PEDIH kulit kesan terkena air panas. Dah pro
pun tetap cuai. Apa nak kata. Sesaat terleka, di sinilah aku. Hospital Selayang. Aku pandang lengan yang dah berbalut kesan
air panas. Harap tak berparut. Kata Rozie, tak teruk mana. Jangan bagi kena air sangat, barulah cepat
baik.
Aku gelak sendiri.
Bebelan ma di hujung talian buat aku rasa bahagia. Seorang mak.
Begitulah. Macam mana lagi
melainkan meluahkan rasa risau dengan bebelan.
“Tuah tak ada apa-apalah, ma.
Why you so worry?”
“Why? You asked me why?” Ambik.
Sekali ma speaking memang boleh buat aku gelak. Guru lepasan TesL Universiti Kebangsaan
Malaysia ni boleh tahan kalau membebel.
“Bertuah budak Tuah ni…”
Aku tahu ma kacip gigi nak marah.
“Ma risau dekat kamu, kamu boleh tanya pulak. Dah tu terus balik ke atau masuk kerja
balik?” soal ma.
Aku ketap bibir sambil menjeling tangan yang berbalut. Lambat pulak nak dapat ubat ni. Ramai sungguh dok beratur di bahagian farmasi ni. Kepala dok berkira-kira nak balik ke tidak. Medical
leave dapat. Tapi, malas nak balik
awal. Bukan ada apa pun. Rozie pun tak ada. Nak tengok DVD rasanya semua cerita aku dah
tengok. Siap ada ulang tayang lagi. Astro yang dikatakan macam-macam ada tu? Itu ajelah yang ada ceritanya pun.
“Tengoklah dulu macam mana.
Rumah sewa tu bukan ada orang pun.
Rozie shift siang.”
“Dah tu nak pergi kerja jugaklah ni?”
Aku sengih. Tak
menjawab. Dalam hati memang nak
kerja. Aku kan , gila kerja. Apa ada hal.
Ma tahu tu. Saja dia aje buat tak
tahu.
“Ma… Tuah nak ambik ubat ni, ma. Nanti Tuah telefon lain, eh. Sayang ma.”
Talian mati. Aku tahu ma tengah
merungut.
Paling tidak pun, bertuah punya Tuah. Aku hanya sengih. Moga masin mulut ma. Aku ni bertuah selamanya. Barulah kena dengan nama Tuah.
Aku baru nak bangun tapi tiba-tiba aje tubuh aku kaku. Ada
tangan pegang tangan aku, merayu menangis dan merintih. Eh, apa ni?
Aku pandang sekeliling. Ada mata
mula melihat. Dia menangis, merayu dan
meratap. Ada saudara meninggal ke
apa? Sudah... bukan salah kita. Aku sengih sambil menggeleng pada orang yang
memandang.
“Tolong... tolonglah...”
Pegun. Tak tahu nak buat apa. Pegangan tangan dia kian kejap.
Rayuan dia makin menjadi-jadi. Tangisan dan rengekan. Parahlah macam ni. Semua
orang dah tengok. Ini bukan salah kita. Bukan. Kita tak bersalah.
Aku mencangkung di depan seorang wanita anggun yang tiba-tiba
pegang kaki aku. Nak kata diorang ada shooting,
heyy tak ada pun kamera atau set penggambaran.
“Puan... okey tak ni?” Baik
punya soalan aku. Orang dok menangis
awak tanya okey ke tak.
Dia panggung kepala pandang mata aku. Wajah dia
sembab. Airmata terus mengalir lesu. Bibir dia bergetar tapi tiada suara pun
yang keluar.
Seorang lelaki yang aku agak suami dia... dan ya
memang suami dia pun. Dia senyum tawar.
“Maaflah, cik. Isteri saya ni hilang
pertimbangan sikit...”
Dia tundukkan wajah dekat dengan telinga
isterinya. Memujuk dan terus memujuk tapi hasilnya… zero.
Wanita tadi pandang aku. Dia tiba-tiba bangkit
tak hiraukan suaminya. Menarik tangan aku hingga tiba di sebuah bilik kelas
pertama. Mata aku bulat terpandang seorang lelaki muda terbaring lesu dengan
wajah pucat.
“Siapa ni, puan?” Aku
pandang puan tadi.
Dalam hati aku sambung... apa kaitan saya
dengan dia? Apa salah saya puan heret ke sini? Saya pesakit luar yang di rawat
di wad kecemasan bukan nurse atau
doktor.
“Tolong Khalifh... tolong dia. Dialah satu-satunya
anak yang aunty ada. Tolong dia...” Merayu dan terus merayu.
Aku ni mudah lemah jiwa bila orang merayu. Tapi
nak tolong macam mana. Aku tak tahu. Tangan aku yang terkena air panas ni pun
aku mintak tolong doktor dan nurse.
Aku senyum lebar. Memujuk tangis dia. Memujuk dia jangan dibuat drama swasta ini
dengan orang tak bersalah seperti aku ni.
“Aunty
dah salah orang ni. Saya pesakit luar je...” Ayat ajak diplomasi.
Tapi aunty
ni bukan jenis bawak berunding rupanya. Rayuan terus bergema. Dia tarik lagi
lengan aku menuju ke wad. Setelah daun
pintu ditolak, dia pujuk aku mendekat pada birai katil.
“Tengok Khalifh...”
Memang aku sedang tengok. Pucat. Nampak sakit
amat. Kurus.
“Tolong dia...”
Okey, rasa nak tolong tapi aku bukan doktor. Macam
mana aku nak tolong? “Tapi…” Baru
aku nak bersuara, suami dia dan seorang jururawat tiba. Berkerut dahi jururawat
yang aku kenal tu pandang aku.
“Kau buat apa kat sini, Tuah?”
Aku senyum. “Lawat kawan sakit...” Dan, sejak bila Khalifh yang baru aku tahu
nama dia sesaat tadi jadi kawan aku?
Rozie jegilkan mata sedikit. Tahu aku sedang kelepet dia. Spontan.
Tak kan
aku nak cakap aku kena seret ke sini pulak?
Malulah aunty ni dengan suami
dia.
“Jomlah keluar. Ambik ubat kau, then aku nak uruskan Encik Khalifh
pulak.”
Rozie kenal siapa pesakit ni. Agaknya pesakit yang Rozie jaga. Tak tahulah sakit apa. Tapi nampak sangat teruk. Kami jarang bercerita tentang kerja di
rumah. Rasa macam tak seronok. Tempat kerja kena kerja, balik rumah cerita tentang kerja. Baik tinggal tempat kerja aje kalau macam
tu. Baru aku nak menapak mengikut Rozie,
tangan aku ditarik lagi.
“Macam mana saya boleh bantu, aunty?” Akhirnya aku menyoal. Andai
mampu aku akan bantu. Mahu dipujuk,
dipeluk... aku sudi. Dia wanita. Tak berdosa.
“Khalifh.. anak aunty. Tolong kahwin dengan dia..."
Hah? Apa dia? Ini bukan prank, kan ?
Hey... apa ni. Bertuah sungguh kita,
Tuah. Aku rasa nak pitam bila aunty ni semedang aje pinang aku untuk anak dia.
“Tapi kita... kita...” Aku geleng. Tak percaya.
Rozie pandang aku dengan wajah terkejut. Penuh tanda tanya. Nak-nak aku tadi cakap kawan aku. Aku pandang
wajah Khalifh yang terlantar...
Kesian tapi aku mula rasa aku ni tak bertuah. Malang
punya Tuah Nur Khalifa. Pitam dua saat.
“Err... aunty ni dah salah faham ni.” Aku sengih plastik. Kemudian aku pandang suami dia, berharaplah
sangat uncle yang gaya macho ala-ala Amitabh Bachan ni pujuk
isteri dia. Kalau tak, parahlah
aku.
“Rozie, tolong kita...” Aku pandang Rozie. Dia pun kaku sebenarnya.
“As, jangan macam ni,” pujuk suaminya. Dia pandang aku sesaat dan senyum sebelum
memegang bahu isterinya erat.
“...awak macam ni, Alifh gitu jugaklah
keadaannya. Kita serahkan pada Allah
semuanya. Kalau ada umur dia, adalah
tu. Kalau tak ada...”
“Tak...”
Aunty yang aku kenali dengan
nama As ini menafikan. Laju aje dia
geleng. Dia pandang suaminya penuh
merayu. “Dia satu-satunya harta yang
kita ada dalam dunia ini, bang. Ambilah apa
saja tapi tidak dia. Apa saja. Sedekahkan semua harta kita dekat fakir dan
anak-anak yatim. Moga dapat kita beli
doa anak-anak yatim untuk Alifh. As tak
boleh nak terima. As memang tak boleh...” Dia ketap bibir menggeleng kepala dengan
airmata berderai laju.
Kaku aku tengok drama keluarga ni. Aku intai wajah Khalifh. Nampak kelopak mata dia berkedip. Dia nampak buka mata dia biarpun berat. Dadanya yang terdedah hingga ke paras atas
pusat itu aku nampak berdetak perlahan. Cukup
perlahan. Bila ditilik lama, kulit dia
nampak kekuningan. Jaundis? Eh? Orang
tua pun kena jaundis ke?
“Ya, abang tahu. Tapi, tak kanlah sampai nak suruh anak dara
orang kahwin dengan anak kita yang entah berapa lama boleh hidup ni, As...” Suara uncle
ini menekan sikit. nampak hilang sabar.
Aku pandang dia. Yang entah berapa lama boleh hidup? Is he
going to die? Aku pandang
Rozie. Rozie tunduk dan ketap
bibir. Nampaknya, jawapan Rozie
adalah... yes!
“As bayar dia, bang. As bayar!”
tekan aunty As ini penuh yakin dan penuh ketidakwarasan.
Sanggup dia nak bayar dan ya memang sanggup
kalau aku sekalipun bila dah hilang pertimbangan. Tapi dia ingat aku ini anak itik tak ada
reban dan tak ada ibu? Mana boleh
begini.
Aku rasa nak marah tapi apa guna. Orang tengah sedih. Anak pulak seorang. Terlantar sakit pulak tu. Kaki aku menapak perlahan mendekati dia. Tangannya aku capai dan aku genggem kemas.
“Uncle... may I?” Aku minta izin untuk bercakap dengan Aunty As
seorang. Kira rahsialah ni.
Setelah uncle macho itu angguk, aku tarik Aunty
As dekat pada birai katil anak dia semula.
Kelopak mata Khalifh tetap bergerak-gerak. Macam dia nak buka mata. Tapi kelemahan tubuhnya menghalang.
Aku tarik kerusi dan minta Aunty As duduk. Moga dia bertenang. Perlahan aku ucapkan syahadah pada telinga
dia. Bukanlah untuk anak dia. Tapi syahadah ini adalah untuk kita kembali teguhkan hati kita pada
tali Allah. Allah ada penawarnya. Setiap yang tertutup pasti ada kunci untuk
membukanya. Insya-Allah.
“Aunty
As? Boleh kita panggil Aunty As?”
Dia diam tak memberi reaksi. Matanya tunak merenung aku. Yang pasti airmatanya tak pernah kering.
“Ini anak aunty. Nama dia Khalifh, kan?”
“Nik Khalifh.”
Aku senyum.
Dah tahu. Nampak terpampang pada
kepala katil sebenarnya. Dekat daun
pintu depan tadi pun perasan jugak.
“Macam mana kita boleh bantu, aunty?
Kita bukan doktor atau pun nurse
tapi kalau aunty minta dan kita
boleh bantu, isnya-Allah kita bantu.”
Senyum lagi. Senyum Tuah biarpun
rasa diri tu dah agak kurang bertuah.
“Khalifh sakit.
Doktor pun tak boleh buat apa melainkan bagi vaksin yang dah tak boleh
nak jadi penawar pada dia. Aunty
sedih. Dah macam-macam tempat kami
pergi. Last sekali, hospital swasta minta kami transfer Khalifh ke hospital kerajaan...”
Aku gigit bibir bawah. Memikir sendiri. Kalau kata hospital swasta suruh keluarga
hantar ke hospital kerajaan, maknanya ada kes kronik. Aku pandang Rozie. Dia senyum senget. Jadinya, aku agak pasti Rozie tahu dan aku
akan tanya dia nanti. Tak guna nak
mintak Aunty As bercerita dan tambah garam pada luka dia.
“Macam mana kita boleh tolong, aunty?”
soal aku sekali lagi.
Aunty As peluk
tangan aku. Dia kembali
teresak-esak. “Apa saja. Janji Alifh selamat.”
“Insya-Allah.
Kita boleh bantu tapi selamat atau tidak, umur kita milik Allah. Sampai masa, andai kita dah membantu tapi
Allah tetap panggil dia balik, aunty
kena reda, tau. Aunty tak boleh macam ni. Mesti
Khalifh tak suka,” pujuk aku.
“Ya, bu.
Alifh tak suka ibu macam ni.”
Aku kerut kening. Terus kalih ke kiri. Khalifh dah buka mata. Dia dah pegang tangan err... tangan aku. Dia salah tangan. Dia ingat tangan ibu dia gamaknya. Aiseh.
“Alifh nak ibu senyum biarpun Alifh dah tak ada
nanti...” Suara dia tersekat. Syahdunyalah.
Nak-nak bila dia usap belakang tangan aku. Aku yakin dia rasa dia usap tangan ibu
dia.
Aku pandang Aunty As. “Tengok, aunty. Alifh pun nak aunty bahagia,” tokok aku.
Aunty As senyum dalam tangisan. Pelukan pada tangan aku terlepas. Dia sapa pipi anaknya lembut dengan kedua
belah tangan. Saat ini barulah aku dan
Khalifh berbalas pandangan. Renungan dia
lemah tapi penuh tanda tanya. Tautan tangan
kami lama. Bila dia leraikan, barulah
aku mampu hela nafas lega.
Daripada pandangan dia, aku tahu dia nak minta
maaf tapi rengekan si ibu mencantas segalanya.
Aku hela nafas lagi. Lebih dalam,
lebih lama. Lega.
“Alifh akan selamat. Alifh akan selamat. Ibu doakan,” pujuk Aunty As pada
Khalifh.
Aku lihat Khalifh ukir senyum dalam
kepayahan. Memang payah. Aku pulak rasa menderita. Andai kata aku yang terbaring di tempat dia
dan ma berada di tempat Aunty As, macam manalah eh. Lebih teruk daripada ini agaknya. Kena air panas sikit pun ma dah gelabah. Siap nak cuti kecemasan lagi.
“Siapa nama kamu?” tanya Aunty As pada aku.
“Tuah.”
Cukuplah sepatah aje aku bagi tahu nama aku. Bagi tahu penuh karang, bukan ada orang nak
panggil nama penuh aku pun.
“Tuah boleh janji dengan aunty?”
Hah sudah.
Janji apa pulak ni? Kalau kata
janji nak aku kahwin dengan anak dia lepas anak dia sihat nanti, tak nak
aku. Sungguh aku tak nak ni.
“Temankan Khalifh sehingga dia sihat?”
“Sampai dia sihat je?” Aku sengih mengusik. Wajah Aunty
As berkerut. Aku senyum tipis. Saja bergurau. “Insya-Allah, kalau kita tak kerja, kita
datang temankan aunty eh...”
Pandailah janji, Tuah. Karang tak ditetapi dikira munafik,
tahu?! Habis tu tak kanlah aku nak biar aunty ni terus menangis pulak. Kesian aku tengok dekat Khalifh yang aku
sendiri tak tahu dia sakit apa.
Aku larikan pandangan pada redup pandangan
Khalifh pada aku. Dia senyum tapi kelat
amat. Aku pun balaslah senyuman dia
seadanya. Seikhlas hati. Semanis mungkin.
“Janji kalau Khalifh sihat, Tuah kahwin dengan
dia?”
Hah? Aunty
ni buat lawak mega ke apa? Soalan dia tu
buat aku rasa nak lari terjun ikut tingkap.
Rozie dah jatuh rahang. Uncle dah
geleng kepala. Aunty As semedang aje
pinang orang sembarangan untuk anak dia.
Kalau aku jahat? Macam mana?
“Err... kita tak kenal...”
“Janji Tuah nak kenal, kita boleh kenal-kenal,”
cantas Aunty As.
Sudah. Ini
bukan nak pitam dua saat, dua ribu saat aku nak pitam ni. Ma, help me.
Aku pandang uncle yang tersenyum tawar.
“Khalifh suka Tuah tak?” soal Aunty As pada anak dia.
Aku nampak Khalifh pejamkan mata sekali dan
bila dia buka mata, aku lihat airmata dia mengalir pada juring matanya. Dan mudahnya, aku terjatuh.
...bersambung
Sedihhhhhhhhhhhhh......nak lagi, nak tau sakit ape....
ReplyDeleteo o...wah..tq RM!
ReplyDeletesyok gak ni
ReplyDeleteDan mudahnya, aku terjatuh..... terjatuh cinta lah dengan cerita ni plak.... KhaLifa....
ReplyDeletenama die sane ke, khalifh, ngan Tuah Nur Khalifa?, napesikit no en3 nie, tak puas.......................
ReplyDeletebest as always... =)
ReplyDeleteoh maii,, cerita baruu.. thanks rm
ReplyDelete-cikridz-
suka bila org bahsa kan diri dia "kita" bunyi sweet dan manja gitu......
ReplyDelete:)
ReplyDeleteRM, terima kaseh utk citer baru ni. silalah sambung. Tuah Khalif!! Jgn lupa versi cetakkan novela yg sebelum2 ini ya...
ReplyDeleteAminah AR
dlm suasana sedih, tp bahasa RM buat saya kengekek... nak pitam 20 saat jek!!... lebiu RM..
ReplyDeletenama TuAlif, ok tak?..
DeleteComel je tuah bhsa diri kita...sakit apa la khalif ni ye
ReplyDeleteTuah yang bertuah lah ni sebab dapat tolong orang yang belum tahu bertuah..
ReplyDeletesedihnya hati bila dengar seorang ibu yang sanggup merayu demi seorang anak .... huhuhu
wahh...ada citer baru la..cayala RM
ReplyDeletekhalif sakit ape ek.. kang tak pasal2 tuah jadi janda muda bila kawen ngan khalif..
ReplyDeleteberTuah nyer RM..akekek...doa kan tuuu..heh..
ReplyDeleteI ingat memang tuan memang janda dah baca dlm prolog
ReplyDeletextau nak kata apa... huuuu....
ReplyDeletehanya DIA yg mengetahui perasaan sy tika ini.. :-|
hihi... nama dah dekat tu...
ReplyDeleteagak2 Tuah nie bertuah atau tak la nanti kan??? tp serius "kita" tak sabau nk tahu cite strusnya....
ReplyDeleteciter ni agak sedih kot,tapi mmg excited sgt bila baca pasal Tuah ni.....
ReplyDeleteAunty as, minta derma hati dh ler..tetibe jer nk suh kawen..melompat la si tuah tu.. karang kalau dh derma hati..melekat la..
ReplyDeleteoh mai, sukeee, ^_^
ReplyDeleteAduuh..aunty as..semendang mntk jnji
ReplyDeletealahhhh Khalifh tu kenapa? sakit apa? :'(
ReplyDeleteCedeynyeeee....
ReplyDelete~Indazahar~
saya nk kawin. eh jangan mati la. baru je bab 1
ReplyDelete