Cp. 8
SUAMI
isteri itu berpandangan. Sebenarnya tadi
lagi nak tanya siapa lelaki tu pada Sufi tapi bila Ustaz Dasuki sebutkan nama
Ben, rasanya dia boleh agak. Itulah
Benjy. Nak-nak bila Nani sahkan semasa
melepaskan Jemaah masuk ke balai perlepasan tadi.
Encik
Jamaludin pandang pada isteri di sisi.
“Itulah orangnya Benjy…”
Puan
Suryati angguk. Dipandang pada wajah
Benjy dan Sufi. Masing-masing tayang
muka tak ada riak. Entah apa yang
dibualkan. Ikut hati nak juga ajak Benjy
duduk sama tapi risau pada Johan yang sedang menunggu. Bising pulak nanti. Nani dah balik tadi dengan kereta
sendiri.
Dia
suruh aje Sufi temankan Nani tapi ditolak sopan. Memang begitulah Sufi jika dengan
keluarga. Keluarga sentiasa
terutama.
“Jomlah
kita…” Encik Jamaludin Tarik tangan isterinya mendekati Sufi dan Benjy.
Sebaik
saja mereka dekat, Benjy senyum tipis dan tunduk sebagai tanda hormat. Tangan dihulur pada lelaki yang dikenali
sebagai ayah Sufi.
“Siapa
nama?”
“Benjamin…”
Jarang sangat dia sebut nama Benjamin ni.
“Oh. Kerja sekali dengan Sufia?”
Benjy
angguk tak banyak cakap.
“Kenallah
kami…” Puan Suryati sengih pada suaminya.
“Bukan apa. Dekat rumah nama
Benjy kerap sangat muncul…”
“Mama…”
Mata Sufi terjegil. Sampai hati mama
buka cerita. Lagipun, bukan dia yang
sebut nama Benjy tapi mama dengan ayah dok mengusik. “Bukan Sufi.
Mama dengan ayah yang suka sebut…”
Benjy
dah garu kepala. Namanya menjadi bualan
tapi dia tak tahu. Bila dapat tahu depan
muka, rasa nak jadi burung unta pun ada.
Sorok muka dalam tanah. Malulah
anak teruna macam dia ni menjadi bualan keluarga si dara.
“Tak
apalah disebut pun. Asal yang
baik-baik,” sampuk Benjy. Ya, bukan
dialah nak melatah tak tentu pasal.
Alang-alang disebut, memang dia harapkan yang baik-baik.
Mama
dan ayah Sufi sengih dan mengangguk.
Boleh tahan juga pandai bercakap.
Tenang. Rendah diri. Rupa pun ada.
Encik Jamaludin memandang anak daranya di belakang.
“Sufi
tak nak balik ke?” soal ayah. “Ke nak minta Benjy hantar?”
Eh? Terentang kerut pada wajah Sufi. Sejak bila ayah percayakan orang luar
ni? Biar benar? Kuat sangat aura Benjy ni agaknya sampai ayah
pun lepas tangan. Dia kerling Benjy yang
sedang memandang mama dan ayah. Apalah
yang hebat sangat dengan lelaki ni? Aku
pun tak tahu. Memang jawapan tu tak ada
dalam kepala Sufi. “Err... Sufi ikut
ayah...” Dia tarik tangan mama dan terus
berlalu. Meninggalkan ayah dengan Benjy
di belakang. Wajah dia sungguh dah merah. Malu sangat.
Ayah
ni... macamlah orang bagitahu dia suka pada Benjy tu. Tak ada pun.
Macam nak promote anak sendiri pun ada.
Apa? Dia tak laku? Mana ada.
Dia yang tak nak. Bukan tak laku
sampai nak kena tersua-sua pada Benjy.
Lagipun, Benjy dah bagi amaran.
Dia cuma patuhi amaran tu aje.
Hish...
“Merungut
apa sorang?” Mama menyoal. Nampak mulut anak terkumat-kamit. Mulalah tu baca mentera kalau rasa tak puas
hati.
