Friday, October 10, 2014

Beast and The Beauty - Cp.7

Cp. 7

KAKINYA berlari laju menuruni anak tangga.  Berlaga mata dengan Johan.  Johan buat muka tak puas hati.  Bila Sufi ada tepat depan muka, dia tunjuk jam di pergelangan tangan. 
“Orang dah cakap siap awal.  Nanti tak ada parking.  Tahu ke tidak?”  Keras tegurannya.

Merajuk.  Sufi tarik muka.  “I tried...”
Tried konon...”  Johan geleng.  Dia berpaling dan terus ke muka pintu.  Mama dan ayah dah siap dalam kereta yang sejak tadi dihidupkan.  Menanti Tuan Puteri turun setelah bersiap. 
Ingatkan tempek make-up lima inci.  Tapi, gitu jugak rupanya.  Bilalah Sufi nak matang ni?  Nak salahkan Sufi sepenuhnya, tak patut.  Sebab mereka yang layan Sufi sebiji macam budak tadika. 
Pintu kereta ditutup kuat.  Johan kerling Sufi di belakang.  Ada di sisi mama.  “Runtuh kereta Abang Jo nanti.  Sufi nak ganti?” 
“Eleh...”  Masih muka tak puas hati.  “Suka marah orang...”
“Abang tak marah.  Abang nasihat...”  Bunga tawa pecah pada wajah Johan yang sejak tadi tegang.  Bukan apa, berlengah nanti tak ada parking. 
“Nani dah gerak ke?”  tanya ayah menyekat pertelingkahan dua beradik.  Rimas!  Johan pun tak sudah nak mengusik.  Sufi pulak pantang.  Merajuk saja! 
“Sufi...”  seru ayah bila Sufi diam. 
“Eh, ayah tanya Sufi ke?”  Tadi sempat mengelamun kejap.  Sambil-sambil kerling abang.  Memang salah dia terlambat hari ni.  Lagipun, hari minggu.  Rugi tak rehat secukupnya. 
“Tak la.  Ayah tanya abang...”  sampuk Johan.  Saja tambah minyak pada bara yang baru nak padam.  Bila Sufi jeling, dia jelir.  “Sahlah ayah tanya Sufi.  Nani tu kawan Sufi.  Bukan kawan abang...” 
“Hish...”  Nada tak puas hati pada abang.  Kemudian pandang pada ayah.  “Diorang semalam lagi dok Hotel Sama Sama tu, ayah.  Kita pergi kira jumpa diorang dekat situ jelah kata Nani...” 
Encik Jamaludin angguk.  “Kita geraklah, Jo.  Awal sikit tak apa,” suruhnya. 
Johan tak berkata apa.  Hanya angguk sekali dan terus menukar gear reverse.  Honda Civic itu berlalu keluar daripada porch.  Menuju ke destinasi.  Suasana dalam Honda Civic silver milik Johan hening.  Bunyi radio pun tak ada.  Dah biasa begitu.  Jika bersama keluarga dalam sebuah kereta, mereka memilih nak berborak.  Tapi ini sunyi sangat. 
Johan kerling ayah.  Ayah sengih.  Kemudian kalih pada isteri dan anak dara di belakang.  “Oh, ada orang.  Ingatkan tertinggal dekat rumah tadi,” tegur Encik Jamaludin mengusik. 
Sifu sibuk dengan buku di tangan.  Isterinya juga sama.  Sibuk dengan buku resepi.  Bukan nak masak dalam kereta. 
“Sejak bila mama dengan anak jadi anti-sosial ni?”  Kening diangkat berkali-kali.  Ibu anak sama naik tenggelam dalam buku.  Tak pening ke membaca dalam kereta bergerak?  Sufi tu dah tahulah memang itu tabiat dia kalau tak nak berbual.  Yang isteri dia ni haa...
“Muntah nanti, mamanya...” 
