khalifh ni. 
“Hari tu saya ada buat permohonan dengan UTAC dan cik sendiri telah ditemuduga oleh petugas UTAC (unrelated transplant Approval Committee) untuk pendermaan organ memandangkan Encik Nik Khalifh bukanlah penerima kategori first degree, iaitu mak, ayah, adik beradik kandung.  Bukan juga penerima second degree yang terdiri daripada mak atau ayah saudara, atuk nenek, sepupu tu...,”  terang doktor ini tenang.  Lebih kurang sama dengan apa yang disampaikan pada mula-mula aku mendaftar sebagai penderma organ. 
“Cik dah pernah dengar tapi saya nak remind lagi sekali.  Kita panggil ini sebagai penderma semasa hidup.  Cik pun tahu, ini niat yang mulia.  Kami berterima kasih kerana cik dah kurangkan jangka masa untuk pesakit menanti.  Peluang untuk hidup dan selebihnya kita berserah pada Allah.  Yang baiknya penderma hidup ini organ tu akan berfungsi lebih lama dan lebih elok andai nak dibandingkan dengan penderma yang dah meninggal yang kita panggil dia kadaverik.  Pihak UTAC dah hantar surat kelulusan, tahap kesihatan cik pun kelas pertama, sejarah kesihatan keluarga juga tak ada masalah.  Cuma saya nak Cik Tuah alert jugak, kesan dia tetap ada tapi tak teruk.  Akan sembuh dengan masa dan penjagaan yang baik.  Apa yang kami nak cik tahu, kita akan ambik hati sebelah kanan untuk penerima dewasa dan nisbah kematian adalah satu dalam setiap dua ratus pembedahan.  Insya-Allah, ktia akan berjaya.  Kita sama-sama doakan.  Apa yang kami nak, cik masuk wad awal sikitlah untuk kami pantau tahap kesihatan cik tetap terjaga...” 
Panjang lebar penerangan dia.  Rasanya aku dah faham.  Nisbah kematian dengan jumlah operasi sangat kecil.  Apa yang pasti, serahkan segalanya pada Allah.  Aku gariskan senyuman dan mengangguk tanda faham. 
Dalam hati tetap ada rasa takut sedikit tapi bila diyakinkan doktor yang sebagai penderma aku akan dapat jalani hidup seperti biasa, aku terus bertambah yakin.
“Insya-Allah... kit... err saya akan datang dua hari sebelum pembedahan.”  Nak kena minta cuti dulu. 
Paling tidak sebulan... kot?  Aiseh... lama tu.  Mesti diorang dekat kafe tahu aku buat apa?  Nak-nak Fendy yang tiba-tiba jadi  penyibuk. 



PAGI esoknya, aku melawat lagi Khalifh di hospital.  Hari ini ada ibu dan ayah dia sekali.  Senyum tipis menyambut kedatangan aku. 
“Tuah tak kerja?”  soal Aunty As.  Tangan aku dicapai dan digenggam erat. 
Aku senyum dan angguk.  “Macam biasa.  Petang.”  Mata menjeling Khalifh yang nampak sedang lena. 
“TErima kasih...” 
Aku pandang ke kiri.  Uncle Khalid tersenyum dengan wajah terharu.  Aku sekadar senyum.  Malas  nak bersuara.  Takut Khalifh jaga. 
“Dia risau Tuah tak datang dah jenguk dia...”  Ramah Aunty As bercerita.  “Dia kata dia telefon Tuah, tapi dia busy...” 
“Masa tengah kerja, aunty.  Agak busy.  Customer ramai semalam,” beritahu aku jujur.  “Lagipun, kita tak cakap kita nak datang hari ni.  Kebetulan ada masa, kita datang.  Tapinya, kita nak cakap dekat aunty, kita tak akan datang lagi lepas ni hinggalah hari pembedahan minggu depan.  Kalau kata Khalifh tanya, aunty tak payahlah bagitahu, ya?” 
Aku tahu.  Sangat yakin yang Khalifh ni akan tanya ibu dia berkali-kali.  Tak akan puas.  Aku risau jugak satu hari nanti Aunty As kesian sangat, dia pergi bukak mulut.  Lembu kita pegang pada talinya, manusia biarlah berpegang pada janji.  Nampak tak aku punya madah tu. 
“Harap aunty pegang janji...”  Aku genggam tangan Aunty As.  Harap sangat.  Jangan cair dengan rayuan Khalifh. 
Dia angguk.  “Apa pun jadi, aunty pegang janji pada Tuah.  Tuah dah banyak bantu...”
“Tak la... kita buat apa yang termampu aje, aunty.  Kalau mampu berkongsi apa salahnya...” 
Aunty As senyum tapi nampak lain macam sikit.  Dia pandang suaminya sambil mengangkat kening.  Bertelepati ni. 
“Kalau kata boleh kongsi hidup sekali dengan Khalifh, aunty dengan uncle sudi terima...”
Hah?  Mata aku bulat.  Ingat kali pertama kami jumpa.  Dia boleh minta aku nikah dengan anak dia?  Hey... kenot (can not)... Tapi, aku hanya senyum tipis. 
“Soal jodoh pertemuan ni, Allah maha tahu, aunty.  Kita tak nak Khalifh terima kita sebab dia terhutang budi.  Lagipun, kita tak fikir lagi kita sedia nak kongsi hidup kita dengan sesiapa...”  Aku sengih buat muka suci. 
Wajah Aunty As dengan Uncle Khalid nampak berubah sikit.  Tahu dia kecewa tapi sekarang ni, Khalifh sakit.  Dia kesunyian.  Sebab aku aje kawan dia yang ada, jadinya dia akan nampak aku aje buat masa ni.  Dia kata nak cari penderma tu pun sebab nak ucap terima kasih.  Jadinya, awal-awal aku dah jawab, sama-sama. 
Keluar daripada hospital nanti, dia akan dihimpit ramai lagi wanita anggun dan bergaya.  Sesuailah kot dengan kehidupan dia sebab aku yakin tengok daripada gaya ibu dan ayah dia tu, jelaslah dia bukan orang kebanyakan macam aku yang marhaen ni.  Anak cikgu aje pun.  Tapi, cikgu itulah yang membesarkan dan mendidik aku sampai menjadi seorang Tuah Nur Khalifa yang bertuah sangat. :P
Masa tu Khalifh akan lupakan aku.  Lupakan siapa pemberi hati untuk dia.  Lupa siapa Tuah.  Lupa segalanya.  Lagipun, memori singkat ni siapa yang nak ingat, kan?  Jadinya, betul dah keputusan aku untuk biarlah Khalifh tak tahu siapa aku sebagai langkah berjaga-jaga. 
“Kalau dah gitu kata Tuah... aunty nak kata kecewa tu, adalah sikit...”
Haruslah kecewa.  Aku ni Tuah tau.  Ayat bajet melanda diri kejap.  Sila abaikan.
“Tapinya, aunty memang harap Tuah dengan Khalifh ada jodoh...”
Aku senyum tipis.  Jodoh itu rahsia Allah.  Aku kalih ke kiri sikit memandang Khalifh.  Aku nampak dia menggerakkan tubuh dan sekejap itu dia buka matanya perlahan-lahan.  Saat kami bertaut pandang, dia ukir senyum. 
“Assalamualaikum,” sapa dia sopan.
“Waalaikummussalam...” 
“Baru sampai?”
Aku angguk.  Dia pun. 
Can we talk?”  tanya dia di depan ibu dan ayah dia. 
Yes, please...”  Aku okey aje kalau ibu dan ayah dia ada.  Tak ada masalah pada aku.  Bukan ada heart feeling atau hard feeling pun.
“Awak tahu operation saya minggu depan?”
Kepala aku bergerak sekali.  “Aunty dah beritahu...” 
Dia pandang ibu dia.  “Bu, lepas Alifh sihat, please... tell me...”
“Ibu penjaga amanah, Alifh.  Alifh tak boleh paksa,” pujuk Aunty As. 
Aku dah tahu dah.  Memang tahu semua ni akan jadi.  Dia  memang akan rayu ibu dia habis-habisan. 
“Kalau gitu, tak apalah.  Tuah, boleh teman saya hari ni?” 
“Nak ke mana?” 
“Keluar ambik angin kejap...” 
Aku senyum senget.  Aku tahu dia sedang resah.  Dah berapa lama terkurung.  Nak-nak pembedahan tak lama lagi.  Boleh jadi dia rasa dia nak tengok alam sepuas-puasnya sebelum berlaku sesuatu. 
“Kalau nak ambik angin, kita kipaskan awak pun boleh.  Ada angin jugak...”  Tuah buat lawak okey.  Tapi, muka hanya tenang tak beriak.

