KERAS
sungguh perempuan sorang ni! Sampai ke
sudah tak nak naik. Sudahnya, naik teksi
jugak. Meluat sungguh. Dia… memang tak pernah suka dengan perempuan
kasar. Sebab dia membesar dalam keluarga
di mana seorang jelitawannya lembut-lembut belaka.
Ini
nak kata jelita… pun tidak. Kasar pulak
tu. Reza menggeleng kesal. Kesal terjebak dengan masalah kecik ni. Menyusahkan!
“Tengoklah
duit seratus lima puluh kau tu berapa aje baki belas bayar tambang teksi sampai
ke KL sana.” Tak sudah-sudah lagi dia
membebel. Geram pun, ya.
Perempuan
gila!
Dia
ingat orang kebulur sangat nak ajak dia naik kereta ni. Dia usap stereng itu. Ini kereta kesayangannya. Willa tu perempuan pertama yang pegang
stereng ni. Sebelum ni, dia tak pernah
izinkan sesiapa pegang termasuklah orang car-wash.
Dia
berhenti tepat di belakang teksi.
Nasiblah Willa terus ke alamat rumah dia. Ingat lagi harta dia rupanya. Reza tolak pintu kereta. Tak memasal dia follow teksi ni.
“Cukup
ke duit kau?” soal Reza sebaik saja
teksi itu berlalu.
Wila
langut pandang. “Boleh saya ambik motor
saya sekarang?” Langsung tak jawab
soalan Reza menyebabkan lelaki itu mendengus garang.
“Boleh. Aku pun tak hadap nak buat harta motor kau
tu. Tapi, boleh tak kau jawab dulu
soalan aku?”
“Oh
cukup ke tak duit?” tanya Willa kembali.
Reza
redupkan pandangan. Saja nak buat dia
panas hati di bawah terik mentari ni.
“Cukup. Kalau tak cukup, teksi tu tak pergi…” Sempat dia lemparkan senyuman sinis sebelum
menghadap pagar yang begitu tinggi.
Hingga dia terdongak.
Reza
mengaduh dalam hati. Kena lagi dia. Haih… tangan dia ringan terangkat menghampiri
kepala Willa. Menarik gadis itu… tapi,
Willa langsung tak berganjak. Langsung tak
takut. Reza senyum senget. Dia menjauh semula.
“Kau
tak takut eh dekat aku?”
“Kenapa
nak takut? Kau makan orang ke?” soal Willa sedikit kasar.
Makin
berkerut dahi Reza. Mana pergi awak
saya. Dah main aku kau pulak. Memang spesis kasar ni.
“Kalau
aku makan orang pun, aku tak akan makan orang macam kau ni. Tak lut nak kunyah. Keras sangat.
Rebus macam mana pun tak akan empuk.
Buat sakit rahang aku. Buat apa.”
“Eloklah
kalau gitu. Jadi, tak perlu aku rasa
takut. Sekarang ni, boleh tak nak ambik
motor?” Willa tunjuk wajah bosan. Sesekali, berkerut menahan pedih perut.
Sedikit
sebanyak… terkesan juga dengan kata-kata pedas Reza. Ya, dia memang kasar kerana dia sedang didik
diri menjadi tabah. Sangat tabah setelah
dia hampir terduduk bahana ujian.
Mata
Reza ditenung dengan wajah berkerut bila lelaki itu juga tak berkata apa, hanya
memandang saja pada dia.
“Kau
sakit ke?” Sejak tadi dia memerhati,
peluh kecil terus merenik pada dahi gadis ini.
Tak jadi dia nak marah. Air wajah
Willa pun nampak makin tak elok. Berkerut
sana sini. Wajah mulus itu dah begitu
pucat.
“Saya
nak ambik motor. Tolong,” pinta Willa
kembali dengan suara yang rendah perlahan.
Wajahnya kian berkerut dengan mata yang dipejam rapat. Lama.
“Kau
sakit ni…” Tanpa berkata apa, Reza laju
menahan bahu Willa yang nampak nak tumbang.
Serentak itu, pagar tinggi itu terbuka perlahan.
Reza
pandang wajah Willa. Peluh terus
membasahi wajahnya.
“Willa?” seru Reza.
“Motor…”
“Shut
up, woman! Kau sakit pun ingat motor
lagi…”
Reza
menoleh. Paman dan Ibu Ati muncul. “Kenapa ni, Tuan Muda?” soal paman risau. Kenapa sampai rumah tak terus masuk dan perempuan
yang nampak lemah tu, siapa pulak.
Jangan
cakap, tuan muda dah berani sangat sampai bawa balik perempuan ke rumah?
“Siapa
tu, tuan?” Ibu Ati pula menyoal.
“Mummy
ada?” Dia tak suka jawab soalan
orang. Kerana itu dibiarkan saja soalan
itu tanpa jawapan.
“Puan
tak ada, Reza,” jawab paman.
“Okey. Ibu Ati tolong bawa dia masuk bilik tamu
bawah tu kejap, ya? Dia tak sihat ni…” Jelas riak Reza resah.
Janganlah
perempuan mati dekat sini pulak. Satu hal
dia kena siasat kerana dialah yang terakhir dilihat bersama Willa. Tak sanggup dia nak keluar masuk balai.
“Ya,
baiklah…” Lengan Willa bertukar
letak. Dipapah oleh ibu Ati dengan
langkah yang dia heret. Tak mampu nak
angkat lagi kakinya.
Melihatkan
Willa yang tak mampu menapak, Reza cuba hampiri tapi kakinya terhenti. Dipandang kereta yang masih ada di luar
pagar. Antara Willa dan kereta, kereta
ini lebih berharga.
KELOPAK
mata Willa sesekali terbuka dan selebihnya terkatup rapat dengan nafas yang
sedikit mengah. Bila dia buka mata sekali
lagi, seorang wanita ada di depannya.
“Saya
nak balik. Saya kena balik…” Kain yang
diletak atas dahi, dia tolak ke tepi. Baru
hendak bangun, bahunya ditahan.
“Adik
sakit ni. Tuan minta bawak masuk sini…” Ibu Ati serba salah. Nampak macam budak baik tapi macam mana boleh
berakhir dengan Reza. Muncul pagi buta
pulak tu. Nampak sangat semalaman ada
dengan Reza.
Apa
yang dah budak berdua ni buat… haih… tak kuasa dia nak fikir.
“Tak
apa, mak cik. Saya sakit sikit aje. Nanti sampai rumah, saya akan okey. Bagi saya keluar…” Sekali lagi dia cuba
bangkit tapi masih ditahan.
“Tak
boleh, dik.” Resah Ibu Ati. Dia tak nak Reza mengamuk kerana dia ingkar
arahan. Budak tu mana boleh. Setiap katanya adalah arahan mandatory. Tak boleh dibangkang.
“Saya…”
“Ibu
Ati keluar dulu…”
Suara
Willa mati bila Reza muncul di depan pintu.
Menyinsing lengan kemeja hingga ke pangkal lengan. Menapak dengan penuh gaya tapi entah kenapa,
dia terasa begitu meluat dengan apa yang sedang dia lalui sekarang. Dengan lelaki ini.
“Ya,
tuan…”
“Mak
cik…”
“Diam!” Suara Reza keras bila Willa menggamit Ibu
Ati.
“Ini
air baru ke?” Mata terpandang bekas air di sisi katil.
Bila
ibu Ati jatuhkan kepala, dia terus berpaling pada Willa. Muka pucat gitu gaya, nak kata okey.
“Saya
nak balik…” Willa tolak bila Reza mahu
letak kain yang baru diperah itu atas kepalanya.
“Kau
nak balik macam mana dengan keadaan tubuh kau macam ni?!” Geram dia dah sampai puncak ni. Dia walaupun jahat, tapi kalau orang tu dah
sakit tak boleh nak bergerak, tak tergamak dia nak campak tepi jalan.
“Saya
okey…”
“Hey…” Rasa nak aje dia tunjal kepala Willa tapi
ditahan rasa panas hatinya. “…aku yang
tentukan kau okey atau tak…”
“Tapi
ini tubuh saya?”
“Habis
tu, perlu ke aku belek seluruh tubuh kau nak pastikan kau okey? Hrmm?”
Nada Reza separuh mengugut.
Willa
ketap bibir. Airmatanya rasa mahu
mengalir. Bukan kerana ugutan Reza tapi
kerana semangat dia tiba-tiba jadi lemah.
“Kau
menangis pun, aku tetap tak bagi kau keluar daripada bilik ni. Aku rasa kau ni tak tidur malam tadi sebab tu
kau tak sihat. Atau kau ada sakit lain…”
Willa
senyap.
Reza
merengus. “Perlu ke aku panggil doktor
sekarang?”
“Tak…
jangan!” Tak sengaja, lengan Reza
dipegang. Dia menggeleng perlahan.
“Saya
lapar. Saya ada gastrik biasa aje. Semalam saya lupa makan…”
“Hah?” Wajah Reza menyeringai dengan jawapan
Willa. Sudahnya dia ketawa walapun
ketawa yang dibuat-buat.
“Semalam
masa kau terima panggilan Abang Fandy, kau dekat mana?”
“Kerja…”
“Berapa
banyak kerja kau buat sehari?”
“Dua
tiga kerja…”
“Kau
ni papa kedana sangat ke?” soal Reza
tanpa belas.
Willa
gigit bibir bawah. Airmata yang hampir
menitis dia seka laju. Tubuh dia rasa
membahang. Seluruh tubuh dia sedang
lemah.
“Kau
tahu Abang Fandy kat mana semalam?”
Willa
geleng. “Tapi, dia kata dia bukan dekat
area KL.”
Kepala
Reza jatuh. Tunduk dalam senyuman
pedih.
“Motor
kau ada dekat luar. Rehat kejap. Aku minta ibu Ati siapkan makan. Bila dah makan, dah lega…kau boleh blah. Aku pun malas nak tengok muka kau lagi…” Kain basah itu dicampak atas dada Willa.
“Lap
tubuh kau tu. Bahang dia sampai aku pun
rasa…” Tubuh terus diangkat dan berlalu
keluar mencari Ibu Ati.
Melihatkan
Reza yang pecah bibir, Ibu Ati dah tahu… bergaduh lagilah ni.
“Mummy
keluar malam tadi tadi balik lagi?”
Ibu
Ati angguk pasrah. Sambil mengacau
air. Reza tarik kerusi dan duduk. Memandang pada orang gaji mummy yang boleh
dia panggil nenek tapi masih sihat.
“Dia
tak cakap pergi mana?”
Kali
ini, Ibu Ati geleng. “Reza nak makan
apa. Ibu masakkan…”
“Reza
tak nak. Tapi, Willa… dia tak makan
lagi. Masak yang berkhasiat sikit. Kurang minyak dan tak pedas, ya bu…” pinta Reza.
Bibir
Ibu Ati lebar dengan senyum. Willa
namanya. Pertama kali bawa balik
perempuan dekat rumah. Biasa, perempuan
datang mencari.
“Dia
tu kawan Reza ke?”
Reza
geleng. “Dia tolong ambik Reza dekat
club dinihari tadi, ibu. Reza paksa dia
temankan Reza. Lepas tu, gaduh…
entahlah. Perempuan ni leceh…” Dia mencebek.
“Ibu
pun perempuan…”
“Ibu
lain. Mummy lain dan perempuan kat luar
sana tu sama aje.” Jawapan Reza mendatar
menahan marah.
“Nanti,
ibu telefon puan tanya bila balik. Dia tu,
bukan suka sangat orang luar masuk dalam rumah ni,” pesan Ibu Ati saja
mengingatkan Reza tentang undang-undang Engku Marlia.
“Ya,
ibu. Lepas makan, Reza suruh dia
balik. Reza naik bilik dulu. Nak mandi…”
Dia intai kolar bajunya. Ada sikit
kesan darah. Sepatah pun Willa tak tanya
dia.
Baru
beberapa tapak dia melangkah, paman masuk dengan wajah cuak.
“Engku
dah balik…”
“Hah?”
Ibu
Ati turut sama terjengul keluar. Reza
pandang ke bilik yang ternganga pintunya.
Dada dia berdetak tak sudah.
“Paman,
kunci pintu tu dulu…” Kakinya terus
berlari masuk ke bilik.
“Willa…
bangun…”
“Hah?” Gadis itu terpinga-pinga. Tadi, suruh rehat ni suruh bangun. Dia baru nak selesa hilangkan rasa sakit ni.
“Get
up. Now!” Dah lembab pulak perempuan ni.
Baru
saja Willa nak jatuhkan kaki ke lantai, Reza lebih laju menarik tubuh itu ke
dalam pelukan. Dicempung hingga buatkan
Willa jegilkan mata. Terkedu dengan
tingkah Reza yang laju membawa dia berlari di atas anak tangga.
Liur
ditelan kasar sebaik saja dia rapatkan pintu bilik sendiri. Degupan jantungnya bekerja lebih masa. Dalam rumah ini, hanya bilik dia yang menjadi
kawasan larangan buat mummy. Dan, jika
mummy temui Willa…
“Kenapa?” soal Willa.
“Mummy
aku,” jawab Reza perlahan. Baru dia
sedar, Willa masih dalam gendongan. Diletak
perlahan.
“Kau
pergi rehat situ…” Bibirnya terjuih pada
katil serba putih itu.
“Eh,
tak apa. Saya dah okey…”
“Aku
yang tak okey.”
“Sebab?” Dahi Willa berkerut. Tak berani nak tinggikan suara bila Reza juga
dah berbisik.
“Kau
tak boleh ada dalam rumah ni. Bila mummy
aku dapat tahu, kau akan sakit…”
“Sakit?”
Reza
angguk. “Dia benci perempuan macam kau…”
“Seperti
mana awak benci saya?” tanya Willa
kembali.
Mulut
Reza melopong. “Aku…” Otaknya tepu memikirkan jawapan.
...bersambung
Saja... buat cerita klise. Asyik rare aje. Hiks.
bestnya rehan...hihi
ReplyDeletejadik x sabar dah nih nak tau the next
aduiii sengsara menunggu nih
mistri. sungguh willa dan reza ni
ReplyDeleteklise tak klise...janji besttt!! lagi rm..hehe
ReplyDeletePerempuan mcm mana willa ye...???
ReplyDeleteTerima kasih
best jeee..suka dgn willa
ReplyDeletePlokkkkkk doh.....
ReplyDeleteBest sgat2 ❤❤❤. Mkin menarik xsbar nk taw sterusnya
ReplyDeleteWilla perempuan yg mcm mana? Confius pulak. Takut jugak reza ngan mummynya hehe
ReplyDeleteAlahai rehannnnn.Best sgt cerita2 yg dikarang.
ReplyDeleteGood...
ReplyDeleteGood...
ReplyDeleteWilla tu prmpn mcm mana agak2nya yg mummy reza xsuka?
ReplyDeleteAgak2 perempuan macam mana baruvreza akan suka???
ReplyDeleteTetap menyukai
ReplyDeleteTq RM
Tetap menyukai
ReplyDeleteTq RM
Hmm.. sbb willa pkai tudung ke sbb miskin? Berdebar nk tau apa nk jd next
ReplyDeleteLove it...excited sampai xjadi nk tidur bila tahu ada entry bru dr penulis..keep it up!!
ReplyDeleteWah best la cerita ni. Teruskan kak rehan
ReplyDeleteRehan...cerita anda x pernah menghampakan....
ReplyDeletebestttttt!!!!xsabor nk tgu n3 bru...kipidap kak RM
ReplyDeletetertanya2 apa sakit willa sebenarnya......x sabarnya.....
ReplyDeleteRehan, u d best lah
ReplyDeleteBesttttttt
ReplyDeleteBesttttttt
ReplyDeleteRehannnn...bukukan citer ni cepat
ReplyDeletetak sabar nak order ni
best......
Cerita rehan memang best. X sabar nak tunggu bab
ReplyDeleteSeterusnya
pasaipa benci ni ?? mesti sejarah x best ni
ReplyDeleteengku benci pompuan yg mcm mn?
ReplyDelete