“Ayah
tu haa...”
Bibir
Puan Suryati mekar dengan senyuman.
“Boleh tahan taste Sufi...”
“Mama!!!”
Tawa
mama pecah.
TAK
SANGKA di sini boleh kenal dengan keluarga Sufi. Tak adalah berharap tapi alang-alang dah
jumpa, elok juga. Tak ada masalah. Sekadar berkenalan sebagai kawan pejabat Sufi.
“Pak
cik balik dulu. Senang-senang datanglah
rumah, ya?” pelawa Encik Jamaludin sebaik saja tangan
berjabat.
“InsyaALLAH...” Ringkas Benjy menjawab. Tidaklah dia berjanji tapi jika dijemput, dia
akan cuba lapangkan masa. “Baik-baik
jalan, pak cik,” pesannya.
Encik
Jamaludin angguk. Tangan lepas. Tapi, tak sempat nak berlalu, kepala diasak
satu soalan bila teringatkan cerita Nani tempoh hari.
“Maaf
pak cik tanya ni, Ben...”
“Ya,
pak cik...” Kening Benjy naik. Dia tersenyum tipis. Jarang orang panggil dia Ben. Babah je panggil Ben. Yang lain semua panggil Benjy.
“Kalau
kata Sufi tu tak layan Ben dengan baik.
Boleh jadi memencilkan diri.
Boleh jadi payah nak senyum.
Boleh jadi banyak lagi hal boleh lain yang dia buat sampaikan Ben dan
kawan-kawan lain terasa hati, harap maafkan dia. Harap faham.
Sufi tu dah lalu perkara yang ngeri untuk buat dia rapat dengan orang
luar selain keluarga dan Hanani...”
Kepala
Benjy jatuh. Dia angguk beberapa
kali. Faham sangat. Pasti ada sesuatu berlaku. Jika tidak, mana mungkin gadis seusia Sufi
yang begitu normal memencilkan diri gitu gaya.
Mengawal diri sendiri dengan ketat.
Tak ada siapa boleh masuk dekat.
Ada niat saja pun, dah dihunus pedang-tombak.
“Saya
pun yakin mesti dia ada masalah sendiri.
Saya tak kisah selagi dia buat kerja dengan baik...” balas Benjy.
Tak nak ayah Sufi risau. Memang jelas
sangat seorang ayah risau dengan pergaulan anaknya.
“Itulah...” Keluhan tipis terluah. “...Cuma takut juga silaturrahim dia dengan
kawan-kawan pejabat...”
“Pak
cik...” Benjy cantas. Dengan nada suara perlahan. Separuh memujuk. “...selagi ada saya, Sufi akan baik-baik
je. Percayalah...” janji Benjy.
Tenang. Dia ukir senyum
tipis. Cukuplah tu. Senyum sampai telinga karang, nampak sangat
dia suka dekat anak dara orang tu. Kot
ya pun, soroklah sikit. Lelaki pun, ada
malunya.
“Pak
cik jangan risau sangat. Biarpun saya
tak pasti apa yang dah jadi pada Sufi sampaikan dia dingin gitu gaya dengan
orang pejabat, saya tetap yakin yang dia ada sebab sendiri. Apapun, sebagai ketua saya akan pastikan
diorang tak bercakar…” Separuh bergurau
Benjy berjanji.
Terus
Encik Jamaludin tertawa. Bahu Benjy
ditepuk perlahan. Terangguk kecil. Lega hati bila ada dah kenal bos Sufi. Setidak-tidaknya dia yakin Benjy seorang yang
berpegang pada janji.
“Kalau
gitu, pak cik balik dululah. Anak lelaki
pak cik dok kat luar sana haa… tak boleh masuk.
Tak ada parking. Jadi penunggu keretalah dia. Jumpa lagi, ya?”
