SEBAIK saja
mendapat berita tentang kehilangan Daneen, Maliki terus ke hospital. Dia termengah-mengah sebaik saja lariannya
terhenti di depan pintu bilik yang menempatkan Daneen. Dua orang jururawat sedang membersikan bilik
itu. Dua pasang itu memandangnya penuh
tanda-tanya.
“Boleh saya
tolong, encik?” soal salah seorangnya.
“Dah berapa lama
pesakit dalam bilik ni hilang?”
“Err…” Kedua-duanya saling memandang.
Maliki
mendengus, menahan sabar.
“Ki?”
Maliki menoleh
bila kawan baiknya yang juga seorang doktor peribadi untuk keluarganya muncul
di belakang.
“Berapa lama dah
dia hilang, Ray?”
“Aku tak on duty
semalam. Aku masuk pagi ni nak check,
dia dah tak ada. Bila aku mintak diorang
check CCTV, dia memang dah keluar daripada sini…” Serba-salah Ray hendak menjawabnya.
“Kan aku dah
pesan, jaga dia dua puluh empat jam?”
Suara Maliki mengaum.
Ray
mengeluh. Menggeleng kecil. Kali kedua dia nampak Maliki sebegini
resah. Dan, untuk orang yang sama.
“Sabar, Ki. Jom pergi bilik aku. Kita cerita kat sana…” Mata Ray mengerling pada jururawat yang
nampak kaku melihat padanya dan Maliki.
“Sorry ya,
nurse. Teruskan kerja…” Ray senyum.
Mesra. Dia tarik tangan Maliki
tapi lelaki itu masih kaku di situ.
Seketika, Maliki
menoleh dan matanya tertancap pada titisan darah kering yang ada di lantai
malah titisan itu sebenarnya hingga ke pintu.
Tak guna! Apa kau dah buat ni, Daneen? Dia kepal penumbuk. Padahal, dia telah minta Daneen tunggu dia
kembali. Hingga saat ini, dia masih tak
rehat lagi! Dia mahu kembali malam tadi,
tapi terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Niatnya adalah untuk menjenguk Daneen pagi
ini, tapi lain pula berita yang dia terima.
Sebaik saja
mereka tiba dalam bilik Ray, Maliki labuhkan duduk di atas sofa dan Ray
bertenggek di birai meja. Mengeluh
tipis.
“Dah dua kali
aku nampak kau restless macam ni, Ki.
Sebab orang yang sama. Kali lepas
kau marah bila kau dapat tahu dia tidur dengan Lawyer tu. Kali ini, sebab ni. Kau ni, kenapa sebenarnya?” Tak faham betullah. Kalau dah benci, tolonglah benci
betul-betul.
“Benda tu tak
ada kena-mengena dengan kau. Yang kau
pergi bagi jawapan ni adalah apa yang jadi ni…”
Mata Maliki tajam mengerling Ray.
Ray angkat tubuh
dan duduk di depannya.
“Dia keluar daripada
hospital jam lima pagi tadi tengok pada rekod CCTV. Sebab dia berpakaian biasa, memang tak akan
ada siapa syak. Aku mintak maaf atas apa
yang dah jadi. Tapi, kau dah tolong
dia. Pada aku, biarkanlah aje dia pergi
kalau itu yang dia nak…”
“Masalah, aku
tak nak!” bentak Maliki.
Ray sunggingkan
senyum sinis. Mula nampak tujuan
permainan Maliki biarpun sejak awal dia menebak dan Maliki menafi. Kini, kian jelas.
“Kau ni
sebenarnya sayangkan dia, kan?”
Dahi Maliki
berkerut. “Perempuan tu tak ada nilai
untuk aku…” bantahnya keras. Tak selesa bila Ray masih tak puas menerka
isi hatinya.
“Ya, kau boleh
bantah aku tapi kau tak boleh bantah diri sendiri, Ki…” sinis Ray.
“Aku cuma tak
nak dia carik daddy aku dan Mufid. Dia
masih yakin yang abahnya tak salah. Dia
terus salahkan keluarga aku. Aku tak nak
sesuatu yang buruk jadi pada keluarga aku kalau dia lepas daripada pandangan
aku!” jawab Maliki yakin.
Sekali lagi, Ray
terpaksa senyum dengan jawapan tu.
“Okey. Kalau dia dapat carik daddy kau dan Mufid,
apa yang mampu dia buat? Kita sendiri
pernah tengok macam mana dia kena tolak macam tu aje oleh orang daddy kau
selama dia dok merayu daddy kau tu. Usah
kata Mufid, Mufid lagilah. Masa kita nampak
dia dekati Mufid dan kita nampak dia peluk Mufid pada pandangan kau, tapi mata
aku cakap… Mufid yang cuba buat tak senonoh pada dia…” Ray masih ingat bila dua jasad itu melekap
rapat dan tertangkap oleh matanya dan mata Maliki beberapa bulan dulu.
Mufid memang
seorang yang tak guna. Jika sampah,
paling tidak dia harap sampah itu masih boleh dikitar semula. Tapi, Mufid tidak. Mufid adalah sampah yang perlu
dimusnahkan. Sampah yang memberi virus
dan penyakit dalam dunia ini.
