DENGAN kaki yang
begitu berat, Daneen hampiri masjid di mana menjadi tempat jenazah mama
diuruskan dan di sini juga Dariya dikafankan namun bukan dia yang menguruskan
untuk Dariya. Jujurnya, dia lega bila
ada seeorang yang sanggup mempercepatkan segalanya dalam keadaan dirinya yang
tak sedarkan diri.
Hingga ke
akhirnya, dia hanya berjanji tapi satu pun tak mampu dia tunaikan. Segalanya dimungkiri. Janji pada mama dan Dariya. Segalanya hanyalah satu penipuan. Sekali, dia menyoal diri. Kenapa dia tergamak berjanji padahal dia
sendiri tahu, dia tak pernah mampu. Dan
kini… dia terpaksa hantar pergi kedua-dua orang yang penting dalam hidupnya
dengan perasaan kecewa.
Kecewa pada diri
sendiri.
Dia berdiri di
tepi tangga. Masjid dah kosong. Hanya tinggal beberapa orang saja
jemaah. Abah dan mama selalu di sini. Menjadi yang paling awal hadir dan yang
terakhir meninggalkan perkarangan masjid.
Sepertinya, dia
nampak mama dan abah di anak tangga itu tapi, kedua wajah itu milik orang
lain. Dia rapati dan menyapa sopan.
“Hurm… imam?” serunya bila rupanya, wajah itu adalah seraut
tua yang dia kenal. Lelaki inilah yang
membantunya menguruskan jenazah mama.
“Daneen?” Nada itu kedengaran terkejut.
“Ya Tuhan…
Daneen?” Sekali lagi namanya diseru oleh
isteri Imam Sadiq.
Daneen senyum
dan airmatanya jatuh lagi. Cepat-cepat
dia seka dan menyambut salam Hajah Aminah.
“Mana Daneen
pergi?” soal Hajah Aminah resah. Apatah
lagi airmata Daneen kembali jatuh. Dia
rapati dan mengusap bahu itu.
“Saya nak tahu
pusara Dariya…”
Kedua suami
isteri itu saling memandang buat seketika sebelum Imam Sadiq menjawab soalan
itu dengan penuh hati-hati. Biarpun
kenyataan itu telah Daneen ketahui, tapi dia juga tahu… Daneen bukan lagi anak
gadis yang pernah dia kenal. Dalam
setahun kebelakangan ini, Daneen begitu berubah.
Malah, Daneen
pernah menyoal tentang ketentuan. Berkali
dia memujuk, Daneen terus menyoal berkali-kali.
Apatah lagi kini, anak ini seperti tinggal sebatang kara. Seperti hilang punca dan tujuan hidup. Setelah dua hari Dariya disemadi, baru kini
Daneen muncul dan dia diberitahu oleh anak muda itu, Daneen tak sihat. Air wajahnya masih menyatakan demikian.
“Dekat sebelah
pusara arwah mama Daneen,” jawab Imam Sadiq lembut.
Daneen
angguk. Tak berkata apa lagi. Nafasnya tersekat dan sukar untuk dia
bernafas dengan lancar.
“Terima kasih
uruskan mama dan kakak saya, Imam,” ucapnya perlahan.
“Tugas
menguruskan jenazah ini adalah fardhu kifayah, Daneen. Berdosa seluruh kampung atau sesebuah kawasan
itu jika membiarkan perkara itu begitu saja.
Imam hanya lakukan apa yang terdaya tapi imam benar-benar tak sangka dan
sifat takdir itu adalah memang sesuatu yang kita tak boleh nak jangka biarpun
untuk sedetik selepas ini, Daneen…”
Dalam kata-kata Imam Sadiq.
Ditujukan khas buat Daneen.
Saat ini, dia
tahu… dia tak akan berdaya untuk terus-menerus menembak Daneen dengan
nasihat. Apa saja, Daneen tak akan
terimanya. Dan, dia akan memujuk anak
ini dengan penuh sabar agar Daneen lepaskan segalanya lantas meneruskan hidup
yang masih tersisa dengan penuh tabah malah lebih gagah.
Mendengarkan
kata-kata Imam Sadiq, Daneen gigit bibir.
