HABIS waktu kerja dah
agak lewat hari ni. Dah pukul sebelas
lebih. Malam. Bukan siang.
Seperti biasa, aku hidupkan kereta.
Biarkan diri bertenang sekejap sebelum memandu pulang. Mata pun lali aje hari ni. Biasalah, rutin bertambah. Melawat Khalifh. Heh… nak buat macam mana. Allah bagi ruang untuk aku tambah pahala
dengan berbuat baik pada oran g. Insya-Allah, moga hati aku ikhlas ke akhirnya
demi pahala itu.
Jari-jemari menggendang
stereng. Teringat panggilan Khalifh
awal-awal tadi. Mana aku dapat nombor,
dia cakap Rozie bagi. Konon… lepas tu mengaku
dia yang minta. Katanya teringat.
“Terima kasih ingat
kita… doakan kita sihat sejahtera…” Aku
senyum tipis.
Khalifh gela k halus di hujung
talian. “Malam ni tak datang ke?”
“Kita bukan adik atau
kakak awak untuk datang teman awak siang malam.
Kalau Aunty As ada, bolehlah kita datang. Kalau dia tak ada, kita tak boleh datang. Bukan tak sudi tapi syari’at
membataskan…”
Risau pulak dia salah
faham kata aku tak ikhlas berkawan dengan dia.
Tapi, memang itulah. Ma pun
selalu pesan, Tuah pergi masa ibu dia ada aje.
Jangan sendiri. Tak sopan. Allah murka nanti. Dan aku sendiri pun tahu batasan aku.
“Ibu ada… tapi dia dah
lena. Penat kot…”
“Dan awak tu, buat apa
tak lena lagi? Tak penat?”
Khalifh diam beberapa
saat sebelum menjawab setelah nafas dihela panjang. “Sejak saya tahu saya nak operation, payah
nak lena malam. Tak tahu kenapa?”
Aku senyum. Faham sangat.
Dalam keterujaan itu, dia risau.
Aku pun sebenarnya. Buatnya benar
kata Rozie, peluang untuk aku tipis… entah macam mana nanti. Mati itu pasti tapi sebab mati itu pastilah
buat ma ralat buat seketika.
“Percayalah pada Allah
dan ketentuan-Nya, Khalifh. Kita doakan
semuanya berjalan lancar. Awak lena bagi
berkudrat. Ataupun minta Aunty As bantu
awak ambik wudhuk, solat sambil bari ng
pun tak apa. Moga Allah hadirkan
malaikat menemani malam awak untuk terus lena,”
nasihat aku.
Keluhan Khalifh menyapa
telinga. “Itu bukan yang saya
risaukan. Saya tak risau diri sendiri
sejak saya tahu penyakit saya ni boleh membawa maut. Ya, mati itu pasti tapi saya mesti tak boleh
nak terima kalau penderma tu yang…”
“Khalifhhhh…” Panjang aku seru nama dia. Aku tahu dia nak cakap apa.
Risau kalau-kalau
penderma itu iaitu aku yang dia masih tak tahu lagi jadi penderma untuk dia ni,
meninggal semasa proses transplant
itu?
“Percayalah cakap
kita. Bila seseorang tu buat keputusan,
dia akan buat keputusan tu setelah ambik fikir buruk baiknya. She is
mature enough…”
“She?” Cepat Khalifh
menerka.
Aku gigit bibir dengan
mata terpejam rapat. Aiseh… laju pulak
lidah aku sebut macam tu. “Don’t know. Kita cuma teka. She or
he, it’s same. Hamba Allah yang ada
organ sama dengan awak. Dia mesti dah
buat solat sunat semua untuk buat keputusan menderma hati pada awak. Percayalah cakap kita. Dia dah serahkan hidup dia pada Allah sejak
dulu hingga akhirnya. Jadinya, buat apa
awak nak takut. Awak rehat ajelah
eh. Kita nak kerja ni. Esok lusa kita datang la lawat awak...” Aku senyum dihujung kata. Saja memaniskan rasa dalam bicara biarpun tak
bertentang mata.
Aku yakin Khalifh tahu
aku sedang senyum. Dia hanya diam. Hanya helaan nafas dia tenang menyapa
telinga.
“Saya akan cari dia
andai kata saya dipanjangkan umur...”
Keluhan tipis dilepaskan.
Kening aku naik. “What
for?”
“To
thank her or him, for giving me the heart...”
Aku senyum tak
menjawab. Dalam hati aku berkata,
sama-sama. Kita hanya pinjamkan awak hati
yang telah Allah pinjamkan untuk
kita.
TOK!
Aku bagaikan tersedar
daripada lena. Memang terlelap jugaklah
sekejap ingatkan perbualan aku dengan Khalifh tadi. Bila kalih ke kanan, wajah Fendy tersenyum
dengan badan yang membongkok dan isyarat jari agar aku turunkan cermin kereta.
