PENING kepala
memikirkan apa yang terjadi. Aku tahu
daripada apa yang Uncle Khalid terangkan semalam, Aunty As hilang pertimbangan
setelah doktor katakan tak boleh nak buat apa-apa pada Khalifh, anak tunggal
mereka. Aku tahu nama Uncle Khalid pun
sebab dia kenalkan diri.
Kata Uncle Khalid,
andai tiada penderma, mereka hanya mampu berdoa. Nak usaha pun tak boleh. Aku masih samar tentang sakit Khalifh. Tak mahu nak tanya lanjut. Kebetulan masa Aunty As jalan nak pergi makan,
dia longlai. Terus terjelepuk di depan
aku. Ini orang panggil bukan jodoh
daripada langit, tapi mak mertua jatuh di kaki.
Adeh.
Hidup aku ni aman
selama ini. Selain daripada ReFreshO
Coffee House, rumah ajelah tempat aku.
Hari ini Rozie pun dah tukar shift lagi.
Masuk malam. Aku sedang bersiap
nak ke tempat kerja saat wajah Rozie terjengul di depan pintu.
“Tangan dah okey?” tanya dia
lantas duduk di birai katil bujang aku.
Aku angguk dan senyum
pada dia daripada dalam cermin. Lilitan
terakhir selandang aku lilit kemas. Pin
pada tepi kepala dan siap.
“Apa sebenarnya ni,
Tuah?”
Aku tahu Rozie memang tak puas hati. Semalam pun dia siap SMS aku tanya. Padahal dia dah dengar cerita daripada Uncle
Khalid. Aunty As heret aku yang tak
bersalah ni. Menjadikan aku watak utama
dalam drama tak ada tajuk tu.
“Uncle dah cerita
semalam, kan?”
“Ya tapi aku macam
pelik.” Rozie kerut dahi. “Kenapa kau?”
Ayat tak puas hati.
Dah tu, dia ingat aku
suka ke jadi macam ni. Tak pasal-pasal aku janji dengan Aunty As. Lepas kerja karang, memang kena ke
sanalah. Dahlah dekat ma aku tak cerita
lagi. Mahu pengsan ma nanti.
“Awak ingat kita suka
ke, Rozie?” Aku pandang Rozie sambil
bertenggek di birai almari cermin solek.
Rozie gigit bibir
bawah. Mata dia memandang aku. “Kau tahu dia sakit apa?”
Aku geleng. Baru berkira-kira nak tanya dia.
“Hemochromatosis.” Sepatah kata-kata Rozie buat aku berkerut muka.
“Sakit apa tu?”
Manalah aku tahu kalau dia tak terangkan. Dia nurse,
aku ni barista.
“Sejenis penyakit hati. Atau bahasa mudahnya, terlebih zat besi.”
Aiseh, terlebih pun payah, kurang pun payah.
“Sakit ni berpunca daripada gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam
badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung. Boleh menyebabkan keradangan hati, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan
hati berfungsi,” jelas Rozie.
Aku terangguk-angguk
buat-buat faham tapi apa yang aku faham
sekarang, penderma yang Uncle Khalid maksudkan adalah penderma organ. Dan organ itu adalah hati? Gitu?
“Macam
mana boleh jadi?” Aku mula menaruh
minat. Yalah, bakal calon suami tu. Konon.
“Hemochromatosis
ni penyakit keturunan...”
“Hah?” Aku
terlopong. Keturunan? “Habis tu mak bapak dia sihat aje?”
“Puan As dan suami dia Encik Khalid dah jalani
pemeriksaan. In fact sampai sekarang
diorang check-up lagi nak pastikan diri bebas daripada sakit ni. Cuma sayang, terkena pada anak tunggal
dia. Apa nak kata, kan? Sakit Allah bagi, penawar pun daripada
Allah...” Rozie senyum kelat.
“Hospital swasta tak akan buat kes-kes kronik macam
ni, sebab tu dia ada dekat Selayang. Sekarang
ni tengah cari penderma yang sesuai. Bukan
hati tu aje, tapi darah, tahap kesihatan penderma. Semuanya berisiko. Boleh jadi pemberi tu pergi dan penerima
sihat. Atau pun kedua-duanya pun boleh
meninggal. Kami tak tahu. Lagipun, mana adalah orang nak donate separuh
hati dia pada orang lain, kan? Nak-nak
bukan keluarga sendiri. Dahlah keluarga
dia tu spesis anak tunggal aje semua. Tak
ada adik beradik lain. Itu yang parah
sikit,” cerita Rozie.
“Ibu ayah dia tak boleh?”
Rozie geleng.
“Atas factor usia tu memang tak bolehlah. Lagipun hospital dah buat kajian, memang tak
sesuai. Ada masanya tak semestinya ahli
keluarga tapi orang lain pun boleh. Cuma
sanggup dengan tak ajelah...”
Aku termenung sendiri. Berkira-kira akan pertolongan yang Aunty As
mintak daripada aku. Permintaan jenis
macam mana sebenarnya? Nak aku temankan Khalifh
ataupun nak aku...
Telapak tangan naik ke tengah dada. Berdebar.
Laju detaknya tapi bukan hati tapi jantung. Turun sikit ke tengah abdomen. Di situ terletaknya hati. Tak salah aku, hati
kita ni dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Ada dua lobus (cuping) yang utama, yang
dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik yang membekalkan darah ke
hati yang dipam dari jantung dan vena portal. Apa
tu aku tak pasti sangat tapi aku pernah belajar dulu sebelum aku tukar bidang
kerja aku daripada student medic tak
jadi kepala bidang aku sekarang.
Padanlah wajah dia kuning.
Memang dia alami jaundis kalau berkaitan dengan darah. Agaknya dah tahap akhir sebab tu kena tukar
hati. Kalau tak masih boleh ditukar
tisunya. Apa aku nak buat ni?
“Habis tu macam mana tu?”
Rozie bangkit. Dia tepuk
pehanya sikit dan menggeliat. “Tunggu pendermalah. Separuh hati bagi pesakit, separuh lagi
penderma simpan.”
Rozie berlalu ke pintu.
“Hati-hati pergi kerja. Aku nak
tidur kejap. Hari ni masuk malam. Malasnya...”
Dia urut belakang lehernya dan terus hilang di sebalik dinding.
Aku pandang pintu. Bagai
tembus sampai ke katil hospital di mana Khalifh terbaring lesu. Air jernih yang mengalir pada juring mata dia
tu buat aku sendiri rasa nak menangis. Sebenarnya
ingatkan Aunty As itu lucu jugak tapi bila dengar pada cerita Rozie tadi, aku
rasa nak menangis.
Telefon bimbit aku gagau daripada dalam beg tangan. “Ma.”
Suara aku perlahan menyeru nama ma.
Pemalas nak tekan nombor telefon.
Main guna sensor suara ajelah mudah.
Kata canggih.
Beberapa kali deringan, aku dengar ma memberi salam. Boleh jadi tak lepas kelas. Aku pun tak pernah-pernah kacau ma waktu dia
mengajar. Harap sangat ma tengah free.
“Are you alone?”
“Kenapa tanya? Ma dengan
student ni...” Konon. Tapi sunyi aje pun.
“Ma, please...”
Ma gelak. “Sorry,
Tuah. Ma baru lepas kelas. Nak pergi kantin kejap. Nak beli kuih sikit. Lapar pulak.
Kenapa telefon ni? Jarang Tuah telefon ma waktu sekolah?”
Aku diam dua saat. Telan
liur dua teguk. Tegakkan badan. “Ma, apa kata kalau Tuah dermakan sesuatu,
boleh tak?”
“Derma apa?” tanya
ma. “Boleh aje kalau perlu. Lagipun, kita ada lebih tak salah menderma
pada yang kekurangan. Kenapa tanya? Ini hal baik, tak perlu tanya ma kot...”
Erm... ma tak tahu aku nak derma apa. “Maknanya Tuah boleh buat keputusan sendiri
la eh?”
“Iyer, tapi nak derma apa?
Jangan cakap nak derma mata pulak...”
Ma menerka dalam kesamaran tapi agak tepat.
“Hati.”
“What?” Kuat ma jerit. Aku tahu dia terkejut.
“Tuah gurau dengan ma eh?”
Suara mak berbisik tapi penuh amaran.
“Tak.” Sepatah aku
nafikan.
“Ma tak boleh terima. Tuah
tak boleh nak derma hati pada sesiapa. Jadi
apa-apa dekat Tuah, macam mana dengan ma?”
“Tapi, ma... he needs help.”
“He? Who is he?” soal ma keras.
Aku ketap bibir tak berani dah nak jawab. Ma kalau bertegas macam ni, makin aku pujuk
makin keras hati dia.
“Pakwe Tuah?”
Aku diam. Nak mengaku
pakwe ke ah? Bukan pun. Tak kenal pun sebenarnya. Kenal begitu ajelah. Ini dah terjanji, nak tarik balik macam teruk
sangat. Lagipun, urusan hidup mati ini
urusan Allah. Andai kata tak derma pun,
kalau dah sampai masa, mati jugak.
“Bakal suami, Tuah ke?”
sergah ma bila aku diam.
“Tuah Nur Khalifa!”
“Ya, ma...” Ya tu aku
menyahut tapi boleh jadi ma salah faham kata aku iyakan soalan dia yang bakal
penerima hati aku tu adalah bakal suami aku.
Kalau ikutkan, aku suka pandang mata Khalifh tapi untuk angkat dia jadi
calon suami tu jauh sekali.
Biarlah Aunty As cakap gitu pun. Aku assume
itu kata-kata orang tengah sedih. Apa nak
dikira sangat. Cumanya, aku rasa aku
patut bantu Khalifh. Andai dia panjang
umur, aku pun... kiranya aku kesusahan moga Allah hantar seseorang untuk bantu aku.
“Niat Tuah baik, kan?”
tanya aku.
Giliran ma pulak diam.
Lama jugak sebelum dia bersuara. “Niat
Tuah memang baik. Ma bangga anak ma ni
mulia hati sungguh tapi Tuah kena fikir tentang ma. Lepas pa tak ada, ma ada Tuah sorang. Kalau jadi apa-apa pada Tuah, macam mana
dengan ma? Tuah rasa ma akan bahagia ke?”
Terkedu aku dengan soalan yang ma ajukan. Terbayang wajah Aunty As semalam. Macam inilah
dia merayu untuk anak dia terus
hidup. Memang kita semua sedar, ajal
maut ditangan Tuhan. Lambat laun akan
terima tapi nak menerima tu, payah.
“Macam nilah Tuah dengar Aunty As tu merayu semalam, ma. Kesian dia.
Tuah tengok Khalifh pun, dia nak hidup tapi dia dah reda. Berserah pada segalanya. Setidak-tidaknya kalau Tuah bantu, dia ada
peluang biarpun sikit. Allah tahu,
ma. Allah maha tahu apa yang akan
jadi. Ma izinkan, ma doakan, ma restu...
insyaAllah semuanya berjalan lancar,” pujuk aku.
Harap sangat ma faham.
Aku rasa aku dah bulat hati nak bantu Khalifh. Hati aku ini pun pinjaman daripada
Allah. Bila-bila masa Dia boleh tarik
balik. Tak salah kalau aku berkongsi
pinjaman ini ada orang yang memerlukan.
“Ma tak boleh, Tuah...”
Suara ma dah teresak. Aku pulak
rasa bersalah.
Keputusan tak dicapai.
Ma dah menangis. Aku pun rasa
sebu. Buat ma sedih. Dulu masa berhenti jadi student medic, ma sedih tapi dia sokong aku terbang ke Itali
semata-mata nak belajar tentang kopi. Dan
sekarang jadi barista di sebuah coffee
house terkemuka di kota raya. Ma
senyum juga tapi sekarang ni...
“Tuah minta maaf, ma...”
Esakan halus ma menyapa telinga. “Buatlah solat hajat. Solat isthikharah. Tuah tanya ma, ma hanya mampu kata tak boleh
tapi kalau Tuah tanya Allah, insyaAllah Allah ada jawapan buat Tuah. Hati Tuah dan segalanya milik kita ni adalah
hak Allah,” putus ma.
Aku hela nafas lega. Separuh
kaki dah melangkah. “Ma doa yang
baik-baik aje eh...”
Ma dia tapi aku yakin dia senyum. “Love
you, budak bertuah.”
Aku gelak. Gitulah ma
kalau dia nak marah tapi tak boleh.
PERGI
kerja pun, bos bagi cuti. Tengok tangan
aku ni, macam mana nak buat kerja. Mujurlah
ada seorang lagi barista junior. Kira aku
ni lagi seniorlah biarpun dia lagi tua. Sebab
aku dulu balik daripada Itali. Jadinya,
di sinilah aku. Sekali lagi. Hospital.
Tak suka bau hospital. Tak suka
suasana hospital. Tak suka dengar
jeritan dan tangisan. Semua tak
suka.
“Assalamualaikum...”
Aunty
As kalih. Hari ini tak nampak pulak
Uncle Khalid. Dia senyum dan terus
mendapatkan aku yang baru rapatkan daun
pintu. Boleh pulak kami jadi kawan. Bolehlah daripada tak ada.
“Waalaikummussalam. Tak kerja ke?” soal dia separuh berbisik.
Aku
geleng dan tunjukkan lengan yang berbalut. “Kena air panas. Bos bagi cuti lagi.”
“Tuah
kerja apa?”
“Kerja
biasa-biasa dekat kafe aje, aunty...”
Berkerut
dahi Aunty As. Apa yang pelik sangat
kalau aku cakap aku ni kerja dekat kafe?
Okey aje pun. Kafe tu tempat
lepak anak-anak Dato, tahu. Lagipun,
gaji boleh tahan. Padanlah dengan jarak
tempat aku belajar dulu.
“Waiter?”
tanya dia.
Aku senyum. Geleng tak, angguk pun tak. Yang pasti bukanlah waiter. Cuma kerja dalam
kafe tu aje. Malas nak cerita nanti
orang tanya apa kerja aku tu. Sudahnya nanti,
cerita pasal kerja pulak. Orang sakit ni terlantar gitu jelah ke sudah.
“Aunty
sihat hari ni?” Sengih lagi. Ubah tajuk laju-laju. Sesekali mata aku menjeling Khalifh yang lena
tidur.
“Macam
mana Khalifh hari ni?”
Aunty As
pandang juga pada Khalifh. “Ada masanya
sedar, ada masanya dia lena macam tak akan jaga dah. Doktor baru lepas keluar tadi. Doktor cakap dia tengah usaha untuk cari
penderma. Kalau tak jumpa, dia tak boleh
buat apa. Harap Alifh terus mampu bertahan...”
Sedih aku
dengar suara Aunty As. Kami duduk di
sisi katil. Aku dekat dengan kaki, dan
Aunty As dekat dengan kepala. Beg tangan
aku peluk kemas. Berdebar hati aku. Separuh lagi bakal menjadi milik Khalifh
andai diizinkan. Separuh lagi akan ada
untuk aku teruskan hidup.
Ingatkan
nama aje dekat nak sama, tak sangka Allah tu gerakkan hati dan niat aku untuk
kongsi hati yang sama jugak. Harap moga
segala laporan kesihatan lepas dan yang penting bersesuaian. Tak boleh semedang
belah hati bagi Khalifh. Kena jugak
jalani check-up beberapa kali untuk
keputusan akhir, sesuai atau tidak.
“Kita
tak tahu kenapa dan macam mana kita boleh jadi kawan, aunty tapi satu aje kita
percaya, semuanya Allah dah tulis. Cuma,
kita tak tahu nak bantu aunty macam mana.
Kita bukan nurse, jauh sekali doktor.
Apa kita mampu adalah temankan aunty dan Khalifh tapi sampai bila, kan?” Aku senyum memulakan kata.
Aunty
As pandang aku tak lepas. Dahi dia
berlapis-lapis dengan kerutan. Aku pula
memandang wajah anaknya. Sekali lagi,
nampak mata itu berkelip-kelip. Bergerak-gerak. Tapi, kelopak itu tetap terkatup rapat.
“Kita
boleh bantu, aunty dan Khalifh dengan izin Allah tapi satu syaratnya. Kalau Aunty boleh ikut, kita sudi tolong aunty...”
“Bantu
macam mana?” soal dia kehairanan.
Tangan
Aunty As aku pegang. Sejuk. Nampak dah mata dia jadi macam mata panda. Kesan tak tidur.
“Kita
akan bantu, dengan syarat aunty rahsiakan siapa kita. Boleh?”
Tubir mata
Aunty As bergenang. Dia terus peluk aku yang hanya mengukir senyum tawar. Bukan tak ikhlas tapi risau tu tetap
ada. Bila aunty bangkit hendak menelefon
suaminya, aku dekatkan bibir aku dengan telinga Khalifh. Tak dekat mana pun. Berjaraklah jugak. Saja nak berbisik. Jerit karang dia terkejut,
terus sakit jantung.
“Kita
pinjamkan hati kita untuk awak...”
Sekali
lagi, juring mata Khalifh basah biarpun mata dia terpejam.
...bersambung
RM says : Last time about mata... now about hati? konon....apa yg pasti mata hati ilmu ilham..semua Allah bg pinjam. >_< May Allah bless...
RM says : Last time about mata... now about hati? konon....apa yg pasti mata hati ilmu ilham..semua Allah bg pinjam. >_< May Allah bless...
kicaphitam here... thumbs up !!!!
ReplyDeletewowwww...dari mata turun ke hati..emmm..
ReplyDeletehati yang dipinjamkan yang akan terus mengikat khalifh pada tuah ...ni yang buat saya akan terus tunggu entry dari RM.
ReplyDeleteBetul3..
Deletehebat lah kepala otak RM ni..boleh aje pikir jauh...next n3 bila..?
ReplyDeleteye lah kan...kalau akak 10 hari 10 mlm satu baris ayat power pun belum tentu boleh siap...hehehe
Deletesemuanya Allah pinjamkan...
ReplyDeleteKarya yg mnarik dn slalu dtggu2. Teruskn slagi dpnjamkn olh Allah
ReplyDeleteKak blh x kak klu nak tukar kata ganti diri kita2 tu. huhu. Pls pls pls. Tp klu xblh xpe. Tukar pada saya pun ok kak. Huhu.
ReplyDeleteSetuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..
DeleteSetuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..
Deleteok apa kita....org johor selalu guna ganti nama diri "kita"..heheheh..
DeleteSetuju sgt..x sk kt ganti diri kita...tukar ye rm..
DeleteSetuju dgn madame iu..
DeleteKita pun org Johor, biar la skali skala RM buat kelainan.. kita suka aje :-D
ok je gn kita..comel je dgr..hehe..
DeleteSuka sgt ngn kata ganti nama kita tu..sweet n lembut jer bila baca...
DeleteSonok... dari mata pergi ke hati plak... suker nama tuah sgt unik...
ReplyDeletex rugi jd tukang jenguk blog RM...:)
ReplyDeletePinj hati kt khalifh,bg terus pn blh
ReplyDeletebesarkan pengorbanannya
ReplyDeleteohhh maaaiiiii..... another tear-jerker ke??? hmm tk nk nangis2 lagi la..hahahaha...
ReplyDeletewah..nama ala2 same...hati pun main sharing2... too sweeeeet for words!!! u've got us hook...definitely..GANBATE !!! :)
dah terjawab mengenai tajuk dan caption......
ReplyDeletetp tak puas lg... nak baca lg cerita mereka berdua KhaliFa
yer... mmg sangat DEKAT DI HATI ni.. huhuhu
ReplyDeletetruskan RM... xsabar nak baca nxt n3 ni..huhuuu
(tamak x kita?) dan dan la kita kan? ngeh ngeh
:-p
Oh menusuk jiwa sedih :'(
ReplyDeletealahai Tuah.... mmg bertuah
ReplyDeletekdg2 tertanya2 mcm ne la Rehan dpt ilham lepas satu story ke satu story....(ni pun rhsia Allah yg kita tk dpt duga kan?)...syukur pada bakat yg Allah anugerahkan buat Rehan sbb dpt kongsi dgn kami pembaca2 setia kamu...walau kisah cinta tapi tetap terselit segala kehebatan Allah Maha Pencipta......tq Rehan....
ReplyDeleteKak RM,
ReplyDeleteKalau buat cerita sentiasa yang terbaek..
Dalam setiap cerita, pasti akan ada benda2 baru yang dipelajari..
like it!
betul3...semua yang ada pada kita ALLAH yang pinjamkan...semua cerita perjlnan hidup kita ALLAH yang garapkan ...kita hanya pelakon di dunia fana ini selagi ALLAH mengizinkan.
ReplyDeleteBila awak bagi kita pinjam hati awak... bila kita sihat kita akan cari hati yang 1/2 lagi yang ada pada awak.... boleh gitu
ReplyDeleteRM....Saya nak lagi....Tolonglah....merayu..^_^
ReplyDeletesuka dgn nama heroin tu.. :)
ReplyDeletesuka dgn nama heroin tu.. :)
ReplyDeletePinjaman tanpa pemulangan..faedah dpt kemudian
ReplyDeletenak bagi hati kita jugak, hehe.
ReplyDeletemata, hati, ilmu, ilham...jiwa sampai tak tau nak kata...keep up cik RM...allah bless u..
ReplyDeletesuka......dr mata turun ke hati...
ReplyDelete-dibah-
Kongsi hati dgn rs yg sm...
ReplyDeletesatu hati, dua jiwa, satu cinta.... i like.... tq RM 4 new story n new n3.
ReplyDeletesuka la guna kata ganti nama kita. jarang sgt jmp. tyme bdk2 dlu je suka bhasakn diri kita-kamu..sweet..
ReplyDeleteyap... sokong.. n setuju.
Deletenama pun dah sama..khalifh n kalifa..elok la berkongsi hati..
ReplyDeletebg pinjam hati... harap2 dibalas baik Tuah nanti :)
ReplyDeleteBila nk sambung ni dik.....
ReplyDeleteSalahn satu sbb akak suka baca marathon.......tiada terputus cerita
Cedeyyyyy sesgt....kita pinjamkan hati kita unt awak.....
ReplyDelete~Indazahar~
Owh hatiku... Rasa t'sgt la touching nye.. So sweet bl Tuah kata ' kita pnjmkn hati kita utk awak '... Gud job RM...
ReplyDeletehuhu..touching! =)
ReplyDelete-Hana-
bagi je lah. pinjam pinjam lak. sambung sambung
ReplyDelete