“Iyalah,
pak cik…” Tangan berjabat. “Assalamualaikum… hati-hati…”
“Waalaikummusalam…” Kaki Encik Jamaludin berlalu pantas menjejaki
langkah anak dara dan isterinya.
Sesekali, dikerling pada Benjy yang masih berdiri tegak menghantar dia
dengan satu pandangan yang nampak kudus.
Jika
lelaki itu jodoh Sufi, dia yakin itulah yang terbaik. Nampak Sufi juga sukakan Benjy biarpun mulut
kerap kali katakan tidak. Ya, dah sampai
masa. Masa untuk dia bebaskan Sufi.
JAM
di pergelangan tangan dikerling. Eh, dah
lewat. Esok nak masuk kerja pulak. Nak kena awal pagi sebab nak jumpa bos besar
ni. Memang dia nekad nak jadikan Sufi
sebagai PA dia. Apa pun jadi,
jadilah. Dia memang perlukan seseorang
untuk menyusun pergerakan tugasan dia di pejabat dan luar pejabat.
Kaki
yang menapak laju dah bertukar berlari-lari anak. Benjy berlalu daripada balai perlepasan dan
terus ke pintu keluar. Baru saja nak
berlalu ke kereta, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang
mencangkung tenang di tepi jalan sana.
Perlahan-lahan, dia mendekati.
Rasa macam kenal. Eh, betul ke
Shah ni? Dia lajukan langkah. Bila dah hampir, bahu lelaki itu ditepuk
perlahan.
“Assalamualaikum,
bro…”
Lelaki
itu berpaling. Pada mulanya kerut kening
tapi tak lama, wajah itu bertukar manis.
“Woi… kau?!” Suaranya terjerit. Teruja.
“Hidup lagi?”
“Tak
sampai masa Tuhan tarik nyawa lagi…”
Benjy gelak. Tangan mereka berjabat. Rasa kecil dunia dipertemukan di sini setelah
habis kolej dulu. Dia dan Shah walaupun
sebaya, Shah adalah senior dan dia rela dibuli oleh Shah satu waktu dulu. Tapi, akhirnya mereka jadi kawan baik
walaupun tak lama.
“Kau
buat apa kat sini?”
Benjy
mencebek pendek. “Hantar babah aku pergi
Mekah…”
“Oh,
samalah aku…”
“So?
Apa cerita?” Soalan itu pecah
daripada mereka berdua. Kemudiannya,
tawa bergegar. Tapi, tak lama. Benjy mengejar masa dan dia tahu kawannya
juga perlu pergi.
“Nah…” Benjy letakkan sekeping kad atas telapak
tangan kawan lamanya. “Call aku nanti. Aku nak gerak dulu…” Bila Shah mengangguk, Benjy terus
berlalu.
Airport. Tempat pertemuan dan perpisahan. Dia berpisah dengan babah buat seketika,
insyaALLAH dan dipertemukan dengan beberapa orang pada hari ini. Apa yang pasti, pertemuan dengan Sufi adalah
sesuatu yang dia tak harapkan tapi terjadi dan tidakkah itu sesuatu yang patut
disyukuri? Atau sesuatu yang patut dielak sedangkan dia dah minta
pada Sufi. Jangan suka dia biarpun dia
hampir sasau dambakan gadis tu.
Rambut
dikuak dan diramas kasar. Allah... berat
untuk hamba galas perasaan ini. Dia
menggeleng mendongak ke langit yang terang benderang. Moga hidupnya juga semakin cerah dan terang
seperti langit Tuhan.
MUNCUNG
Johan keluar sedepa. Serius. Macam mana ayah boleh sampai dulu ke kereta
dan mama juga Sufi sampai kemudian bila ayah cakap Sufi dengan mama yang keluar
dulu. Haih... “Pergi mana, ma?”
“Ala...
adik nak pergi ladies kejap. Tengok-tengok ramai pulak yang
beratur...”
“Entah
abang. Itu pun nak bising...”
Mata
Johan mengerling Sufi tajam. “Bukan nak
bising tapi panas. Tahu ke tidak?”
“Dah
cakap dah keluar awal...” sampuk
mama.
“Tak
apalah... semua dah selesai...” Ayah
matikan suasana yang sedikit tegang. Dua
beradik ni kalau bertekak boleh tahan dengan perangai tak matang
masing-masing. Johan ni dah sampai masa
untuk kahwin pun tapi sesekali masih pening dengan perangainya bila dah
mengamuk. Sufi lagilah. Memang banyak yang tak matang daripada
matangnya.
“Juliana
Sufia...”
“Ya,
ayah...” Tubuh Sufi tegak. Terkejut bila ayah panggil nama penuh. Jarang sangat ni kecuali bila ada perkara
serius yang perlu dibincangkan. “Kenapa,
yah?”
Encik
Jamaludin diam beberapa ketika.
Dipandang Johan yang ada di
sebelah. Tenang memandu tapi Johan hanya
tersenyum pendek. Tahu dah ayah nak
cakap tentang apa.
“Ayah
tengok Benjy tu okey je...”
“Hah?” Sufi longgar rahang. Okey?
Apa yang ayah maksudkan dengan okey?
Memanglah okey tak cacat-cela.
Sempurna aje pun pada mata kasar.
“Dia tak sakit pun rasanya...”
Sufi loyar buruk.
Kening
ayah, mama dan Johan berkerut. “Ayah tak
maksud benda tu lah, Sufia...” Johan
menggeleng dengan sikap Sufi. Dah tahu
tu tapi saja buat-buat tak tahu. Nampak
sangat nak elak.
“Habis
tu?” soal Sufi. Resah juga.
Janganlah ayah kata suka dekat Benjy tu sampai tahap nak buat
menantu? Nak kahwin dengan siapa? Dia mana ada adik-beradik lain. Dua orang aje. Lagipun yang sulung itu adalah abang. Jantan.
“Ayah
berkenan dah tu...” Mama
menyambung. Memberi jawapan tepat
seperti apa yang dia fikirkan.
“Serius?” Kening dia naik. Terkejut.
“Sungguhlah...
tapi tak semestinya ayah nak paksa Sufi kahwin dengan dia. Tapi, dia dah janji nak jaga Sufi masa dekat
pejabat...”
“Ayahhhh...” Mengeluh Sufi dibuatnya. “Sufi boleh jaga diri sen...” Lidahnya terpaku tiba-tiba. Ayah tu tak mampu disudahkan. Kali terakhir dia tuturkan ayat itu adalah
sepuluh tahun lalu dan kata-kata itu memakan diri.
“Dah
sampai masa Sufi bebas sendiri,” ujar
ayah lembut. Berpaling separuh badan dan
tersenyum pada Sufi. “Dah sampai masa
Sufi dimiliki...” tambah ayah. Mama juga angguk. Hanya Johan yang diam.
“Sufi
suka Benjy?” tanya mama bila Sufi hanya
diam tak beri reaksi. Terkejut
barangkali.
Sufi
geleng. Macam mana nak bagitahu. Hati dia bergetar juga setiap kali dengan
Benjy tapi amaran Benjy bukan amaran biasa.
Amaran Benjy amaran tahap jingga.
...2bCont...
Kesian pulak kt Sufi kadang2.. Tentu trauma dia x hilang2 sampai sekarang. Harap bukan Benjy la yg tikam dia dulu.. Hurmm
ReplyDeleteX sabar dh.....
ReplyDeleteKalau suka katakan suka. Kalau sudi katakan sudi. Cewahhhh
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteTakpe.. sufi. biar tahap merah sekalipon, kalau sampai masa dptlah green light..
ReplyDeleteSuka jer nak kenenkan sufi dengan benjy tu... Mak dgn ayah sama jer..tu nasib si abang xder sama..hehheeh
ReplyDeleteDah boleh bayang muncng sedepa sigadis manis tu....
Cepat betul mak ayah Sufi berkenan dengan Benjy....
ReplyDelete