Terus Puan Suriati tutup buku.  Dia sengih pada suaminya.  Nasiblah suami dia tegur.  Ini dah dekat nak meloya.  Sufilah ni belek buku.  Dia pun terikut. 
“Sufi dah.  Tutup buku tu...”  Dicapai buku di tangan Sufi.  Ditutup dan diselit di belakang seat kereta. 
“Mama, kan Sufi tengah baca ni...”  Wajah Sufi keruh.  Dia minat sangat cerita ni.  Sungguh.  Wayang tengah tayang tapi dia tahu dia tak ada peluang nak pergi.  Jadinya, buku ajelah yang mampu dia baca. 
“Apalah yang best sangat buku Maze Runner tu.  Pening kepala abang tengok movie dia...” 
“Eh, abang tengok wayang?”  soal Sufi.  Teruja.  Dalam hati sedih.  Sampai hati tak ajak dia. 
“Abang tengok yang diorang upload dalam internet.  Gambar tak cantiklah.  Nak tengok nantilah kita tunggu diorang letak gambar bluray ke.  Masa tu abang download kita layan sama-sama...” 
Sufi sengih.  Lebar.  Dia peluk leher abang.  Tercekik Johan dibuatnya.  Terbatuk-batuk bila Sufi lepaskan rangkulan. 
Tengkiu...”  Senyuman semakin manis.  Tadi keruh macam teh ais pekat.  Sekarang dah macam green-tea+honey. 
Sufi...Sufi...
“Hah, macam mana dengan kerja?”  tanya Encik Jamaludin bila nampak mood Sufi dah berubah tenang.  Ada masa perasan Sufi payah nak jangka.  Dalam sekelip mata berubah. 
“Kerja macam biasa...”  tenang soalan dijawab.  Dicapai buku semula.  Diletak atas riba.  Dah biasa ada sesuatu di atas riba.  Tak dibelek pun, dikelek pun jadi. 
“Ayah maksudkan benda lain tu, Sufia...”  Mama menyiku. 
Sufi kerut kening.  Johan angkat kening dalam cermin rear-mirror.  Dah tahu sangat dah apa yang abang maksudkan.  Nak tanya pasal...
“Siapa nama dia?”  soal ayah.
“Benjy, ayahnya...”  sampuk mama.  “…mama dah bagitahu.  Cepat pulak ayah lupa, ya?” Saja menambah bahang pada wajah anak dara tersayang. 
Amboi.  Bersahutan.  Sufi berdecit lama.  Dipandang wajah seorang demi seorang.  “Pandai nak jadi telangkai, ya semua?  Bukannya kenal siapa Benjy tu.  Entah-entah makhluk asing dalam tubuh manusia macam dalam cerita Men In Black tu.  Tak pasal-pasal dia abducted Sufi ke planet Marikh.  Kerinduanlah semua orang nanti.” 
Kepala Sufi, tak sah kalau tak kaitkan dengan cerita yang ditonton dengan abang.  “Lagipun, dia okey aje.  Sihat.  Tapi, sibuk.  Biasalah mula-mula masuk kerja...” sambungnya menjawab soalan sudahnya. 
Johan  kerut kening.  “Benjy?”  Macam pernah dengar nama tu.  Diherotkan bibir ke kiri dan kanan cuba korek kembali memori yang mungkin dah berkubur. 
Sufi angguk.  “Kawan abang ke?”  
Laju Johan mencebek.  Entah.  Ingat-ingat lupa.  Ada ke ah nama tu dalam senarai kawan yang dia ada?  Lupalah.  “Macam tak je...”  putus Johan.  Akhirnya.  Dia pandang Sufi.  “Kalau kawan abang, nak kena approve dia jadi adik ipar ke apa?”  Johan kembali mengusik.
Baru Sufi nak cekik Johan, mama melarang.  “Abang tengah memandu tu, Juliana Sufia...” 
