Cp. 6
AIR yang baru menyentuh
lidah tersembur keluar. Mujurlah baru
disisip sikit. Buatnya dia teguk separuh
cawan, mahu hitam semua kertas putih di depan mata.
Sufi... Sufi...
Benjy menggeleng dengan
wajah pasrah. Tergamak betul dia buat kopi
pahit gini gaya. Tak letak gula langsung
agaknya. Macam makan hempedu.
“Pantry tak ada gula
ke?” Sinis.
Sufi senyum
pendek. “Kata saya senyum dan cukup buat
kopi tu manis. Saya senyum lebar, tahu
tak.” Dalam hati dia ketawa mengekek.
Padan muka bos. Itulah.
Orang tanya betul, dia main bahasa puitis bagai. Tak ada masa eh nak terokai bahasa orang
jiwang ni. Memang tadi dia sengih
lebar. Lebar sebab dia hanya letak gula
satu sudu. Memang pekat, likat, hitam,
menawan dan pahit kelat.
“Manis tak, bos?” Entah kenapa, di depan Benjy rasa ringan
lidah nak bertutur. Dengan yang lain,
bagai disuruh telan bara api kalau ajak sembang.
Pada mulanya rasa nak
angkat penumbuk aje di depan Sufi. Tapi,
melihatkan kebekuan pada wajah manis itu mula mencair, tak jadi itu semua. Rasa lapang dada biarpun lidah masih terasa
pahitnya air yang dihidang.
Benjy bersandar pada
kerusi. Direnung Sufi sesaat sebelum dia
tunduk dan mencapai tangkai cawan. Kopi berasap
itu didekatkan ke bibir. Dia dah
janji. Kalau Sufi senyum, dia akan telan
air itu biar sepahit mana pun. Lagipun,
Sufi tak letak racun.
Wajah persis anak Cina
itu berkerut lebat. Kening hitamnya
hampir bertaut. Hidung mancungnya
kembang-kempis. Nak terburai isi perut
bila disisip air itu perlahan-lahan.
“Eh, Encik Benjy...” Wajah Sufi kalut. Biar benar Benjy ni teguk jugak air kelat
tu. “...saya tak tahu nak bubuh gula
berapa sudu sebenarnya. Ni...” Sufi letak balang gula di depan Benjy. “...saya bawa balang. Encik Benjy bubuh la sendiri berapa sudu yang
nak...”
Risau pulak dia bila
Benjy bagai dah hilang deria rasa. Dia pulak
yang telan liur. Dia yang berkerut dan
dia yang rasa bersalah. Tapi, Benjy
hanya tenang menghirup sedikit demi sedikit hingga separuh cawan.
Memang pahit tapi boleh
bertahan. Nyata, mata yang lalok kembali
terang. Dia cuba jegilkan mata. Nafas lega dihela. “Boleh tahan kopi awak. Esok buat lagi, ya?” Dia kenyit mata pada Sufi.
Hampir saja Sufi
melopong. Amboi, nak suruh orang buat
lagi. “Saya bukan PA Encik Benjy...” Dia saja nak ingat Benjy. Dia pun ada tugas lain yang perlu dipikul dan
dia tak dibayar gaji untuk jadi setiausaha Benjy pun. Jika Nazmi dulu, Fizah yang rajin melayan
karenah Nazmi. Harap ke dia, memang Nazmi
tu makan hati saja.
“Boleh tak jadi PA
saya?” Mata Sufi dipandang tenang. Ini permintaan ikhlas. Jika Sufi katakan ya, dia nak minta izin bos
untuk tukar portfolio Sufi buat sementara.
Riak Benjy serius. Dia benar-benar maksudkan. Tapi, nampaknya pada Sufi ianya hanya sebagai
gurauan.
“Saya tak reti buat
kerja PA...” jawab Sufi menolak tapi
letak kakinya dah hampir goyah. Nampak wajah
Benjy bersungguh-sungguh. Langsung tak
nampak main-main.
“Tak reti boleh
belajar...”
“Buat kopi?” duga Sufi dengan kening yang naik tinggi.
Perlahan-lahan wajah serius
Benjy bertukar tenang. “Tak payah buat
air. Hari-hari minum kopi pahit, muka
saya yang sedia kelat ni bertambahlah kelatnya...”
Mata dijuling ke
atas. Sufi dekat nak ketawa dah. Pandai pulak Benjy ni buat lawak kering.
“Err... tak apalah,
Encik Benjy. Saya memang suka dengan
tugas saya sekarang...” Ya, biarpun
sebagai kerani. Cukuplah tu. Dia pun tak belajar tinggi.
“Okey. Dah itu kata awak, saya tak paksa...” putus Benjy.
Sufi tarik muka. Biar betul?
Senang betul dia buat keputusan. Kalau
Nazmi dulu, kemain memujuk. Sampai berhari-hari. Malah siap mintak tolong pada Nani. Namun, dia tetap menolak. Sudahnya Fizah yang banyak membantu uruskan
hal Nazmi. Tapi, Benjy... sekali meminta
dan di situlah keputusan dibuat. Nyata,
tak ada dalih atau alasan – Benjy terima bulat-bulat.
“Kalau gitu, saya
keluar dululah...”
“Tunggu...”
Sufi tak jadi
melangkah. Mata Benjy terangkat. Diisyaratkan agar Sufi duduk di
depannya. Sejak tadi berdiri, kesian
pulak. “Ini laporan yang awak buat ya,
Juliana?”
Kening tipis Sufi
berkerut mendengarkan pertanyaan Benjy.
Hari tu kemain lagi nak panggil dia Sufi bila dia kenalkan diri sebagai
Juliana. Sekarang ni tak panggil pun
Sufi.
“Err...ya saya...”
“Erm...” Kepala Benjy jatuh beberapa kali. Mengangguk.
“...nampak okey...” Kepala
dipanggung. Barulah memandang tepat pada
mata bundar milik Sufi. Bibirnya koyak
dengan senyuman. Tapi tak lama. Mata Sufi menakutkan. Mata Sufi bagai belati dan dia terhiris
setiap kali direnung.
“Terima kasih beli
sarapan dan buat air. Awak keluar dulu. Kalau ada tak kena, saya bagitahu
semula...”
Senang Benjy memberi
arahan. Bukan apa, dia tak nak
berlama-lama dengan Sufi buatkan mata dia semakin derhaka pada diri
sendiri. Bukan mudah dia nak halang mata
dia agar berhenti daripada menatap anak dara orang. Bukan senang.
Kerana dia terlalu takut sebenarnya.
“Okey, Encik
Benjy. Saya keluar dulu...” Sufi berkalih. Kaki melangkah kemas tapi baru saja pegang
tombol pintu, dia tak jadi nak keluar.
Dipusing tubuh menghadap Benjy yang masih ralit membaca laporannya. “Encik Benjy keluar makan tengah hari nanti?”
“Tak pasti...” Benjy menjawab tanpa angkat kepala. Dia dah dapat rasa Sufi akan berhenti di muka
pintu. Dia pun dah dapat agak soalan itu
akan di tanya dan pada dia itu soalan biasa daripada pekerja untuk bosnya. “Lagipun, banyak benda nak buat...” Barulah dia panggung kepala.
“Nak saya
tapaukan?” pelawa Sufi penuh
hormat.
Apa yang pasti dia mula
selesa nak berbicara dengan Benjy. Benjy
jarang pandang tepat ke wajahnya. Jarang
sangat. Kalau bercakap, banyak tunduk. Acah-acah baca laporanlah. Buat kerjalah. Tapi, okeylah daripada Nazmi dulu tu. Pandang orang macam nak telan.
“Awak keluar dengan
Hanani?”
Sufi angguk.
“Kenapa tak keluar
dengan kawan-kawan lain sekali? Kan lagi
meriah makan sama-sama dengan kawan-kawan sekerja...” Itu yang dia dah nampak sekarang. Sufi nampak memencilkan diri. Kalau Nani tak pergi bertenggek tempat kerja
Sufi, memang Sufi tu sendiri sampai balik.
“Nak jawapan jujur ke
tipu?” Sufi sengih. Sebenarnya dia dah resah nak jawab apa. Kawan-kawan lain tu manalah suka dia. Nak-nak Si Fizah. Nak beralasan, lambat-laun Benjy tahu jugak
yang dia tak disukai.
“Jawapan yang awak rasa
senang nak bagitahu?” Seperti biasa,
Benjy tenang berkompromi.
“Jujurnya, diorang tak
suka saya...” Tersengih malu Sufi
mengaku. “...boleh jadi sebab saya jenis
payah nak rapat dengan orang kot...”
Pengakuan Sufi buat
Benjy ketawa kecil. Menggeleng dua tiga kali dan menyandarkan belakang yang
lenguh pada belakang kerusi. Jujur
sangat ni.
“Tak apalah. Nak bagi orang suka kita ni, payah. Janji saya suka awak, rasanya itu dah lebih
daripada cukup kot...” ujar Benjy dah
kemudiannya tunduk semula. Dia tahu Sufi
sedang terkejut dengan kata-kata dia.
“Err, Encik Benjy cakap
apa tadi?” Rasa macam salah dengar
kot? Ke betul? Dia cuba betulkan selendang yang kemas
melilit. Kotlah menghalang
pendengaran.
“Nak jawapan jujur ke
tipu?” Benjy memulangkan paku buah
keras. Sufi terkedu beberapa saat
sebelum menjawab.
“Jawapan yang senang
nak bagitahu...” Dia tak kalah
juga. Dikenakan Benjy semula hingga
kening lebat lelaki itu terjongket tinggi.
“Jujurnya, saya suka
awak tapi...” Benjy tegakkan tubuh. “...cukuplah saya je yang suka awak...” Bicara Benjy mati di situ.
Dan... awak tak boleh
suka saya. Tak boleh! Hatinya menyambung. Ngilunya terasa.
Wajah Sufi mendung
tiba-tiba. Tak faham apa yang Benjy maksudkan. Cukuplah kalau dia je yang suka aku? Jadinya aku tak perlu suka dia? Gitu? Minda
berteka-teki menjawab sendiri soalan yang bergema dalam benak.
“Jangan risau... saya
tak mudah nak suka orang...” ujar Sufi
rendah perlahan. Antara dengar dan
tidak.
Keselesaan dia dan
Benjy tak bertahan lama. Ianya berakhir
begitu saja.
Setelah daun pintu
terkatup rapat, Benjy hanya merenung susuk tubuh Sufi yang nampak daripada
celah bidai yang terbuka. Berlalu tanpa
berpaling walaupun seinci. Ya, tak payah
suka saya, Sufi tapi awak tak boleh nak halang saya suka awak.
Jadi...
Biarkan saya.
Biarkan saya suka
awak.
Dia pandang cawan yang
masih berisi separuh air hitam itu. Dicapai
dan diteguk sedikit rakus. Halkum bergerak
kasar. Tak dihirau dengan airmata yang
terbit pada juring menahan rasa pahit. Bila
titisan terakhir melalui rengkung, Benjy lap bibirnya kasar. Nafasnya mengah seperti satu waktu di mana
dia pernah bermimpi dikejar bayangan hitam di dalam tidurnya.
Peluh sejuk merintik
pada dahi. Jika sebegini pahit air
penghilang dahaga yang Sufi hidangkan, akan lebih pahit masa depan bahana dua rasa yang bakal berlaga.
....2bCont...
Yeayy..i'm the first..tgh2 bc tetiba kluar yg br...best best !!! TQ RM sayang...
ReplyDeletedpt rasa mesti pahit rasanya apabila krbenaran silam tersingkap...ataupun pahit yg jadi ubat jiwa yang dah lama sakit
ReplyDeletebnyk lgi rahsia ni kak rehan...
ReplyDelete...benjy k yg menikam sufi...hua...payahnya laluan hati benjy..berliku2 tajam berbucu
ReplyDeleteKenapa ye?? Ayat puitis2 si benjy ni.
ReplyDeletepheww..
ReplyDelete-khairul lynn-
Benjy.. Sufi.. :)
ReplyDeleteI'm just curious adakah benjy org yg menusuk pinggang sufi suatu ketika dulu...sbb tu dia kata sufi x bleh suka dia..
ReplyDeleteDan seperti sblm ini ...2bCont... Jgn ambil masa lama tau.. RM The Beauty...
ReplyDeleteOooohh.. sabarlah hati..
ReplyDeleteTq dik reHan tp akak masih menanti beberapa kisah yg belum bertemu ngan penghujungnya
ReplyDeleteLagi bagus kalau kisah silam tu terungkap n djadikan pengajaran kan..^^
ReplyDeleteAla benjy ke yg tikam sufi dl?
ReplyDeleteTerima kasih :-D
Ayat berbunga-bunga... kata tak suka Tapi di hati siapa tahu! Next chapter,RM... :)
ReplyDeleteRM cepat habiskan citer ni....buat hati berdebar debar...x senang duduk ni.
ReplyDelete"Jujurnya saya sukakan awak tapi.. hati saya berharap awak juga sukakan saya" cewahhh
ReplyDeleteTiap2 bait yang saya baca & hayati kenapa saya rasa Benjy & Sufi sangat dekat. Firasat saya kata Benjy yang tikam Sufi. oooo adakah2?
Saya pun rasa mcm tu. Benjy org yg sama sbb benjy takut nak tengok mata sufi. Kan kejadian dulu memang mereka bertentang mata.
ReplyDeleteokey, surrender nak fikir lebih so ambil langkah tunggu dan lihat dgn hati terlompat2 tak sabar tunggu sambungan ni..
ReplyDeletepahitnya air kopi yg sufi buat..mungkin pahit lg kebenaran yg akan tersingkap kelak..
ReplyDeleteHaha..nk sgt kopi x de gula..kn pahit amat...
ReplyDeleteBenjy ke beast tu?
ReplyDeletekak, cerita ni habis kat block ker ?
ReplyDeleteMntak2 hbih kt blog aje...
DeleteKalau bukan benjy pun yg tusuk pinggang sufi...mungkin ada la kerja tak elok yg dia pernah buat...alahaiiii sian benjy
ReplyDeleteJangan lah benjy, yg tikam sufi
ReplyDeletedan benjy yg dermakan buah pinggang
Terkadang rasa itu biar hanya kita yang tahu kerna bukan semua suka rasa yang sama...
ReplyDeleteSepertinya rasa yang seringkali hadir dalam sanubari saya setiap kali menatap cantuman huruf-huruf dari jiwa minda Rehan Makhtar... some may find itu too melancolic but to me... it's a sense of satisfaction... :-)
salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat
ReplyDeleteRasa macam ade something sangat Benjy-Sufi ni. Whatever they have between them, jangan lah Benjy tu orang yang tikam Sufi dulu...
ReplyDelete