Wednesday, November 23, 2016

Maghfirah 6

IAN berkeras tak nak ke hospital.  Pada dia, sikit aje ni.  Dia pernah jatuh tergolek semasa mendaki gunung  Tahan dulu.  Apalah sangat yang ni.  Tak seberapa pun.  Memang nampak bengkak sikit.  Esok-esok surutlah bengkak ni.  Janji dia dah boleh berjalan.  Tapi, perjalanan dia memang tergendala di sini.
Seperti, menanti kereta api menukar laluan atau bila berselisih dengan gerabak lain, trennya perlu berhenti terlebih dulu berjam-jam.  Itu perkara biasa yang terjadi pada pengembara sepertinya.  Cuma kali ini, hati dia juga terasa berat untuk pergi. 

Tiket sudah ada.  Laluan dia juga dah tepat.  Tapi, dia rela turun di pertengahan jalan.  Apalah tak kena.  Atau dia terkesan dengan kata-kata Pak Mansor?  Boleh jadi jugak dengan pengakuan Maghfirah. 
Apa yang gadis itu tunggu?
Apa yang dia cari? 
Persoalan  itu, dia tiada jawapannya.  Bila didesak jawapan daripada Maghfirah, gadis itu hanya pergi tanpa jawapan.  Dia memang tak berdaya hendak membaca apa yang ada dalam kepala Maghfirah.  Semuanya terkepung. 
“Dah makan?”  Bahu Ian ditepuk.  Pak Mansor sarung selipar dan terus turun menuju ke kereta. 
“Dah, pak cik.” 
“Kaki okey?”  Dijeling kaki Ian yang berbalut. 
“Sikit aje ni, pak cik.  Saya dah biasa patah riuk ni…” 
“Haih… kamu ni.  Tubuh tu nak pakai lama.  Kahwin belum, anak tak ada lagi.  Kena jaga sikit…” 
Ian sengih mendengar teguran Pak Mansor.  Tapi, dia memang lasak.  Semua aktiviti lasak dia dah buat.  Tinggal gunung Everest aje tak panjat lagi.  Itu ada dalam bucket list tu. 
“Saya kuat lagi, pak cik…” balasnya.
Pak Mansor tersengih.  “Pak cik dah beli barang nak repair kereta.  Tapi, kaki kamu pulak tak okey.  Tak sampai hati nak suruh…” 
“Eh, baiki dengan tangan, pak cik…”  Ian bangkit.  Sarung selipar jepun dan berdengkut-dengkut menuju ke kereta.
“…bukan pakai kaki…”  Sempat dia kenakan Pak Mansor.
“Hai… kamu ni.  Ada aje jawapan dia.  Sebab itulah pak cik tengok Firah tu selalu muncung aje kalah cakap dengan kamu…”
“Eh…”  Ian menyeringai menahan malu.  Pak Mansor nampak ke dia selalu berperang lidah dengan Maghfirah?  Adeh…
“Saya gurau aje, pak cik…”
Pak Mansor senyum.  Bahu Ian digosok perlahan.  “Firah pun bergurau.  Dia tak pernah ada kawan.  Tak ada orang datang.  Dia pun tak keluar.  Dunia dia, rumah ni dengan pak cik ajelah…” 
Tumpuan Ian beralih.  Biarpun mata tertumpu pada barang kereta tapi telinga dan perhatian dia sepenuhnya pada Pak Mansor. 
“Dia umur berapa?”  Ini  yang dia paling nak tahu sebenarnya.  Kalau tanya Maghfirah, bukan nak dijawab.  Alasan aje banyak!  Macamlah dia tanya nak kahwin dengan dia ke tidak.  Susah sangat nak jawab.  Menyampah!
“Dua puluh lima…” 
Ian usap janggutnya.  Dah sampai umur untuk kahwin.  Itu yang hati Ian sebutnya.  Kemudian dia menyumpah sendiri.  Apa pulak pergi ke situ.  Damn! 
“Kamu pulak umur berapa?” 
“Eh, saya dah tua, pak cik.  Dah tiga puluh tiga tahun ni…” 
“Tapi, masih sendiri?” 
Ian garu kepala.  “Apa nak buat, pak cik.  Rezeki tak ada lagi…” 
“Kalau pak cik nak bagi anak pak cik dekat kamu, kamu nak?”  Bersahaja soalan Pak Mansor tapi tangan Ian sudah menggigil.
Jadi, benarlah apa yang Pak Mansor kata subuh semalam.  Orang tua ini tak main-main seperti yang Maghfirah katakan.  Pak Mansor bersungguh-sungguh. 
“Pak cik tak kenal saya, siapa.  Tak tahu saya buat kerja apa.  Mak bapak saya siapa. Daripada mana asal saya.  Tak kan pak cik nak bagi Maghfirah dekat saya macam tu aje?” 
