SOALAN
Willa dibiarkan begitu saja. Kan dia dah
cakap. Dia tak jawab soalan orang tapi
dia yang mencari jawapan. Malaslah dia. Willa ni pun dah cukup jadi masalah
sekarang. Nak-nak bila dia dengar
ketukan pada pintu bilik. Dah sudah…
Engku datang pulak dah.
“Kau
dok diam sini…” Terus Reza berlalu ke
pintu membiarkan Willa duduk semula di atas katil. Nasiblah katil dia tu tersorok sikit kalau
kuak pintu.
Sesekali
dia menoleh sebaik saja tangan menggenggam tombol. Berdebar juga dalam hati. Tak bimbang dekat diri sendiri tapi bimbang
dekat Willa. Ah sudah… kenapa mesti nak
risau dekat Willa pulak. Kalau kena
marah pun, Willa. Mummy tak akan marah
dia walau sekali.
“Syhh…” Jari telunjuk di letak ke bibir.
Willa
diam. Ngeri sangat ke mummy Reza
ni.
“Kenapa
lambat sangat bukak pintu?” Engku Marlia
tajamkan pandangan merenung anak tunggalnya yang sedang berdiri tegak di depan
pintu.
“Mummy
baru balik ke?”
Engku
Marlia angguk. “Ibu Ati kata Reza baru
muncul pagi ni. Itu kat luar motor
siapa? Reza beli motor baru ke?”
Kening
Reza naik. Telahan mummy buat dia
gelihati. Kalau dia nak pakai motor,
paling kurang Ducati. Ini motor Yamaha
tu… aiyooo…
“Itu
motor kawanlah, mummy. Dia tumpang kejap
pagi ni…”
“Kawan
tu pergi mana?”
“Entah…” Bahunya naik.
“Dia tak cakap pulak dan Reza lagilah malas tanya…”
“Atau
Reza berkawan dengan orang bukan-bukan?”
Kening
Reza terjongket sebelah. “Sejak dulu,
Reza tak pernah faham apa maksud bukan-bukan yang mummy selalu cakap tu…” Wajahnya berpaling separa. Mengelak pandangan mummy kononnya tapi sedang
mengintai Willa.
“Orang
yang tak faham cara hidup kita…”
“Cara
hidup kita, atau cara hidup mummy yang mummy bagi pada Reza?” Soalan Reza berbaur sinis.
Dahi
Engku Marlia berkerut. “Reza sindir
mummy?”
“Mummy
terasa?” Tubuh disandar pada
dinding. Boringlah mummy ni. Dia dah nak masuk tiga puluh tahun kot. Sampai bila mummy nak pesan benda sama.
“Mummy
tak terasa tapi mummy Cuma…”
“Yup,
mummy. You keep reminding me since I was
young. Reza dah dekat three series,
mummy. Kata-kata mummy tu dah jadi darah
daging dah dan Reza tak akan lupa. Apa kata,
mummy ikut haluan mummy dan Reza ikut haluan Reza. Okey?”
pintanya serius.
Ikut
hati nak aje dia pindah ke apartment milik dia tu. Ya, apartment aje. Tak payah kondo segala. Rumah tu jadi persinggah aje pun. Rumah yang mummy tak tahu pun dia beli.
“Reza
makin kurang ajar kan dengan mummy sekarang…”
“Look,
mummy…” Tangan dia terangkat. Menghentikan kata-kata Engku Marlia. Dia betul-betul dah bosan sekarang. Jangan ingat dia tak tahu apa mummy buat
dekat luar. Dia tahu tapi dia Cuma tak
tahu macam mana nak bagitahu mummy yang dia tahu.
“Reza
dah tua. I can take care of my
self. Reza jaga bisnes mummy. Reza ikut kata mummy tak berpelisiran dengan
mana-mana orang yang tak setara dengan kita.
Yang tak faham cara hidup kita. Okey,
Reza faham sebab Reza pun tak suka nak dekat dengan mana-mana perempuan atau
lelaki daripada golongan yang tak ada apa.
Macam mummy cakap, diorang semua tu macam lintah. Lepas dah hisap darah, diorang akan
pergi. Take everythings for granted,
kan?”
Engku
Marlia terkedu. Dia angguk perlahan
kerana itulah ajarannya sejak dulu. Dulu
yang telah menjadi sejarah dan pengalaman yang menyakitkan.
“Tapi,
tolong. Mummy jangan sibuk sangat hal
Reza. Reza tak bawa balik perempuan
dalam rumah mummy… Reza buat hal dekat luar aje. Reza tak burukkan nama mummy. Bukan ke itu dah lebih daripada cukup?” soalnya lagi.
Kenapa
tiba-tiba?
Sejak
akhir-akhir ni mummy suka sangat jengak ke bilik dia. Letak pakaianlah. Kutip pakaian kotorlah. Bukan ke sebelum ni Ibu Ati yang buat.
“Mummy
cuma nak kita dekat…”
“Dekat
mana?” Reza menapak setapak ke depan. “Macam
ni?” Dia mendekat lagi. “Atau macam ni?” Dipeluknya Engku Marlia seketika sebelum dia
kembali menjarakkan kedudukan mereka.
“TOlong,
mummy. Jangan emotional sangat. Kita dah biasa macam ni, kan? Jadi, jangan buat benda yang luar biasa,”
pesan Reza mengingatkan.
“Reza
penat. Nak rehat. Mummy pun penat dah tentunya…” Dia sengih sinis. “Ge some rest, mummy…”
Daun
pintu nak dirapat tapi tangan Engku Marlia laju menahan. Reza tayang wajah tak puas hati. Apa lagilah yang mummy nak ni.
“Apapun
Reza cakap, I will say no to a commoner.”
Entah kenapa, naluri seorang ibu dapat rasa, Reza sedang sembunyikan
sesuatu. Atau seseorang. Ini rumah dia… dan kasut diluar sana…
Dia
cuma malas nak bertekak lagi. Dia tak
nak Reza keluar tinggal sendiri. Dia akan
kesunyian.
“As
you will, mummy. I don’t like them
either…” Reza senyum dan mengucup dahi
Engku Marlia sebelum dia rapatkan daun pintu dan dikunci rapat.
Tubuhnya
rapat pada pintu. Mendongak ke
bumbung. Rasa nak menangis lagi.
TELINGA
dia berdesing dengan suara-suara sumbang itu.
Ingatkan kawan, tapi lawan. Gelas
yang ada ditangan, digenggam kemas. Tinggal
masa yang sesuai aje untuk terbang pada sasaran.
“Eh,
Reza tu kalau bukan sebab duit, siapa tahan perangai dia. Mentang-mentang mak dia kaya raya, dia pulak
satu-satunya pewaris. Kereta mahal
bersusun. Siap nak ada private jet
segala. Rumah agam sebesar alam… tapi
apa dia ada? Tak ada apa…” kutuk Najmi tanpa dia sedar, Reza sedang
memerhati tajam.
“Eh,
betul-betul. As for me… siapa tak nak
get hooked dengan orang macam dia. I’m
willing to give my all dekat dia untuk dapat ni…” Wanita yang mengatakan cinta itu tayang
koleksi Jimmy Choo edisi terhad itu.
Reza
ketap rahang. Dia pun tak percaya
langsung dengan kata-kata cinta yang tak ada nilai itu tapi dia marah, bila dia
diperlekehkan. Tanpa mummy, dia boleh
hidup juga. Dia kerja kuat biarpun
dengan ibu sendiri. Dia tak main-main
bila tentang kerja. Dia terima gaji dan
salah ke bila dia lahir dalam keluarga yang kaya.
“Itulah…
dia tu bangga sangat dengan mak dia. dia
tak tahu ke orang dah sibuk cerita, mummy dia tu ada kisah gelap…”
Dahi
Reza berkerut lebat. Dah sampai ke mummy
terheret sama.
“Mummy
dia kenapa?”
“I
dengar, Engku Marlia tu…”
Prang!!! Kaca bertebaran. Maira menjeit. Najmi menggigil bila Reza berdiri tepat di
depan mereka.
“Aku
ni…” Dada sendiri ditepuk kuat. “Tak apa kalau orang kutuk aku. Tapi, seburuk mana pun Engku Marlia tu… dia
ibu aku dank orang taka da hak nak cakap benda buruk tentang dia. mulut korang tu tak layak pun nak sebut nama
dia!” tempik Reza dan serentak itu
tumbukan melayang tepat pada wajah Najmi.
Nafasnya
mengah. Kepala tertoleh pada Maira. “And as for me, Maira… kau tu tak layak pun
jadi kain buruk dekat rumah aku. Sebab,
pembantu mummy aku pun tak guna kain buruk macam kau ni walaupun untuk buat lap
jamban. Tahu?!” jerkah Reza.
Birai
mata Maira basah. Wajahnya merah
diherdik sebegitu sekali.
