Tuesday, September 10, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 1

PEDIH kulit kesan terkena air panas.  Dah pro pun tetap cuai.  Apa nak kata.  Sesaat terleka, di sinilah aku.  Hospital Selayang.  Aku pandang lengan yang dah berbalut kesan air panas.  Harap tak berparut.  Kata Rozie, tak teruk mana.  Jangan bagi kena air sangat, barulah cepat baik. 

Aku gelak sendiri.  Bebelan ma di hujung talian buat aku rasa bahagia.  Seorang mak.  Begitulah.  Macam mana lagi melainkan meluahkan rasa risau dengan bebelan.
“Tuah tak ada apa-apalah, ma.  Why you so worry?” 
Why?  You asked me why?”  Ambik.  Sekali ma speaking memang boleh buat aku gelak.  Guru lepasan TesL Universiti Kebangsaan Malaysia ni boleh tahan kalau membebel. 
“Bertuah budak Tuah ni…”  Aku tahu ma kacip gigi nak marah.  “Ma risau dekat kamu, kamu boleh tanya pulak.  Dah tu terus balik ke atau masuk kerja balik?”  soal ma.
Aku ketap bibir sambil menjeling tangan yang berbalut.  Lambat pulak nak dapat ubat ni.  Ramai sungguh dok beratur di bahagian farmasi ni. Kepala dok berkira-kira nak balik ke tidak.  Medical leave dapat.  Tapi, malas nak balik awal.  Bukan ada apa pun.  Rozie pun tak ada.  Nak tengok DVD rasanya semua cerita aku dah tengok.  Siap ada ulang tayang lagi.  Astro yang dikatakan macam-macam ada tu?  Itu ajelah yang ada ceritanya pun. 
“Tengoklah dulu macam mana.  Rumah sewa tu bukan ada orang pun.  Rozie shift siang.”
“Dah tu nak pergi kerja jugaklah ni?” 
Aku sengih.  Tak menjawab.  Dalam hati memang nak kerja.  Aku kan, gila kerja.  Apa ada hal.  Ma tahu tu.  Saja dia aje buat tak tahu. 
“Ma… Tuah nak ambik ubat ni, ma.  Nanti Tuah telefon lain, eh.  Sayang ma.”  Talian mati.  Aku tahu ma tengah merungut. 
Paling tidak pun, bertuah punya Tuah.  Aku hanya sengih.  Moga masin mulut ma.  Aku ni bertuah selamanya.  Barulah kena dengan  nama Tuah. 
Aku baru nak bangun tapi tiba-tiba aje tubuh aku kaku.  Ada tangan pegang tangan aku, merayu menangis dan merintih.  Eh, apa ni?  Aku pandang sekeliling.  Ada mata mula melihat.  Dia menangis, merayu dan meratap.  Ada saudara meninggal ke apa?  Sudah... bukan salah kita.  Aku sengih sambil menggeleng pada orang yang memandang. 
“Tolong... tolonglah...”
Pegun. Tak tahu nak buat apa. Pegangan tangan dia kian kejap. Rayuan dia makin menjadi-jadi. Tangisan dan rengekan. Parahlah macam ni. Semua orang dah tengok. Ini bukan salah kita. Bukan. Kita tak bersalah. 
Aku mencangkung di depan seorang wanita anggun yang tiba-tiba pegang kaki aku. Nak kata diorang ada shooting, heyy tak ada pun kamera atau set penggambaran.  
Puan... okey tak ni?” Baik punya soalan aku. Orang dok menangis awak tanya okey ke tak. 
Dia panggung kepala pandang mata aku. Wajah dia sembab. Airmata terus mengalir lesu. Bibir dia bergetar tapi tiada suara pun yang keluar.
Seorang lelaki yang aku agak suami dia... dan ya memang suami dia pun. Dia senyum tawar. 
“Maaflah, cik. Isteri saya ni hilang pertimbangan sikit...” 
Dia tundukkan wajah dekat dengan telinga isterinya. Memujuk dan terus memujuk tapi hasilnya… zero. 
Wanita tadi pandang aku. Dia tiba-tiba bangkit tak hiraukan suaminya. Menarik tangan aku hingga tiba di sebuah bilik kelas pertama. Mata aku bulat terpandang seorang lelaki muda terbaring lesu dengan wajah pucat. 
“Siapa ni, puan?” Aku pandang puan tadi.
Dalam hati aku sambung... apa kaitan saya dengan dia? Apa salah saya puan heret ke sini? Saya pesakit luar yang di rawat di wad kecemasan bukan nurse atau doktor. 
“Tolong Khalifh... tolong dia. Dialah satu-satunya anak yang aunty ada. Tolong dia...”  Merayu dan terus merayu. 
Aku ni mudah lemah jiwa bila orang merayu. Tapi nak tolong macam mana. Aku tak tahu. Tangan aku yang terkena air panas ni pun aku mintak tolong doktor dan nurse. 
Aku senyum lebar. Memujuk tangis dia.  Memujuk dia jangan dibuat drama swasta ini dengan orang tak bersalah seperti aku ni. 
Aunty dah salah orang ni. Saya pesakit luar je...” Ayat ajak diplomasi. 
Tapi aunty ni bukan jenis bawak berunding rupanya. Rayuan terus bergema. Dia tarik lagi lengan aku menuju ke wad.  Setelah daun pintu ditolak, dia pujuk aku mendekat pada birai katil. 
“Tengok Khalifh...”
Memang aku sedang tengok. Pucat. Nampak sakit amat. Kurus. 
“Tolong dia...”
Okey, rasa nak tolong tapi aku bukan doktor. Macam mana aku nak tolong?  “Tapi…” Baru aku nak bersuara, suami dia dan seorang jururawat tiba. Berkerut dahi jururawat yang aku kenal tu pandang aku. 
“Kau buat apa kat sini, Tuah?” 
Aku senyum. “Lawat kawan sakit...”  Dan, sejak bila Khalifh yang baru aku tahu nama dia sesaat tadi jadi kawan aku?   
Rozie jegilkan mata sedikit. Tahu aku sedang kelepet dia.  Spontan.  Tak kan aku nak cakap aku kena seret ke sini pulak?  Malulah aunty ni dengan suami dia.
“Jomlah keluar. Ambik ubat kau, then aku nak uruskan Encik Khalifh pulak.” 
Rozie kenal siapa pesakit ni.  Agaknya pesakit yang Rozie jaga.  Tak tahulah sakit apa.  Tapi nampak sangat teruk.  Kami jarang bercerita tentang kerja di rumah.  Rasa macam tak seronok.  Tempat kerja kena kerja,  balik rumah cerita tentang kerja.  Baik tinggal tempat kerja aje kalau macam tu.  Baru aku nak menapak mengikut Rozie, tangan aku ditarik lagi. 
“Macam mana saya boleh bantu, aunty?” Akhirnya aku menyoal. Andai mampu aku akan bantu.  Mahu dipujuk, dipeluk... aku sudi.  Dia wanita.  Tak berdosa. 
“Khalifh.. anak aunty. Tolong kahwin dengan dia..."
Hah? Apa dia? Ini bukan prank, kan? Hey... apa ni. Bertuah sungguh kita, Tuah. Aku rasa nak pitam bila aunty ni semedang aje pinang aku untuk anak dia. 
“Tapi kita... kita...” Aku geleng. Tak percaya. 
Rozie pandang aku dengan wajah terkejut.  Penuh tanda tanya.  Nak-nak aku tadi cakap kawan aku. Aku pandang wajah Khalifh yang terlantar... 
Kesian tapi aku mula rasa aku ni tak bertuah.  Malang punya Tuah Nur Khalifa. Pitam dua saat.
“Err... aunty ni dah salah faham ni.”  Aku sengih plastik.  Kemudian aku pandang suami dia, berharaplah sangat uncle yang gaya macho ala-ala Amitabh Bachan ni pujuk isteri dia.  Kalau tak, parahlah aku. 
“Rozie, tolong kita...” Aku  pandang Rozie.  Dia pun kaku sebenarnya. 
“As, jangan macam ni,” pujuk suaminya.  Dia pandang aku sesaat dan senyum sebelum memegang bahu isterinya erat. 
“...awak macam ni, Alifh gitu jugaklah keadaannya.  Kita serahkan pada Allah semuanya.  Kalau ada umur dia, adalah tu.  Kalau tak ada...”