Tak jadi Sufi nak bertindak.  Dia duduk dan hela nafas.  “Sufi tak ada apa-apa rasa pada dialah.  Dia baik aje tapi faham-faham sendiri ajelah.  Sufi ni jenis payah nak bergaul dengan orang.  Kalau dengan yang lain dah lama kenal pun Sufi tak rapat, macam manalah nak rapat dengan yang baru kenal dua hari...” 
Sungguhlah.  Mana ada dia pernah tipu.  Okey, dia akui dia selesa dengan gaya tenang Benjy.  Sesekali berkerut tapi tak sampai beberapa ketika, air wajah Benjy akan damai dipandang.  Kadang-kadang bila Benjy sengih mata dia hilang.  Sepet sungguh.  Apa yang menariknya, rambut Benjy.  Kejung!  Lepas solat pun, rambut itu masih kekal terpacak.  Selain tu, dia tak nampak apa-apa yang lebih pada Benjy.  Tidaklah dia nak kata Benjy tu kekurangan.  Tidak sama sekali.  Tapi, dia yang tak ada apa kelebihan.
“Hai... lain macam aje ayat tu, Sufi...”  tegur Johan. 
“Entah.  Mama dengar ayat tu macam kecewa aje...” 
Sufi lepaskan lelah.  Tak ada apa nak kecewa sebenarnya.  Benjy mengaku suka dia.  Tapi, kata Benjy cukuplah sekadar dia aje suka.  Dan, dia tak perlu balas?  Nampak sangat kan dia tak ada apa-apa keistimewaan pada mata seorang Benjamin?  So, why bother?  WHY
“Sufi tak suka lelaki jenis tu...”  Terlanjur ayat itu terluah.  Macamlah dia ada taste tentang lelaki.  Tak ada.  Tak pernah ada.  Tak pernah terlintas.  Titik!  Kalau tak, mana mungkin dia dan Nani kena fitnah jadi pasangan sejenis.  Ridicilous!
“Dah tu suka yang macam mana?”  tanya ayah.  Kali ini, suara ayah sedikit serius. 
Ya, dia terima nasihat anak jantannya.  Dah sampai masa untuk dia dan isterinya berhenti risau tentang Sufi nak hadapi dunia.  Sufi dah sihat sepenuhnya.  Apa yang pernah jadi, biarlah jadi.  Itu takdir Sufi dan mereka sekeluarga.  Yang bakal berlaku biarpun bukan kudrat dia nak tentukan, tapi dia masih punyai hak untuk merancang. 
Sufi dekatkan wajah di tengah antara ayah dan abangnya.  “Yang macam ayah dan macam abang.”
“Abang suka buat Sufi merajuk...” Johan senyum. 
“Tapi, abang pujuk balik...”  Sufi sengih.
“Ayah suka jadi bodyguard...” Nak disebut suka control karang, tak sedap dengar pulak.  Dia bukan mengongkong.  Cuma ambil berat. 
“Buat Sufi rasa selamat...”  Dipeluk leher ayah dan abah.  Memang dia rasa selamat selama ini.  Tak rasa orang lain mampu menjaga dia seperti abang dan ayah menjaganya. 
“Amboi...ni kat belakang ni...”  Mama buat-buat  merajuk. 
Terus Sufi peluk.  “Sufi nak jadi isteri dan mama yang sabar macam mama...” 
“Kalau gitu, kena kahwinlah...”  balas mama laju.
Sufi kerut dahi.  “Tak ada calon...”
“Benjy...”  Suara ketiga-tiga mereka bersatu.  Setelah itu tawa terledak. 
Sufi tarik muka.  Apalah.  Tersampuk dengan nama Benjy gamaknya semua orang.  Tak tahu agaknya, Benjy awal-awal dah larang dia suka pada lelaki tu.  Dah tu macam mana? 
Well, dia bukan jenis hidung kembang pipi bulat.  Orang dah bagi amaran, dia pun tak sudi nak masuk dekat.  Dan, masalahnya aku suka dekat dia ke?  Ajaib ni.  Memang hati dia sedang mogok. 


BAGASI babah semua dah setel.  Tangannya tak lepas memegang tangan tua babah.  Entah bila dapat bersua lagi.  Cita-cita babah yang satu tu tak pernah pudar.  Jika diizinkan, nak hembus nafas terakhir di tanah suci.  Disolatkan oleh berjuta jemaah.  Tapi, pastilah dia sarat dengan rindu setelah itu.  Harap babah sihat dan panjang umur untuk kembali pada dia. 
“Babah jaga diri...”  Pesanan itu tak lekang daripada mulut Benjy.
“InsyaALLAH.  Lagipun, babah selalu pergi apa.  Tiap-tiap tahun dan tiga empat kali bawa rombongan umrah.  Ben nak risau apa?” 
Benjy geleng.  Perlahan.  Tak ada apa nak dirisaukan sebenarnya.  Dia tahu babah lagi pandai jaga diri daripada dia.  Benar kata babah satu satu dulu.  “Baik cacat fizikal daripada cacat jiwa.  Cacat fizikal tapi ada jiwa yang sempurna, orang tu kuat.  Tapi, bila fizikal sempurna tapi jiwa cacat teruk, orang tu akan jadi lemah.  Tak berdaya nak hadapi hidup.  Tak berdaya nak bawa anggota badan yang telah Allah pinjamkan dengan sempurna.  Lainlah pada orang yang ada jiwa waja ni.  Setakat kudung mana-mana atau parut situ-sini, tak heran dia nak hadapi hidup.  Sebab apa…  sebab jiwa dia kental.  Sebab jiwa dia besar.  Sebab jiwa dia adalah JIWA YANG REDA…”
Sampai hari ini dia ingat pesanan babah.  Dia adalah contoh manusia yang sempurna luaran tapi dalamannya pernah rosak teruk.  Melalui beberapa fasa pemulihan.  Pernah masuk ICU segala.  Hampir saja putus nyawa tanpa bantuan mesin penyambung jangka hayat. 
Sekarang pun, dia masih dalam proses pemulihan. Masih merawat agar yang rosak itu pulih sepenuhnya walaupun dia tahu, parut bekas beratus jahitan tu di situlah.  Selamanya.    
Antara mereka hening biarpun hiruk-pikuk KLIA semakin menyesakkan.  Ramai kaum keluarga datang untuk menghantar kepergian ahli keluarga menunaikan ibadah haji.  Daripada jauh, Ustaz Dasuki nampak salah seorang Jemaah yang akan turut sama menjadi tetamu Allah tahun ni.  Dilambai tangan.  Terus sahabat mendekati.  Sahabat yang baru dikenali semasa datang berkursus. 
“Assalamualaikum, ustaz…” Encik Hishamudin menyapa sopan.  Di sisi ada anak dara dan isterinya yang juga akan berangkat sama. 
“Eh…” Nani bulatkan mata.  Terkejut bila terpandang Benjy.  “Encik Benjy?” Tak mampu dia nak sembunyikan rasa terkejut.  Kebetulan ni. 
“La, keluarga awak ke, Nani?”
Ustaz Dasuki dan kedua orang tua Nani saling memandang.  Kenal ke budak berdua ni?  “Nani kenal ke?  Siapa ni ustaz?”
“Anak bujang…” Bahu Benjy ditepuk.  “Kenal dia?” Ustaz Dasuki menyoal Nani.  Laju Nani angguk. 
“Bos tempat kerja…”  Dia kerling jam.  Haih.  Lambat betul Sufi ni.  Tadi, katanya sangkut dalam jammed.  Dia dah pesan supaya terus ke airport.  Masuk terus ke tempat Jemaah berkumpul. 
Pandangan Benjy jauh tercampak ke belakang.  Panjang lehernya.  Tegak bahu sasanya.  Mencari wajah yang satu tu.  Nani tahu sangat.  Memang boleh agak Benjy cari siapa.  Perlahan dia dekati Benjy bila umi dan ayahnya ralit sembang dengan Ustaz Dasuki – ayah Benjy.  Tak sangka pulak ayah dan umi kenal. 
Tapi, tak sempat nak dibagitahu perihal Sufi yang masih tak sampai bahana jalan sesak, ada suara menegur menghulur salam. 
“What are you doing here?”  Nyata Sufi tak boleh nak bendung rasa terkejut.  Nak terjerit bila nampak Benjy dengan Nani.
“Me?” Benjy letak telapak tangan pada dada sendiri.  “Err… ini tempat umum.  Sesiapa je boleh datang…”
“Ya, tapi kenapa… Nani?” Sufi pandang Nani penuh syak. 
“Saya terserempak dengan Nani.  Tak ingat saya cakap babah saya kerja dengan Majlis Agama bahagian petugas haji?” jawab Benjy tanpa sempat Nani buka mulut. 
Sufi diam.  Ya, dia masih ingat.  Dalam pada buat tak tahu pun, dia pasang telinga. 
“Jadi, tak payah jealous tak tentu pasal…” Benjy dekati Sufi yang ternganga.  Bila ada di sisi Sufi, dia berhenti tepat dengan bahu Sufi.  “…kan saya dah cakap saya suka awak je…”
Lagilah Sufi jatuh rahang.  Dia pandang Benjy tak berkelip biarpun Benjy tak pandang dia langsung.  “Wetsemenet… kenapa perlu jealous?” Naik heran dah ni.  Dia tak ada masa nak cemburu bagai.  Tak tahu pun perkataan cemburu tu wujud sebenarnya.  Dia datang ni nak hantar orang tua Nani ke tanah Suci. 
“Awak mintak saya tunggu seminit tapi, awak tak tahu.  Saya nak tunggu awak untuk seumur hidup saya, Juliana…” balas Benjy selamba.  Biarpun toneless tapi tepat terpanah di jantung Sufi. 
Apakah? 
Birai mata dia terasa basah.  Bukan marah, bukan sedih, bukan terharu.  Tapi kerana satu rasa tentang seorang lelaki buat pertama kalinya. 