“Kan pak cik dah cakap, janji ikut hukum Allah… nikah free pun tak apa.  Dan, Maghfirah tak akan bantah apa yang pak cik cakap…” 
Ya… hati Ian mengiyakan.  Itulah yang dia rasa.  Memang Maghfirah bukan jenis bantah cakap orang tua.  Kan mulut dia dah masin.  Kata-katanya sedang jadi kenyataan sekarang. 
“Saya hanya akan terima orang yang saya suka, pak cik…”  Jujur Ian akui. 
Kisah lalu masih menyakitkan.  Masih tak lelah mengejarnya. 
“Ya, pak cik faham…”  Senyuman Pak Mansor terukir tipis.  Dia gosok lagi bahu Ian.  Mata ditala pada enjin. 
Besar harapan dia sebenarnya untuk ada seseorang yang sudi jaga Maghfirah.  Tapi, apakan daya.  Setelah kisah lalu, tiada siapa sudi dekati Maghfirah.  Tambah pulak anak dia tu tutup rapat pintu hati. 
Entah bila nak dibuka.  Ada masa dia buntu.  Bukan tak percaya pada jodoh yang telah Allah aturkan, tapi dia sedang berusaha.  Menerima penolakan Ian, tak berasa apapun.  Tak seperti kali lepas. 
“Kamu boleh buat tak ni?”  Laju Pak Mansor tukar topik.  “Kalau tak boleh, pak cik bawak pergi bengkel aje…” 
“Boleh, pak cik.  Saya cuba…”  Ian berdeham panjang.  Dia cuba kawal resah sendiri apabila nampak air muka Pak Mansor berubah. 
Kecewa?  Ya… dia yakin Pak Mansor kecewa.  Tapi, dia juga tak boleh tipu diri sendiri.  Perasaan itu perlu ada.  Mereka bukan ada zaman jepun untuk tidak mampu memilih pasangan sendiri.  Lagipun, dia baru kenal.  Bukan dia tak percaya dekat Pak Mansor dan Maghfirah tapi tak percaya dekat diri sendiri.
“Kalau gitu, pak cik tolonglah…”  Pak Mansor berlalu ke bawah rumah.  Dikeluarkan satu kotak kayu yang berisi spanar.  Berat!  Sakit pinggangnya tapi tak lama bila Maghfirah muncul entah daripada mana, terus sambut kotak kayu itu daripada bapanya.
“Berapa kali nak cakap, ayah buat kerja berat macam ni… Firah tak suka.  Ada ke Firah pernah bantah cakap ayah.  Jadi, tak boleh ke ayah dengar kata Firah sekali…”  Wajah Maghfirah jelas kecewa. 
Bukan sekali dia larang ayah buat kerja berat.  Tapi ayah, tak nak dengar! 
“Kalau jadi apa-apa dekat ayah…”  Maghfirah menduga.
“Sebab tu ayah nak Firah cepat-cepat kahwin.  Lupakan yang lama…”
“Ayah!”  Suara Maghfirah keras.  Apatah lagi dia baru sedar, Ian sedang mendekati mereka dan dia tahu Ian dengar suara akhir ayah.  Kerana itu pandangan Ian disaluti tanda tanya. 
“Firah bawak ke kereta…”
“Bagi saya…”  Ian hulur tangan. 
“Toksah…” Maghfirah mengelak.  “Saya dah cakap banyak kali.  Tetamu tak dibenarkan buat kerja dalam rumah ni…”
Ian sengih senget.  Dia biarkan saja Maghfirah dengan kedegilannya.  Maghfirah punyai masa lalu gamaknya.  Apakah masa lalu itu, dia rasa nak gali biarpun sedalam mana gadis itu tanamnya. 
Ian perhatikan tangan kecil Maghfirah.  Urat hijau timbul.  Kuat kerja sungguh.  Dia senyum pada Pak Mansor dan mendekati Maghfirah.  Berdiri di sisi gadis yang hanya setara dengan bahunya, rasa tinggi diri sungguh. 
“Tetamu tak dibenarkan buat kerja dalam rumah ni,” ujar Ian.  Sinis. 
“Ya, saya tetamu.”  Hari ni dah hari ketiga dia ada di rumah ni kerana kaki yang cedera.  Selama tiga hari ini, Maghfirah dan Pak Mansor menyantuninya sebaik mungkin.  Sekali ingat, tak ubah Maghfirah tu isteri dia.  Makan pakai dijaga elok.  Melainkan Maghfirah tidak tidur di sisinya saja. 
Entah ikhlas, entah tidak… itu dia tak peduli.  Ian kerling Maghfirah. 
“Awak tahu tak, tetamu ni kena pinang tadi…”
Masih sepi.  Ian curik peluang untuk terus berkata-kata. 
“Awak tahu siapa pinang saya dan untuk siapa?” 