Tapi, lelaki itu
adik kesayangan Maliki kerana itu dia tak berani untuk berlebih. Persahabatan antara dia dan Maliki tak menjanjikan
untuk dia zahirkan rasa tak puas hati pada keluarga Maliki. Cuma, dia tak nak Maliki terus memandang
buruk pada gadis malang itu. Apa yang
jadi, telah cukup menjadi hukuman jika benar Daneen adalah gadis tak
bermaruah. Kenapa Maliki perlu menambah
lukanya?
Maliki
tunduk. Menyulam jari-jemari
sendiri. Memikirkan kata-kata Ray dan
membawa ingatannya pada kejadian itu yang membuatkan dia bertambah meluat pada
Daneen. Dia juga yakin, Mufid yang
menghimpit Daneen tapi, kenapa Daneen perlu terus merayu padahal Daneen tahu,
macam manakah Mufid. Kerana itu, dia
terpaksa meminta orangnya mendorong Daneen agar pergi jauh daripada
mereka. Lebih-lebih lagi daripada Mufid
dan daddynya, Malik. Dia tak mahu Daneen
disakiti dan dalam masa yang sama, dia tak mahu keluarganya nampak dia cuba
lindungi gadis itu.
“Aku tak tahu,
Ray…” Tiba-tiba Maliki bersuara. Meraup wajah berkali-kali dan bersandar lemah
dengan wajah menengadah siling putih bersih itu.
“Pada aku, senang aje, Ki. Datuk Dhani dah ke penjara jalani
hukuman. Datin Lateefa dan Dariya dah tak
ada. Aku dengar berita semalam, rumah
keluarga dan semua asset keluarganya disita dan dibeku. Hal ni bukan salah kau. Kau tak kerja dengan daddy kau pun masa benda
tu jadi. Kau baru balik tak sampai
setahun dan benda ni jadi dah lebih setahun.
Kau teruskan hidup kau macam biasa.
Lupakan semuanya. Daneen bukan sesiapa
lagi pada keluarga kau. Senang, kan?” soal Ray dan sengaja dia menjongketkan
keningnya.
Jujurnya, dia
sekadar menduga kerana dia tahu… Maliki bukan jenis yang mudah membiarkan
haknya pergi dengan mudah. Dan pada mata
Ray, Maliki telah jadikan Daneen itu ‘hak’ dirinya.
Maliki pejamkan
mata. Menimbang kata-kata Ray dan ya,
begitu sepatutnya. Apalah gadis seperti
Daneen mampu lakukan pada keluarganya? Tak
ada apa. Dan sekarang, resahnya kian
menjadi-jadi memikirkan keadaan Daneen.
Jika benar seluruh asset keluarga itu disita dan dibekukan, bagaimana
Daneen mahu teruskan hidup dan rakaman yang Ray tunjukan padanya benar-benar
membuat dia hatinya berdesis pedih melihat pakaian Daneen.
Baju koyak itu…
Dia buka mata
bila pintu bilik Ray diketuk orang. Alif
muncul.
“Dah dapat kesan
dia?”
“Dia ada beli
tiket ke Jasin jam sebelas pagi, bos.
Saya yakin, dia pergi jumpa Datuk Dhani…” jawab
Alif.
Ray jongket
kening. Betullah Alif ni memang
cekap. Setiap arahan Maliki diikut tanpa
ragu-ragu dan setiap tugas yang Maliki berikan, akan temui hasil yang
sempurna.
“Kita nak ke
sana ke, bos?”
“Entahlah,
Lif. Aku…” Maliki pandang mata Ray yang nampak sedang
sinis padanya. Dia angkat tubuh dan
menepuk bahu Ray sekali.
“Hantar aku
balik rumah. Aku perlukan rehat…” Dia usap belakang lehernya dan terus saja
berlalu tanpa berkata apa.
Benar kata Ray,
dia sepatutnya sudah tidak berhubungan dengan Daneen. Mereka kenal dulu hanyalah kerana
persahabatan dua keluarga dan itupun, mereka berdua hampir tidak berbicara
antara satu sama lain. Dia cuma harap,
Daneen tak lagi muncul di depan keluarganya.
Dia tak mahu tubuh halus itu disakiti.
“Macam mana yang
aku suruh kau carik tu?” soal Maliki
dengan mata terpejam sebaik saja Alif mula memandu.
“Tentang Datuk
Malik dengan Lawyer Fauzan tu, saya masih perlukan mata, bos.” Alif hentikan bicara. Risau jika Maliki mengamuk juga kerana dia
masih tak dapat apa-apa maklumat.
“Tentang tu, aku
faham kau perlu masa. Lagipun, aku baru
cakap dekat kau semalam dan aku tak harap jawapan dalam masa dua puluh empat
jam. Ambik masa kau tapi jangan lama
sangat.
“Maaf, bos. Cuma saya dapat bukti yang lain…”
“Apa?”
Alif hulurkan
sampul coklat pada Maliki dan bila Maliki membacanya, mata dia bulat.
