DUA
kali dia baca pesanan itu. Mata yang
tadi layu kembali bersinar. Telefon diselit
dalam poket jeans. Terus saja dia panjat
motorsikal dan berlalu ke tempat seperti alamat yang dibaca. Tak lama.
Kurang setengah jam, motorsikal sudah berhenti tepat di depan sebuah kelab
malam ekslusif.
Bibir
Willa pecah dengan senyuman. Dia dah
tahu ini tempatnya tapi entahlah… apa yang merasuk dia datang ke sini… padahal
dia dah janji…
Wajah
diraup. Tuhan… demi sesuap nasi barangkali.
Motorsikal
Yamaha WR250X berwarna biru putih itu ditongkat. Helmet fullface dibiar atas kepala. Kaki melangkah menuju ke pintu kelab. Nampak macam kelab orang-orang kaya tapi
lantaklah. Dia datang sini sebab buat
kerja.
“Hey,
nak pergi mana?”
Langkah
Willa mati. Dia menoleh ke kiri bila
bahunya disentuh orang. Helmet ditarik. Dibiarkan hoodie lekat atas kepala.
“Saya
ada kerja dalam ni?”
Dua
orang lelaki itu saling memandang dan kemudiannya tersenyum tipis. “Orang macam kau ada kerja dekat kelab ni?” soal salah seorangnya.
Willa
angguk dalam senyuman.
“Sejak
bila kelab ni ada pengunjung macam kau?”
“Eh…tak…” Tangan menggawang menafi telahan lelaki yang
dia kira pak pacak kelab ini.
“…saya
bukan pengunjung. Saya datang sebab
terima arahan aje. Jemput orang balik…”
“Siapa?”
“Nama
dia…” Aiseh. Lupa pulak. Willa tarik keluar telefon bimbitnya. Bila skrin itu terang, disua depan lelaki
itu.
“Itu
nama dia… alamat tempat ni dan alamat rumah dia. Abang boleh panggil dia keluar? Cakap, errand-boy dia dah sampai ni…” Sekali lagi, dia ukir sengih.
Sekali
lagi juga, dua lelaki itu saling memandang kemudian, merenung dia atas ke bawah
dan bawah ke atas.
“Errand-boy? Kau ni, lelaki ke perempuan?”
Willa
kerut kening memandang diri sendiri. Dia
perempuanlah. Tak kan itu pun nak kena
cakap.
“Atau
kau ni spesis yang tak dapat dikenalpasti?”
sampuk yang seorang lagi pula. Kemudian,
tawa mereka bersatu.
“Ehemm…” Willa berdeham kasar.
“Jangan
gurau lebih sangat, bang. Saya minta
cara baik ni…” Saja, dia tunjuk
berani. Setakat belajar taekwondo dan
ada tali pinggang hitam 2nd dan tu, rasanya kalau dengan dua orang
lelaki di depan dia sekarang, dia akan lunyai juga.
“Okeylah. Kau tunggu sini. Orang macam kau tak dibenarkan masuk. Nanti rosak nama kelab ni…”
Willa
dikerling kasar. Dia mencebek. Eleh… dia pun tak hadap nak masuk. Kalau bukan sebab kerja, dia pun tak hingin
datang tempat macam ni. Dia beralih
sedikit jauh daripada pintu masuk namun mata, tetap ditala ke situ. Menanti seseorang yang akan keluar. Lelaki yang pastinya.
Sesekali,
dahi licinnya berkerut. Dipandang jam
Casio di pergelangan tangan. Dah sepuluh
minit berlalu… manalah diorang ni. Dia ada
kerja lain lagi ni. Adeh… patut dia
tolak aje tadi.
Kaki
Willa kembali menapak ke pintu. Didekati
seorang lelaki tadi.
“Mana
kawan abang ni? Saya ada kerja lain ni?”
“Tunggu
kejaplah. Kalau customer tak nak keluar,
tak kan nak heret pulak?”
Keluhan
tipis lepas daripada mulut Willa. Kepala
terjengul ke dalam tapi langsung tak nampak apa malah muzik pun tak menyapa
pendengaran. Dasyat betul.
“Ini
memang kelab orang kaya, ya?”