Baru
hendak berpaling, tubuhnya terdorong ke belakang bila tak semena Najmi
membalas. The Paradise bertukar
suasana. Namun meriahnya kian membahang
bila techno mula bergema lantang.
Reza
senyum. Menyentuh bibirnya yang
pecah. Pada mulanya dia mahu membalas,
tapi tangan yang dikepal, terbuka. Jatuh
ke sisi. Dia pandang Najmi. Ingatkan Najmi ni kawan sehidup semati tapi
rupanya… dia menggeleng kesal. Perhitungan
dia silap kali ni.
“Kenapa
kau tak balas? Takut?”
Reza
menggeleng. “Sebab aku tak nak tangan
aku sentuh najis macam kau ni…” ujarnya
lemah dan perlahan-lahan, dia heret kakinya mahu berlalu. Matanya terasa basah.
MATA
kuyu Reza terbuka bila saja rasa ada orang di depan mata. Willa.
Dia tak perasan bila Willa mendekati.
Ingatan dia pada kejadian semalam masih kuat. Masih buat dia rasa nak menangis.
“Kau
buat apa dekat sini?”
“Saya
tengok awak tercegat aje…”
“Kau
dengar?”
Willa
angguk. Jelas sangat. Dan, faham juga. Jadi, mengertilah dia akan apa yang Reza
maksudkan perempuan yang mummy tak suka.
Dialah salah seorangnya.
“Perut
sakit lagi?”
“Dah
baik. kunci motor dekat motor, kan?”
Bahu
Reza terjongket. Entahlah. Tak perasan.
Gamaknya. “Nak keluar sekarang?”
“Ada
kerja tiba-tiba…”
“Tapi,
tak boleh… mummy aku ada lagi. Tunggu kejap
lagi…”
“Tapi…”
“Please
Willa… teman aku kejap.” Emosinya sama
seperti dinhari tadi sewaktu meminta pada Willa dengan perasaan yang merayu.
Permintaan
Reza… sama seperti lelaki itu memintanya subuh tadi. Wajah yang masam bertambah keruh. Dia tak akan termakan rayuan begitu untuk
kali kedua. Kali pertama sudah cukup
buat masalah. Kali kedua, apa lagi
sedangkan dia tahu, dia tak layak ada di sini.
Bukan tempat dia.
“Saya
kena pergi.” Tubuh Reza yang berdiri
tegak di depan pintu, dia lepasi tapi tangan kekar lelaki itu lagi laju menahan
bahunya.
“Kau
sakit kalau mummy aku nampak…”
“Saya
dah sakit teruk. Tiada apa lagi yang
boleh buat saya sakit,” balas Willa tak kalah.
“Tapi…
aku tak nak kau sakit dengan kata-kata mummy aku.”
Willa
telan liur. Terasa asing kata-kata Reza
saat ini. Tapi, dia pujuk hati agar
bertenang. Ini satu kesilapan. Itulah yang dia bisikkan pada hati.
“Dia
tak pukul, kan?”
Reza
geleng menafi.
“Katalah
apa saja. Janji dia tak pukul, saya
boleh terima…”
“Kau
faham tak?!” Bahu Willa ditolak kasar
rapat ke dinding. Wajahnya merah menahan
marah. Dia tak pernah dibantah dan dia
buat ini untuk kebaikan Willa kerana tak nak rasa bersalah bila mummy
memetir.
Susah
ke Willa nak nampak?
“…aku
yang tak boleh dengar mummy caci maki kau nanti! Faham ke tidak!”
Wajah
Reza dekat dengan dia. Merah mata lelaki
itu. Ini satu kesilapan Willa. Ini satu ujian yang besar untuk kau
tewaskan. Ini simpang jalan yang silap
dan patah balik. Simpang yang tepat ada
menanti.
“Okey. Awak keluar tengok mummy awak kat mana. Lepas tu, saya keluar senyap-senyap..” Willa masih tak kalah.
Heh…
Reza mengeluh. Dia jauhkan dirinya
daripada Willa.
“Okey. Tapi, dengan satu syarat…” Mengalah sudahnya dia…
“Boleh
aku tanya soalan?”
Willa
mencebek. Kau tanya orang, boleh. Orang tanya kau, mana kau pernah nak
jawab. Tapi, dia diamkan aje. Ini territory orang. Dia orang luar. Bahaya kalau memberontak.
“Awal
pagi tadi, kenapa kau ikut aku eh… bila aku kata aku tak nak balik? Sedangkan kau mesti dah dapat agak aku ni
macam mana?” Tak berselindung, Reza
terus pada soalan.
Dia
dah dapat agak. Memang itu yang sedang
bermain dalam kepala Willa saat pertama kali memandang dia. Aci potong jari.
“Kenapa?”
Kepala
Willa tertoleh separuh pada Reza yang sudah duduk menyilang kaki di atas kerusi
di sisi dia.
“Nak
tahu jawapan betul ke tipu?”
“Yang
betul dulu…” Rasa nak ketawa dengan
pilihan yang Willa bagi tapi tak apa.
Dia dah cakap dia akan turut bermain.
“Sebab
duit…”
“Duit? Ini jawapan betul kau?”
Willa
angguk. “Tak payah penat kerja, gaji
penuh sehari dapat. Siapa tak nak,
kan?”
Dah
dapat agak. Terus Reza tunduk
menyembunyikan rasa yang begitu menyengat.
Kan dia dah cakap… semua orang sama aje.
“Okey. Sebab tipu kau pulak?”
Senyuman
tajam Willa padam. Diganti dengan wajah
sayu dan hati yang sebu. Dia renung Reza
tak berkelip. Apa saja yang lelaki ini
fikir tentang dia, lantaklah. Dia dah
tak kisah tentang pandangan orang. Tapi,
pandangan dia pada lelaki ini sudah hampir berubah.
“Sebab
saya nampak bibir awak pecah.”
Reza
panggung kepala.
“Sebab
saya nampak awak menangis…”
“Jadinya,
kau simpati pada aku?” Tak tahu kenapa,
dia rasa jawapan kedua adalah jawapan yang benar. Yang pertama tadi, Willa menipu.
“Erm…” Kepala Willa jatuh.
“Rupanya…
orang kaya macam awak pun, ada ujian tersendiri.”
“Ujian?” Reza tak faham.
“Awak
sunyi…”
“Tak…
aku tak sunyi.” Reza geleng
berkali-kali. Hiburan banyak diluar
sana. Sesiapa saja boleh teman.
“Kalau
betul awak tak sunyi, baguslah. Sebab,
saya pun tak sunyi walaupun saya sendiri dalam dunia ni…” Willa ukir senyum tipis.
“Erm…
saya rasa mak awak dah masuk bilik dia.
Saya keluar pelan-pelan. Don’t worry…” Wila berpaling.
Daun
pintu ditarik. Terjengul keluar. Nampak Ibu Ati yang angkat ibu jari. Haaa… line clear. Dia, dah jadi macam pencuri. Naya aje.
“Willa,”
seru Reza.
Willa
berdesip menahan marah. Apa lagilah yang
mamat ni nak dariapda dia. bukan ke tadi
jelas lagi bersuluh yang dia ni, golong biasa yang dilarang ada dalam rumah
ni. Dan, dia tak hadap pun.
“Aku
nak minta sesuatu dengan kau?”
Dahi
Willa berkerut. Awak nak apa lagi?” Dia dah tunjuk wajah bosan.
“Masa…” pinta Reza dan emosi itu, sama saat
pertama kali dia meminta. ...bersambung
Sangat menyentuh hati, xsemua yg nampak indah itu indah hingga kedasarnya...kesian reza, lebih kesian willa, tertanya2 kisah seterusnya. Terima Kasih RM untuk n3 ini...
ReplyDeletemasa itu emas....
ReplyDeleteSedih..sunyi
ReplyDeleteSedih..sunyi
ReplyDeletesiapapun kita ujian tetap ada...
ReplyDeleteYg ditunggu dh tiba.
ReplyDeleteTq byk2 dik rehan....
X semestinya jadi kaya tu senang..
ReplyDeleteTerima kasih
Masa utk apa? Buat tertanya2 huhu
ReplyDeleteTerima kasih RM kerana menceriakan hari ku
ReplyDeleteReza kesunyian. Kisah willa plak xtau lg.. Makin menarik cte ni
ReplyDeleteTq rm n3 yg menarik...kepidap for next n3...teruja nk sambung baca lg...
ReplyDeleteApalah sejarah mummy reza, smpai gitu sekali dia Xsuka org kebanyakan
ReplyDeletesmakin menarik kisah reza&willa..kipidap kak RM...
ReplyDeleteBestt
ReplyDeletesetiap aorang ada ujian... sama macam Reza... cuma dia x pasti adakah itu ujian untuk diri dia... Willa kena banyak bersabar dgn kerabat yg ma cam ni...
ReplyDeletemasa oh .. masa utk apakah tu
ReplyDeletedua2 ada kisah sedih..
ReplyDelete