TERASA diri
diperhati, Maghfirah menoleh. Dia angkat
toto dan bantal yang sudah dikemas. Nak
simpan dalam bilik. Sungguh. Memang ada yang sedang perhatikan dia. rasanya, elok dia suruh aje Ian pergi
semalam. Berkali-kali dah dia cakap tak
selesa tapi Ian masih merenung dia tak lepas.
Apalah yang tak puas hati.
Padahal semalam, dia hanya kunci mulut sudahnya daripada terus berdebar
dengan Ian. Bukan dapat hadiah pun kalau
menang. Buat kering tekak aje.
Tapi sekarang…
hai. Tak berkelip. Atau dah tidur dalam jaga?
Maghfirah menapak
nak ke bilik. Sempat dia berhenti di
depan Ian. Dikerling tajam. Jelas tak puas hati.
“Nak mandi baik
sekarang. Nanti air sejuk…”
“Hah? Air apa yang sejuk?” Ian terkebil-kebil memandang Maghfirah.
Aigoo… macam
manalah boleh tak sedar yang gadis ini sudah ada depannya dengan renungan yang
begitu tajam. Kalau renungan itu boleh
membunuh, dia dah lama jadi arwah gamaknya.
“Air mandi.”
“Siapa cakap saya
nak mandi air panas? Saya dah biasa
mandi air sejuk. Tak mandi pun dah
biasa…” jawab Ian.
“Kalau gitu, nak
saya bubuh air batu dalam besen tu ke?”
sindir Maghfirah.
Ian ketap bibir
tahan ketawa. Nak dijawab, dia tahu
Maghfirah sekadar bergurau. Tapi dia
kagum. Maghfirah benar-benar ikut kata. Kata Pak Mansor. Gamaknya, kalau Pak Mansor suruh kahwin,
perempuan ini ikut ajelah biarpun dengan orang yang tak cinta.
“Jujurnya saya
memang nak tahu awak umur berapa, Maghfirah…”
Ian bawa tajuk itu sekali lagi.
“Saya dah cukup
dewasa untuk fikir mana baik mana buruk,” jawab Maghfirah berselindung.
“Gitu
kekdahnya…” Bibir Ian menceber lebar. Perahsia sangat. Dia bukanlah hadap sangat tapi terasa nak
tahu.
Tengok pada cara
uruskan rumahtangga, gamaknya dah dua puluh lima ke atas. Tapi, airwajah macam mudah sekolah menengah
tinggi.
“Awak tak sekolah
hari ni?” pancing Ian. Kotlah Maghfirah nak mengaku umur
berapa.
“Sekolah bukan
tempat saya…” Terus dia masuk dalam
bilik.
Ian hanya
memandang pintu bilik yang dah terkatup rapat.
Kenapalah dia macam ni? Carik
gaduh dengan tuan rumah. Dahlah orang tu
bagi kau tumpang. Tak berterima kasih
ke? Kau bertekak pulak dengan anak
dia! haih…
“Ha, Ian…
cepat. Orang dah mengaji dah, nak…” Teguran Pak Mansor buat Ian bergegas ke
dapur. Perlahan-lahan dia turun meniti
anak tangga kayu itu.
“Firah?” Suara Pak Mansor bergema.
“Ya, yah…”
“Sediakan kain
untuk Ian sekali, nak…”
Ian hentikan
langkah. Dia toleh belakang. Memanjangkan leher menjenguk riak muka
Maghfirah bila sekali lagi diberi arahan kerana dia. Matanya memicing pada riak wajah Maghfirah
yang nampak tawar. By the way, bila masa
wajah dia ada riak manis?
“Sediakan kain
untuk Ian, Firah…”
“Ya, yah…” Dia akur.
Baru nak kembali ke bilik, matanya berlaga dengan mata Ian.
Ian pantas
melangkah tapi bahana kaget tertangkap
intai anak orang, kakinya tersadung anak tangga terakhir. Jatuh tersembam. Mujurlah otot lengannya mampu menampung
tubuh. Menahan wajah daripada mencium
lantai simen.
Dia nak mengaduh,
tapi ditahan. Bila cuba bangkit, tingkah
mati. Dia yakin, kakinya terseliuh. Dislocated!
Damn! Rumah orang pulak tu!
“Ian, kenapa
ni?” Pak Mansor bergegas turun
mendapatkan Ian yang sedang berlunjur.
Tersengih.
“Salah landing,
pak cik…”
“Pulak?” tangan Pak Mansor cuba menyentuh kaki Ian
tapi anak muda ini berkerut wajahnya.
