Sunday, December 08, 2019

Luruh 2

KALI ini aje, Daneen.  Kali ini aje.  Itulah yang hati Daneen bisikkan bila dia berada di depan pagar rumah besar itu.  Memujuk hati dan merendahkan airmukanya buat kali yang terakhir demi kakaknya.  Betapa dia memujuk pun, Dariya begitu berkeras untuk dia bawa Mufid.  Biarpun dia katakan yang Mufid telah membuang kakaknya itu, keluarga Mufid telah berlaku kejam pada mereka tanpa mereka tahu apa salahnya. 
Namun, Dariya langsung tak nak terima semua itu.  Di bibirnya hanya meniti nama Mufid setelah Dariya lelah tangisi kepergian mama dan bayi sendiri.  Hati Daneen sakit seperti tak tertanggung lagi. 
“Jangan paksa aku lagi, Riya.  Aku baru selesaikan jenazah mama.  Ini… abah tak tahu lagi.  Kau jangan fikir sangat pasal benda lain, Riya.  Kau kena pulih macam biasa dan masa tu, aku akan buat apa aje untuk bawak dia jumpa kau…” 

Airmata Riya mengalir lesu.  Bibirnya bergerak tapi kata-kata seperti sangat sukar untuk terbit daripada celah ulas bibir yang kering itu. 
“Aku kena jumpa Mufid, Neen.  Dalam keadaan apa sekalipun, aku kena jumpa dia sekali.  Kau kena bawak dia jumpa aku biarpun dalam keadaan paksa…” 
“Tolonglah, Riya!”  Suara Daneen kedengaran mengeruh.  Apa maksud Dariya secara paksa?  Tubuh halusnya tak mungkin dapat kawal jasad Mufid.  Dia tak kenal sesiapa untuk meminta bantuan.  Jauh sekali punya kuasa dan duit yang banyak untuk mengupah orang. 
“Kau kakak aku.  Aku sayang kau.  Kau tahu tu.  Aku akan buat apa saja untuk kau.  Sejak dulu.  Tapi, boleh tak sekali aje kau fikirkan perasaan aku?  Boleh tak sekali kau tanya macam mana seksanya aku setahun ni?  Usah kata kau, Riya… jangan kata mama dan abah, aku sendiri sangat menderita, Riya.  Tak boleh ke kau nampak?”  soal Daneen lemah dengan suara yang tertahan-tahan menahan sendu.
Biarpun doktor telah berpesan untuk tidak mengacau emosi pesakit, tapi dia sudah tidak mampu terima permintaan karut Dariya sekarang.  Tangis Daneen kian menjadi-jadi bila dia rasakan Dariya menggenggam jari-jemarinya biarpun genggaman itu cukup lemah. 
Kala mata mereka bertentangan, Dariya koyak senyum tipis.  Daneen sepertinya lega tapi tak lama bila Dariya bersuara. 
“Aku mintak maaf sebab kau perlu terseksa sendiri, Neen.  Tapi, kali ini aje.  Untuk kali terakhir, Daneen…”  Ayat itu diluah perlahan.  “…aku akan menyusahkan kau…”  tambah Dariya dengan susah payah. 

Daneen tak dapat berkata apa lagi.  Hanya menggenggam tangan Dariya yang lemah.  Menyembamkan wajahnya ke di belakang tangan itu dan menangis tersedu-sedu.  Sejak dulu, mereka saling menjaga diri masing-masing.  Tapi kali ini, dia sudah tidak dapat menjaga Dariya.  Begitu juga sebaliknya. 
Lama dia menanti dan saat harapan hampir mati, pagar tinggi itu terbuka.  Jantungnya berdebar namun kakinya tetap melangkah masuk bila  pembantu rumah itu memintanya masuk.
“Mufid ada?” soalnya 
Dahi pembantu rumah itu berkerut.  Daneen ketap bibir.  Mungkin pembantu rumah itu merasakan dia biadap.  Dia berdeham kecil.  Memujuk hati agar memanggil lelaki tak guna itu dengan hormat. 
“Maksud saya, Tuan Mufid ada?” Hati Daneen terbakar bila menyebut nama itu sekali lagi. 
“Tuan kedua tak ada.  Tapi, Tuan utama ada.  Dia yang mintak cik masuk...”
Tuan Utama?  Rasanya itu gelaran pada abang Mufid? Daneen kerut dahi seketika.  Dia dah lama tak berjumpa dengan lelaki itu.  Dah hampir bertahun lepas dikatakan lelaki itu terbang untuk menyambung pengajian di luar negara.  Bila balik, dia juga masih tak berjumpa dengannya biarpun sesekali ada majlis besar antara dua keluarga satu ketika dulu.  Dia bukan seperti Dariya.  Dia tak pandai bawak diri di dalam majlis penuh protokol dan dia tak suka menjadi perhatian. 
Kerana itu dia lebih suka tinggal di asrama.  Ada ketika, dia suka bila undang-undang sekolah menyekat langkahnya.  Dia punya alasan kukuh untuk mengelak banyak perkara waktu itu.  Tapi, dia masih ingat akan wajah itu malah tahu namanya.  Cuma tak pernah berbicara. 
“Cik boleh tunggu.  Kejap lagi Tuan Maliki turun...”
Tak.  Tujuannya adalah Mufid.  Bukan Maliki. 
“Tak apalah, puan.  Saya cuma nak jumpa Tuan Mufid dan saya harap puan boleh izinkan saya tunggu sampai Tuan Mufid balik...”  Daneen berdiri tegak di situ.  Menolak dalam diam untuk bertemu dengan Maliki. 
“Tapi, Tuan Mufid dia…” Wajah pembantu rumah itu nampak serba salah. 
“Urusan saya dengan Mufid...” Sekali lagi dia menyebut nama itu dengan agak biadap.  “Tak ada kaitan dengan Maliki...” sambungnya.  Tak kisah dengan riak wajah wanita di depannya ini. 
Dia benar-benar sedang terdesak dan kesuntukan masa. 
“Urusan dengan adik aku jugak adalah urusan aku...”  Suara parau lelaki bergema sambil menuruni anak tangga.  Dengan riak angkuh.  Kedua belah tangan diseluk dalam poket dockers cream yang dipakai.  Nampak segak dengan t-shirt hitam potongan V.
Daneen berundur setapak bila lelaki itu menghampiri dengan wajah sinis.
“Kenapa? Dah puas rayu ayah aku, kau nak mintak tolong adik aku pulak?  Kau ingat Mufid ada kuasa apa?” 
Daneen ketap bibir.  Pandangan mata tak lepas pada wajah tampan di depannya.  Dalam ingatannya, Maliki bukan seorang yang sinis.  Maliki agak pendiam jika nak dibandingkan dengan Mufid. 
Pernah mereka ada di meja makan bersama dua keluarga dulu, yang lain sibuk bercerita tapi dia dan Maliki hanya sibuk melayani perasaan sendiri.  Dia tak tahu… masa berlalu dan manusia itu berubah.  Maliki juga sama.  Lidahnya sudah begitu tajam. 
“Saya cuma nak jumpa Mufid...”  ujarnya kerana dia yakin, Maliki malah seluruh negara dah tahu tentang abahnya.  Tentang keluarganya.  Tentang mama dan tentang Dariya. 
