BAB 8
JARI-JEMARI Jed
mengendang meja. Dua hari lepas Que bawa
makan dekat Sri Gombak. Sedap tapi dia
tetap tak habis nak telan. Kata Que, dia
tak habis makan sebab pakai seluar dan
baju ketat sangat. Macam barut nangka.
Sebijik lagi dia kena biarpun masa tu dah dekat nak balik.
“Aku hantar
terus ke rumah kau. Dah lewat ni.” Itu pelawaan Que malam tu. Tapi Jed melarang. Malas nak bersoal jawab dengan Ku dan Tuan
Megat.
“Eh, rumah Kak
Zah aje. Motor aku kat sana.”
Pada mulanya ingat
Que nak berkeras juga tapi lain pula jadinya.
“Kalau tu yang
kau nak... aku dah tak bertanggungjawab dah kalau apa-apa jadi pada kau.” Que senang memutuskan macam tu. Nak bertekak buat apa. Buang masa dia.
“Cik
Jed...”
Jed angkat
wajah. Dia pandang ke pintu biliknya
yang tak seluas mana ni. Besar lagi
bilik setiausaha Tuan Megat. Tapi,
bolehlah janji dia ada privacy
biarpun bilik ni tercorot dekat dengan pantry.
Wajah Juvie,
salah seorang staf pejabat Pengarah Besar, iaitu Tuan Megat tersenyum
takut. Takut sebab main tolak aje daun
pintu sebab dah ketuk beberapa kali nampak Jed tak menjawab. Termenung.
“Ada apa
Juvie?” Jed buat muka kerut. Tak ada senyum.
“Err... maaf Cik Jed. Dah ketuk tapi...”
“Abaikan
tu. Apa yang you nak?” Soal Jed tegas.
Tak
senang bila diganggu tak kena masa.
Padanlah kot Tuan Megat kata dia kalau mengarah macam nak membunuh dan
kalau meminta macam ajak bertumbuk.
Juvie menelan
liur yang terasa berpasir.
Silaplah. Kenapalah Tuan Megat
minta dia panggilkan Jed ni. Macam mimpi
ngeri nak hadap mata celak tebal tu.
“Tuan Megat
panggil Cik Jed ke bilik dia.”
Jed senyum sinis
pada diri sendiri. Dia tunduk beberapa
saat sebelum memandang Juvie.
“Dia nak
apa?”
Juvie geleng.
“Dia suruh saya panggil Cik Jed aje...”
Dalam kepala Jed
berkira-kira sendiri. Apalah yang Tuan
Megat ni nak daripada dia? Lepas kes
malam tu, dah tiga malam dia tak jumpa Tuan Megat. Di pejabat ataupun di rumah. Dengar suara sayup-sayup aje. Lepas tu Jed sumbat telinga dengan muzik yang
berdentum.
“Okey... kejap
lagi I pergi.”
Juvie
berlalu. Jed dah bangkit. Mengemaskan pakaian sendiri. Vest
dipakai. Kemeja hijau lembut itu dilipat
sedikit lengannya. Kerja berlambak, satu
apa pun dia tak tahu nak buat. Ini semua
Syakir punya pasal.
Saat dia melalui
pantry, telinganya menangkap beberapa
suara mengumpat dia. Anak hantu la... gothic la... black metal la. Jed hanya
senyum. Diketuk sekali pintu pantry yang sedia terbuka. Memastikan mata-mata yang mengutuk tu juga terbuka
luas. Cakap siang pandang-pandang. Semua buat muka kecut tapi Jed selamba. Tenang menuju ke bilik pengarah besar.
Baru saja dia
nak buka pintu, Tuan Megat dah keluar.
Memandang Jed pelik dan menggeleng sikit.
“Lambat.” Sepatah Tuan Megat komen.
“Maaf, Tuan
Megat. Banyak kerja sikit...” Jed tunduk.
Malas nak pandang wajah Tuan
Megat.
Megat Johari
mengeluh dalam hati. Jed dah kotakan
janji. Langsung tak dipanggil abah
seperti kebiasaannya. Rasa makin jauh
pula dia dengan Jed bila dipanggil Tuan Megat sampaikan Jed tak pandang wajah
dia langsung.
“Abah dah atur
temuduga. Nak pakai PM urgent.
Dalam seminggu dua ni kita dapatlah kot PM baru. Lepas tu kerja bermula macam biasa. Kira Jehanna bertanggungjawab brief dia tentang projek yang Jehanna
dengan Syakir uruskan selama ni,” ujar Megat Johari.
Bibir Jed
mengukir senyuman tipis tapi masih tak memandang wajah Megat Johari.
“Terima kasih,
Tuan Megat,” ucap Jed dan terus kalih nak balik ke bilik dia tapi suara Megat
Johari mematikan langkah.
“Dian Jehanna
Puteri...”
Jed kalih. Senyum tipis memandangkan ada beberapa orang
pegawai bersama dengan Megat Johari.
“Malam ni makan
malam dekat rumah dengan abah dan mummy.”
Jed senyum tak
bersuara. Angguk tidak, menolak juga
tidak. Dia terus berlalu daripada
situ. Rimas diperhatikan dan geli bila
Megat Johari cuba nak buat baik lepas lukakan jiwa dia dengan teruk.
Setelah kelibat
Tuan Megat dan beberapa orang pegawai juga pelanggan itu berlalu, hilang
daripada pandangan, Jed pusing badan hendak kembali ke bilik. Setidak-tidaknya Tuan Megat tak herdik dia
lagi dan dia bakal ada pengganti Syakir.
Dia tolak daun
pintu yang tadinya terkatup rapat. Baru
saja nak masuk, wajah seorang lelaki tersenyum.
Tenang duduk di atas kerusi depan meja dia. Tersenyum tipis. Senyuman yang biasa dia
lihat tapi jarang hendak dia balas.
“Minggu ni I last…”
Syakir senyum lagi.
Dia nak jumpa
Jed sebelum terbang ke Manchester untuk sambung pengajian dia. Itu pun atas nasihat dan peluang yang diberikan
oleh Tuan Megat.
‘Rindulah nanti
I pada you, Jed…’ Syakir sedikit resah
nak tinggalkan Jed.
Tak tahu kenapa,
sejak pertama kali Jed masuk bekerja dan menjadi penolong dia, dia memang
sukakan perempuan ini biarpun dia payah nak terima penampilan dan sikap Jed
yang payah untuk dia tebak.
Bibir Jed
menyenget ke kiri. Senyum sinis dengan
kata-kata Syakir. Sebenarnya dia tak
tahu menahu langsung yang Syakir akan sambung belajar. Tahu secara tiba-tiba dan buat dia bergaduh
teruk dengan Megat Johari.
“Tak sangka I
orang yang terakhir tahu.” Jed duduk di
depan Syakir yang masih lagi tersenyum manis.
“Sorry, Jed. I ingat nak surprise kan you.”
“And sorry. I tak surprise
langsung.” Membahang adalah. Sambung hati Jed.
Bahu Syakir
naik. Mengalah dengan kedegilan seorang
gadis yang sebenarnya sudah memiliki hati dia.
“I’ll be back,” janji Syakir.
“Of course you kena balik. Mahu tak mengamuk Tuan Megat tu nanti. Hantar belajar jauh-jauh tapi balik you
belot,” sembur Jed.
Kali ini,
mengundang tawa Syakir. Tawa menyembunyikan kecewa. Jed langsung tak terusik dengan pemergian
dia. Orang lain kemain bersedih. Hilang seorang pegawai yang berkaliber tapi
Jed hanya beku tak memberi reaksi.
Kecewa juga hati Syakir.
“Yeah… tak ada apa yang mampu surprisekan you, kan?”
Jed pandang
Syakir dua saat. Ada… jawab hati
Jed. Aku dah jumpa seorang yang mampu
buat aku terkejut sampaikan jantung aku bekerja lebih daripada biasa.
“Lepas ni I
harap you jaga diri betul-betul. Jangan
asyik kerja aje…”
Jed pandang
Syakir, menerima kata-kata Syakir sebagai satu sindiran. Macamlah dia tak tahu, kerja dia pun banyak
Syakir bereskan. Syakir tak berkira. Itu dia akui.
Bibir Syakir
lebar dengan sengih. Daripada riak wajah
Jed, dia tahu Jed rasa disindir. Dia tak
ada niat pun sebab dia tahu, Tuan Megat akan guna anak sendiri sehabis daya
sementara temui pengganti.
“…Please, eat.”
Itu yang penting
pada Syakir. Selalu ajak Jed makan
ditolak dingin. Tak pernah sekali Jed
angguk kepala. Sanggup berlapar sebab
tak nak makan sama. Alih-alih dia Nampak
Jed kacau milo di dalam pantry. Tak pun bila balik kerja, dia nampak Jed
lepak makan kat kafe area downtown sana. Melepak dengan budak-budak liar. Dia tak kata semua tapi pasti ada.
“Jangan
risau. I’ll eat a lot…” Sebab dah
ada yang tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Tak susah.
Dia sediakan semuanya biarpun dengan penuh sinis.
Keluhan tipis
lepas daripada celah bibir Syakir yang sedikit lebam. Tanda merokok tapi bukanlah perokok
tegar. Biasanya sebab nak tahan mata
daripada lena demi menghadapi kerja yang menimbun.
Dia sentiasa
kalah dengan Jed. Ada saja jawapan
Jed. Dia pun tak pernah berterus-terang
dia suka Jed tapi rasanya bahasa tubuh dia dah bercakap lebih kuat daripada
suaranya. Jed faham. Syakir tahu tapi Jed sengaja buat tak
faham.
“You hantar I
tak nanti?” Tanya Syakir. Ubah topik sebab dia yakin juga Jed ni nampak
aje liar tapi jenis pandai jaga diri.
Tangan di bawa
ke atas meja. Bersulaman sesama sendiri
merenung mata Syakir buat beberapa ketika sebelum memandang skrin leper yang
gelap.
“Tak kot…” Akhirnya, jawapan yang masih mengecewakan di
saat-saat akhir.
Bibir Syakir
herot dengan senyuman sinis pada diri sendiri.
Salah perhitungan lagi. Ingatkan
dah nak pergi, bolehlah pancing minat Jed sikit tapi hampes. Apa pun tak boleh.
“Harap you tak
lepak Orange Range sampai lewat malam…”
“Tak apa. Kat situ I ada…” Bicara Jed mati. Dia pandang Syakir tapi nampak wajah
Que.
Que yang
sinis. Que yang berlagak bagus. Que yang
ambil tahu pasal dia biarpun daripada mulut Kak Zah. Que yang suka buat dia sakit hati dan Que
yang berjaya buat airmata dia menitis kerana rasa terharu.
“You ada
apa?” Soal Syakir ingin tahu.
“I ada Lis,
kawan I…” Cepat aje Jed putar alam cari
jawapan.
Syakir senyum
sinis. Dia renung dalam anak mata Jed
yang agak menakutkan itu. Anak gadis
yang sentiasa menjadi buah mulut pekerja lain tapi Jed hanya buat hal sendiri.
“Apa pun…” Syakir bangkit.
Malas dah nak
berlama-lama dalam bilik Jed. Nanti hati
dia tercabar sendiri sedangkan Jed tetap dingin begitu.
“… See you after a couple of years. I harap masa tu…” Syakir tak habiskan ayatnya.
Dia menapak
tenang menuju ke pintu dan berpaling lama memandang Jed yang Nampak sedang
menanti ayat yang seterusnya daripada celah mulut dia.
“…harap masa tu you single and still available…” Syakir kenyit mata.
Jed kerut
kening. Akhirnya, Syakir akui biarpun
tidak secara langsung. Selama ini dia mampu baca bahasa tubuh Syakir tapi malas
nak layan.
Senyuman tawar
terukir pada bibir Jed. Biarlah buat
kali terakhir dia senyum pada Syakir biarpun tak ada perasa.
“Harap you jumpa
apa yang you nak dekat sana nanti…”
Dalam maksud ayat ‘apa yang you
nak’ itu dituturkan.
Dia bukan untuk
sesiapa. Dia tak tercipta untuk
Syakir. Syakir baik. Cuma hati dia tak terbuka langsung. Nak-nak masalah keluarga, dia malas nak
fikirkan keluarga sendiri.
“We’re not meant for each other,” sambung
Jed.
Bergetar bibir
Syakir saat ini. Tidak dapat tidak, dia
hanya paksa diri mengukir senyum. Kecewa
berganda-ganda. Siapa tak kecewa bila
kasih dipandang sepi secara terang. Tak sempat
mencuba langsung. Kalah tanpa masuk ke
pintu gelanggang.
“Wait for me,” tukas Syakir perlahan
sebelum dia berlalu.
Tubuh tegak Jed
tersandar pada belakang kerusi. Keluhan
dilepaskan. Kalau kata Syakir balik
nanti, Syakir masih tagih kasih dia tapi dia masih tak boleh nak terima rasanya
itu bukan lagi salah dia. Dia dah cakap
terang dekat Syakir. Apalah yang payah
sangat nak faham?
Inilah yang buat
dia rasa meluat dengan lelaki spesies ini.
Baik tapi terlalu lemah rasanya.
Nak harap pada dia untuk jadi pasangan hidup? Memang lelaki itu kena fikir berpuluh kali
dulu. Dia, biarpun jahil tapi sedar
kelemahan diri. Payah nak baiki bila
keadaan tak pernah nak berpihak pada dia.
No comments:
Post a Comment