Friday, November 25, 2016

Maghfirah 8

SELESAI solat Isyak dan qada Maghrib, dia duduk di tangga rumah kayu ini.  Memandang ke depan.  Gelap.  Rumah Pak Mansor agak jauh daripada rumah orang.  Biarpun masih boleh nampak cahaya lampu, tapi kira jauhlah. 
Ian toleh belakang sesekali tapi langsung tak nampak Maghfirah.  Pak Mansor juga tak nampak.  Manalah diorang pergi dalam rumah yang Cuma sekangkang kera ini.  Rambut yang dah mula panjat diramas kuat.  Demamnya dah kebah langsung.  Begitu gigih Maghfirah menjaganya.  Setiap kali mendengar bicara gadis itu, malah merenung dalam anak mata coklatnya… dia dapat rasa Maghfirah tak nak didekati. 
Tembok yang Maghfirah bina sangat tinggi.  Susah untuk dia daki.  Tapi, untuk apa dia nak daki?  Tak cukupkah dengan kisah lalu yang kekal menghantui?  Ini nak tambah lagi derita baru?  Larat ke hati?  Teguhkah jiwa? 
Tak!  Hati Ian menjerit kuat.  Matanya terpejam rapat.  Tunduk rapat ke lutut.  Menyoal diri sendiri akan soalan yang dia sendiri tak sanggup untuk jawab.  Kala ini, suara halus Maghfirah bergemeresik lagi dalam kepala.  Dia ingat dengan jelas setiap kata-kata gadis itu.  Kata-kata yang dia sendiri sudah nak mengerti. 
“Untuk hidup berdua ni… tak mudah bila hanya salah seorang saja yang berusaha.”  Kain dikepala Ian diletak lagi.  Dia dah sedia nak bangkit.
“Rehat dulu.  Kejap lagi kalau rasa larat, bangkitlah.  Awak kena qada solat.  Tadi, awak tak sedarkan diri.  Apa nak buat, kan?  Saya sediakan pakaian dengan makan malam untuk awak dan ayah…”  Langsung diangkat tubuh nak ke dapur tapi langkahnya mati.
Maghfirah toleh mendengar namanya dipanggil Ian.  Lelaki itu sudah angkat tubuh. Duduk dengan tubuh yang bengkok. 
“Tak tahu kenapa… bila tiap kali awak cakap sediakan kain untuk saya solat.  Sediakan air panas untuk saya mandi.  Sediakan makanan untuk saya… saya rasa macam awak isteri saya,” ujar Ian tanpa memandang Maghfirah.
“Awak tetamu.  Itu saja…” 
Auch… hati Ian mengaduh.  Dia hanya tetamu?  Itu yang Maghfirah nampak dalam diri dia?  Ya… itu hakikat.  Dia memang tetamu yang tak diundang.  Dah berhari-hari ada di sini.  Sakit demam, makan pakai semua dijaga oleh tuan rumah.  Bibirnya ukir sengih senget. 
Dia angkat wajah.  “Awak adalah tuan rumah yang sangat baik untuk jaga tetamu macam jaga keluarga sendiri…”
“Habis, perlu ke saya campak awak ke tanah?”  sindir Maghfirah.
Ian gamam beberapa saat ditempelak oleh Maghfirah.  Dia cuba bangkit biarpun tubuh sasanya masih rasa lemah.  Seluruh badannya sakit.  Otot manalah yang cedera ni. 
“Saya jatuh teruk ke?”  tanya dia ubah tajuk.  Dia ingat dia cuba dapatkan June.  Tapi, akhirnya, dia yakin bukan June.  Mana mungkin June kembali dalam hidup dia.  Mustahil sangat. 
“Atau awak sambut saya?”  duga Ian.
Maghfirah diam.
Ian angguk beberapa kali.  Tahulah dia, bidikan dia tepat. 
“Saya berat, kan?” 
“Entah.  Ayah tolong sekali…”  Wajah Maghfirah saat ini sudah berubah warna. 
Ian simpan senyum.  “Saya nak mandi sekarang.  Saya dah sihat…”
“Nampak macam tak kuat lagi…”  Seluruh tubuh Ian ditelanjangi oleh mata Maghfirah.  Bukan apa, karang ada yang tergolek di tangga pulak.  Dah jadi dua hal.
“Risau?”  Kening Ian terjongket sebelah.
“Awak tetamu…”
“Yeah… tetamu…” ulang Ian menyindir.  Tak payah cakap.  Berjuta kali pun Maghfirah cakap, macamlah dia tak tahu dia tu tetamu.  Nak aje dia cakap macam tu pada Maghfirah. 
Lagi satu… muka tu macam muka tu jangan buat muka macam pandang alien!  Aku bukan alien, okey!  Lelaki kacak macam aku ni, manusia biasa!  Haih…
“Buat muka, kenapa?” 
“Tak ada apa…”  Ian pandang ke lain.  Lain nak dia cakap, lain yang dia luahkan. 
“Tapi masa awak pengsan, saya dengar awak sebut nama.  Itu nama orang yang awak carik ke?” 
Ian pandang Maghfirah.  Sah… dia memang sebut nama June lagi.  Tapi, dia tayang wajah tenang.  Angguk perlahan. 
“Dengar?”
“Tak jelas…”
Thank God…  hati Ian berasa lega.  Tapi kenapa mesti nak lega?  Entah kenapa, bila Maghfirah menyoal begitu, rasa seperti tertangkap dia sedang curang?  Aneh… sedangkan mereka bukan sesiapa.  Tuan rumah dan tetamu. 
“Eloknya, awak teruskan perjalan awak secepat mungkin sebelum awak terperangkap dekat sini selamanya,” pesan Magfirah lantas berlalu turun ke dapur.
Sekali lagi, meninggalkan kerutan pada wajah kacak Ian. 
Resahnya.  Apa yang pelik sangat dengan Maghfirah ni?  Sejak dia bersanggah di sini, tak ada pun dia buat perkara pelik.  Nampak sangat Maghfirah benci dia.  Tak suka sangat gamaknya di ada dalam rumah ni.  Berbeza sungguh dengan Pak Mansor.  Habis tu, apa yang buat Pak Mansor nak bagi Maghfirah tu dekat dia?
Heh.  Dia pun tak hinginlah! 


PAK Mansor senyum.  Duduk dilabuhkan di sisi Ian.  Sejak tadi, hanya termenung memandang kegelapan.  Ni mesti sebab Maghfirah.  Banyak kali dah dia pesan.  Berlembut sikit dengan Ian tapi Maghfirah tu, begitulah.  Ada masa nampak jinak, selebihnya begitu culas.
“Ian fikir apa?” 
“Err…”  Terkejut juga dia ditegur begitu.  Jauh sangat dia bawa fikirannya menapak ke belakang.  Ian senyum.  Dia pandang belakang.  Dengar bunyi pinggan sudu berlaga.  Sibuk gamaknya perempuan tu.
“Pak cik…”
“Erm…” 
“Saya rasa esok saya nak teruskan apa yang tergendalalah.”  Perlahan, Ian susun kata.  Takut mengecilkan hati orang tua ini.  Yang dah begitu banyak membantu tanpa merungut pun. 
Dia pulak, petang tadi baru sempat siapkan kereta untuk Pak Mansor.  Itu pun kena hantar bengkel jugak sebab tak cukup alat.  Setidak-tidaknya, dia dah kurangkan sikit kos upahnya nanti. 
“Pak cik fikir macam mana?” 
Pak Mansor ketawa.  “Kenapa kamu tanya pak cik pulak?  Ikut pak cik, memang pak cik nak kamu dok aje sini.  Jaga Firah.  Boleh pak cik menumpang.  Tapi, langkah kamu, tiada siapa boleh sekat, Ian.  Kalau rasa dah tiba masa untuk kamu pergi… pergilah.  Carilah apa  yang kamu nak cari.”  Nada Pak Mansor kedengaran sedikit kecewa. 
Dia toleh belakang.  Firah masih sibukkan diri dengan dapur.  Masih berkurung dalam rumah ni.  Langsung tak nak keluar.  Malah, ke pekan pun tak nak. 
“Saya mintak maaf, pak cik.  Saya tahu pak cik dah banyak bantu saya.  Tapi…  apa nak kata, apa yang pak cik nak bagi saya tu, bukan barang untuk saya ambik dan simpan.  Kelek ke sana-sini.  Apatah lagi yang pak cik nak bagi tu pun tak nak.”  Dia ingat lagi macam mana Maghfirah melarang.
Setiap yang Pak Mansor cakap jika berkaitan dengannya, tak boleh!  Jangan terima.  Sedangkan dia masa tu dah hampir yakin, di sinilah perhentiannya.  Tapi, Maghfirah selalu menghalau.  Ya, memang tak cakap secara terang.  Kiasannya dah begitu jelas.  Dia bukan bodoh untuk tak boleh baca semua tu.
“Dia takut gamaknya…” 
“Takut dengan saya?”  soal Ian.  Rasa nak gelak.  Tapi ditahan.  Riak Pak Mansor muram.
“Nak dicerita benda lama.  Firah pun tak suka.  Tak apalah, Ian.  Pergilah tidur.  Esok nak bangun awal.  Pak cik tumpangkan kamu ke pekan, ya?”  Bahu Ian diusap mesra.  Pak Mansor bangkit dan menuju ke dapur. 
Saat ini, Maghfirah muncul.  Wajahnya seperti biasa.  Hanya memandang Ian tanpa perasaan sebelum mendekati ayahnya.
“Beras dah tak ada, ayah…”  bisik Maghfirah cukup perlahan.
Dahi Ian berkerut cuba mencuri dengar tapi tak berjaya. 
“Tak ada langsung?” 
“Adalah sehingga makan pagi esok.  Firah boleh goreng nasik lagi.  Cukuplah.  Lepas tu, memang…”  Dengan berat hati, Maghfirah menggeleng.
Ialah.  Masuk ni dah seminggu lebih ayah tak bawak teksi.  Beli barang baiki kereta itu dah berapa. 
“Tak apalah…”  Pak Mansor senyum.  Tangan mendarat atas bahu anaknya.
“Esok pagi, lepas sarapan… tetamu kita nak pergi dah.  Janji lepas dia makan esok, hal kita nanti ayah fikir…” 
Maghfirah senyum.  Lega.  “Kalau gitu, ayah tak payah risau jugaklah.  Dahlah.  Ayah masuk tidur, ya?  Firah nak lipat kain dulu…”  Matanya menghantar ayah masuk ke bilik.  Bilik yang Ian tidur tapi sejak sehari dua ni, Ian tak nak tidur dalam bilik pulak.
Malas nak fikir, ikut suka dialah! 
Simpuh dipasang.  Maghfirah tarik selonggok pakaian yang dia angkat petang tadi.  Nak dilipat. 
“Awak cakap apa dengan ayah awak…” 
“Ya Allah…”  Dada Maghfirah bagai nak pecah.  Terkejut dia.  Apalah tegur orang macam tu.  Cuba lagi bagi petanda sikit. 
“Terkejut?”  Ian lempar soalan bodoh.
“Boleh saya bantu?” 
Ian buat muka.  Dah… dia buat lagi dah.  Tanya lagi soalan tu. 
“Boleh.”  Ian senyum buat-buat. 
“Erm… cakaplah.”  Tangan terus melipat kain satu demi satu. 
“Boleh tolong jawab soalan saya tadi?”  Makin lebar Ian sengih. 
Baru terasa diri disindir, Maghfirah kerling Ian tajam.  “Tak ada apa.  Jangan risau dekat saya…”
“Saya tak risau dekat awak, Cik Maghfirah.  Tapi dekat ayah awak.”  Balas Ian menahan geram.
Makinlah Maghfirah tarik muka.  Tapi, riak wajahnya berubah sedih tiba-tiba.  Saat dia tarik sehelai baju-T, pakaian itu dipandang lama.  Baju Ian. 
“Ayah cakap awak dah nak pergi esok…”  rendah perlahan suara Maghfirah berbisik. 
“Orang tak suka.  Nak dok sini buat apa.  Saya dah banyak menyusahkan awak sekeluarga…”  Tajam Ian perhatian wajah Maghfirah.  Cuba membaca riak wajah gadis ini. 
“Kami bukan tak suka…”
“Kami?”  cantas Ian.  Dia salah dengar gamaknya.  “Rasanya bukan kami.  Ayah awak okey aje.  Tapi awak tu…” 
“Ya, saya.  Bukan saya tak suka…”
“Kalau bukan tak suka, bermakna awak sukalah, kan?” 
Maghfirah ketap bibir.  Tunduk mencengkam kemas baju Ian.  Seperti tak nak dilepaskan lelaki ini pergi.  Cara Ian ambik berat pasal ayah, dia nampak keikhlasan lelaki ini.  Tapi… ada tapinya. 
“Ayah awak pinang saya untuk awak.  Apa jawapan awak?”
“Saya tak boleh.”
“Tak boleh atau tak nak?”  desak Ian.  Pada dia, itu adalah dua perkara yang berbeza. 
“Saya tak boleh!”  Maghfirah bertegas.
Ian ukir senyum.  Lebar.  Makna kata bukan tak nak, tapi tak boleh. 
“Kalau gitu…”  Bajunya yang ada di tangan Maghfirah dicapai.  Gadis itu langsung menoleh.  “…kita buat bagi boleh, ya?” 
Ian senyum lagi.  Ya, dia tekad.  Di sinilah dia putuskan yang destinasi dia bakal berakhir.  Kehidupan baru akan bermula. 
“Tapi, kenapa?”  Jujurnya, Maghfirah ragu-ragu akan kejujuran Ian. 
“Kan saya dah cakap.  Saya dah letih berlari.  Dah sampai masa saya berhenti dan putuskan sendiri mana-mana destinasi yang saya nak pilih.”

Mata saling bertentangan.  Birai mata Maghfirah basah.  

21 comments:

  1. Yeay...kawin...������

    ReplyDelete
  2. Harap lah firah setuju..
    Pehlissss...!!!

    ReplyDelete
  3. Wow . Makin menarikkk . Good luck RM !

    ReplyDelete
  4. apala masalah firah ni,suspen betul..

    ReplyDelete
  5. apala masalah firah ni,suspen betul..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terbukak hati ian akhirnya..yuhuuu

    ReplyDelete
  7. tetamu di rumah tp tetamu dihati firah ����

    -mar-

    ReplyDelete
  8. Apa la masalah maghfirah ni ye

    ReplyDelete
  9. Eleh ian, tak hingin konon 😃😂😂 pdhal hati tu dh tersangkut aritu lg!😆 moga birai mata firah yg basah tu adlh kerana tangisan kesyukuran. Thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  10. Omaigadd...suwitttt..!

    ReplyDelete
  11. Yeahhh... Ian yg sweet... make sure boleh jgk na...
    waiting new episode from RM... ;D

    ReplyDelete
  12. as usual. RM punya karya memang best. #plsss buat fira setuju!

    ReplyDelete
  13. akhirnya ketemu juga destinasi yg dia cari..saper sebenarnya Ian ini yer sis

    ReplyDelete
  14. Buat bg boleh.
    Adoiii..tergolek2 dh jantung ni

    ReplyDelete
  15. Best sgt... hati berbunga2 bila baca citer ni😍

    ReplyDelete