Kening
lelaki itu terangkat tinggi. Langsung tiada
senyuman. “Ini jangan kata kaya, lebih
daripada itu, tau tak?”
“Makna
kata, jutawan?”
“Lebih…”
“Billionaire?” Mata Willa dah bulat.
Lelaki
itu senyum sinis. “Nak kata billionaire itu,
tak tahulah. Tapi setakat ini, sorang
dua tu siap ada private jet tu…”
“Homen… private jet.” Willa toleh pada motorsikalnya. Installment pun baru habis minggu lepas. Motor dah dekat nak runtuh.
“Tak
apalah. Private jet ke apa ke… boleh tak
abang masuk tengok,” pinta Willa separuh merayu.
Kejap
lagi dah hampir dinihari. Dia ada kerja
lain lagi ni. Ini pun sempat tidur kejap
aje. Macam mana kalau pitam masa kerja
siang nanti.
“Tak
payah… itu…” Bibir lelaki itu muncung
pada yang seorang tadi.
Muncul
tidak sendiri tapi berdua. Dengan seseorang
yang sedang hilang daya untuk berdiri. Seseorang
yang sedang terhuyung-hayang dipapah.
Dahi
Willa berkerut. “Mabuk?” Dia tak dapat menahan diri menyoal itu.
“Biasalah
tu kalau dah masuk sini. Semua jenis
bermasalah. Mabuk, mengamuk… panggil
errand-boy macam kau ni,” jawab lelaki tadi.
Liur
ditelan. Willa hanya pandang tak berkata
apa. Rasa nak patah balik. Tak dapat duit pun tak apalah.
“Eh,
kau nak ke tidak dia ni?”
“Eh,
ya… saya ambik…” Cumanya, tak kan nak
bawa naik motor? Ada yang tertonggeng
karang.
“Dia
datang dengan apa, ya?”
“Itu…
aku hantar dia ke kereta…” Dua orang
lelaki tadi menampung tubuh sasa itu ke kereta.
Willa
jegilkan mata. Lamborghini kuning itu
gagah terparkir di situ. Jelas nombor
yang begitu ekslusif.
“RE3 4.” Perlahan Willa berbisik. Sejak bila pulak Perlis keluarkan sampai tiga
huruf nombor plate? Dua pun belum
habis. Dasyat… ini dah tentu bayar
beratus ribu ni.
“Haa…
termenung apa pulak?”
“Err…
kena hantar dengan kereta ke?”
Lelaki
tadi bercekak pinggang. “Tak pernah
buat kerja ni ke?”
Willa
geleng. “Biasa saya naik motor aje…”
“Alahh…
kau tinggal motor dekat sini. Nanti aku
suruh budak aku follow kau sampai rumah tuan.
Kau bawak kereta. Ada lesen, kan?”
Kepala
Willa jatuh.
“Haa…
pergilah. Hati-hati. Karang jakun pulak datang bawa kereta mahal,”
sindir mereka.
Willa
tunduk. Kunci bertukar tangan. Tubuhnya menggeletar. Dipandang wajah lelaki di sisi. Tak sedar diri langsung. Hanya sesekali, mata itu terbuka layu tap
kemudian kembali terkatup rapat.
Tali
pinggang dipasang. Pada lelaki itu
juga. Perlahan-lahan, kereta bergerak
keluar daripada perkarangan The Paradise.
Hujung mata Willa tak lepas mengerling di sisi kiri. Risau juga dia. Satu, risau lelaki ini sedarkan diri. Dua, risau andai kereta ini tercalar.
Mana
nak cekau duit untuk bayar.
Mata
Reza terbuka. Dipicit pelipis yang
menyengat. Kepala dia sedikit
pening. Dia diiring keluar daripada The
Paradise biarpun dia menolak tapi kerana
lebihan alcohol dalam tubuh, dia memang hampir rebah. Tambah pula dengan bibir yang pecah… diraba
bibir sendiri. Kesan darah itu masih
belum kering.
Dia
lihat di sisi. Kereta dan motorsikal
laju meminta. Kemudian, dia pandang
semula ke kanan.
“Tak
boleh tekan minyak lebih sikit?”
“Hah?” Willa kerutkan kening. Ditarik hoodie. “Ya, baik…”
Dia akur. Kelajuan kereta
bertambah.
“Aku
tak nak balik rumah…”
“Habis
tu nak pergi mana?” Kacaulah pulak tak
nak balik rumah. Motor aku nanti diorang
hantar rumah kau!
“Mana-mana
aje tapi bukan rumah…” Kepala Reza
kembali tertoleh ke tepi.
Entah
kenapa, juring matanya basah. Dia masih
ingat segala apa yang terjadi. Dia makin
kenal siapa kawan siapa lawan. Dia makin
sedar, dia sendiri.
“Tuan,
saya…” Willa pandang dua saat. Tak nampak
wajah kacak lelaki ini. Yang dia kenali
hanya dengan nama Reza dan nombor keretanya aje sudah jelas menyebut nama
itu.
“…dah
dekat nak Subuh, tuan. Saya kena balik. Kena rehat kejap. Esok saya ada kerja lain. Enam pagi dah mula…”
“Temankan
aku. Bawak ajelah mana-mana kau rasa nak
pergi. Tapi, bukan rumah. Aku bayar gaji kau sehari untuk esok…”
“Tapi...”
“Tolong…” Suara Reza rendah merayu memotong suara Willa.
Dia
kalih dan saat ini. Begitu juga
Willa. Biarpun tersembunyi di sebalik
hoodie. Mata Reza tetap dapat lihat ke
dalam redup pandangan itu.
“Tolong…” ulangnya sekali lagi.
Willa
telan liur. Andai diturut, dia
dibayar. Tapi, berbaloikah jika dia
dibuang kerja?
“Nama
kau siapa?”
“Erwil…” Lidah Willa mati. Dia senyum sesaat.
“Panggil
saya Erwin…”
Reza
juga senyum. Angguk nipis. “Temankan aku, Erwin?” pinta Reza dan kali ini, birai matanya
basah.
...bersambung
Rindu saya? Atau cerita saya? Hiks... As usual, dont expect much.
Rindu dua-dua... best!! Lagii..hehe
ReplyDeleteBestlah pulak. X pernah menghampakan. 😊😊
ReplyDeleteyeayyyyy....................
ReplyDeleterindu serindunya dear. Tqvm
ReplyDeleteDua2 ku rinduuu
ReplyDeleteYeaaa...citer baru. Rindu dua2.
ReplyDeletebest....cerita baru.
ReplyDeleteRindu kesemuanya dik
ReplyDeleterindu dua2nya...intro yg menarim
ReplyDeletebesttt 👍👍
ReplyDeleteGood start
ReplyDeleteAlahai... Erwin...rindu rehan...
ReplyDeleteMisss both of u... kak rehan n ur story.. hehe..
ReplyDeleteCerita baru...
ReplyDeleteTerima kasih
akhirnya Rehan muncul jugak dgn cerita baru...
ReplyDeleterindu Rehan dgn cerita baru..
Rinduuuu..cerita dan author
ReplyDeleteni habis sini ke cetak?
ReplyDeleteRindu cerita & Rehan...... terima kasih cerita baru nya......
ReplyDeletegud job writer...cite besss.....
ReplyDeletep/s: mis u writer....
Rindu RM dan tentunya rindu akan cerita RM..
ReplyDeleteTq..
Of coz rindu dua2 =) thx utk ole2 baru ni.
ReplyDeleteMiss both!
ReplyDeleteMiss both!
ReplyDeleteBest.story rehan tidak pernah menghampakan.
ReplyDeleteRM..sungguh rindu kamu...awak buat saya tersenyum !!
ReplyDeleterindu semua .. hihi
ReplyDeleteRindu Rehan
ReplyDeleteRindu cerita
Heroin nama Erwilla Erwin ke?
Rindu Rehan
ReplyDeleteRindu cerita
Heroin nama Erwilla Erwin ke?
Rindu org dan juga karya.. Boleh x gitu?
ReplyDeleteSaya..minat dengan semua karya RM..tak pernah menghampakan..dan selalunya yang terbaik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebr nk mula baca...uhu..
ReplyDeletemcm biasa x pnah menghampakan
Wah ade n3 baru... Syg kak rehan
ReplyDeleteRockheart