Saturday, October 11, 2014

Beast and The Beauty - Cp.9

Cp. 9

DEKAT luar hujan lebat menyimbah.  Dengar kata ada sesetengah kawasan di lembah klang dah dilanda banjir kilat.  Sufi jenguk ke belakang.  Langit pun macam malam dah walaupun baru dekat pukul 5.30 petang.  Mesti jammed teruk ni kalau ayah masuk pusat Bandar ni.  Dahlah Nani tak datang kerja hari ni.  Demam pulak katanya. 

Dia resah.  Duduk dah tak betah mana.  Jam di pergelangan tangan dikerling berkali-kali.  Cepatlah dentingan jam ke angkat 5.30 petang.  Dia memang nak cabut ni.  Tadi dah bagitahu ayah nak balik sendiri.  Benar kata ayah, sampai bila?  Betul kata abang, sampai masa dia perlu berdiri atas kaki sendiri.  Tepat juga kata mama,  yang dah jadi itu ketentuan.  Allah dah tulis macam tu.  Nak padam macam mana?  Yang bakal terjadi depan hari juga kita tak mampu nak duga. 
Jadi, pilihan yang tinggal hanyalah hadapi hidup seperti yang telah takdir tetapkan.  Que sera-sera.  Whatever will be, will be.  Que sera-sera.  Dada yang berdebar laju ditepuk perlahan.  Dipujuk sehabis daya.  Sebenarnya, ketakutan itu bukanlah daripada mama dan ayah tapi diri dia sendiri juga masih lagi trauma. 
“Kenapa?” 
Kepala Sufi terangkat.  Dada dia hampir pecah bahana terkejut ditegur tanpa tanda.  Dia hela nafas berat.  “Encik Benjy rupanya...”  Tak  lama, dia terus kembali tunduk pada meja yang masih bersepah. 
“Nak balik dah ke?”
“Kejap lagi.”
“Nani tak datang.  Balik dengan siapa?” 
Sufi gigit bibir.  Kalau kata nak balik sendiri, mesti Benjy tawar diri nak hantar.  Ala macam dalam novel cinta tu.  Bila heroin kata balik sendiri.  Hujan pulak tu.  Mulalah hero tawar diri nak hantar.  Gentleman sangat.  Hati Sufi mencebek lebar.  Tapi, tak kan nak tipu pulak. 
“Balik sendiri je...”  Akhirnya.  Tapi, bukan niat nak minta dihantar.  Dia kena kuat balik sendiri.  Tak perlu nak takut. 
“Oh...”  Benjy terangguk-angguk.  “Hujan lebat ni...” 
Okey.  Sufi buat muka sikit.  Seperti yang dibayangkan.  Hero novel dah muncul.  Tall-handsome but a bit fair.  “Tak apa.  Hujan air je...”
“Kalau api tak kan nak redah pulak.  Ya tak?”  bidas Benjy selamba.  Dengan Sufi ni bukan boleh cakap elok.  Asyik-asyik dia yang kena lastik.  Sesekali, dikenakan Sufi apa salahnya. 
“Oh, kalau terpaksa api pun saya redah...”
“Erm... ni mesti banyak baca novel cinta.  Lautan api sanggup kurenangi.  Masalahnya, pandai ke berenang nak redah lautan?  Kuat ke diri nak tahan ombak yang menghentam?” 
Kening Sufi makin berkerut.  “Okey.  Sekarang ni siapa yang suka novel cinta ni?”  Bibir Sufi herot.  Dia sedang sabar ni. 
Tak semena, Benjy muntahkan tawa.  Terkekek-kekek tapi tak lama bila ada mata lain yang memandang.  Sebenar dia datang ni nak bawa khabar baik.  Itu aje.  Tapi, tak apalah.  Mood Sufi nampaknya dah rosak teruk ni.  Cakap nanti, lagilah haru. 
“Kalau gitu, hati-hati balik nanti...”  Sebelum dia berlalu sempat dia menjeling pada kaki Sufi.  “Elok tukar kasut sebelum balik.  Tersadung dengan kasut 3 inci tu, ramai yang tolong nanti...” 
“Huh?”  Sufi jeling kasutnya. 
“Tolong gelak...”  sambung Benjy.  Terus dia atur langkah kemas menuju ke biliknya.  Dia tahu Sufi sentiasa merenung setiap kali dia berlalu dan dia juga dapat rasakan detak jantung Sufi setiap kali dia mendekati.  Apatah lagi setelah pertemuan di airport tempoh hari.  Dia dapat rasa yang takdir sedang mendekatkan mereka. 
Yang jadi persoalan, mampu ke dia elak bila dia sendiri tak nak Sufi mendekat? 