Dia tak angguk, juga tidak menafi.
Kata-kata itu benar tapi hatinya sulit untuk terima. Keluarga mereka tak pernah bermusuh dengan
sesiapa apatah lagi dengan yang paling rapat seperti keluarga Malik. Lelaki itu adalah kepercayaan abah.
“Daneen dah
makan?” soal Hajah Aminah pula.
“Hurm…” Ya, dia dah telan sedikit makanan dan meneguk
sedikit air kerana diingatkan oleh Maliki sebelum dia tekad lari daripada
hospital.
Dia masih dengan
jeansnya. Baju-T yang koyak dileher dan
cardigan hitam itu.
“Mari kita pergi
rumah imam dulu, Daneen. Kita rehat
dulu, ya,” ajak Imam Sadiq. “Hajah ada
masak banyak. Daneen pun tahu, Hajah
pandai masak, kan?” pancing Imam Sadiq
lagi tapi itu tidak lagi menjadi umpan pada seorang Daneen.
“Tak apalah,
imam. Terima kasih ajak saya. Tapi, saya nak ziarah Dariya dan mama. Lepas tu saya kena balik rumah. Dah banyak hari saya tak balik. Saya datang ni sebab nak tanya, ada tak kos
yang perlu saya bayar?”
“Maha Suci
Allah, Daneen. Jangan difikirkan tentang
tu. Masjid ini siap sempurna dan jemaah
boleh solat dengan selesa dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah sebab
usaha dan infaq Datuk Dhani. Imam dan
seluruh orang surau dan jemaah berterima kasih padanya. Apalah sangat budi yang dia tabur nak
dibandingkan dengan bantuan kami ni yang dah jadi satu kewajipan tu…”
“Iya, Daneen,”
sahut Hajah Aminah mengiyakan kata-kata suaminya.
“Arwah Datin
Lateefa disolatkan oleh ramai jemaah sebaik saja selesai solat Jumaat. Arwah Dariya juga sama. Tambah pulak dua hari lepas, ada dua
rombongan bas entah daripada mana singgah untuk solat dan terus tunggu untuk
solat jenazah untuk Dariya. Dalam
keadaan yang buruk tu, nak… tetap ada terselit yang baik,” pujuk Hajah Aminah
lagi.
Daneen angguk
perlahan. Ya, dalam yang buruk itu masih
ada yang baik. Tapi sayang, dia masih
tak nampak kebaikan itu. Segalanya, usah
kata kelam tapi sudah terlalu hitam untuknya.
“Malam ni, imam
nak buat tahlil untuk kita semua. Daneen
datang, ya?” ajakImam Sadiq tapi Daneen
menolak ajakan itu.
Dia masih tak
kuat untuk berhadapan dengan masyarakat.
Dia masih takut menerima pandangan sinis dan kejam atas segala yang telah
terjadi. Kekuatannya masih tak terhimpunkan
setelah melalui pelbagai perkara.
Mata yang
memandang tak akan merasa. Dia adalah
bahu yang memikul.
“Apapun, terima
kasih sekali lagi, Imam… Hajah. Saya
balik dulu…” Tangan Hajah Aminah disalam
hormat dan dia terus berlalu.
Melangkah
mencari tujuan hidup yang baru. Ada masa
dia mahu saja rampas nyawa sendiri tapi abah masih menantinya. Dia perlu hidup untuk abah. Dia perlu terus kuat demi mengingatkan yang
Maliki sedang ‘menantinya’. Dan dia, tak sabar untuk tunggu hari itu
tiba.
SEBAIK saja tiba
di rumah, Daneen menerima keadaan dengan begitu tenang. Rumah banglo dua setengah tingkat itu telah
disita malah dia tahu, dia tak akan mampu untuk masuk mengambil pakaian
sendiri. Mujurlah tadi, dia tekad untuk
keluarkan segala simpanan yang ada dalam akaun banknya dan juga milik Dariya sebelum
akaun itu juga dibekukan. Dia tak tahu
adakah akaun mereka akan dibekukan. Tapi
dalam keadaan sekarang, dia perlu berwaspa.
Dia harus memikirkan yang terburuk.