...tentang sebuah keikhlasan.  

...2bCont...

22 comments:

  1. Nice....benjy ni buat statement tak agak2...hehe....

    ReplyDelete
  2. aduhhhhhhh.....tak sabar nyer....nak tahu ending...

    ReplyDelete
  3. Wah, terubat rindu! Ehehe. Bunyi macam lama sangat je kak Rehan tak update kan.. ;p

    ReplyDelete
  4. Ohhh..terima kasih sis. Rindu nya kat benjy dan sufi

    ReplyDelete
  5. Tentang sebuah keikhlasan.
    Jika ada rasa dihatimu Sufi jangan biarkan ia berlalu begitu saja.
    Jangan disekat & ditahan rasa itu.

    ReplyDelete
  6. Sufi jealous.. akhir nyer ada juga rasa yg sama..

    ReplyDelete
  7. pergh....tertusuk jiwa ku dengan ayat benjy...jelly...o o sufia dah pandai jelly ngan benjy

    ReplyDelete
  8. Terubat rindu terusik hati... cepat2 post cp8 nanti...hi..hi

    ReplyDelete
  9. Bila kak rehan buat story.. slalu bila sy bca n ckp pda diri sya.. sy nak lelaki mcm nie.. sy nk sgt lelaki mcm nie... huwarrgghhhh tp kn.. blum jmpa lg..:'(

    ReplyDelete
  10. Pemberitahuan tentang hati...
    harap tiada air mata.... ^_^

    ReplyDelete
  11. Uish benjy.. terang lg tersuluh.. takde tersirat melainkan yg tersurat je...

    ReplyDelete
  12. Uish benjy.. terang lg tersuluh.. takde tersirat melainkan yg tersurat je...

    ReplyDelete
  13. "saya nak tunggu awak untuk seumur hidup...." ......bestnya.....

    ReplyDelete
  14. ok...hari ni kupulun abes..
    biasalah...
    karya Rehan tak pernah menghampakan..
    Sufi...Benjy..
    tak sabar nak tahu kisah selanjutnya pasal Sufi n Benjy ni..
    the beast n beauty.. hati kuat menyatakan..benjy itulah the beast yg selama ini ditunggu2 oleh Sufi...

    ReplyDelete
  15. X puas kita baca... nk lg RM...cpt2 ye...sayang RM byk2....

    ReplyDelete
  16. Wah terus strait to the point no bengkok2 terkedu ye sufi haha thanks rm suka sngt

    ReplyDelete
  17. hehehe...ayat menarik dari sufi ... wesemenet...

    ReplyDelete
  18. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat

    ReplyDelete
  19. Ok sweetlah sikit si Benjy ni...tapi kita nak tahu pasal kisah silam diorang niiii... What's between them? Tak Sabarrr :)

    ReplyDelete
  20. Aigoo....Benjy punya statement buat I melting.

    ReplyDelete