Masih senyap dan sunyi.  
“Ayah awak pinang saya, untuk awak.  Awak rasa saya…”
“Jangan terima!”  Keras Maghfirah melarang.  Dia pandang ayah seketika sebelum merenung Ian.  Ayah, begitu takut dia masih bergumpal dengan kecewa.  Tak, perkara itu dah lama.  Lama sangat dah.  Dah tiga tahun berlalu. 
Biarpun orang masih bercerita, tapi itu cerita lapuk.  Yang dah basi.  Yang sengaja dihangatkan untuk dijadikan bahan cercaan. 
“Apa yang jangan?” 
“Apa pun ayah saya cakap, jangan terima kalau hal tu berkaitan dengan saya…”  Amaran Maghfirah kedengaran keras.
“Kenapa tidak?  Awak boleh buat kerja seorang isteri apa…”  Ian menggiat. 
“Memang.  Saya dah lama boleh buat semua ni sebab saya tak ada mak.  Kalau bukan saya, siapa lagi nak uruskan rumah.  Tapi, jangan berbelas dengan permintaan ayah saya.  Dia cuma takut.” Kata-kata Maghfirah mati.
“Apa yang ayah awak takut?”  Ian turut pandang Pak Mansor.  Pak Mansor sakit ke? 
“Dia takut saya tak bahagia…”
Ian makin aneh.  Apa maksud Maghfirah ni? 
“Awak rasa saya tak boleh bahagiakan awak ke?  Gitu?  Ke sebab awak baru kenal saya tiga hari, jadinya awak tak yakin?”  duga Ian.
Maghfirah angkat wajah.  Dia koyak senyum tipis pada Ian.  Senyuman manis untuk pertama kalinya.  Menjadikan Ian gamam sendiri. 
“Kenal berkurun sekalipun, belum tentu kita kenal orang tu.  Belum tentu dia bahagia dengan kita dan belum tentu kita akan terus menderita kerana dia.” 
Ian diam.  Kata-kata Maghfirah, menolak dia jatuh ke dalam masa lalu yang menyakitkan. 
“Jangan tinggalkan I, Ian…”  Suara itu gemersik.
Setiap hari mendengar luahan daripada suara halus itu, Ian perlu akui… hatinya tercuit.  Dia perlu panjat tembok yang selama ini dibina demi prinsip dan tugas. 
“I sayangkan you, Ian… bukan you yang sekarang.  Tapi, diri you…” 
Ian pejam mata rapat.  Kepala dia rasa menyengat tiba-tiba.  Dipicit kasar.  Pandangan dia mula berbalam.
“I akan sentiasa ada dengan you, Ian.  Selamanya… biarpun I tak ada lagi di dunia ini…” Senyuman pada bibir itu nampak manis.
Ian angkat wajah.  Wajah itu masih tersenyum padanya.  Dia dekati setapak.  Kepalanya makin menyengat. 
“You datang?”  soalnya perlahan.  Kaki menapak lagi ke depan.
“I mintak maaf,” tambah Ian.  Senyumannya pahit kelat. 
“Ian?”  Suara itu menyeru namanya.
“Ya… I mintak maaf…”  sahut Ian.  Dia kian merapati dengan mengheret kaki yang terasa sengal.
“Kenapa ni?” 

“I mintak maaf.  I mintak maaf, June.”  Serentak itu, tubuh sasa itu terkulai lemah jatuh ke dalam pelukan seorang wanita yang gamam di situ.  

12 comments:

  1. Aduhhhh..kak RM..ape la kisah ian ngn firah tu ye..msing2 ade kisah lampau..nk lg kak..cpt2��

    ReplyDelete
  2. makin misteri..ape la kisah lalu ian ngn firah ni..

    ReplyDelete
  3. Uh!mimpi ian ade di dalam lena dan jaga...

    ReplyDelete
  4. Ian tu hilang ingatan ke?
    Dorg ada kaitan atau x?
    Ian n maghfirah..
    Misteri

    ReplyDelete
  5. ian dan firah msg2 ada kisah lampau..misterinya..xsabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  6. ian dan firah msg2 ada kisah lampau..misterinya..xsabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  7. Agaknya nyg2 june tu la yg menghantui ian smpai ian konon sibuk mengembara mencari sesuatu..apalah yg terjadi smpai beriya ian mintak maaf pd june. Apa pulak kisah silam firah.. thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  8. wow... Ian kena pinang, apa kisah silam Ian dgn Firah yee..

    ReplyDelete