Tahulah dia, Ian kesakitan tapi ego lelaki hanya bertahan.
Pak Mansor
senyum. “Tolong ayah angkat Ian, Firah…”
“Tapi,
Firah…” Maghfirah dah lemah jiwa. Ayah ni sedar ke tidak, Ian tu lelaki. Bukan sesiapa. Dengan tubuh sasa itu, mana mampu dia angkat.
Tapi ayah juga tak akan larat.
“Tak apa, pak
cik. Saya boleh lagi ni…” Dia sedar, Maghfirah tak selesa. Yalah.
Kalau dia pun tak selesa. Mungkin
dirasakan darurat, Pak cik Mansor meminta pertolongan.
Di luar sana,
sayup-sayup azan berkumandang. Sekujur
tubuh Ian bagaikan kaku. Dia mencari
arah suara itu datang. Tapi, tak lama
bila Pak Mansor cuba menangkatnya.
Dengan segala kudrat yang ada, Ian tak bagi Pak Mansor tahan beban berat
tubuhnya. Dengan wajah berkerut, dia
duduk juga di atas anak tangga.
“Maaf, pak cik. Dahlah menumpang. Susahlah pak cik
pulak.” Nada Ian kesal.
Tapi, Pak Mansor
hanya senyum. “Tak susahlah, Ian. Kamu datang bawak rezeki…”
Itulah ayat yang
diucapkan Pak Mansor sejak semalam. Apa
rezeki yang dia bawak pun tak tahu.
Dahlah datang bawak diri dengan beg aje.
Mana ada buah tangan sikit pun.
“Pak cik nak pergi
surau, pergilah…”
Tapi, Pak Mansor
menggeleng. “Pak cik tak boleh nak
tinggalkan kamu berdua dengan Firah aje…”
Saat ini, wajah
Ian berkerut seribu. Tak kanlah Pak
Mansor syak dia nak apa-apakan Maghfirah pulak.
Tak kuasa dia. tengok Maghfirah
pun tak ada debar. Dengan kaki sakit ni,
tak sempat fikir nak usik anak dara orang.
“Kamu jangan salah
faham. Kita dekat kampung. Manusia ni memang suka perkara buruk berlaku
pada orang lain. Jadi, kita elak benda
buruk tu berlaku dekat kita. Nanti kalau
pak cik tinggal kamu dengan Firah, adalah karang yang datang ketuk pintu. Pak cik tak kisah kalau Firah kena kahwin
free tapi biarlah ikut agama.” Pak
Mansor senyum lebar. Tangannya sudah
bergerak membetulkan sendi Ian.
Memang dia boleh
betulkan tapi akan bengkak jugak ni.
“Aduh…” Wajah Ian menyeringai.
“Sakit?”
Ian angguk.
“Yang longgar tu
dah masuk semula. Tapi, esok lusa memang
bengkak kaki kamu ni, Ian.”
“Teruk jugak
gamaknya. Saya dahlah banyak tempat lagi
nak jejak ni, pak cik. Destinasi saya
jauh lagi ni. Tak jumpa lagi apa yang
saya cari…” Ian sengih garu kepala.
Dia sebenarnya tak
nak susahkan keluarga ini lagi. Dia
tahu, Pak cik Mansor akan tahan
kepergiaannya. Itu yang buat dia lemah
jiwa.
Pak cik Mansor
mendongak memandang pada Maghfirah yang masam mencuka. Kemudian jatuh pada kaki Ian sebelum naik
memandang wajah kacak anak muda ini.
Anak muda yang dia tak tahu asal usulnya. Tapi satu yang pasti, anak muda ini cuba
mencari diri sendiri.
“Siapa tahu,
Ian. Di sinilah destinasi kamu. Di sinilah perhentian terakhir kamu dan di
sinilah ada apa yang kamu nak cari tu…”
Bibir tua itu mekar dengan senyum.
Bangkit dan terus berlalu.
Ian gamam cuba
mencerna ayat Pak Mansor. Dia toleh
belakang. Melangut ke atas di mana
Maghfirah masih berdiri.
Dia ke destinasi
itu?
Tak mungkin!
Ian menafi
sekeras-kerasnya.
“Kenapa tengok
saya macam tu?” soal Maghfirah. Dia turun. Menyelit sikit melalui tubuh
Ian. Terus dituju ke peti ais usang satu
pintu itu.
“Awak dengar apa
ayah awak cakap?”