“Tak...”  Aunty yang aku kenali dengan nama As ini menafikan.  Laju aje dia geleng.  Dia pandang suaminya penuh merayu.  “Dia satu-satunya harta yang kita ada dalam dunia ini, bang.  Ambilah apa saja tapi tidak dia.  Apa saja.  Sedekahkan semua harta kita dekat fakir dan anak-anak yatim.  Moga dapat kita beli doa anak-anak yatim untuk Alifh.  As tak boleh nak terima.  As memang tak boleh...”  Dia ketap bibir menggeleng kepala dengan airmata berderai laju.
Kaku aku tengok drama keluarga ni.  Aku intai wajah Khalifh.  Nampak kelopak mata dia berkedip.  Dia nampak buka mata dia biarpun berat.  Dadanya yang terdedah hingga ke paras atas pusat itu aku nampak berdetak perlahan.  Cukup perlahan.  Bila ditilik lama, kulit dia nampak kekuningan.  Jaundis?  Eh?  Orang tua pun kena jaundis ke?
“Ya, abang tahu.  Tapi, tak kanlah sampai nak suruh anak dara orang kahwin dengan anak kita yang entah berapa lama boleh hidup ni, As...”  Suara uncle ini menekan sikit.  nampak hilang sabar.
Aku pandang dia.  Yang entah berapa lama boleh hidup?  Is he going to die?  Aku pandang Rozie.  Rozie tunduk dan ketap bibir.  Nampaknya, jawapan Rozie adalah... yes!
“As bayar dia, bang.  As bayar!”  tekan aunty As ini penuh yakin dan penuh ketidakwarasan. 
Sanggup dia nak bayar dan ya memang sanggup kalau aku sekalipun bila dah hilang pertimbangan.  Tapi dia ingat aku ini anak itik tak ada reban dan tak ada ibu?  Mana boleh begini. 
Aku rasa nak marah tapi apa guna.  Orang tengah sedih.  Anak pulak seorang.  Terlantar sakit pulak tu.  Kaki aku menapak perlahan mendekati dia.  Tangannya aku capai dan aku genggem kemas. 
“Uncle... may I?”  Aku minta izin untuk bercakap dengan Aunty As seorang.  Kira rahsialah ni. 
Setelah uncle macho itu angguk, aku tarik Aunty As dekat pada birai katil anak dia semula.  Kelopak mata Khalifh tetap bergerak-gerak.  Macam dia nak buka mata.  Tapi kelemahan tubuhnya menghalang. 
Aku tarik kerusi dan minta Aunty As duduk.  Moga dia bertenang.  Perlahan aku ucapkan syahadah pada telinga dia.  Bukanlah untuk anak dia.  Tapi syahadah ini adalah  untuk kita kembali teguhkan hati kita pada tali Allah.  Allah ada penawarnya.  Setiap yang tertutup pasti ada kunci untuk membukanya.  Insya-Allah. 
Aunty As?  Boleh kita panggil Aunty As?” 
Dia diam tak memberi reaksi.  Matanya tunak merenung aku.  Yang pasti airmatanya tak pernah kering. 
“Ini anak aunty.  Nama dia Khalifh, kan?” 
“Nik Khalifh.” 
Aku senyum.  Dah tahu.  Nampak terpampang pada kepala katil sebenarnya.  Dekat daun pintu depan tadi pun perasan jugak. 
“Macam mana kita boleh bantu, aunty?  Kita bukan doktor atau pun nurse tapi kalau aunty minta dan kita boleh bantu, isnya-Allah kita bantu.”  Senyum lagi.  Senyum Tuah biarpun rasa diri tu dah agak kurang bertuah.
“Khalifh sakit.  Doktor pun tak boleh buat apa melainkan bagi vaksin yang dah tak boleh nak jadi penawar pada dia.  Aunty sedih.  Dah macam-macam tempat kami pergi.  Last sekali, hospital swasta minta kami transfer Khalifh ke hospital kerajaan...”
Aku gigit bibir bawah.  Memikir sendiri.  Kalau kata hospital swasta suruh keluarga hantar ke hospital kerajaan, maknanya ada kes kronik.  Aku pandang Rozie.  Dia senyum senget.  Jadinya, aku agak pasti Rozie tahu dan aku akan tanya dia nanti.  Tak guna nak mintak Aunty As bercerita dan tambah garam pada luka dia.