“Are you sleeping?” Dia
tongkat tangan di atas dinding kereta.
Aku geleng dan memisat
mata beberapa ketika. “Take a nap...” Sengih tayang gigi.
Fendy mencebek
sikit. Tak percaya. “Kalau ngantuk, I hantarkan,” pelawa dia.
“Nope... thanks. Kita boleh balik sendiri.” Terus aku nyalakan lampu. Dah ready nak gerak. Tapi Fendy masih lagi macam tu.
“I nak gerak ni. Encik Fendy tepi la sikit. Terpijak kaki karang...”
Barulah Fendy tegakkan
tubuh. Membetulkan kemeja yang tersarung
pada bajunya. Meninggikan lipatan lengan
panjang kemaja tersebut dan menarik keluar kemeja daripada tuck-in.
“You buat apa hospital
lately, Tuah?” soal Fendy
tiba-tiba.
Tak jadi aku nak tukar
kedudukan gear. Terus aku pandang
dia. Aiseh... padanlah asyik nak
menyakat aku aje. Ada soalan lain dia
nak tanya.
“Dah lewat. I nak
balik dulu...” Aku senyum.
Fendy menapak ke
belakang beberapa langkah. Dia senyum
dan menggeleng tanda tak puas hati tapi bibir dia terukir dengan senyuman tipis
dalam wajah yang penat.
“Esok kena bagitahu
I...”
Aku hanya angkat tangan
dan terus berlalu meninggalkan Fendy di sisi Honda City hitam milik dia. Macam-macam hal Fendy sekarang. Nak kata minat aku, adalah jugak. Tapi, nak kata minat tu, ada jugak. Entah.
Aku pun dah confius.
HARI ini keputusan
penuh dah keluar. Hari ini jugak adalah
taklimat terakhir tentang proses transplant aku dan Khalifh nanti. Wajah tenang doktor aku pandang. Dia hanya senyum. Manis senyuman dia. Biarpun wajah nampak penat. Macam tak cukup tidur.
“Cik Tuah Nur Khalifa?”
“Ya, kita...”
Dia ketap bibir menahan
senyum. Nak gelak aku biasakan diri kita
ke apa? Ni spesis Khalifh ni.
“Hari tu saya ada buat
permohonan dengan UTAC dan cik sendiri telah ditemuduga oleh petugas UTAC (unrelated transplant Approval Committee)
untuk pendermaan organ memandangkan Encik Nik Khalifh bukanlah penerima
kategori first degree, iaitu mak,
ayah, adik beradik kandung. Bukan juga
penerima second degree yang terdiri
daripada mak atau ayah saudara, atuk nenek, sepupu tu...,” terang doktor ini tenang. Lebih kurang sama dengan apa yang disampaikan
pada mula-mula aku mendaftar sebagai penderma organ.
“Cik dah pernah dengar
tapi saya nak remind lagi sekali. Kita panggil
ini sebagai penderma semasa hidup. Cik
pun tahu, ini niat yang mulia. Kami berterima
kasih kerana cik dah kurangkan jangka masa untuk pesakit menanti. Peluang untuk hidup dan selebihnya kita
berserah pada Allah. Yang baiknya
penderma hidup ini organ tu akan berfungsi lebih lama dan lebih elok andai nak
dibandingkan dengan penderma yang dah meninggal yang kita panggil dia
kadaverik. Pihak UTAC dah hantar surat
kelulusan, tahap kesihatan cik pun kelas pertama, sejarah kesihatan keluarga
juga tak ada masalah. Cuma saya nak Cik
Tuah alert jugak, kesan dia tetap ada
tapi tak teruk. Akan sembuh dengan masa
dan penjagaan yang baik. Apa yang kami
nak cik tahu, kita akan ambik hati sebelah kanan untuk penerima dewasa dan
nisbah kematian adalah satu dalam setiap dua ratus pembedahan. Insya-Allah, ktia akan berjaya. Kita sama-sama doakan. Apa yang kami nak, cik masuk wad awal
sikitlah untuk kami pantau tahap kesihatan cik tetap terjaga...”
Panjang lebar
penerangan dia. Rasanya aku dah
faham. Nisbah kematian dengan jumlah
operasi sangat kecil. Apa yang pasti,
serahkan segalanya pada Allah. Aku gariskan
senyuman dan mengangguk tanda faham.
Dalam hati tetap ada
rasa takut sedikit tapi bila diyakinkan doktor yang sebagai penderma aku akan
dapat jalani hidup seperti biasa, aku terus bertambah yakin.
“Insya-Allah... kit...
err saya akan datang dua hari sebelum pembedahan.” Nak kena minta cuti dulu.
Paling tidak sebulan...
kot? Aiseh... lama tu. Mesti diorang dekat kafe tahu aku buat
apa? Nak-nak Fendy yang tiba-tiba
jadi penyibuk.
PAGI esoknya, aku
melawat lagi Khalifh di hospital. Hari
ini ada ibu dan ayah dia sekali. Senyum tipis
menyambut kedatangan aku.
“Tuah tak kerja?” soal Aunty As. Tangan aku dicapai dan digenggam erat.
Aku senyum dan
angguk. “Macam biasa. Petang.”
Mata menjeling Khalifh yang nampak sedang lena.
“TErima kasih...”
Aku pandang ke
kiri. Uncle Khalid tersenyum dengan
wajah terharu. Aku sekadar senyum. Malas nak bersuara.
Takut Khalifh jaga.
“Dia risau Tuah tak
datang dah jenguk dia...” Ramah Aunty As
bercerita. “Dia kata dia telefon Tuah,
tapi dia busy...”
“Masa tengah kerja,
aunty. Agak busy. Customer ramai semalam,” beritahu aku
jujur. “Lagipun, kita tak cakap kita nak
datang hari ni. Kebetulan ada masa, kita
datang. Tapinya, kita nak cakap dekat
aunty, kita tak akan datang lagi lepas ni hinggalah hari pembedahan minggu
depan. Kalau kata Khalifh tanya, aunty tak
payahlah bagitahu, ya?”
Aku tahu. Sangat yakin yang Khalifh ni akan tanya ibu
dia berkali-kali. Tak akan puas. Aku risau jugak satu hari nanti Aunty As
kesian sangat, dia pergi bukak mulut. Lembu
kita pegang pada talinya, manusia biarlah berpegang pada janji. Nampak tak aku punya madah tu.
“Harap aunty pegang
janji...” Aku genggam tangan Aunty
As. Harap sangat. Jangan cair dengan rayuan Khalifh.
Dia angguk. “Apa pun jadi, aunty pegang janji pada
Tuah. Tuah dah banyak bantu...”
“Tak la... kita buat
apa yang termampu aje, aunty. Kalau mampu
berkongsi apa salahnya...”
Aunty As senyum tapi
nampak lain macam sikit. Dia pandang
suaminya sambil mengangkat kening. Bertelepati
ni.
“Kalau kata boleh
kongsi hidup sekali dengan Khalifh, aunty dengan uncle sudi terima...”
Hah? Mata aku bulat. Ingat kali pertama kami jumpa. Dia boleh minta aku nikah dengan anak
dia? Hey...
kenot (can not)... Tapi, aku hanya senyum tipis.
“Soal jodoh pertemuan
ni, Allah maha tahu, aunty. Kita tak nak
Khalifh terima kita sebab dia terhutang budi.
Lagipun, kita tak fikir lagi kita sedia nak kongsi hidup kita dengan
sesiapa...” Aku sengih buat muka
suci.
Wajah Aunty As dengan
Uncle Khalid nampak berubah sikit. Tahu
dia kecewa tapi sekarang ni, Khalifh sakit.
Dia kesunyian. Sebab aku aje
kawan dia yang ada, jadinya dia akan nampak aku aje buat masa ni. Dia kata nak cari penderma tu pun sebab nak
ucap terima kasih. Jadinya, awal-awal
aku dah jawab, sama-sama.
Keluar daripada
hospital nanti, dia akan dihimpit ramai lagi wanita anggun dan bergaya. Sesuailah kot dengan kehidupan dia sebab aku
yakin tengok daripada gaya ibu dan ayah dia tu, jelaslah dia bukan orang
kebanyakan macam aku yang marhaen ni.
Anak cikgu aje pun. Tapi, cikgu
itulah yang membesarkan dan mendidik aku sampai menjadi seorang Tuah Nur
Khalifa yang bertuah sangat. :P
Masa tu Khalifh akan
lupakan aku. Lupakan siapa pemberi hati
untuk dia. Lupa siapa Tuah. Lupa segalanya. Lagipun, memori singkat ni siapa yang nak
ingat, kan? Jadinya, betul dah keputusan
aku untuk biarlah Khalifh tak tahu siapa aku sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kalau dah gitu kata
Tuah... aunty nak kata kecewa tu, adalah sikit...”
Haruslah kecewa. Aku ni Tuah tau. Ayat bajet
melanda diri kejap. Sila abaikan.
“Tapinya, aunty memang
harap Tuah dengan Khalifh ada jodoh...”
Aku senyum tipis. Jodoh itu rahsia Allah. Aku kalih ke kiri sikit memandang
Khalifh. Aku nampak dia menggerakkan
tubuh dan sekejap itu dia buka matanya perlahan-lahan. Saat kami bertaut pandang, dia ukir
senyum.
“Assalamualaikum,” sapa
dia sopan.
“Waalaikummussalam...”
“Baru sampai?”
Aku angguk. Dia pun.
“Can we talk?” tanya dia di
depan ibu dan ayah dia.
“Yes, please...” Aku okey aje
kalau ibu dan ayah dia ada. Tak ada
masalah pada aku. Bukan ada heart feeling atau hard feeling pun.
“Awak tahu operation
saya minggu depan?”
Kepala aku bergerak
sekali. “Aunty dah beritahu...”
Dia pandang ibu
dia. “Bu, lepas Alifh sihat, please... tell me...”
“Ibu penjaga amanah,
Alifh. Alifh tak boleh paksa,” pujuk
Aunty As.
Aku dah tahu dah. Memang tahu semua ni akan jadi. Dia memang akan rayu ibu dia habis-habisan.
“Kalau gitu, tak
apalah. Tuah, boleh teman saya hari ni?”
“Nak ke mana?”
“Keluar ambik angin kejap...”
Aku senyum senget. Aku tahu dia sedang resah. Dah berapa lama terkurung. Nak-nak pembedahan tak lama lagi. Boleh jadi dia rasa dia nak tengok alam
sepuas-puasnya sebelum berlaku sesuatu.
“Kalau nak ambik angin,
kita kipaskan awak pun boleh. Ada angin
jugak...” Tuah buat lawak okey. Tapi, muka hanya tenang tak beriak.
Aunty dan uncle dah
bantai gelak. Khalifh jegilkan
mata. Aku lebarkan senyum dan
mengangguk. Ini kali terakhir kita
temankan awak, Khalifh.
...bersambung
Rujukan Fakta :
1. National Genetic Education and Development Centre, National Health Service UK.
2 Polisi Transplantasi Organ Tisu dan Sel Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007.
gelak.. gelak...
ReplyDeletekak rehan.. heart : jantung..., hati : liver
ReplyDeleteYe ye.. sy tau heart jantung liver hati.. part mana.. kalo part no heart feeling tu mmg btul dah..no heart n hard feeling.
Deleteharap2 tuah sentiasa sihat pas operation..sure side effect ada walau xbyk...+ve thinking + +ve attitude insya Allah cepat sembuh..utk apa2 penyakit sekalipon kecuali mati..
ReplyDeletethumb up writer. penulisan fiksyen yg bersandar pd fakta. i like.
ReplyDeleteAduh....kan doktor pun gelak sbb tuah bahasakan diri dia ,kita...tp kita rasa comel sgt tuah nie....jatuh suka dgn keperibadian tuah....cool girl...
ReplyDeletegood job dear...
ReplyDeleteBest.. Penulisan cerita berdasarkan research yang mendalam...jadi menambah pengetahuan para reader.. Thanks kak Rehan :-)
ReplyDeleteAlah..kesian Khalifh. Jgn la buat ni yg terakhir kali jumpa.
ReplyDeleteBest ..
ReplyDeletenothing more to write..just thank you RM :-)
ReplyDeletegelak sorg baca n3 ni..blh tahan jgk tuah ni brgurau
ReplyDeleteBest sgt...tq RM...
ReplyDeletesuka.....suka.....suka.....moga hidup tuah dan khalifh lebih merrriahhhhh....
ReplyDeletehahaha... sempat lagi Tuah buat lawak ya... saja nak sedapkan hati orang sakit dan hati sendirikan Tuah...
ReplyDeletesuka.....suka.....suka.....moga hidup tuah dan khalifh lebih merrriahhhhh....
ReplyDeletekhalifh dn khalifa memang berjodoh huhuhu
ReplyDeleteMcm mana agaknya muka tak larat khalifh tu bla marah yer
ReplyDeleteKite suke le cite nie.kite rs xsbr nk bc n terus bc..
ReplyDelete~indazahar~
bestnya...nak lagi2
ReplyDeleteterima kasih cik writer, so esok hoho holiday ye, pastu jangan lupa upload 2-3 bab sekali okay..
ReplyDeletejngan la kali terakhir, cian khalif rindu plak lpas ni..
ReplyDeleteBest!
ReplyDeleteBest....
ReplyDeletesuka suka . kita suka sgt.. nak kipas besar punya bolehhhh....
ReplyDeletesaya suka...saya suka nak lagi....
ReplyDeleteMenarik dn berinfomasi. Dn selalu tak sabar nk tggu next n3
ReplyDeletewriter yg bertanggungjawab. next n3 plzzze!
ReplyDeleteHmmm baru nak tanya macamana RM boleh tahu semua. TQ RM Best!
ReplyDeleteMaaf... Tapi nak betulkan sikit boleh? Hati = liver. Heart tu jantung, :)
ReplyDelete