Thursday, November 24, 2016

Maghfirah 7

RENUNGANNYA pada wanita ini sudah kian berubah maksud.  Dah ada renungan lain.  Sudah… dia sendiri tak sedar bila dia ada rasa ni.  Gamaknya kerana terlalu lama bersama, rasa itu muncul sedikit demi sedikit.  Biarpun masih tak berjaya takluki seluruh hati, jiwa lelakinya sudah mula resah bila tak jumpa wajah ini.  Macam mana dengan prinsipnya? 
Setiap pertemuan akan ada perpisahan.
Setiap yang sakit, pasti akan sembuh akhirnya. 

Dia tongkat dagu.  Setiap luahan dan bicara June masuk dalam kepala.  June dah hampir pulih.  Semangat June sepertinya dah kembali.  Dan, janji mereka juga terpatri. 
“Kenapa tengok I macam tu?”  June angkat cawan caramel macchiato itu ke bibir.  Dihirup perlahan. 
“You aje depan I.  You nak expect I tengok siapa?”  tanya Ian kembali. 
June ledakkan tawa.  Kelakarlah Ian ni.  Tapi, dia memang suka kalau mata Ian hanya terpaku pada dia seorang.  Malah, bila Ian berdepan dengan perempuan lain…hati dia rasa tak senang.  Cemburukah?  Boleh jadi. 
“You boleh pulak cuti hari ni?”  tanya June.  Biasanya Ian kerja dua puluh empat jam tujuh.  Ada aje benda yang nak dibuat. 
“Well…”  Keluhan tipis sengaja dia lepaskan.  Ian bersandar.  Memandang ke lain. 
“…apa nak kata.  You pun dah tak payah datang jumpa I.  Tak ada pilihan lain, untuk jumpa you I kena datanglah.  Senang, kan?” 
June mencebek.  Tapi, Ian senyum. 
“The things is… I need rest.  Eloklah sebab you, I boleh rehat cukup-cukup walaupun hanya sehari.  Ada masanya I pun tertekan jugak…”  ujar Ian separuh berbisik
“Hai… orang macam you pun stress ke?” 
“Hey… mana ada manusia tak pernah rasa stress dalam dunia ni?  Semua orang.  I pun.  I manusia biasa.  Bukan asal daripada planet Marikh…”  Ian tayang wajah tak  ada perasaan tapi hanya seketika.
Macam mana dia nak terus buat wajah begitu sedangkan dia memang ada perasaan.  Ya, pada wanita ini.  Pada June.  Mungkin dah salah tapi apa nak kisah.  Jika satu hari dia perlu korbankan kerjaya dan June… dia tak teragak-agak untuk pilih June. 
Tapi, senyuman June tiba-tiba mati.  Wajah itu merah.  Dahi June pecah.  Darah sedang keluar membuak.  Tak… Ian cuba tarik tangan June tapi gadis itu kian menjauh.
“June?”  serunya.
“Ian?” 
Ya… dia nak menyahut dengan panggilan itu tapi dia tak mampu.  Entah suara June atau suara orang lain… dia tak tahu.  Dia tak boleh nak cerap. 
“June?”  panggilnya lagi. 
“Ian?”  Namanya diseru lagi. 
“June?!” 
“Saya akan jaga awak, Ian…”  balas suara itu. 
Ian paksa matanya terbuka.  Siapa?  Siapa yang janji nak jaga dia?  Pandangannya kabur.  Tapi, dia rasa ada kain lembab di atas dahinya.  Dia rasa bila leher dan sekitar dadanya ditekap dengan kain lembab. 



PAK Mansor lemparkan pandangan resah pada Maghfirah.  Anak itu masih gigih mengelap wajah dan leher Ian.  Cara Maghfirah melayan Ian sepertinya ada sesuatu di hati anak gadis ini tapi dia tak nak lagi menerka.  Maghfirah pernah terluka dengan teruknya dan kerana luka itu, Maghfirah menutup segala pintu yang ada.  Langsung tak dibenarkan mana-mana manusia mendekati.  Nak kata salah dia… entahlah. 
“Macam mana ni, Firah?” 
“Entahlah, ayah.  Firah pun tak tahu nak buat apa.  Tunggu ajelah dia sedar.  Lagipun, dah malam…”  Hampir dua jam dah Ian tak sedarkan diri.  Dia sendiri buntu nak buat apa.  perlu ke dia panggil ambulans? 
Karang, kecoh lagi satu kampung.  Letih nak bagi jawapan bila jawapannya tak pernah nak diterima orang.  Lebih baik diamkan diri.  Itu yang selalu dia cakap pada dirinya. 
Melihatkan dahi Ian basah dengan peluh, dia tahu lelaki ini sedang lalui mimpi yang sangat ngeri.  Buat dia tertanya, apa mimpi Ian?  Adakah lebih teruk daripada realiti yang dia hadapi? 
Wajah ayah dipandang.  Menggeleng kecil.  Tak tahu nak buat apa melainkan terus letak kain lembab atas dahi Ian yang panas menggelegak tiba-tiba.  Seperti dibakar oleh api yang sangat marak. 
“Kena hantar dia ke hospital, Firah…”
“Macam mana kita nak pergi.  Kereta tak okey.  Ayah tak sihat…”
“Firah, kan ada?” 
Keluhan kecil lepas.  Maghfirah tegakkan tubuh yang sejak tadi membongkok.  Ayah bukan tak tahu, dia dah lama sangat tak keluar. 
“Apapun jadi, Firah nak dok dalam rumah ni aje.  Katalah apa saja…”
“Tapi, Ian tu tak sihat…”
Maghfirah pandang wajah Ian.  Dahi itu masih berkerut dan Ian sedang menyebut sesuatu tapi tak jelas pada pendengarannya.  Lama dia pandang wajah itu.  Lagipun, hospital jauh jugak daripada kampung ni. 
“Siapa nak rawat dia kalau kita biar dalam rumah kita ni, Firah?”  Pak Mansor kedengaran mendesak. 
“Kalau susah sangat, biarlah Firah jaga dia…”
“Maksud awak?” 
Mata Maghfirah membulat.  Tiba-tiba Ian bukak mata dan menyoal dia.  Lidahnya kaku.  Suasana sepi.  Hanya nafas berat Ian yang menyapa. 
“Tolong saya.  Saya dah letih berlari…”  sambung Ian sebelum mata itu kembali terpejam dan bicaranya antara mereka kembali sepi. 
Maghfirah urut dada. Terkejut toksah dikata.  Tiba-tiba aje bukak mata, bersuara dan terus kembali lena. 
“Dia dah sedar ke tu?” 
Maghfirah geleng.  “Rasanya dia mengigau…”  Hujung tudung dipegang.  Maghfirah dekatkan telinga kirinya ke wajah Ian.  Nak dengar dengan jelas apa yang sedang Ian sebut sejak tadi. 
Perlahan-lahan dia rendahkan wajahnya.  Bila telinganya dekat dengan bibir Ian, suara itu masih tak jelas.  Sebutannya kian kabur.  Dia kerutkan wajah.  Siapa yang Ian sebut.  Dia yakin ianya adalah nama bila Ian sebutnya sekali sebelum lelaki itu jatuh pengsan atas bahunya.  Mujurlah dia kuat jugak dan terduduk sudahnya cuba menampung tubuh sasa Ian.  Nasib ayah ada menyokong. Andai tidak, dia dan Ian akan sama-sama tersembam ke bumi. 
“Dia sebut nama siapa, Firah?” soal Pak Mansor nak tahu.  Gamaknya, itulah yang Ian cari yang membawa anak muda ini mengembara ke serata dunia. 
“Entahlah, yah.  Tak jelas…” Dia masih cuba amati sebutan yang semakin lama semakin dalam tenggelam dalam rengkung.
“Tak apalah.  Ayah nak pergi mandi kejap…”
Tak menoleh, Maghfirah terus mencari.  Tapi, hampa.  Suara Ian sudah terhenti.  Yang menyapa hanyalah desah nafas beratnya saja.  Dia nak angkat kepala tapi terhenti bila ada tangan yang menyapa pipinya.  Membawa dia menoleh tepat pada wajah Ian.  Mata lelaki itu sedang terbuka separuh.  Mata kuyu itu tepat memandang dia.  Dia tak pasti, adakah hangat yang berhembus ke wajah, bahana bahang tubuh Ian atau kerana hembusan nafas Ian atau boleh jadi kerana dia malu sendiri. 
Tangan lelaki itu terus mengusap pipinya.  Maghfirah seperti gamam.  Ian ukir senyum.  Tipis tapi cukup ikhlas. 
“Awak ke yang panggil saya?” 
Maghfirah tolak tangan Ian dan nak menjauh tapi lelaki itu lebih pantas menarik hujung tudung yang diikat di depan. 
“Awak ke?”  soal Ian mencari kepastian.
Dia tak nak lagi berlari bila diseru.  Dia nak menyahut.  Dia tak nak lagi dengar suara itu.  Dia dah tak berdaya. 
“Saya mimpi…”  akui Ian.
“Ya, saya tahu…” 
Pandangan dialih.  Ian pandang bumbung yang tak bersiling.  Jauh dia dibawa ke kisah lalu.  Dah lama dia tak macam ni. 
“Saya mimpi awak cakap, awak nak jaga saya.  Betul ke atau itu memang mimpi, Maghfirah?” 
Sepi.  Tiada jawapan.  Maghfirah nak angguk, tapi rasanya kata-katanya tadi hanya kerana dia risau melihat ayah gusar. 
“Itu mimpi…”  jawab Maghfirah setelah mencari kata-kata yang sesuai. 
“Mimpi?”  Pantas Ian menoleh.  Dia pandang pipi Maghfirah.  Merah seperti udang kena bakar.  Telapak tangan dia masih terasa lembutnya kulit itu.  Sungguh… dia  tak sengaja.  Dia hanya bertindak kerana badan yang meminta. 
“Kalau mimpi, boleh kita jadikan kenyataan?” 
“Hah?”  Mulut Maghfirah melopong.
“Saya letih.  Saya nak letak kepala saya atas riba seseorang.  Saya nak seseorang tu belai kepala saya bila saya dah tak mampu.  Saya nak seseorang tu peluk saya bila semangat saya hilang.  Saya nak…”  Permintaan Ian terhenti di situ. 
Wajah Maghfirah kembali dengan wajah yang pertama kali dia lihat gadis ini.  Wajah tiada berperasaan.  Warna kemerahan tadi sudah bertukar menjadi kuning langsat. 
“Pencarian awak tak terhenti di sini.  Jauh lagi destinasi yang awak nak tuju.  Betul tak?”  ulang Maghfirah.  Itulah yang dia dok dengar Ian ilang lagi lagi dan lagi sejak lelaki ini ada di sini.  Dia hanya ingatkan.  Itu saja. 
“Kalau saya kata di sini saya temui garisan penamatnya?”  duga Ian.

Maghfirah hanya senyum.  Matanya mengerdip sekali.  Membuatkan Ian kerut kening.  Tak mengerti.  

13 comments:

  1. Debor nye la bile membaca haiii...
    Xpuas...cepat nau abih nye..��
    Tamakkah sy meminta lebih? ��

    ReplyDelete
  2. Setuju la firah andai yg d tunggu sdh tiba....

    ReplyDelete
  3. cpatnye abis..����..saia x kuad nk tgu lelama kluaran yg baru��

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tunggu Seterusnya..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alahai.. ian Xpaham bahasa tubuh firah yg pemalu.. firah maksudkan setuju la tu 😍😍😍 hmm risau pulak cabaran yg bakal mereka hadapi.. impossible smooth je Xde ranjau duri kan 😯 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  7. ian tolonglah rawat luka di hati firah tu...tolonglah...

    ReplyDelete