Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Berdebar macam buku pertama. Ya, yang ke sejuta pun tetap rasa seperti yang pertama. Jatuh cinta pandang pertama memang indah, kan? Terima kasih Kak Hani sudi melayan karenah saya tentang hal kulit buku. Terima kasih Moon, mencetuskan idea. Terima kasih buat anda yang menyokong, buat anda yang mendoakan. Pada yang tertanya, kenapa IKP? Sebab rezeki saya dan BHK tertulis dengan mereka. InsyaALLAH bakal menyusul lepas ni dengan Karyaseni. Saya sayangkan Karyaseni dan kedua-duanya.
Alhamdulillah...
Atas nikmat dan kurniaan serta belas ihsan DIA pada saya. Berkat Ramadan, saya persembahkan :
----------------------------------------------------------------------------------------
BAHASA HATI KITA - Kita bersama demi kasih DIA
Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi.
“Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain.” - Que.
“Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed
Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu.
“Kau memang benci aku, kan?” tanya Jed pada Que.
“Aku tak cakap aku benci...”
“Tapi, kau tak suka aku,” cantas Jed.
“Pun aku tak cakap aku tak suka...” Que renung Jed dua saat.
“Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...”
Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan.
“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed
“Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que.
Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.
------------------------------------------------------------
Harga : RM 26 (Semenanjung) /RM 29 (Sabah/ Sarawak)
*RM24.00 (diskaun RM2 untuk pembelian online (poslaju adalah PERCUMA)
Cara untuk menjadi yang terawal adalah semudah alif ba ta. Sila ikut flow di bawah, ya?
Bayaran adalah sampai 16 Julai sahaja. InsyaALLAH ada sikit buah tangan dan tandatangan saya yang tak lawa tu. ^_^
Ke akaun : NORLIZAWATI BINTI MOHD SIDEK
CIMB : 7041047438
MaYBaNK : 101302172999
Emelkan
Nama:
Alamat:
No Tel:
Buku yg di order:
Bukti bayaran
Ke lizmultyview@gmail.com
Atau pada yang ada FB, cari FB mereka untuk belian yang sangat senang. Tak perlu mendaftar.
YATIE PYAN
AYU DZULKARNAIN
MAZLINDA ZAINUL ABIDIN
SARINAH AINI
TIE TINIE
LIZA WATI
(jangan dengan saya sebab saya tak amik apa2 order)
Atau cari FB Idea Kreatif.
InsyaALLAH layanan mereka adalah kelas tersendiri. InsyaALLAH minggu depan dah boleh dapat bagi mengembalikan nostalgia JeQue persis Ramadan yang lalu di dalam Ramadan yang ini. Dan juga, kisah bagaimana hidup mereka setelah Ramadan berlalu.
Salam
(cover penuh)
Alhamdulillahirabbil 'alamin... congrats RM :)
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteTahniah RM, tak sabar utk miliki BHK
ReplyDeleteCongrats sis!! Rezeki Dia di bln yg mulia ini..
ReplyDeleteTahniah RM...your piece selalunya tak mengecewakan...bestttt..:-)
ReplyDeleteTahniah.....akhirnya...
ReplyDeleteTahniah..horreyyy..da lg hasil kak rehan dlm koleksi
ReplyDeleteTahniah...tak sabar nak peluk ketat-ketat.
ReplyDeleteTapi...dok piker nak beli sekarang atau sabar sampai Pesta Buku Selangor..
sanggup ke nak tunggu sampai pesta buku selangor tu? hehe.. :)
Deletepeace..ampun sebab nyampuk..
tahniah...x sabar nk peluk
ReplyDeletekalo beli ngan IKP dapat tandatangan gak tak?
ReplyDeleteAlhamdullillah. Insyaallah akan ku dapatkan dia.
ReplyDeleteRM bila nak sambung N3 seseorang untuk dia?..lama tunggu
ReplyDeleteDah pun order tapi org di sana terima tak email tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrehan....akk dh dapat BHK yg diorder semalam...thanks for the autograph...tq tq tq.....dah abis baca pun...akhirnya....senyum sampai ke telinga....berbaloi....:)
ReplyDeleteZuraihan