Kini, dia
benar-benar telah menjadi gelandangan.
Bersama beg galasnya, Daneen masuk ke sebuah kedai pakaian. Dia capai beberapa helai pakaian yang paling
murah dan terus berlalu keluar. Dia juga
tak boleh berlama-lama di situ bila ada masa yang mula memandang. Boleh jadi kerana nampak dia seperti pencuri
atau lebih teruk lagi, mereka cam akan wajah milik anak kedua keluarga hebat
Datuk Ahmad Dhani yang telah jatuh terperosok ke dalam kehinaan dalam sekelip
mata.
Sebaik saja siap
menukar pakaian di tandas awam di Hentian Puduraya, Daneen terus membeli tiket
bas ke Jasin. Dia perlu temui abah
kerana dia tahu… di situlah abah akan jalani hukuman.
Perjalanan yang
sepatutnya hanya dua jam, dirasakan sangat lama. Dia sudah tidak betah duduk. Entah khabar tentang mama dan Dariya telah
sampai ke telinga abah atau tak, dia tak tahu.
Harapnya sudah. Kerana dia
sendiri tidak mampu menyusun kata untuk berbicara tentang ini.
Sebaik saja
tiba, Daneen mengambil teksi dan terus tiba di pintu utama Pusat Koreksional
Jasin. Kawasan ini nampak lapang dan menenangkan
tapi tiada siapa tahu, dia balik pagar dan tembok tinggi itu, menyimpan
pelbagai hati yang resah dan kesal.
Selesai urusan
keselamatan, Daneen akhirnya duduk di atas kerusi. Menghadap cermin kaca yang tebal dan
anti-bunyi di depannya. Menanti
kemunculan abah dan sebaik saja abah muncul, dia terus mengangkat gagang
telefon dan melekapkan telapak tangan kirinya pada cermin.
Lelaki yang
dipanggil abah itu senyum lebar. Nampak
tak bermaya. Ya, tubuh tua abah tak akan
mampu tanggung semua tu. Abah nampak
sangat susut. Wajah itu begitu cengkung
dan mata itu nampak sangat dalam.
“Abah?” seru Daneen bila Ahmad Dhani juga meletak
gagang itu ke telinga.
“Daneen buat apa
dekat sini?”
“Daneen rindu
abah. Abah sihat? Macam mana makan minum semua? Tidur okey?”
Dia tahu, abah ada sikit masalah sakit belakang dah hampir dua
tahun.
“Untuk semua
soalan Daneen tu, abah okey. Jangan
risau. Daneen macam mana?”
“Hurmm… Daneen
pun okey…” Waktu ini dia lebarkan
senyum. Sepertinya abah belum tahu
tentang mama dan Dariya.
“Daneen dah
sambung sekolah? Tak lama lagi nak STPM
dah ni…”
Seketika Daneen
diam. Tunduk sebelum menyambung. “Daneen tak akan ke sekolah lagi, abah. Daneen akan carik bukti untuk mohon pada
mahkamah bukak semula kes abah…”
“Tak perlu,
Daneen. Jangan rosakkan masa depan
Daneen untuk abah. Lagipun, Daneen dah
tinggal sendirian…” Waktu ini, suara
Ahmad Dhani sudah berubah nada.
Serak malah
bergetar.
Daneen kerut
kening. Abah dah tahu dan memang itulah
yang sepatutnya. Cuma, dia tak tahu
adakah abah minta untuk menziarah atau tak?
“Maaf,
abah. Daneen tak…” Dia nak cakap dia tak berjaya menjaga mama
dan Dariya seperti janjinya pada abah.
“Bukan salah
Daneen. Dariya… itu adalah pilihannya
dan itu takdirnya…” Sebagai ayah yang
dia rasakan sudah cukup mendidik anak-anak, dia tak sangka Dariya boleh
terjerumus begitu sekali tapi segalanya telah terjadi dan dia terima dengan
reda hati.
“Mama pulak, dah
sampai masanya. Tak akan cepat atau
lambat. Abah nak Daneen juga terima…”
“Tak, abah…” Daneen mula menangis. Menggeleng berkali-kali. Takdir tak akan sebegini kejam pada mereka
sekeluarga. Dia masih simpan keyakinan
itu. Biarpun sekadar kata dan tidak
terpahat pada teguh pada semangatnya.