“Saya?” Sebelah kening lebat Maliki terjongket.  Dia bejalan mengelilingi jasad gadis ini.  Pertama kali sejak mereka kenal, Daneen buka mulut.  Jika tidak, Daneen bukan gadis yang mudah didekati.  Jauh beza dengan Dariya. 
Dia ingat wajah ini.  Ada masa susah nak nampak jelas rautnya kerana Daneen seringkali membiarkan rambut lurus panjang ini menutup hampir sebahagian wajahnya sejak dulu.  Makan malam terakhir sebelum dia terbang ke luar negara dulu, Daneen masih di tingkatan empat rasanya.  Atau lebih muda daripada itu.  Dia sendiri lupa.  Sekarang, Daneen benar-benar dah dewasa.  Susuk tubuhnya nampak sudah berubah tapi riak wajah itu bertambah dingin. 
Daneen tahu, Maliki menyindirnya.
“Ini kali yang terakhir saya datang.  Tolong bagitahu Mufid.  Dariya nazak.  Dia keguguran…” 
“Anak Mufid?”  soalnya tak percaya. 
“Ya…”  Sukar, tapi Daneen tetap iyakan. 
Seketika, dahi Maliki berkerut.  Terkejut tapi tak pelik kerana memang itulah perangai adiknya.  Pada dia, yang bodoh dan bersalah adalah Dariya.   
“Hurm… tengok ke perangai Mufid, aku percaya tu anak dia…”
Wajah Daneen nampak lega.  Nampak bersinar dengan cebisan bunga harapan. 
“Tapi, bukan patutnya tak jadik isu, kan?” 
“Maksudnya?”  Daneen mula rasa lain macam.  Tapi, dia tetap menanti kata-kata Maliki. 
“Sebab Dariya dah keguguran.  Tak ada isu bertanggungjawab dekat sini, kan?”  Bibir Maliki terjungkit dengan senyum sinis.  Kali ini lebih tajam dan menakutkan.  Dia dekatkan wajahnya pada sisi wajah Daneen.  Menyelak rambut itu sedikit dan merapatkan bibirnya pada cuping telinga Daneen. 
“Aku yakin Dariya jugak nikmati masa tu dengan Mufid.  Jadi, kenapa nak salahkan Mufid.  Betul tak?” 
“Kau!”  Daneen tolak dada Maliki sekuat hati hingga lelaki itu menjauh daripadanya beberapa tapak. 
Nafasnya mengah.  Seperti, dia telah menggunakan seluruh kudratnya seketika tadi.  Matanya berair menahan marah.
“Aku tak datang mintak Mufid bertanggungjawab.  Bayi tu dah tak ada dan kalau ada sekalipun, aku akan jaga kakak aku dan bayi dia.  Cuma, Dariya benar-benar dah tak ada banyak masa.  Dia nak jumpa Mufid buat kali terakhir.  Kali  ini aje…”  rayu Daneen dengan mata yang berkaca-kaca.  Dia perlu berusaha sehabis daya dan mempertaruhkan apa saja demi permintaan akhir Dariya.   Dia tak mahu segalanya terlambat. 
“Mama kau dah selamat kebumi ke?”  Maliki tiba-tiba saja mengubah hala bicara. 
Daneen kaku seketika.  Nada Maliki sangat menyakitkan hingga hatinya berdesis berkali-kali.  Tiada langsung simpati.  Malah, sepertinya lelaki ini bersorak di atas kehilangannya.  Tidak dapat tidak, Daneen angguk.  Baru tak sampai dua hari mama pergi, dia ke sini menagih sisa simpati atas dasar manusiawi. 
“Terima kasih tanya…”  Dia masih cuba bersopan.  Wajahnya diangkat mendongak pada Maliki yang jauh lebih tinggi daripadanya. 
“Boleh tolong saya jumpa Tuan Mufid?  Lima minit pun jadi…”
“Masalahnya…”  Maliki peluk tubuh bila dia berhenti tepat di depan Daneen setelah mengelilingi gadis ini hampir tiga kali.  “…dia tak ada dekat Malaysia.  Dia pergi Singapore dengan bakal tunang dia…”  Sengaja Maliki dekatkan telinga berbisik di atas peluput telinga Daneen. 
Sekali lagi hati Daneen berdesis dengan kata-kata Maliki.  Dan, dia percaya. 
“Boleh mintak dia balik segera…”
“Hurm… boleh…”  Tak menanti lama, Maliki laju menyahut.
Mata Daneen nampak bersinar.  Teruja.  Senyuman terukir pada bibirnya setelah sekian lama dia lupa cara untuk senyum.  Waktu ini, mata Maliki juga bersinar galak.
“Tapi, aku orang bisnes.  Dalam bisnes, segalanya tentang untung rugi dan tak ada siapa nak rugi.  Jadi, paling tidak… aku harap aku dapat sikit keuntungan daripada bisnes kita ni…”  ujar Maliki lagi.
Daneen menggeleng.  Dia tiada apa mahu dipersembahkan pada Maliki.  Lelaki ini sendiri tahu keadaannya sekarang.  Malah, lepas hari ini dia juga bakal jadi gelandangan.  Daneen tentang renungan tajam mata kuyu Maliki dan menggeleng. 
“Kau ada sesuatu…”  Maliki capai helaian rambut Daneen dan memintal pada hujung jarinya. 
Saat ini, Daneen tahu apa yang Maliki mahukan tapi pantas dia menepis.  Jika ini harganya, dia tak akan terpalit dengan urusan ini.  Namun, rayuan Dariya dan jasad mama serta wajah resah abah menerpa dalam mindanya serentak.  Daneen tak jadi melangkah.
“Jangan berlagak suci, Daneen.  Bukan ke kau pun sama macam kakak kau.  A slut!”  herdik Maliki dengan suara yang dalam. 
Penumbuk dikepal kemas.  Daneen angkat wajah dan memandang pada Maliki.  Kata-kata itu satu penghinaan tapi dia sudah tidak kisah. 
“Bila boleh bawak Mufid jumpa Dariya?”  soalnya. 
Kening Maliki terjongket sebelah.  “Dah sedia nak buat bisnes?”  soalnya lebih sinis dan tajam.
Daneen angguk. 
“Esok?”  jawab Maliki lebih pada teka-teki. 
“Bayarannya?” 
“Hurm… kena bayar dulu baru dapat barang.  Macam tu…”  Senyum sinis yang cukup tajam terbentuk pada hujung bibir Maliki.
“Okey…”  Daneen telan liur.  Dia buka cardigan hitam yang membalut tubuhnya sejak dua malam lepas.  Tapi, Maliki menahan.
“Bukan kat sini.  Kot ya pun kau nak buat bisnes, pilih tempat sikit…”  Serentak itu, Maliki menarik dia naik ke atas. 
Daun pintu sebuah bilik ditendang sedikit kasar dan seperti mengangkat cebisan kapas, Maliki angkat jasadnya dan dihempas kuat di atas meja snooker.  Wajah Daneen menyeringai bila belakangnya menghempap bola-bola snooker yang berselerakan.  Namun, sepatah kata pun tidak keluar daripada celah bibirnya. 
“Sakit, kan?”  soal Maliki dalam.
“Janji esok bawak Mufid jumpa Dariya?”  soalnya tak menghiraukan soalan Maliki.
“Kalau bisnes ni menguntungkan, ya…”  Maliki angguk sendiri dengan bibir yang menceber. 
“Bisnes ini adakah satu binses yang akan sangat menguntungkan, Tuan Maliki…”  balas Daneen perlahan.

“Kita akan lihat…”  balas Maliki dan terus mendekat dan kian rapat.  


...bersambung

8 comments:

  1. Wow cikRM, sayang awak😍. Moga terus gigih berkarya

    ReplyDelete
  2. Cik RM dah muncul,,,,bersama hadiah baru,, tkasih

    ReplyDelete
  3. ai... geram la pulak... semakin best.. semakin nk tahu... x sabar tggu sambungan

    ReplyDelete
  4. apalah bisnes yang menguntungkan tu...

    ReplyDelete
  5. auch...jgn cari pasal Daneen..

    ReplyDelete
  6. Aduhaiiiii, dariya tu dh nazak, apa gunanya kau berkorban mcm tu sekali... Thx RM for the update 🌹💐

    ReplyDelete
  7. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete