PELUH
merenik di dahi Willa. Diseka perlahan
dengan hujung selendang yang melilit kepala.
Dia dongak ke langit. Terang
benderang. Cepat sangat panas
sekarang. Dia akhirnya berhenti di
sebuah perhentian bas. Sepi. Hanya angin dan unggas yang berbisik. Tiada satu pun kenderaan yang lalu
lalang. Tapi, ada papan tanda bas
berhenti.
Kecewa?
Willa
angguk sendiri. Memang kecewa dengan
diri sendiri. Sepatutnya dia tak jadi
mata duitan sangat. Bila Abang Fandi tu
umpan dia dengan upah seratus ringgit, patutnya dia tak terus setuju. Dia perlu tengok dulu alamatnya. Tempat macam tu dia jejaki… memang dia tak
waras.
Ini
belum lagi bercerita tentang motorsikal.
Ada di rumah Reza. Macam mana dia
nak ambik. Whatsapp daripada Abang Fandi
dibuka. Alamat rumah Reza dibaca
sekali. Nak naik teksi, berapa ratus dia
nak kena tambang? Dan, macam mana kalau
Reza nafi motor itu milik dia?
Haih…
kelabunya minda. Kepala melentok ke
kiri. Lemah segala sendi. Cari penyakit. Tak pasal-pasal dapat balasan terus. Tuhan tak tangguh!
Dia
bangkit setelah puas duduk. Matanya
tertancap pada sebuah kereta. Dia cam
sangat. Kalau dekat New York, boleh
tertukar dengan teksi. Hingga akhirnya
kereta mewah itu berhenti depan dia, susuk tubuh itu ada lagi depan mata dia.
“Dah
puas walkathon?” Soalan itu kedengaran
pedas.
“Dah
siap shopping?” soal Willa kembali bila
dia sedar sangat yang Reza sedang memerlinya.
“Shopping
apa masa ni…” Reza pandang jam. Tapi, tingkah dia terpaku. Dia kembali renung Willa. Perempuan ni tak habis-habis sindir aku! Dia tutup pintu keretanya kasar. Bercekak pinggang. Ikutkan hati… haih…
“Kalau
budi bahasa tu boleh beli dekat Alamanda atau kat mana aje, aku dah beli bagi
dekat kau sekali!”
“Tak
apa. Saya tak perlu semua tu.”
Makin
berkerut dahi Reza. Eleh… ingat dia baik
sangat. Konon bertudung tu, bagus
sangatlah.
“Kau
pun apa kurang. Menyindir orang aje…”
“Okeylah
saya sindir orang. Bukan awak!” Langsung dia tak pandang wajah Reza.
“Habis
tu, aku bukan orang?” Reza dah bercekak pinggang.
“Atau
kau nampak aku ni orang utan?”
Senyum
senget Willa terangkat di hujung bibir.
“Kalau gitu, silalah kembali ke zoo.
Jangan berkeliaran dekat jalan raya.
Nanti kena langgar kereta,” jawab Willa tanpa perasaan.
“Apa
kau cakap?” Tangan Reza terangkat tapi,
Willa berlalu ke atas jalan bila ternampak sebuah teksi sedang
menghampirinya.
Namun
sayang, pemandu itu sekadar mengangkat tangan.
Bahu Willa jatuh. Wajahnya jelas
kecewa.
“Padan
muka!” Reza ketawa kecil. Kan dah tak dapat teksi. Sesedap rasa aje panggil orang ni, orang
utan.
Malas
hendak melayan, Willa kembali duduk.
Ditarik earphone dalam beg galas dan disumbat dalam telinga. Dibuat Reza seperti langsung tak wujud depan
mata.
“Willa,
jom ikut aku.”
Gadis
itu diam tak beri reaksi.
Reza
merengus. Dia jujurnya marah dengan
kata-kata Willa tapi melihatkan gadis itu menapak, belas timbul dalam
hati. Dia yang minta Willa temankan dia
lepas tu berlagak pula dengan duit ringgit.
Entahlah… mungkin dah biasa menjinakkan semua orang dengan wang ringgit
tapi Willa makin liar rupanya.
“Motor
kau ada dekat rumah aku…” tambah
Reza. Teringat panggilan mummy
tadi. Bertanya dia dekat mana.
Tapi,
masih tiada reaksi.
Reza
pasang langkah lebar. Tiga empat langkah
aje, dia sudah berjaya merenggut wayar putih itu.
“Hey…” Tubuh Willa berdiri tegak. Geram sungguh. Mood dia tak okey ni.
“Awak
ni dah kenapa?” Wayar earphone itu
dibelek. Putus sudahnya!
“Tengok,
dah putus…”
Bibir
Reza tersungging dengan senyum senget.
Dikeluarkan semula duit yang Willa letak atas telapak tangannya
tadi.
“Nak
aku ganti?”
Mata
Willa terpejam dengan bibir yanga terkumat-kamit menyebut nama Tuhan. Silap aku, Ya Allah. Silap aku kerana pergi ke situ dan kenal
dengan hamba-Mu yang ini. Dan ini adalah
teguran untuk aku.
Melihatkan
Willa begitu, Reza bongkokkan tubuhnya.
Hampir, semakin dekat. Rapat, semakin
mahu bersatu dan bila dia dapat rasa hangatnya hembusan nafas Willa menyentuh
hidung mancungnya, Reza cepat-cepat berdiri tegak. Saat ini mata Willa terbuka.
“Jangan
dekat dengan saya?” pinta Willa
lembut. Serius sesungguhnya.
“Aku
bukan nak buat apa pun. Aku ajak kau
pergi ambik motor kau dekat rumah aku,” balas Reza.
Bibir
diketap. Mata terkatup seketika. Motorlah pulak.
“Saya
naik teksi aje…”
“Hey,
Erwilla…” Reza ketik jari tepat di depan
hidung mancung gadis itu.
“Kalau
orang ajak kau cara baik, kau jangan berlagak sangat. Kau tu perempuan… aku ni lelaki…”
“Dah tu? Nak tukar jantina ke?” Nafas Willa sudah lain macam. Dia dah terlalu penat ni dan dia tak boleh
terlalu letih.
Terkulat-kulat
Reza menerima kata-kata Willa. Sebaik
mungkin dia cuba mengawal gelora dalam dadanya.
Gadis ini tak salah. Mungkin marah
pada dia kerana berlalu tadi setelah berjanji hendak menanti. Lagipun, kerana dia mereka di sini.
“Erwilla,
aku tahu kau rasa tertipu bila aku tinggal kau tadi tapi jujurnya aku pergi isi
minyak. Bila aku patah balik, aku nampak
kau jalan kaki. Memang aku tiada niat
nak tinggal kau,” cerita Reza beralasan.
Sedangkan tadi dia memang mahu berlalu Cuma rasa simpati itu
menyekat.
Lagipun,
bukan salah dia. Dia dah kira baik bayar
gaji Willa untuk hari ini. Bukan dia
tinggal bodoh aje. Ini siap patah
balik. Hai… dikira jahat lagi ke macam
ni? Usik hujung jari pun tidak. Eh… baik dah ni. Rasanya tak lama lagi dia akan tinggalkan The
Paradise tu. Sempat lagi dia sinis diri
sendiri.
“Okey. Kalau kau tak nak ikut, motor kau tu aku
gezet jadi hak aku nanti, baru kau tahu.”
Dia dah mula mengugut melihatkan Willa masih diam. Jelas sangat tak
bersetuju.
Nafas
Willa lepas. Cukup perlahan, cukup
berat. Wajah dilangut memandang pada
Reza.
“Kita
baru kenal. Saya tak tahu saya boleh
percayakan awak atau tak,” putus Willa.
Tak
larat dah nak fikir tentang motorsikal. Dia
sedang perlukan sesuatu yang lain sekarang.
Dia perlu makanan. Lagipun, boleh
percaya ke Reza ni akan balik rumah terus.
Entah-entah melencong ke lain lagi.
Mampu ke dia nak terjun daripada kereta tu?
Kata-kata
itu mengundang senyuman yang begitu tajam pada wajah seorang Shahreza. Naik di atas bahu jalan. Menapak dan terus rapat pada Willa yang
nampak nak tumbang dengan wajah yang kian pucat. Dia bawa tubuhnya berdiri dekat di sisi Willa. Sengaja dia rapatkan bibirnya ke sisi wajah
gadis itu.
“Kalau
dah tahu aku belum tentu boleh percaya, dengan first impression kau tu… kenapa
kau sanggup ikut aku dinihari tadi? Tak takut
pulak kau? Percaya pulak kau dalam
keadaan aku tak berapa nak sedar tu… kau tak fikir aku boleh buat benda
bukan-bukan dekat kau? Kenapa tak masa
tu untuk kau bercakap tentang soal percaya atau tidak?!” Bicara Reza mati.
Dia
tahu itu. Dia tak ubah seperti syaitan
yang berupa manusia. Segala kejahatan
adalah milik dia. Tapi, Willa… masih
ikut dia? Jadi, apa beza Willa dengan
perempuan seksi yang berkinja-kinja dekat The Paradise saban malam?
Kepala
Willa tertoleh sedikit ke kiri. Hampir pada
wajah Reza hanya dia rasakan hangat. Boleh
jadi Reza demam kerana bahangnya begitu membara. Atau tidak, Reza marah.
“Kenapa
tak jawab? Speechless?” Kening Reza naik menyoal Willa yang sedang
mengemam bibir sendiri.
Kelopak
mata Willa mula terasa suam. Pandangan
Reza terkesan akan mata bundar yang nampak berair itu tapi dia…
“Dua
kosong. Ada satu lagi,” ujar Reza
separuh berbisik dalam senyuman yang kian menikam.
Mana
mungkin dia biarkan saja gadis ini terus kenakan dia. Dia juga mampu bermain jika itu yang Willa mahu. Tarik tali? Yeah... jangan kata tarik tali, tarik Willa pun dia sudi. Tapi, dia akan pastikan dia akan menang.
...bersambung
Nak lagi.....please
ReplyDeleteAlahaiiii....jgn la ckp cmtu..cik writer dh pnat lelah nk pikirkn idea..at least bg la bernafas skjap..
DeleteNak lagi.....please
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteWahh best sgat2. Xsbar nak tahu seterusnya. Xpnah mengecewakan. ❤❤❤
ReplyDeletedu zi feng ..haha, tengah layan cita tu
ReplyDeleteInteresting..sgt2 menarik..
ReplyDeleteBest...makin lama makin menarik..
ReplyDelete:) :)
Tq sgt2��
ReplyDeleteMakin lama makin best. Keras jugak willa ni ek hehe
ReplyDeleteBerani betul willa! Thx RM. Xsabar nk bc next part ☺
ReplyDeleteSuka suka!
ReplyDeleteWilla gastrik ke?
Sambung cepat dik rehan....
ReplyDeleteX sabar ni...sementara menanti kisah2 yg belum dinovelkan tu siap dipegang. Huhuhu
Huaaa...shahreza buatku ternanti-nanti
ReplyDeleteermmm....cepatlah perut lapar ni. pengsan kang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCrita kak rehan mmg x mengecewakan.. huhu.. patiently waiting for next entry..
ReplyDeleteNk lg.. :-)
ReplyDeleteRehan.. apa terjadi selanjutnya?? Ceciter.. ������
ReplyDeleteBest..
ReplyDeletenak lagiii.....
hahhaha.penyakit senyum sorang-sorang depan PC melanda..apapun kena sabar menunggu epsd seterusnya..
ReplyDeletereza ini mesti x pernah kena reject kan......hai.....mmg patutlah di "orang utan"kan pun....
ReplyDeleteterlambat cominggg...cik rehan more plsss..huhu
ReplyDeleteterbaik kak rehan ..
ReplyDeleteaduh sarkastik nyer
ReplyDelete