“Macam mana kita boleh tolong, aunty?”  soal aku sekali lagi.
Aunty As peluk tangan aku.  Dia kembali teresak-esak.  “Apa saja.  Janji Alifh selamat.” 
“Insya-Allah.  Kita boleh bantu tapi selamat atau tidak, umur kita milik Allah.  Sampai masa, andai kita dah membantu tapi Allah tetap panggil dia balik, aunty kena reda, tau.  Aunty tak boleh macam ni.  Mesti Khalifh tak suka,” pujuk aku. 
“Ya, bu.  Alifh tak suka ibu macam ni.”
Aku kerut kening.  Terus kalih ke kiri.  Khalifh dah buka mata.  Dia dah pegang tangan err... tangan aku.  Dia salah tangan.  Dia ingat tangan ibu dia gamaknya.  Aiseh. 
“Alifh nak ibu senyum biarpun Alifh dah tak ada nanti...”  Suara dia tersekat.  Syahdunyalah.  Nak-nak bila dia usap belakang tangan aku.  Aku yakin dia rasa dia usap tangan ibu dia. 
Aku pandang Aunty As.  “Tengok, aunty.  Alifh pun nak aunty bahagia,” tokok aku.
Aunty As senyum dalam tangisan.  Pelukan pada tangan aku terlepas.  Dia sapa pipi anaknya lembut dengan kedua belah tangan.  Saat ini barulah aku dan Khalifh berbalas pandangan.  Renungan dia lemah tapi penuh tanda tanya.  Tautan tangan kami lama.  Bila dia leraikan, barulah aku mampu hela nafas lega. 
Daripada pandangan dia, aku tahu dia nak minta maaf tapi rengekan si ibu mencantas segalanya.  Aku hela nafas lagi.  Lebih dalam, lebih lama.  Lega. 
“Alifh akan selamat.  Alifh akan selamat.  Ibu doakan,” pujuk Aunty As pada Khalifh. 
Aku lihat Khalifh ukir senyum dalam kepayahan.  Memang payah.  Aku pulak rasa menderita.  Andai kata aku yang terbaring di tempat dia dan ma berada di tempat Aunty As, macam manalah eh.  Lebih teruk daripada ini agaknya.  Kena air panas sikit pun ma dah gelabah.  Siap nak cuti kecemasan lagi. 
“Siapa nama kamu?”  tanya Aunty As pada aku.
“Tuah.”  Cukuplah sepatah aje aku bagi tahu nama aku.  Bagi tahu penuh karang, bukan ada orang nak panggil nama penuh aku pun. 
“Tuah boleh janji dengan aunty?” 
Hah sudah.  Janji apa pulak ni?  Kalau kata janji nak aku kahwin dengan anak dia lepas anak dia sihat nanti, tak nak aku.  Sungguh aku tak nak ni. 
“Temankan Khalifh sehingga dia sihat?” 
“Sampai dia sihat je?”  Aku sengih mengusik.  Wajah Aunty As berkerut.  Aku senyum tipis.  Saja bergurau.  “Insya-Allah, kalau kita tak kerja, kita datang temankan aunty eh...” 
Pandailah janji, Tuah.  Karang tak ditetapi dikira munafik, tahu?!  Habis tu tak kanlah aku nak biar aunty ni terus menangis pulak.  Kesian aku tengok dekat Khalifh yang aku sendiri tak tahu dia sakit apa. 
Aku larikan pandangan pada redup pandangan Khalifh pada aku.  Dia senyum tapi kelat amat.  Aku pun balaslah senyuman dia seadanya.  Seikhlas hati.  Semanis mungkin. 
“Janji kalau Khalifh sihat, Tuah kahwin dengan dia?” 
Hah?  Aunty ni buat lawak mega ke apa?  Soalan dia tu buat aku rasa nak lari terjun ikut tingkap.  Rozie dah jatuh rahang.  Uncle dah geleng kepala.  Aunty As semedang aje pinang orang sembarangan untuk anak dia.  Kalau aku jahat?  Macam mana?
“Err... kita tak kenal...”
“Janji Tuah nak kenal, kita boleh kenal-kenal,” cantas Aunty As. 
Sudah.  Ini bukan nak pitam dua saat, dua ribu saat aku nak pitam ni.  Ma, help me.  Aku pandang uncle yang tersenyum tawar. 
“Khalifh suka Tuah tak?”  soal Aunty As pada anak dia.