TAK ADANYA macam dalam novel cinta.  Benjy tak tawarkan diri walaupun sepatah ayat untuk hantar dia balik.  Dan, Benjy tu bukan jenis macam tu kot.  Elok  jugak.  Tak payah dia bina ayat untuk menolak pelawaan.  Kenderaan awam banyak di jalan.  Orang pun ramai.  Siapa yang nak buat bukan-bukan dekat dia? 
Dia memegang payung kuat melangkah ke perhentian bas di depan Hotel Primera.  Tak  lama menanti, bas menuju ke rumah tiba.  Dia memanjat anak tangga tanpa menanti.  Mujurlah ada tempat duduk.  Dan, dia tahu perjalanan dia akan menjadi satu perjalanan yang panjang memandangkan jalan yang sesak amat. 
Baru aje bas nak bergerak, dinding bas diketuk kuat.  Dada Sufi berdebar.  Risau.  Dia memandang sekeliling.  Semua sibuk dengan gadjet masing-masing.  Dia larikan anak mata ke depan.  Seorang lelaki berjaket hitam siap dengan hoodie sedang membayar tambang.  Dadanya semakin berdetak laju.  Terasa seperti sejarah bakal berulang.  Beg dipeluk erat.  Dilarikan pandangan ke luar cermin bila lelaki itu melaluinya dan  mengambil tempat duduk di sebelah sana dan sedikit terkebelakang.  Rasa diperhati, rasa dijadikan target, bibir Sufi tak lepas dengan bacaan doa. 
Airmata dia hampir menitis.  Jika beginilah rasa ketakutan bersendiri setelah sepuluh tahun ditemani, rasanya dia pasti merayu Benjy untuk tumpangkan dia ke rumah.  Dia akan buang rasa malu, ego dan rasa tak percaya pada Benjy.  Sungguh! 
Perjalanan yang terasa hening biarpun di tengah kebingitan.  Dia memang diperhatikan.  Sufi gagau telefon dalam beg.  Allah, bateri dah tak ada.  Macam mana dia nak minta mama tunggu dekat bus-stop dekat taman perumahan dia nanti?  Tentu dia buka langkah seribu sebaik saja bas berhenti nanti. 
Matanya dipejam rapat.  Tak nak dia pandang sekeliling.  Bayangan lelaki bertopeng dulu menujah kuat dalam memori.  Peritnya kesan tusukan itu kembali terasa.  Perjalanan yang sepatutnya setengah jam saja menjadi satu jam setengah.  Sebaik bas berhenti, Sufi turun daripada perut bas dan menapak laju tanpa berpaling lagi.  Entah kenapa, dia masih rasa diekori.  Peluh cuak mula merenik pada dahi yang licin. 


SEBAIK saja tiba di rumah, Sufi terus memanjat anak tangga menuju ke bilik.  Nyata, mama dan ayah belum tiba di rumah.  Kereta Abang Jo pun tak ada di depan.  Dia keseorangan.  Dadanya berdetak laju.  Cuba ditenangkan sebaik mungkin.  Dia terus capai tuala dan masuk ke bilik air.  Kena bersihkan diri.  Nanti, sakit kepala.  Usai mandi, sempat dijenguk luar tingkap.  Mendongak pada langit yang kelam seperti malam.  Hujan masih turun mencurah-curah.  Tak ada tanda nak berhenti langsung. 
Keluhan tipis terlepas.  Baru saja nak lepas langsir yang diselak, matanya tertancap pada seberang jalan.  Tepat di depan rumahnya.  Ada seorang lelaki berbaju hujan warna hitam sedang berdiri tegak di situ.  Jika diperhati, tak ubah seperti sedang memerhatikan dia tapi tak lama.  Sekelipan, lelaki itu berlalu pergi meredah hujan. 
Birai mata Sufi basah.  Sungguhlah.  Dia bukan rasa diikuti tapi dia memang diikut sejak daripada dalam bas tadi lagi.  Dia cam lelaki tu.  Dia tahu lelaki itu yang turut sama ada dalam bas tadi.  Tak sedar, airmatanya menitis sendiri.  Ketakutan merajai.  Sufi berlari mencapai telefon yang ada di atas katil.  Dicapai hingga tercabut daripada cas.  Nombor ayah didail.  Tak dapat.  Nombor mama juga tak dapat.  Nombor Abang Jo, juga tak bersambung.  Airmata kian lebat. 
Dalam pada menahan dada yang sesak apatah lagi guruh berdentum kuat di luar sana, Sufi hampir terduduk.  Saat itu satu panggilan daripada nombor asing masuk. 
“Dah sampai rumah?”  Soalan itu tenang menyapa telinga. 
Sufi masih gamam.  Suara siapa? 
“Juliana?” 
“Hah?”  Dia baru tersedar bila nama itu diseru.  Tak ada sesiapa panggil dia Juliana kecuali seorang.  “Benjy?”  Bibirnya bergetar.  Marah dan takut berbaur sebati.  “Mana dapat nombor saya?”  Entahlah.  Dia lebih risaukan itu daripada lelaki yang mengikut dia tadi.  Terkejut bila Benjy menelefonnya. 
“Err… jujurnya saya tengok dalam senarai nombor telefon staff.  Err… awak marah?”  Kalut juga Benjy nak bersuara bila suara Sufi jelas bergetar.  Menahan marah gamaknya.  Dia Cuma risau.  Sebab tu dia beranikan diri ambik nombor telefon Sufi. 
“Ya, err tak… tak…”  Nyata, Sufi tak dapat membendung rasa takutnya.  Peristiwa lalu menjalar dalam kepala.  “Saya takut…”  Suara Sufi bersulam tangisan. 
Dahi Benjy berkerut lebat.  Mata sepetnya terbuka bulat.  “Awak dekat mana ni?”  Risau juga dia. 
“Rumah…” 
“Habis tu, nak takut apa?”  Gelak.  Luculah Sufi ni.  Dah sampai rumah, nak takut apa? 
“Ada orang ikut saya…” 
What?”  Tubuh Benjy terangkat.  “Siapa?” 
Sufi geleng.  Entahlah.  Dia tahu Benjy tak nampak tapi hanya itu yang mampu dilakukan. 
“Siapa ada dekat rumah?” 
“Tak ada siapa…”  Dia menggeleng perlahan.  Memeluk tubuh sendiri erat.  Rasa seram sejuk. 
“Okey.  Kunci pintu.  Dok diam.  Kejap lagi saya sampai…”  Benjy terus seluk poket seluar.  Kunci kereta dipegang kemas.  Langkah kaki sudah bertukar pada larian.  “Dan, jangan matikan talian…”  Dia buka jaket.  Diletak dalam boot kereta.  Rambut yang serabai dikuat ala kadar.  Enjin dihidupkan dan Benjy memecut laju mencelah di atas jalan raya yang banyak kenderaan lain. 
“Awak dekat mana?”  Lama talian sepi tanpa suara.  Sufi tahu Benjy masih ada di hujung talian sana. 
“Hampir sampai…”  jawab Benjy dalam pada mata memerhatikan jalan raya.  “Awak okey?”  Giliran dia pula menyoal.
“Takut…” 
“Takut itu memang sifat semulajadi manusia.  Dan, seeloknya sifat takut kita tu sepenuhnya pada Allah.  Sebab kita semua dalam pemerhatian DIA.  Berserah segalanya pada Allah, Juliana,” nasihat Benjy lembut.  Dia cuba menenangkan Sufi.  Dia tahu Sufi ketakutan.  Dia tahu Sufi kegelisahan. 
“Ya…”  Sufi angguk.  Dia nak bantah.  Ya, Benjy tak tahu apa yang dia dah lalu.  Benjy tak tahu apa-apa.   Benjy tak pernah kena tikam.  Benjy tak rasa semua tu.  Mata yang merenung dalam titisan airmata itu dirasakan masih tajam memerhati.  Sungguh! 
“Juliana?”  panggil Benjy bila Sufi tak berkata apa lagi.  “Marah saya?” 
Sufi masih diam.  Dan, tiada pilihan dia tak nak Sufi terus rasa takut.  Dia tekan pedal minyak.  Pantang saja jalan lengang.
“Kenapa call saya?”  soal Sufi tiba-tiba setelah diam agak lama. 
“Hah?”  Dahi Benjy berkerut lagi.  Dia nak gelak tapi ditahan.  Apa jenis soalan ni?  Tengah kelam kelibut lagu ni boleh lagi tanya soalan tu? 
“Saya risau awak balik sendiri.  Biasa ayah awak jemput…”  jawab Benjy.  Jujur. 
“Habis tu, kenapa tak pelawa nak hantar?  Ajak-ajak ayam pun tak?”  Tak tahu kenapa, rasa ralat juga bila Benjy langsung tak hiraukan staff sendiri.  “Saya kan staff awak…”  tambah Sufi.  Tak nak Benjy kesan rasa di hatinya. 
“Awak staff dan orang lain juga staff saya.  Awak kata nak balik sendiri, saya tak boleh paksa awak…”  Setenang mungkin, dia cuba membela diri.  Tak nak Sufi kesan juga apa yang ada dalam hati.  Jika dia rela biarkan Sufi sendiri, dia tak akan jadi gila seperti ini.  Tak akan! 
“Ya…  saya tahu…”  Keluhan terlepas.  Airmata diseka.  Bila begini, teringatkan rasa halus pada Benjy, lagi buat dia sedih.  Benjy yang awal-awal dah bagi amaran keras.  Jangan! 
“Apa yang awak tahu?” 
“Tahu yang saya…”  Bicara Sufi mati. 
“Tak boleh jatuh suka dekat saya?”  soal Benjy menyambung ayat Sufi yang sengaja dimatikan. 
Sufi gigit bibir.  Dia diam tak bersuara.  Ketakutannya berlalu perlahan-lahan.  “Encik Benjy patah balik.  Saya dah okey…”  Semangatnya dikuatkan.  Benar kata Benjy.  Tiada apa yang nak ditakutkan kerana ada Allah memerhatikan sekalian alam. 
Benjy diam bila Sufi seakan memberi arahan. 
“Encik Benjy dengar tak?”  tanya Sufi bila talian masih bersambung. 
“Saya dengar tapi saya tak patuh pada arahan…” 
Meaning?”  Kening Sufi hampir bertaut. 

Open the gate…”  Suara Benjy berkali ganda berbentuk arahan.  

...2bCont...

26 comments:

  1. Biar la Benjy jaga dia sementara yg lain tiada...duduk luar pun jadi la

    ReplyDelete
  2. Tq.....tq...tq.....melting.....melting....melting........'open the gate'......

    ReplyDelete
  3. Jangan open d gate..nnt kan tangkap basah

    ReplyDelete
  4. Alahai Benjy.....nape buat sufi Mcm tu.....bagi Lah dia masuk dlm hati awk juga...

    ReplyDelete
  5. open the gate now..
    open your heart next..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baru nk cakap camtu. Open your heart la pasni nampaknya si Sufi tu.. Hihihi

      Delete
  6. Terkedu...tak perlu kata apa2....aahhh...benjy..

    ReplyDelete
  7. Sape lelaki misteri tu? Owhhhhh

    ReplyDelete
  8. Aduhaiiii sweetnyaaaa
    suka la....

    ReplyDelete
  9. dup dup dup (samala hujan pun kat luar ) Benjy i need u :)

    ReplyDelete
  10. Best.benjy ke yg tkam sufi

    ReplyDelete
  11. Jangan kena tgkap basah pulak... hohoho. Tapi, sape yg ikut? Ingatkan benjy..... warghhhh!!! Scary!

    ReplyDelete
  12. Watsemenet......bila nak sambung. RM dah buat nak lagi nak lagi....

    ReplyDelete
  13. Cammon open the gate then your heart so sweet thanks rm

    ReplyDelete
  14. huh????sape yg ikut...??????

    ReplyDelete
  15. Yeahh..'open the gate' juliana sufia.. Open your heart too.. eh..benji ke yg follow sufi td ni.. tahu aje rumah sufi..

    ReplyDelete
  16. Sape yg ikut sufi...fuuh..menakutkan...

    ReplyDelete
  17. Ingtkan benjy yg ikut...laki tikam sufi dulu ke erkkk..

    ReplyDelete
  18. Isk sapa yang ikut sufi tu???
    Nasib si ben tu tergerak hati nak telefon..
    Tunggu yer sayang..hero datang selamatkan heroin dlm ketakutan tu..

    Love it..

    ReplyDelete
  19. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat

    ReplyDelete
  20. SApe laki yang ikut Sufi tu? Orang yang sama tikam Sufi dulu tu ke? Bagusnyaaa si Benjy ni, prihatin gila please dengan Sufi.....

    ReplyDelete