“Jangan ambik hati
kata-kata ayah. Dia cakap aje tu. Dia tak sekat awak pergi. Cumanya awak sakit sekarang…” Ketulan ais dikeluarkan. Diletak dalam tuala kecil dan disua pada
Ian.
“Tuam dulu. Mana tahu, baik. Cepat awak boleh pergi…” ujar Maghfirah.
Ian hanya pandang
kain yang di dalamnya ada ketulan ais itu.
Tak ada rasa nak sambut pun.
“Saya nak ke bilik
air…”
“Ya… tapi tuam
dulu. Nanti lambat baik, lambat pulak
awak boleh pergi…” ulang Maghfirah.
“Awak nak sangat
saya pergi, kan? Padahal saya nak pergi
semalam, awak tak bagi.” Ian rampas kain
itu sedikit kasar.
“Saya bukan tak
bagi. Tapi, tengah malam. Awak nak pergi mana. Sini bukan Bandar. Lagipun, awak jugak cakap… jauh lagi
perjalanan awak. Destinasi awak bukan
dekat sini. Awak tak jumpa lagi apa yang
awak cari. Betul tak? Saya tak salah dengar, kan?” Maghfirah ulang semula pengakuan Ian sebentar
tadi.
“Memang…” Ian tunduk.
“…apa yang saya
cari, tak pernah saya temui lagi. Atau
ada, tapi dia bersembunyi. Saja nak uji
saya. Saya nak suruh saya terus susah
payah ke sana-sini. Dia ada dekat dengan
saya, tapi dia tak nak saya nampak.
Sebab tu, saya perlu teruskan perjalanan…” Bicara Ian rendah perlahan. Dia tunduk menuam kakinya dengan air batu
yang Maghfirah berikan.
“Kalau gitu, saya
bantu awak untuk cepat awak teruskan perjalanan. Tuam tu elok-elok. Tak elok jugak, saya ajak ayah pergi
hospital. Jangan rasa susah… awak cedera
dalam rumah kami dan tugas kami bantu rawat tetamu…”
“Tetamu?” tanya Ian mencantas suara Maghfirah.
Dia angkat mata
biarpun masih menunduk. Berlaga tepat
dengan bola mata Maghfirah.
“Nak bantu tetamu
ni teruskan perjalan atau nak temankan tetamu ni dalam perjalanan?”
“Saya tak
faham…”
“Jujurnya, saya
tak tahu apa yang saya carik. Apa yang
bakal saya temui. Awak rasa apa ya, yang
saya dok cari?”
Maghfirah senyum
tipis. Dia dah hampir salah faham tadi
dengan soalan Ian. Cukup-cukuplah buat
dada dia berdebar. Ian hanya orang
asing. Ian hanya tetamu. Itu adalah hakikat.
“Pencarian setiap
orang berbeza. Mana mungkin saya tahu
apa yang awak cari?”
“Boleh jadi
pencarian kita berbeza, tapi apa yang kita nak cari itu mungkin sama,” balas
Ian.
Senyuman Maghfirah
kendur. Dia perhatikan Ian. Mencari jawapan dalam wajah yang sesekali
berkerut menahan sakit.
“Apa yang awak
cari, Maghfirah?” tanya Ian.
“Saya tak
mencari. Saya menanti,” jawab
Maghfirah.
Kali ini, Ian tahu
dia kalah!
..bersambung
Emmm apa yg dicari ya..
ReplyDeleteEmmm apa yg dicari ya..
ReplyDeleteBest. Tapi pendek sangat tak puas baca.he he he.
ReplyDeleteApa plak yg dinanti...
ReplyDeleteIan dgn Maghfirah pernah kenal ke sblum ni ?
ReplyDeleteByk teka teki 😅 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeletewow3 ..mendalam la ayat akak,hurmmm..mmg gaya kak rehan sangat..huhu
ReplyDeletego kak,sy mnntu smpai saya kenal diorg
best best...
ReplyDeleteMakin tertnye2..nk lg kak😅
ReplyDeleteMakin tertnye2..nk lg kak😅
ReplyDeleteian cari Tuhan ?? magfirah nnti apa plak
ReplyDeleteapa yg sebenarnya Ian cari dan minah tu menanti apa ya... terlalu rumit utk akak memahami ..citer ni
ReplyDeleteku x nak baca lagi cite maghfirah ni..nak tunggu sampai habis baru baca..takut kecewa mcm cerita sebelum ni (black swan) sorry rehan
ReplyDeleteApa plak yg dinanti...
ReplyDelete👍👍👍👍👍
ReplyDeletesaya pun menanti..
ReplyDeleteAyat... Makan dalam semuanya
ReplyDelete