“Mana kau dapat
ni? Betul ke?” soal Maliki tak percaya.
“Ya, bos. Ada budak saya bagitahu, Lawyer Fauzan ada
upah budak-budak untuk tangkap gambar masa Cik Daneen ke ofis dia dan masa di
rumahnya, dia memang pasal video. Ada
bahagian gambar dan video itu diubah-suai dan itu adalah nama budak yang buat
kerja tu untuk Fauzan. Transaksi bank tak
ada, sebab budak tu mengaku Fauzan bayar dia dengan tunai…”
Kertas itu
direnyuk. Maliki mamah rahang menahan
amarah yang sedang membakar dalam dada. Bermakna,
Daneen tidak menyerahkan tubuhnya kepada Fauzan untuk membayar yuran
guaman? Dan, mustahil untuk lelaki
seperti Fauzan membuat kerja percuma untuk membela Uncle Dhani.
“Kejap… aku
terima yang Daneen tak tidur… erghh…”
Maliki mengeruh kuat. “Daneen tak
macam tu dengan Fauzan. Tapi, macam mana
dia bayar yuran guaman Fauzan. Bukan
sikit tu…”
“Itu saya masih
belum dapat jawapan, bos…” Sekali lagi
Alif telan liur. Bukan dia tak siasat
perkara itu, tapi jalannya telah ditutup rapi.
“Ada kaitan
dengan daddy aku tak tentang ni?”
“Sekali lagi,
saya mintakmaaf, bos. Saya masih cuba
carik maklumat tu…”
Maliki bersandar
dengan nafas yang dilepas berat. Apa aku
dah buat ni? Kenapa dia begitu mudah
percaya dengan media tentang Daneen dan dia juga telah menjadikan diri Daneen
semurah-murahnya.
Jika dia tak
sedar diri pada hari tersebut, dia pasti akan takluki Daneen demi rayuan gadis
itu demi sedikit bantuan daripadanya. Paling
hina, dia campak tubuh Daneen di atas meja snooker itu. Yang hina saat itu adalah dia. Bukan Daneen.
“Kau tahu apa
aku dah buat pada dia, Lif?” soal Maliki
dengan pandangan yang nampak kosong.
“Aku cuba
rosakkan dia…” akuinya. Dia tak pernah segan dengan Alif malah, Alif
juga tahu segala tentangnya. Jika Ray
teman berbual, Alif pula adalah pendengar yang baik tentang segala yang dia
luahkan.
“Aku cakap dia
hina… hakikatnya aku yang hina…” Riak
kesal tergambar di wajah Maliki.
Andai sekali dia
minta Alif siasat tentang gambar dan video itu… tapi, waktu itu dia buntu dan
terima saja bulat-bulat segalanya.
“Carik dia,
Lif. Mana pun dia pergi, cari dia. Dia tak ada tempat nak pergi lagi. Dia tiada apa. Tubuh dia masih lemah. Dia masih tak sihat. Aku tahu dia jenis tak kisah akan makan
minum. Aku risau baju koyaknya tak
bertukar…” ujar Maliki satu persatu
dengan nada yang cukup rendah.
“Baik, bos…” Alif akur menerima arahan yang kali ini, dia
dengar lebih pada permintaan. Atau boleh
dia kelaskan sebagai rayuan.
...bersambung
thanks for updating sister
ReplyDeleteThanks kak rehan 🙆
ReplyDeletecari kebenarannya maliki
ReplyDeleteIshk Tuan Maliki ni,,,,tak tahu isi hati sendiri,,,, tkasih RM update secepat ini,,,,,
ReplyDeleteLuv u kak rehan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak lagi kak RM ��
ReplyDeleteTerima kasih kak RM
ReplyDeleteNovelkan cepat...jual di kedai buku ya...
ReplyDeleteWAHHHH.SEMAKIN MENARIK NI...TERUSKAN UPDATE SIS..
ReplyDeletePart 7...please
ReplyDeleteNak part 7 plss
ReplyDeleteNak lagi. 😭 tak sabar dah tunggu.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu next...
ReplyDeleteThanks kak rehan
Sabar ye korang menunggu..kc chance cikRM kita bercuti. Moga balik dgn idea segar...
ReplyDeleteP/s writer ni biasanya tk gemar kena push 😅
Wahhhhh sukeeeeee nak lagiiii tak sabar ������
ReplyDeleteTiap-tiap hari check ada entry baru tak hihi tak sabar maaf
ReplyDeleteLega sgt2 lps tau hasil siasatan alif kali ni. Aduhaiiiii apa la nasib daneen. Moga daneen kuatkan smgtnya utk smbg belajar, dan usaha cari bukti. Moga maliki berjaya cari kebenaran. Thx RM for the update 🌹💐 Moga dipermudahkan urusan dan melimpah ruah idea utk smbg novel ni 💪🏻👍🏻
ReplyDeleteHuhuhu.. sedey. Dah banyak hari tak da update cerita ni. 😥
ReplyDeleteKak RM, I miss Daneen & Maliki. 🤗
ReplyDeleteTerima kasih, kak rehan!
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny