WAJAH Maliki
hampir pada wajahnya dan Daneen langsung tak berganjak. Biarpun dia tak rela, tapi ini saja
jalan yang ada buat masa ini. Tangan Maliki yang sedang menyelak helaian
rambutnya, dibiarkan saja. Lelaki itu
menolak rambut yang ada di pipinya dan menyelit di belakang telinga. Membiarkan seluruh wajahnya terdedah pada
pandangan tajam mata kuyu itu.
Entah kenapa,
saat ini… dia tak nampak Maliki mahukannya.
Dia tak nampak pandangan itu dipenuhi nafsu. Atau dia sebenarnya sudah tidak mampu menilai
segala-galanya kerana minda dan emosi yang digasak dengan pelbagai masalah?
Dadanya berdebar
dan debaran ini kian kuat bila Maliki menyentuh cuping telinganya yang tak
pernah bertindik itu dengan hujung hidung mancungnya.
Daneen gigit
bibir. Dia mahu menolak dan menampar
Maliki sekuat hati. Tapi, ini adalah
urusan perniagaan yang dia baru saja persetujui. Lelaki ini takmemaksa. Dia yang rela. Dia boleh tolak tapi dia pilih untuk
terima. Lantas, dia akan teruskan segala
urusan sehingga antara mereka selesai.
Biarpun dia akan
rugi teruk, tapi masih ada yang baik di sebalik kerugian ini. Hanya itu yang Daneen bisikkan sejak tadi. Sejak Maliki mengheretnya naik ke atas. Bila mana Maliki mengangkat dan menghempaskan
tubuhnya di tengah meja ini. Dia tahu,
dia tak ubah seperti bola-bola snooker yang ada di bawah belakangnya. Dia akan diperlakukan dengan sesuka hati oleh
lelaki ini dan dia tak akan pernah kesal!
“Bukan perempuan
suka bertindik ke?” soal Maliki rapat
pada telinganya. Bersama nafas yang
sengaja dihembus. Bila Daneen sedikit
mengelak, dia jongketkan senyum sinis.
“Perempuan tu
bukan saya, Tuan Maliki…”
Oh… bibir Maliki bulat. Tuan Maliki?
Tanda melawan! Dalam rela, Daneen
tidak pernah sudi.
“Ya. Dengar kata tindik tu sakit jugak. Tapi yang ni, tak sakit…” Maliki menggigit cuping telinga Daneen sedikit
kuat hinggakan gadis itu berdesis menahan sakit tapi tak menolak.
Dia panjat ke
atas meja dan duduk di atas lututnya.
Merenung wajah Daneen yang merah.
Bukan kerana rasa yang mahu dia berikan, tapi kerana Daneen marah.
“Cepat, Tuan
Maliki. Selesaikan apa yang patut. Saya masih banyak benda nak uruskan. Tapi, sebelum tu… suka saya ingatkan Tuan
sekali lagi tentang perjanjian kita…”
“I
am a man of my words, Cik Daneen…” Mata Maliki terpejam dengan senyuman. Pernah dia tertanya, kenapa nama Daneen
seperti tak cukup huruf. Seperti ada
sesuatu yang hilang dalam nama itu, tapi akhirnya dia perlu akui… nama itu
cukup unik bila disebut.
Maliki
merendahkan tubuhnya. Rapat pada Daneen
dan saat dia mahu memagut bibir merah itu, Maliki menukar hala tuju kerana dia
tahu, Daneen juga tak akan berganjak lagi.
Keberanian Daneen benar-benar menunjukan betapa terdesaknya gadis
ini.
“Sekali lagi aku
tanya, Daneen…” Kali ini, Maliki
berbisik pada telinga yang lain pula. “Kau
betul nak teruskan bisnes ni? Kau yang
rugi sepenuhnya. Kau akan hilang
segalanya…”
Waktu ini, tawa
Daneen terzahir. Maliki kerut
kening. Mengangkat wajah dan merenung
tajam wajah yang masih tertawa. Dia dah
lama mahu lihat tawa ini tapi kenapa peluang itu datang dalam keadaan seperti
ini?
“Mungkin Tuan
Maliki lupa. Sekali lagi, suka saya
ingatkan. Benda paling bagus bila hilang
segalanya ini adalah tak takut lagi kehilangan apa-apa,” ujar Daneen memberi
jawapan pada persoalan yang jelas terlontar melalui pandangan tajam Maliki.
“Nampaknya… Cik
Daneen dah nekad…” Maliki koyak senyum sinis
dengan renungan mata yang kelam dan tajam.
Sekali lagi, dia
rapatkan tubuhnya dan mencekup kedua belah tangan Daneen dan menguncinya di atas
kepala Daneen. Saat dia benamkan
wajahnya pada leher putih Daneen, sebelah lagi tangannya mencapai kolar baju-T
dan merentapnya sedikit kuat hinggakan kolar baju itu terkoyak.
Dia dapat dengar
degupan jantung Daneen biar bagaimanapun gadis itu mengawal pernafasannya. Dia senyum sinis dan mengangkat wajahnya. Melompat turun daripada terus melutut di
bawah jasad Daneen di atas meja snookernya itu.
Maliki
duduk. Daneen angkat tubuh. Langsung tak dihiraukan kolar bajunya yang
koyak melainkan memandang Maliki penuh tanda-tanya? Dia tak mahu Maliki batalkannya.
“Saya tak nak
Tuan mungkir janji…”
“Tak…” bantah Maliki, meyakinkan. Dia capai sebatang rokok dan diletak pada
bibir bersama tangan yang memegang Zippo berwarna perak itu. Dia sedut sekali dan asap keluar berkepul
daripada bibir dan hidungnya.
“Aku dah
cakap. Aku tak mungkir janji. Tadi tu aku anggap hanya down payment. Aku tuntut bayaran penuh bila semuanya
selesai. Kalau tak berjaya, aku tak akan
tuntut tapi down payment tu aku tak boleh pulang balik…” Lelaki itu mengangkat tubuh dan terus
menyedut rokoknya.
“Lagipun, aku
tak nak kotorkan kulit aku dengan tubuh kotor kau…”
Daneen tunduk
dan senyum. Ya, katalah apa saja. Biarpun tadi, Maliki begitu ghairah berada di
atas jasadnya, kali ini lelaki itu menafi?
“Saya tak kisah
apa yang Tuan cakap pada saya. Saya
jugak harap Tuan segera pergi mandi dan hilangkan kekotoran yang sikit tu. Jangan risau.
Sebelum Tuan tuntut bayaran penuh, saya akan pastikan tubuh saya bersih,”
sindir Daneen dan dia terus berlalu keluar.
Kakinya sangat
lemah. Dia sepertinya tak mampu
melangkah. Ada rasa kesal menyapa namun,
dia tak akan menyahut. Telah dia
katakan, ini keputusannya. Dia tak akan
kesal.
Betapa lemahpun,
dia terus berlari keluar daripada rumah besar itu. Beberapa kali, dia hampir terjelepuk, tapi
dia kuatkan semangat. Dariya masih
menantinya. Dia harap segala pengorbanan
gilanya ini akan membuahkan hasil biarpun hanya sedikit.
MATA Daneen
terbuka. Mimpinya tentang Maliki telah
membangunkan dia daripada lena yang dirasakan cukup panjang. Dia pandang sekeliling. Dia yakin, di sini adalah hospital. Bila dia toleh sebelah, tiada jasad
Dariya. Dalam bilik besar ini, hanya
katilnya saja yang ada.
Daneen cuba
bangun tapi terhenti seketika. Pandangan
matanya berpinar-pinar. Seketika, dia
tenangkan diri. Kemudian, dia angkat
tubuh tapi sekali lagi, tingkahnya tersekat.
Drip di pada belakang tangannya, menghalang pergerakan. Tak menanti, Daneen merentapnya kuat. Tercabut lantas beberapa titis darah mula
terbit daripada kesan jarum itu.
Dia melangkah
menuju ke pintu tapi belum sempat dia bukanya, wajah Maliki muncul di depan
mata. Dia kerut dahi. Tak mengerti.
Kenapa lelaki ini masih muncul di depannya?
“Kenapa kau ada
lagi depan aku?” soalnya.
“Kau nak pergi
mana?” Maliki menahan bila Daneen mahu
lepasinya.
“Bukan urusan
kau!” Tangan Maliki ditepis tapi dia tak
berdaya. Tubuhnya lemah dan sedikit
goyah.
“Aku kena
uruskan jenazah kakak aku! Kau tepi!” Sekali lagi tangannya menolak tapi kali ini,
disambar dan digenggam kejap oleh tangan lebar Maliki.
Dia heret Daneen
dan dibiarkan gadis itu duduk di birai katil.
“Semua dah
selamat, Daneen. Aku dah mintak orang
uruskan jenazah Dariya. Dia dah selamat
dikebumikan dah dua hari…”
“Hah? Dua hari?”
Daneen bingung. Tak… kenapa boleh
macam ni? Berapa lama dia terlantar di
katil ini.
“Apa kau dah
buat, Maliki? Berani kau sentuh kakak
aku?! Berani kau sentuh dia dengan
tangan kotor kau tu?!” jerit Daneen dan
dia cuba menghayunkan tangannya ke wajah Maliki tapi dengan mudah, ditahan oleh
lelaki itu sekali lagi.
Dia menangis
hiba. Dia benci dengan diri
sendiri. Kenapa dia begitu lemah di depan
lelaki ini? Kenapa dia begitu lemah di
mata dunia.
“Kau dah dua
hari tak sedarkan diri, Daneen. Tak kan kau
nak biarkan jenazah Dariya macam tu aje tanpa diurus? Aku sendiri tak ada pilihan. Aku dah tolong kau dan sekarang kau tuduh aku
pulak!”
Dia tak harapkan
Daneen berterima kasih padanya, tapi setidak-tidaknya… Daneen tak
salahkannya. Malah, dia berjaya membawa
Mufid kembali melihat jenazah Dariya buat kali terakhir dan perkara ini, dia
tak akan sebut di depan Daneen kerana dia ingat akan amaran gadis ini.
“Aku tak akan
berterima kasih pada kau, Maliki…” Daneen angkat wajah memandang pada Maliki yang
sedang berdiri di depannya.
“Macam mana
lemah pun aku, aku tak akan bergantung pada sesiapa. Aku akan benci kau dan keluarga kau malah
segala keturunan kau seumur hidup aku, Maliki.
Dan, aku tak akan maafkan seluruh keluarga kau…”
“Kau tahu tak…
nak benci orang ni kau perlukan tenaga yang kuat. Aku faham benda tu sebab aku sendiri benci
kau. Memang aku dapat rasa aku gunakan
separuh tenaga aku untuk ada perasaan benci pada kau. Sebab tu, aku makan dan tidur dengan
baik. Tapi kau, tak makan, tak minum,
tak tidur. Mana kau nak dapat kudrat
untuk benci dan balas perbuatan keluarga aku pada kau?” soal Maliki penuh sinis.
Dia terkejut
bila doktor peribadinya memberitahu keadaan Daneen. Padanlah jika akhirnya Daneen pengsan tak
sedarkan diri. Daneen tak menjamah
makanan atau minuman lebih dua hari. Daneen
tak tidur. Saat gadis ini pengsan dan
diberi rawatan, dia terus meminta untuk menukar Daneen ke Colombia Hospital
untuk perhatian penuh.
Dua hari ini
juga, dia tak masuk pejabat. Ada dua
mesyuarat penting dia lepaskan saja pada pembantunya. Dia sibuk menguruskan jenazah Dariya. Dia juga bimbang Daneen tak akan buka mata
lagi. Malah, dia dah dua malam tidur di
sini sejak Daneen dimasukkan ke wad.
Tapi, mahukah
Daneen tahu semua tu? Tak… Daneen
terlalu membencinya dan dia juga cuba membenci perempuan ini! Dia sedang berusaha sepenuh hati demi satu
perasaan yang dipanggil kebencian.
“Aku akan balas
segalanya, Maliki…”
“Ya. Sebab tu, kau perlu makan. Kembalikan semua tenaga kau dan datang pada
aku. Aku tak akan lari. Aku akan terus menanti untuk kau datang pada
aku dan membalas segalanya…”
Saat ini, kenapa
Daneen masih tak mahu terima akan silap Uncle Dhani? Dia telah meminta pembantunya menyiasat
dengan terperinci akan segalanya dan memang segala bukti itu menjurus kepada
Uncle Dhani.
Daneen ingat dia
tak kecewa? Daneen tak tahu, bukan
sekali papanya mengeluh. Tapi, Daneen
terus percaya yang Uncle Dhani tak salah?
Kerana itu dia mencabar agar Daneen hadir di depannya membawa
bukti.
Namun, dia
kecewa bila Daneen dikatakan membayar harga peguam terhebat itu dengan
tubuhnya. Maliki memejamkan mata. Dia ingatkan itu hanyalah fitnah Mufid dan
papanya, tapi bila disiasat, itu adalah kebenaran. Niat untuk membantu terbantut dan mati begitu
saja.
Kerana itu, dia
benar-benar yakin, Daneen juga seperti Dariya.
Tiada nilai!
“Aku kena
pergi. Kau kena makan dan teruskan
hidup. Aku akan datang jenguk kau lepas
urusan aku selesai…” Maliki melangkah ke
pintu. Tapi, belum sempat dia kuak daun
pintu itu, dia menoleh.
“Ingat,
Daneen. Aku tunggu kau datang balas
segala rasa tak puas hati aku pada aku.
Tapi, aku ada seribu satu bukti yang mengatakan abah kau salah…” ujar Maliki bersama senyum sinis.
Dia menolak daun
pintu dan terus berlalu.
“Abah aku orang
jujur. Dia difitnah!”
Hanya beberapa
langkah, dia berhenti. Meletakkan
telapak tangan pada dinding bila dirasakan dirinya tiba-tiba saja menjadi
lemah. Jeritan Daneen sempat menerjah ke
dalam gegendang telinganya.
“Bos?” seru Alif, pembantu setianya. “Bos nak balik tidur dulu kejap. Dah dua hari bos tak tidur…” Alif risau.
Dia rasa bersalah kerana memberitahu tentang urusan penting pada Maliki
apatah lagi melihat keadaan Maliki sekarang.
“Aku okey. Kau ada bawak suit aku, kan?”
“Dalam kereta,
bos.”
Maliki
angguk. Mengumpulkan kekuatan dan terus
berjalan.
“Pastikan papa
aku tak tahu Daneen ada dekat sini dan carik maklumat, ada tak papa aku jumpa
Lawyer Fauzan dalam enam bulan kebelakangan ni,” suruh Maliki perlahan.
Kenapa hatinya
mula berasa tidak senang dengan jeritan Daneen tadi. Di mana silapnya maklumat yang dia
dapat? Jika ya… Maliki menoleh sekali
lagi. Seperti ternampak wajah
Daneen.
Sungguh. Dia tak mampu untuk tanggung kesannya
nanti.
...bersambung
Smoga berjaya, tuan maliki! Kesian daneen..adakah akan kisah baru antara daneen dan tuan maliki����
ReplyDelete❤ thank you. Hati sy bahagia baca entry RM :)
ReplyDeleteOkey, kita ada Alif dalam cerita ni. Suka sangat bila kak rehan wujudkan watak seseorang/kawan kepada sang hero.
ReplyDeletecarilah kebenarannya maliki
ReplyDeletego maliki
ReplyDeleteKasihan Daneen...tertanya-tanya saya apa yg berlaku sebelum ni.tq RM
ReplyDeleteKita tunggu siapa akan dulu berhenti membenci,,,,,kihkihkih,,, tkasih RM,,,
ReplyDeleteLURUH cerita yang penuh penghayatan batin...saya suke sekali cerpen kak RM.
ReplyDeleteLURUH cerita yang penuh penghayatan batin...saya suke sekali cerpen kak RM.
ReplyDeleteBaru lega sbb bisnes sbnrnya Xjd, br down payment je hehe.. tp timbul pulak tuduhan ttg byrn peguam tu.. patutla maliki Xsudi berbisnes.. mcm Xbetul je info maliki dpt tu.. sape yg menipu sbnrnya..hmmm... Thx RM for the update 🌹💐
ReplyDelete