JAM
pada dashboard dah menghampiri enam suku.
Willa turunkan cermin kereta.
Hari Ahad yang tenang tapi hari dia merusuh. Sesekali, dia menahan batuk. Tak nak Reza yang sedang lena, jaga dengan
bunyi batuknya.
Dia
tak tahu nak ke mana. Sudahnya ke sini
takdir membawa dia. Cermin kereta
diturunkan. Angin tasik putrajaya
berhembus sedikit ganas. Sejuk. Willa jengulkan wajah keluar kereta. Bibirnya tersenyum tipis. Entah apa yang memujuk hati dia untuk ikut
saja permintaan Reza.
Mungkin
kerana mata kuyu yang berkaca-kaca itu… argh… Willa gigit bibir bawah. Dia kena keluar sekarang. Subuh dah nak masuk seminit dua lagi. Dia perlu tinggal Reza kejap tapi boleh
percaya ke Reza tak berlalu biarkan dia sendiri di Putrajaya ni. Nak balik dengan apa?
Dielus
oleh angin sejuk, mata Reza terbuka. Dia
perhatikan sekeliling. Sini aje budak ni
bawak dia. Ingatkan sampai Cameron
Highland ke. Heh. Dia betulkan tubuh. Duduk sedikit tegak. Kepala dia masih menyengat sedikit. Dia toleh ke kanan memandang Willa. Tak perasan malam tadi lelaki atau perempuan. Kepala dia serabut.
Matanya
jatuh pada susuk tubuh Willa. Sekali
pandang aje, patut dah boleh tahu ini lelaki.
Tapi, nama Erwin. Itu bukan
lelaki ke? Atau Erwina?
“Tutup
cermin tu,” suruh dia.
Willa
laju berpaling. Terkejut. Ditarik hoodie lagi. Tapi, laju Reza halang.
“Kenapa
daripada semalam kau asyik nak sorok muka aje daripada aku? Ke muka kau buruk?” Saat itu, Reza tarik hoodie itu jatuh
daripada kepala Willa. Matanya meredup
saat terpandang wajah putih pucat itu.
Cantik…
tapi, tidaklah sampai buat dia ternganga.
Lagipun, dia syak sesuatu…
“Nama
kau bukan Erwin, kan?”
“Err…” Willa gagap.
“Kalau
Erwin, dia tak pakai tudung macam kau.
Atau kau ni, Erwinna?”
Perlahan,
Willa geleng kepala. “Erwilla…”
Bibir
Reza pecah dengan senyuman tapi tak lama.
Pedihnya masih terasa hingga wajah dia menyeringai.
“Nama
cantik. Kenapa nak tipu?”
“Saya…” Sekali lagi, Willa kehilangan kata.
“Tak
apalah. Aku tak nak tahu jawapan kau.
Tapi, boleh aku tahu… siapa yang suruh kau datang jemput aku?”
Boleh
jadi mummy dan daddy. Entahlah. Atau sesiapa saja yang kononnya ambik berat
tentang dia padahal tidak pun.
“Saya
tolong Abang Fandi…”
“Fandi?”
Willa
angguk. “Dia driver. Dia whatsapp saya minta tolong. Itu yang saya tolong.”
“Oh,
Abang Fandi…” Reza baru ingat. Abang Fandi tu pemandu mummy.
“Kau
ni kira part-time driverlah, ya?” Reza
renung Willa sekali lagi. Atas
bawah. Pakaian memang macam lelaki. Tapi, tutup semua, termasuklah kepala. Ingatkan, pakai hoodie ni…
“Aku
ingat kau jantan… tak pun…” Dia jeda.
Alih pandangan daripada Willa.
Pandang lama-lama, ada jugak budak perempuan ni jadi mangsa dia.
“…pengkid?” Kening Reza naik. Dia sengih serba-salah.
“Oh…
tidaklah. Naluri saya masih pada
lelaki. Saya tak songsang,” sahut Willa
tenang.
Dia
dah biasa. Dulu, masa tak bertudung
semua orang sangka dia lelaki. Tapi
sekarang, hanya tudung di kepala yang memberitahu dia adalah seorang
perempuan. Jika tidak, dah tentu
disalahertikan.
“Maksudnya,
dengan aku…” Reza dekatkan tubuh pada
Willa tapi gadis itu sedikit pun tidak berganjak. Melainkan hanya tersenyum tenang.
Reza
kerut kening. Kaku di situ.
“Abang
Fandi bayar duit dekat saya bila dipastikan pelanggan sampai ke rumah dengan
selamat. Termasuk harta benda
pelanggan. Tapi, tuan minta saya
temankan tuan. Saya tak nak cakap lebih
tapi saya harap, tuan sedar akan apa yang saya dah tolak hari ini…”
Bibir
Reza terjongket dengan senyuman tipis.
Dia jarakkan kembali tubuh sasanya daripada Willa. Nampak kecik aje orangnya tapi berhati
besar. Langsung tak gentar.
“Aku
sedar. Kan aku dah janji nak bayar kau
hari ini. Berapa gaji kau?”
Willa
diam sejenak. Dikeluarkan telefon. Lincah jarinya menari. Membuat kira-kira. Upah daripada Abang Fandi, sepatutnya seratus
sebab dah lepas tengah malam. Elaun
minyak sepuluh. Gaji untuk kerja hari
ini empat puluh.
Dahi
Reza berkerut. Mak aih… siap kira pakai
kalkultor.
“Hey…
kau ni mata duitan betullah…”
“Haa…” Willa angkat wajah. Langsung tak berbekas kata-kata Reza pada
dia. ya, katalah apa saja. Memang duit bukan segalanya. Tapi, segalanya perlukan duit. Itu hakikat.
“…Seratus
lima puluh.”
“Itu
aje?”
Kepala
Willa jatuh. Mengangguk. Dengan wajah teruja.
“Aku
ingatkan lima belas ribu?” Reza gelak
setelah mengejek.
Wajah
Willa masam. “Tuan boleh bayar,
kan?”
“Aku
bayar lima kali ganda. Jangan
risau…” Reza kembali pejamkan mata.
“Tapi,
tutup dulu cermin tu. Sejuk…”
“Tapi,
tuan… saya…” Kata-kata Willa mati.
Masjid
Sultan Zainal ABidin itu sedang bergema dengan azan Subuh. Willa toleh keluar.
“Tuan
nak ikut saya subuh?” Willa dah sedia
nak buka pintu kereta.
Mata
Reza kembali terbuka. Dah lama tak
dengar ajakan sebegitu atau perempuan ni berlagak alim tapi ada dengan dia
dalam satu kereta? Muncul dekat The
Paradise dinihari? Alimkah begitu?
“Kalau
nak berlagak alim, bukan dengan aku!”
Tingkah
Willa mati. Terkaku dia dibuatnya. Andai Reza tahu… tapi, dia tetap ukir
senyum. Dia toleh dan memandang tepat
pada mata Reza.
“Saya
tak berlagak alim, tuan. Tapi, saya cuba
kembali pada fitrah kejadian saya dalam dunia ni. Saya ajak, bukan memaksa. Tak apalah tuan tak nak. Tuan tunggu kejap…”
Tersentak
dengan jawapan Willa, Reza tegakkan tubuh.
“Kau
lama sangat, aku blah dulu tinggalkan kau…”
Willa
tunduk memandang Reza. Dia ukir senyuman
tipis sekali lagi. “Tak apa. Kalau tuan rasa dah boleh memandu sendiri,
tuan boleh balik dulu…”
Sekali
lagi, Reza terhenyak. Liur ditelan
berkali-kali, menghantar langkah gadis itu pergi. Dia kemudiannya keluar daripada perut
Lamborghini. Bertongkat siku di atas
bumbung kereta mewah itu. Kemudian,
mendongak ke langit mula kelihatan kekuningan.
Jatuh
kembali pandangannya pada Willa. Dia tak
kata Willa jahat tapi berapa ramai aje orang yang baik melainkan berlagak
baik. Tapi, apa yang buat gadis seperti
ini sanggup menjadi pemandu untuk golongan seperti dia?
Kedudukan?
Harta?
Atau
wajah kacaknya?
Jika
tidak, tubuh sasanya?
Kepuasan?
Reza
raup wajah. Saat ini, gadis itu
memandang dia. Kejauhan… tapi jelas
wajah itu tersenyum seperti masih tak puas mengajak dia ke sana. Kali ini, dia perlu akui… senyuman Willa
membawa tenang. Tapi, untuk berapa
lama? Itu persoalannya.
KAKI
Willa laju melangkah. Lama-lama bertukar
menjadi larian. Bila tiba di tempat dia
hentikan kereta tadi, Lamborghini itu nyata tiada di situ. Wajahnya terbayang dengan perasaan
hampa. Dia ingat dia tak kisah andai
betul Reza pergi. Dia pun tak kenal
lelaki itu tapi entah kenapa, mata basah lelaki itu awal tadi menghantui
dia.
Tapi
sekarang, Reza dah pergi.
Kepala
mendongak langit. Hari dah makin
terang. Dia perlu berjalan sikit dan
pasti akan ada bas. Gaji tak dapat. Semuanya masuk angin keluar asap. Airmatanya rasa nak menitis. Sah-sah dia akan hilang kerja. Abang Fandi dan Uncle Ben tak akan percaya
dia lagi.
Beg
kelabu yang ada di tangan, beralih ke belakang.
Kakinya menapak perlahan menyusuri jambatan. Mana entah arah yang dia patut pergi. Kalau hari kerja, Putrajaya ni meriah. Tapi hari ini hari cuti. Pada siapa dia mahu meminta bantuan.
Telefonnya
bergetar dalam poket seluar. Laju dia
tarik. Uncle Ben? Willa mula pasrah.
“Morning,
uncle…”
“Hey,
mana pergi Willa? Pukul enam setengah
patut sudah kerja. Ini, sudah hilang?”
Willa
ketap bibir. Perlu ke dia berterus-terang. Uncle Ben tak pernah tahu dia lakukan dua
tiga kerja lain.
“Dah
hantar semua ke, uncle?”
“Sudah. Saya minta tolong orang. Tapi, kamu mahu kerja lagi atau tidak?” Soalan Uncle Ben serius.
“Nak
tapi saya tak boleh hari ini…”
“Tak
sihat ke?”
“Erm…” Willa hampir menangis. Menipu lagi.
“It’s
okay. Esok jangan lupa ya…”
Talian
mati. Willa ukir senyum. Lega bila tak dibuang kerja. Tapi, whatsapp Abang Fandi…
Pn.Sri tu ckp, anak
dia tak balik tp motor kau sampai. Apa hal?
Emoticonnya
marah!
Willa
kerut kening. Baru nak membalas, telefon
bimbitnya dirampas. Laju Willa
menoleh. Eh… dia ni lagi? Ingat dah balik.
“Saya
ingat awak dah balik…”
“Dah
tapi aku lupa nak bagi upah kau. Nanti,
aku datang tuntut pulak. Lagipun, aku
tak biasa hutang sesen pun dengan orang.”
Mata
Reza membaca whatsapp yang ada pada skrin telefon Willa. “Ini Abang Fandi, kan?”
Willa
diam. Tak berkata apa.
“Cakap
dekat dia, aku minta kau teman aku pergi satu tempat.” Telefon dihulurkan pada Willa.
“Okey,”
jawab Willa ringkas. Laju jari-jemari runcingnya menari.
Tadi,
dia memang dah berlalu tapi bila dia kembali, mata Reza memerhatikan gadis itu
berjalan sendiri. Dia nampak Willa
tercari-cari dan nampak wajah kehampaan Willa.
Kenapa? Kerana duit yang masih
belum dibayar?
Dompet
dikeluarkan. Dua puluh keping not lima
puluh dihulur pada Willa.”
Jari
yang sejak tadi menari terhenti. Willa
panggung kepala memandang pada Reza. Dihantar
pandangan yang penuh tanda tanya. Apa yang
banyak sangat ni?
“Saya
perlu seratus setengah aje…”
“Kan
aku dah cakap, aku bayar tiga empat kali ganda…”
“Tapi,
banyak sangat…”
“Syh…” Reza letak jari telunjuk pada bibir
sendiri. Pandangannya nampak marah. Dia tengah serabut ni. Jangan tambah serabut dia.
“…kan
aku dah cakap, berbaloi untuk kau temankan aku.