Aunty dan uncle dah bantai gelak.  Khalifh jegilkan mata.  Aku lebarkan senyum dan mengangguk.  Ini kali terakhir kita temankan awak, Khalifh.  

...bersambung

Rujukan Fakta : 
1.  National Genetic Education and Development Centre, National Health Service UK.
2 Polisi Transplantasi Organ Tisu dan Sel Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007.

30 comments:

  1. kak rehan.. heart : jantung..., hati : liver

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ye.. sy tau heart jantung liver hati.. part mana.. kalo part no heart feeling tu mmg btul dah..no heart n hard feeling.

      Delete
  2. harap2 tuah sentiasa sihat pas operation..sure side effect ada walau xbyk...+ve thinking + +ve attitude insya Allah cepat sembuh..utk apa2 penyakit sekalipon kecuali mati..

    ReplyDelete
  3. thumb up writer. penulisan fiksyen yg bersandar pd fakta. i like.

    ReplyDelete
  4. Aduh....kan doktor pun gelak sbb tuah bahasakan diri dia ,kita...tp kita rasa comel sgt tuah nie....jatuh suka dgn keperibadian tuah....cool girl...

    ReplyDelete
  5. Best.. Penulisan cerita berdasarkan research yang mendalam...jadi menambah pengetahuan para reader.. Thanks kak Rehan :-)

    ReplyDelete
  6. Alah..kesian Khalifh. Jgn la buat ni yg terakhir kali jumpa.

    ReplyDelete
  7. nothing more to write..just thank you RM :-)

    ReplyDelete
  8. gelak sorg baca n3 ni..blh tahan jgk tuah ni brgurau

    ReplyDelete
  9. Best sgt...tq RM...

    ReplyDelete
  10. suka.....suka.....suka.....moga hidup tuah dan khalifh lebih merrriahhhhh....

    ReplyDelete
  11. hahaha... sempat lagi Tuah buat lawak ya... saja nak sedapkan hati orang sakit dan hati sendirikan Tuah...

    ReplyDelete
  12. suka.....suka.....suka.....moga hidup tuah dan khalifh lebih merrriahhhhh....

    ReplyDelete
  13. khalifh dn khalifa memang berjodoh huhuhu

    ReplyDelete
  14. Mcm mana agaknya muka tak larat khalifh tu bla marah yer

    ReplyDelete
  15. Kite suke le cite nie.kite rs xsbr nk bc n terus bc..
    ~indazahar~

    ReplyDelete
  16. bestnya...nak lagi2

    ReplyDelete
  17. terima kasih cik writer, so esok hoho holiday ye, pastu jangan lupa upload 2-3 bab sekali okay..

    ReplyDelete
  18. jngan la kali terakhir, cian khalif rindu plak lpas ni..

    ReplyDelete
  19. suka suka . kita suka sgt.. nak kipas besar punya bolehhhh....

    ReplyDelete
  20. saya suka...saya suka nak lagi....

    ReplyDelete
  21. Menarik dn berinfomasi. Dn selalu tak sabar nk tggu next n3

    ReplyDelete
  22. writer yg bertanggungjawab. next n3 plzzze!

    ReplyDelete
  23. Hmmm baru nak tanya macamana RM boleh tahu semua. TQ RM Best!

    ReplyDelete
  24. Maaf... Tapi nak betulkan sikit boleh? Hati = liver. Heart tu jantung, :)

    ReplyDelete