Cp. 4
BAHUNYA disentuh
babah. Terus saja pandangannya berkalih
pada babah seratus peratus. Babah
tersenyum. Usai berjemaah Isyak tadi,
dia hanya ambik angin di beranda hotel.
Saja, merasai angin dingin setelah hujan renyai Maghrib tadi.
“Kenapa?” soal Haji Dasuki.
“Tak ada apalah,
bah…” Benjy masih menafi.
Haji Dasuki membuang
pandang ke dada langit yang kelam.
“Babah kenal Ben bukan baru hari ni.
Ben anak babah. Apa yang Ben nak,
babah turut doakan moga Allah perkenankan.
Doa Ben diperkenankan. Kenapa
masa meminta, Ben begitu teringin dan bila dimakbulkan, kenapa rasa berat hati?”
Terhenyak Benjy dengan
kata-kata babah yang tenang. Bukanlah
begitu. Tidaklah dia berat hati dengan
kurniaan Allah. Ini satu rahmat. Terasa dekat dirinya dengan Allah bila segala
doa termakbul. Terasa dirahmati.
“Ben tak maksud gitu,
babah. Cuma hati ni…”
“Soal hati ni Ben,
memang tak mudah nak kita kawal. Hati ni
degil sebenarnya. Suka sangat bertekak,
bergaduh, berbeza pendapat dengan akal. Akal
kata putih, hati nak juga hitam. Akal
kata jangan, hati kata buatlah. Ben kena
didik hati dan akal seiring. Biar berani
dari dalam hati. Biar makin berani bila
melalui fasa penilaian oleh akal. Masa
tu, keputusan Ben adalah keputusan yang terbaik. Harap Ben faham maksud babah…” Ditepuk bahu Benjy lembut bila mengakhiri
kata.
Dia faham sangat. Dia tahu.
Dia hanya perlu berkias kerana dia yakin, Benjy dah terlalu matang dan
dewasa untuk mencerna setiap kata-katanya.
Perlahan-lahan Benjy
angguk. “Ben akan cari kekuatan tu,
babah…”
“Tapi, kalau perasaan
mendahului akal fikiran, patah balik pun tak apa. Biarlah orang lain tak ada bila Ben patah
balik. Biarlah tempat di belakang Ben tu
kosong. Masa tu, Ben pejam mata dan
ingatlah... Allah ada. Dia sentiasa suka
pada hamba-hamba-Nya yang nak bermula semula.
Setiap yang bertaubat, tak pernah ada perkataan terlambat. Yang terlambat tu adalah orang yang suka
lengahkan taubat.” Melihatkan anak yang
masih diam, Haji Dasuki hanya menggeleng dalam senyuman. Kemudian, ditepuk bahu Benjy perlahan.
“Babah nak rehat
kejap...” Haji Dasuki berpaling dan
terus masuk ke dalam bilik.
Tubuh yang dimamah usia
direbahkan di tengah tilam.
Selesanya. Esok lusa dah nak berangkat.
Masih ada rombongan jemaah terakhir yang perlu diringi kepergiannya ke
Tanah Suci sebelum menjelang Hari Arafah kurang daripada dua minggu lagi.
Benjy hanya memandang
babah yang dah terbaring melepaskan lelah.
Nak dibawa berjalan, babah menolak.
Nak rehat untuk persediaan esok lusa.
Dan, dia tak nak memaksa. Cukuplah
rindunya pada babah terlerai. Wajah dan
kudrat babah dah ditelan usia tapi semangat dan jiwa babah, kekal muda. Seiring dengan usaha dakwah yang dibawa. Moga dia juga mampu menjadi da’ie seperti
babah. Yang kuat menghadapi ranjau. Yang tak luak dengan nasihat pada dia sejak
hari pertama dia kenal, apa itu dunia.
“Cantik sangat ke dia
tu, Ben?”
“Hah?” Benjy terpinga-pinga. Serius dia terkejut. Sudahlah dia tenggelam jauh dalam ingatan
lama kepada babah, ini bila babah tiba-tiba menyoal nak gugur jantung ke lantai. “Babah tak tidur lagi ke?”
Haji Dasuki mengiring
ke kanan. Mana ada orang letak aje
kepala terus lena? Budak Ben ni
pun. Mestilah masih jaga untuk beberapa
ketika.
“Cantik sangat ke dia
tu sampai Ben angau sungguh ni?” tanya
Haji Dasuki tenang. Tak dihiraukan
soalan anak.
“Eh, siapa pulak yang
cantik ni, bah. Bila masa Ben
angau?”
Senyuman pendek terukir
pada bibir babah. Langsung tak dipandang
anak yang sedang merenung dia.
“Siapa-siapa jelah yang
terlintas dalam kepala Ben...” ujar Haji
Dasuki perlahan.