Anggap ajelah tu bayaran kau untuk semalam…”
“Bayaran
untuk semalam?” Akal waras Willa sedang
memproses kata-kata itu tapi kenapa hasilnya terasa begitu asing. Sepertinya dia ni…
“Hey…
pleaselah. Jangan anggap
bukan-bukan. Aku dah biasa macam
tu. Anggap ajelah tip. Aku tak heret perempuan macam kau tidur
dengan aku malah masuk kereta aku pun, aku rasa kau bernasib baik sebab jadi substitute
driver. Kalau tak, jangan harap,” bidas
Reza.
Tahu
sangat. Pandangan Willa tu dah buat dia
boleh agak apa yang Willa fikirkan.
“Lagipun,
duit yang aku bagi ni dah jadi duit kau.
Terserahlah dekat kau nak sedekah dekat orang ke kalau tak nak
sangat. Dah jadi hak kau, kan?” tambah Reza lebih sinis.
Jangan
nak jadi Cinderella sangatlah. Dia bukan
putera impian nak selamatkan seorang Cinderella. Tak ada masa dia dengan dongeng kosong
begitu. Realitinya menyakitkan!
“Aku
blah…”
“Tuan
Reza…”
Belum
sempat dia menapak, suara Willa matikan langkah. Pantas dia berpaling. Berdiri tegak di situ. Menanti Willa yang sedang menapak pada
dia. Tersenyum seperti tak terkesan apa
pun yang dia katakan.
“Terima
kasih bagi saya upah banyak ni…” Duit
ditangan dikira. Willa selit tiga keeping
dalam poketnya.
Lengan
Reza yang berbalut kemeja dicapai dan ditarik.
Lelaki itu langsung tak membentak sebaliknya hanya memandang dia
tanpa kata. Melainkan hanya dengan wajah yang
berkerut.
“…betul
duit ni dah jadi hak saya. Seperti tuan
cakap, ikut sayalah nak sedekah dekat siapa pun. Saya rasa tuan adalah yang paling layak…” Diletak duit itu atas telapak tangan Reza.
Willa
mendongak. Merenung tepat pada anak mata
kuyu lelaki itu. Dihiasi kening yang
begitu hitam dan lebat.
“…tuan
adalah yang paling layak saya sedekahkan duit ni.”
“Aku?” Nafas Reza berubah kasar. Terasa disindir.
“Yup…” Tak gentar, Willa mengiyakan.
“…semoga
dengannya, tuan dapat beli adab dan budi bahasa. Terima kasih…” Sekali lagi, Willa senyum dan kali ini lebih
lebar dan terus berpaling.
Reza
kelu. Tajam renungannya, tapi kenapa
kaki dia terpaku di situ. Sepertinya tewas
dengan seorang gadis seperti itu.
...bersambung
aduhhh pedihnya hati kena tembak...
ReplyDeletebest. best.
ReplyDeleteAigooooo... saya sukaaaaa
ReplyDeleteDah melekat nie...best
ReplyDeleteKan dah kena sebijik
ReplyDeleteMemang menusuk betul...
ReplyDeletedeepp
ReplyDeletedeepp
ReplyDeleteBest sgt2 ni
ReplyDeleteBest sgt2 ni
ReplyDeletenak lagi
ReplyDeleteWow.....makin menggetar jiwa ni dik
ReplyDeleteBest best best!! Makin nak tau apa jd next
ReplyDeleteI got this feeling this is going to be a great story! Cant wait the next chapter!
ReplyDeleteI got this feeling this is going to be a great story! Cant wait the next chapter!
ReplyDeleteBestny.. nk lg RM...rindu ngan karya RM
ReplyDeletekipidap kak RM....bessss
ReplyDeletemmg pedih.....terus menusuk. semoga reza akan jumpa semula apa yang telah hilang.....
ReplyDeleteKata itu..seperti belati tajam.. ..perghhh.. Makan dalam punya aya willa...
ReplyDeleteTajam menikam tu!! ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest sgt2 <3
ReplyDelete😍😍😍
ReplyDeleteWah hebat willa...
ReplyDeleteTerima kasih 😊
ayat power menikam ..membunuh....
ReplyDeletemudahan lembut la hati reza x kan sinis2 lg bila jumpa willa
ReplyDeleteAduhai.. Sempoi..beli adab dan budi bahasa..I like!!
ReplyDeleteYeyyyy,novel terbaru dari penulis pujaan ku
ReplyDeleteha..mendapat la ko reza
ReplyDelete