Aku nampak Khalifh pejamkan mata sekali dan bila dia buka mata, aku lihat airmata dia mengalir pada juring matanya.  Dan mudahnya, aku terjatuh.  

...bersambung

28 comments:

  1. Sedihhhhhhhhhhhhh......nak lagi, nak tau sakit ape....

    ReplyDelete
  2. Dan mudahnya, aku terjatuh..... terjatuh cinta lah dengan cerita ni plak.... KhaLifa....

    ReplyDelete
  3. nama die sane ke, khalifh, ngan Tuah Nur Khalifa?, napesikit no en3 nie, tak puas.......................

    ReplyDelete
  4. oh maii,, cerita baruu.. thanks rm

    -cikridz-

    ReplyDelete
  5. suka bila org bahsa kan diri dia "kita" bunyi sweet dan manja gitu......

    ReplyDelete
  6. RM, terima kaseh utk citer baru ni. silalah sambung. Tuah Khalif!! Jgn lupa versi cetakkan novela yg sebelum2 ini ya...

    Aminah AR

    ReplyDelete
  7. dlm suasana sedih, tp bahasa RM buat saya kengekek... nak pitam 20 saat jek!!... lebiu RM..

    ReplyDelete
  8. Comel je tuah bhsa diri kita...sakit apa la khalif ni ye

    ReplyDelete
  9. Tuah yang bertuah lah ni sebab dapat tolong orang yang belum tahu bertuah..
    sedihnya hati bila dengar seorang ibu yang sanggup merayu demi seorang anak .... huhuhu

    ReplyDelete
  10. khalif sakit ape ek.. kang tak pasal2 tuah jadi janda muda bila kawen ngan khalif..

    ReplyDelete
  11. berTuah nyer RM..akekek...doa kan tuuu..heh..

    ReplyDelete
  12. I ingat memang tuan memang janda dah baca dlm prolog

    ReplyDelete
  13. xtau nak kata apa... huuuu....

    hanya DIA yg mengetahui perasaan sy tika ini.. :-|

    ReplyDelete
  14. agak2 Tuah nie bertuah atau tak la nanti kan??? tp serius "kita" tak sabau nk tahu cite strusnya....

    ReplyDelete
  15. citer ni agak sedih kot,tapi mmg excited sgt bila baca pasal Tuah ni.....

    ReplyDelete
  16. Aunty as, minta derma hati dh ler..tetibe jer nk suh kawen..melompat la si tuah tu.. karang kalau dh derma hati..melekat la..

    ReplyDelete
  17. Aduuh..aunty as..semendang mntk jnji

    ReplyDelete
  18. alahhhh Khalifh tu kenapa? sakit apa? :'(

    ReplyDelete
  19. Cedeynyeeee....
    ~Indazahar~

    ReplyDelete
  20. saya nk kawin. eh jangan mati la. baru je bab 1

    ReplyDelete