“Tak ada
siapa-siapalah, bah...”
“Tak apalah. Sebab dia bukan sesiapa lagi sekarang. Dah jadi seseorang dalam diri Ben nanti, Ben
akan nampak dia cantik ke tak...”
“Babah ni...” Wajah Benjy dah merah menahan malu. Mujurlah tak berdepan dengan babah.
“Kalau dah berkenan,
masuk jelah pinang...” Makin galak Haji
Dasuki mengusik.
“Babah...” Benjy ketap bibir. Apa pulak sampai meminang bagai ni. Baru kenal sehari, nak masuk pinang terus? Ada yang kena maki sampai bernanah telinga
nanti.
Terus babah hamburkan
tawa. Tak jadi nak tidur. “Babah gurau ajelah...” Sempat dia kerling pada Benjy yang sedang
menggaru kepala yang tak gatal. Tapi
hati tuanya tetap mengiyakan. Jika di
situ jodoh pertemuan, kutub utara kutub selatan pun – dekat khatulistiwa
jugaklah bertemu.
LEPAS makan malam tadi,
Sufi terus berlalu ke bilik. Penat. Tak adalah banyak kerja pun dekat pejabat
tapi otak dia terasa letih sungguh. Letih
memikirkan sesuatu. Sesuatu yang telah
lama berlalu. Sudah sedekad.
Saat dia rebah dalam
pangkuan lelaki binatang itu. Lelaki
yang sanggup membunuh untuk kertas yang hanya punyai nilai di dunia.
Saat dia bermandi
darah.
Saat dia dipeluk erat.
Saat airmata ‘beast’
itu menitis atas pipinya. Memang patut
dia gelarkan penjenayah itu ‘Beast’!
Tuhan... apa aku fikir
ni? Sufi meraup wajah. Bawa jauh kenangan menyakitkan itu, Ya
Allah. Aku bermohon. Tak sudah dia berdoa itu sejak sedekad yang
lalu. Tapi, sukar sungguh bayangan itu
berlalu. Malah makin rapat
menghimpit. Baru saja nak rebahkan
tubuh, pintu bilik diketuk. Wajah
abangnya muncul, tersenyum tipis.
“Dah nak tidur?” Johan kerling pada jam di pergelangan
tangan. “Awal lagi ni...” Dia terus melangkah masuk dan duduk di birai
katil, dekat dengan Sufi. “Awal masuk
kandang? Tak sihat ke apa?” Dia cuba nak sentuh dahi Sufi tapi dihalang.
“Sufi
ngantuklah...” Sebenarnya malas nak
sembang dengan dengan abang.
“Haih, tak pernah pulak
Sufi mengantuk awal? Banyak kerja sangat
ke?” giat Johan lagi. Daripada apa yang mama dan ayah cerita, Sufi
ni letih sebab dikejar lelaki kot.
Mengelak daripada cinta yang datang, tak mampu kita.
“Kerja tu adalah
sikit-sikit...”
“Habis tu apa yang
memenatkan?” soal Johan mencantas. Jarang sangat tengok adik dia macam ni. Dengan bos lama dulu pun Sufi buat tak tahu
aje. “Bos baru ni teruk sangat ke?”
Liur ditelan
perlahan. Mata terbelalak ke
siling. Kepala disandar pada kepala
katil. Abang ni memang saja datang nak
korek rahsia gamaknya.
“Sufi yang teruk...” Keluhan berat terlepas daripada celah bibir
tipis Sufi. Ya, Nani kata dia
teruk. Ayah pun tak setuju dengan sikap
dia. Tapi, apa lagi yang mampu dia
lakukan untuk membataskan pergaulan?
“Kalau tahu Sufi teruk,
kenapa buat jugak...”
“Dia macam tak
reti. Baru kenal dah pandai nak ayat
Sufi...” Memang dia yakin Benjy nak
mengayat dia biarpun cara dan gaya tak sama dengan Nazmi dulu. Jelas lagi bersuluh.
Tawa Johan
meledak. “Sufi rasa Sufi cantik sangat
ke sampaikan semua orang nak ayat Sufi ni?”
sinis Johan tajam biarpun dalam tawa yang tersisa.
“Abang!” Disergah Johan perlahan. Matanya bulat memberi amaran. “Sejak bila Sufi cakap Sufi cantik? Pandai aje kan nak sakitkan hati orang…” Muncung keluar sedepa. Merajuk!
“Okey, abang gurau
aje. Sorry, sis…” Mengalah Johan sudahnya. “Tapikan, sejak bila Sufi ambik kisah tentang
semua ni? Ke sejak dah capai umur patut
kahwin ni?” usik Johan lagi.
Terus dijeling adiknya
tajam. Sufi cuba cubit lengan abangnya
tapi Johan sempat mengelak dan terus diketawakan tingkah Sufi yang nyata diluar
jangkaan. Boleh tahu Sufi juga terusik
dengan lelaki tu biarpun hanya seinci anjakan hati dingin adiknya tu.
“Abang pergi keluar
sekarang...” Arahan! Tegas!
Jari telunjuk Sufi lurus pada pintu bilik yang ternganga luas.
Johan mencebek. Dia berdiri tegak. Menggeliat sedikit tapi masih tak
bergerak. “Abang tahu Sufi takut. Mama dan ayah takut. Abang pun takut. Perkara lama yang pernah jadi, hampir ragut
nyawa Sufi. Tapi, abang rasa dah sampai
masa Sufi keluar daripada ketakutan tu dan hadapi dunia luar. Dunia yang memang dicipta untuk manusia
merengkuh dugaan dan bahaya...” nasihat
Johan lembut.
Dia kenal sangat adik
dia. Tadi, sebelum masuk bilik Sufi –
pada mama dan ayah pun dia dah bincang dengan baik. Minta mama dan ayah lepaskan Sufi sendiri
dengan kawan-kawan. Sampai bila mama dan
ayah nak menyekat dan nak jadi jaga Sufi?
Sampai masa, Sufi juga perlu sendiri.
Sampai masa – bila tiba jodoh yang ditentukan, Sufi perlu pergi juga. Bila tiba waktu jika ditakdirkan mereka dulu
dijemput Ilahi sebelum Sufi, Sufi perlu sendiri. Mereka semua tak boleh ada selamanya dengan
Sufi.
“Lagipun, ustaz abang
pernah pesan dulu...” Johan tak jadi
melangkah. Dia kalih pada adiknya dan
tersengih. Lihat wajah itu kian mendung,
nak bagi hujan pulak. “...jangan nak
mimpikan syurgalah kalau tak diduga.
Anggap jelah lelaki tu yang buat Sufi terusik tu... sebagai salah satu
dugaan...” Johan kenyit mata dan terus
saja berlalu.
Bulat mata Sufi mendengar
kata-kata abangnya. “Bila masa Sufi
terusik dengan dia?” Suara Sufi separuh
menjerit. Pandai-pandai aje cakap aku
terusik sebab Benjy tu. Tak nak
dia.
Lagipun...
Wajah dia menyeringai
tiba-tiba. Bibir diketap kuat. Ngilu kesan luka itu menyerang
tiba-tiba. Terasa bagai baru semalam
bilah pisau itu tertusuk pada tubuhnya. Berpeluh
dahi. Sufi mengucap panjang dan cuba
mendamaikan resah helaan nafasnya. Dia
rebahkan tubuh dan bila dipejamkan mata, nampak jelas mata tajam itu merenung
tajam.
Terus kelopak matanya
terbuka. Ngilunya, kian terasa.
Dia angguk
sendiri. Mengiyakan kata-kata
abang. Memang dia terusik. Tapi, tak mampu dia pastikan. Terusikkah dia dek ketenangan Benjy atau
terusik dengan ‘beast’ itu?
...2bCont...
Salam RM,
ReplyDeleteKak menunggu kesinambungannya..sudi-sudikanlah...terima kaseh.
~ Kak Aminah
Beast is Benjy???? Byk lg persaolan yg blm terjawab
ReplyDeleteas always ur writing really inspired ^^
ReplyDeleteErk?? Benjy ke 'the beast tu..? Saspens....
ReplyDeletetertengok siri tv Beauty and The Beast baru2 ni.. eh! RM buat jodol cerita pulak.. suka!.. suka!..
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteteringat pd cerita Hati Yang Kau Pinjamkan....diorng ni kongsi buah pinggang ke Rehan?...hehehehe
ReplyDeletemcm the beast tu adalah benjy! kan....
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteSaza
best ceritani...tggu next chapter....tahniah kak RM
ReplyDeleteHomaiiii
ReplyDeleteKenapa saya dpt rasakan yg benjy itu Beast....
Pasti ada hati yg trluka.....
Oh..siapakah si beast tu.. kalau la betul benjy tu pernah jd beast, harapnya slps ni benjy jd prince idaman la..
ReplyDeleteCeriti baru.. yeayy... tajuk dh ummphh... isi pn harap ummpphh jgk... tp RM x pnh mngecewakn... u go girl
ReplyDeleteOk..hri ni sy maraton 4 episod skali... adakah benjy the beast? Sama2 kita nantikan..ehehe
ReplyDeletesalam hangat dari kami ijin menyimak sahabat
ReplyDeleteSebenarnya ade kaitan ke eh Beast tu dengan Benjy tu? Rasa cuak nak baca sambungan dia....hehe...apepun thanks kak RM :)
ReplyDeletesemakin menarik jalan ceritanya....
ReplyDelete