“Daneen dengar
cakap abah dulu…” Ahmad Dhani menekan
suaranya.
“Abah tahu akaun
abah dan mama dah dibekukan. Rumah dah
tentu kena sita. Saudara mara dah buang
kita lepas kita tiada apa. Tapi, abah tetap
nak Daneen kuat. Dengan simpanan Daneen
yang abah bagi selama ni, abah nak Daneen teruskan hidup. Mulakan hidup baru. Abah rayu, sambung belajar dan capai
cita-cita Daneen. Paling penting,
lupakan abah. Pergi jauh daripada ibu
kota ni. Pergi aje mana-mana yang orang
tak tahu asal usul Daneen. Abah tak nak
Daneen hidup dengan bayangan keluarga kita.
Sorok selagi mampu yang Daneen adalah anak abah. Jangan datang lawat abah lagi. Abah tak akan terima Daneen lagi…” Serentak itu, Ahmad Dhani letakkan gagang dan
terus berlalu.
Daneen
kaku. Otaknya tak mampu mencerna
kata-kata abah yang panjang dan dirasakan tak masuk akal. Dia ketawa kecil dengan gagang masih di
telinga. Betul ke apa yang dah masuk ke
telinga ni? Atau ini adalah sejenis
mimpi? Perlukah dia lena lagi dua
hari? Tapi, dia juga tahu… ini
kenyataan. Seperti mana beberapa hari
lepas. Segalanya kenyataan yang amat
menyakitkan.
“Abah pun… buang
Daneen,” ujarnya perlahan sebelum meletakkan gagang dengan airmata yang
mengalir lesu.
Beberapa ketika,
Daneen masih di situ. Hinggalah dia
diminta untuk keluar, barulah dia bergerak dengan langkah yang kembali lemah
angkara permintaan abah. Dia mendongak
ke langit sebaik saja keluar daripada bangunan itu. Langit begitu terang dan membiru. Tapi, kenapa yang menutup dirinya, hanyalah
hitam dan kelabu?
Kakinya menapak
di bawah terik mentari, menuju ke pagar utama yang jaraknya dalam seratus
meter. Bersama airmata yang mula kering.
Ya, seperti
katanya pada Maliki. Dia benar-benar
tiada apa yang mahu dirisaukan lagi. Dia
tak akan kehilangan apa-apa kerana dia memangnya tiada apa. Dia hanya ada dirinya dan satu hari, dia akan
kembali biarpun hanya perlu merangkak.
Dia akan bawa abah kembali ke rumah mereka dan dengan bangga akan
mengatakan, lelaki ini adalah ayah hebat dan seorang yang sangat jujur.
Satu hari nanti…
Satu hari nanti… ... bersambung
CikRM memang tak pernah mengecewakan kami. Thanks tau...
ReplyDeletebest ..mmg tunggu nk baca sekali gus dr 1 hngga 5..cant wait for the next chapter..
ReplyDeletelove it! teruskan RM... tak puas lagi menangis ni 😅
ReplyDeleteMeanrik menarik!! Looking forward for the next partsss. 😍😍💓
ReplyDelete❤
ReplyDeleteBertabahlah Daneen,,,Maliki,,mana kau!!!! Tkasih RM
ReplyDeleteMenarik 😍
ReplyDeleteBila membaca cerpen ni memang kena harus siap berderai air mata😭😭😭
ReplyDeleteDaneen kecik lg rupanya...baru abis skolah..
ReplyDeleteKak Rehan...saya menangis...semoga Daneen terus kuat...
ReplyDeleteBe strong daneen 💪🏻💪🏻💪🏻 moga daneen bertemu jalan kembali kpd Tuhan. Thx RM for the update 🌹💐
ReplyDeleteMenitik air mata baca chapter ni.. Betul² menyentuh hati.. Harapnya novel ni ada versi cetak sangat best
ReplyDeleteMenitik air mata baca chapter ni.. Betul² menyentuh hati.. Harapnya novel ni ada versi cetak sangat best
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny