Thursday, April 21, 2016

Sugar? 6

SESEKALI dia senyum pada Nel yang sedikit berjarak.  Telefon masih lagi melekap ke telinga.  Suara dan pesanan mama masih gagah masuk ke pendengaran.
“Ya, mama.  Wahyu jaga diri.  Alaa… bukan Wahyu tak pernah balik lewat.  Wahyu nak pusing-pusing cari barang kejap…” 

Sugar? 5

DIA dah dapat agak.  Ini yang menanti dia di rumah.  Bukan seharian dia ada dekat Café Roma.  Bukan puluh jam dia berborak dengan Nel.  Nel ada di depan dia hanya untuk sepuluh minit sebelum lelaki itu perlu beralih tempat di belakang kaunter.  Hanya sesekali, Nel temani dia dengan senyuman.  Biarpun dia kerap kali tak membalas senyuman itu. 
Sekarang, ayah tuduh dia lain pulak. 
“Cakaplah kalau ayah tanya ni, Wahyuni?”  jerkah Encik Malik.

Wednesday, April 20, 2016

Sugar? 4

BETULLAH apa yang Haikal cakap.  Dan, memang betul jugak apa yang dia teka selama ini.  Sebab itulah Wahyu tu susah sangat nak terima Haikal.  Rupanya, memang ada perasan dekat lelaki lain.

Sugar? 3

SYUKURLAH tak ramai pengunjung hari ni.  Dia pun tak tahulah  kenapa Haikal boleh ajak dia ke café ni.  Ya, memang ini tempat kegemaran dia tapi kenapa Haikal nak leburkan segala senyuman dia dengan merosakkan tempat  ini dengan kenangan yang menyakitkan. 
“Saya minta maaf awak dengan awak, Haikal…”  Entah kali ke berapa dah dia minta maaf dengan lelaki ini.

Tuesday, April 19, 2016

Sugar? 2

WAHYU tajam merenung mama dan ayahnya.  Kedua orang tuanya langsung tak nak faham apa yang dia cuba sampaikan.  Bukan dia tak mencuba, tapi apakan daya dah orang tak suka.  Nama baik mama dengan ayah?  Heh.  Habis tu, airmata dia ni macam mana?  Nak aje dia jerit tapi dia tahan kerana dia bukan wanita begitu. 

Sugar? 1

MATANYA tunak merenung asap yang berkepul daripada cawan kopi yang baru saja sampai depan mata.  Suasana Café Roma terasa hening.  Hari minggu… biasalah begini.  Dia lebih senang duduk bersendiri.  Katalah dia kera sumbang, dia tak kisah.  Kerana hidup ini bukan selamanya akan berteman.  Sampai masa, dia akan sendiri.  Yang menjadi teman untuk teruskan hidup hanyalah kecekalan.  Kerana itu dia ada di sini biarpun di sini pernah mencipta segaris luka di hatinya. 
Dan, dia adalah wanita yang cekal! 
Kerana dia tahu, pengalaman lalu adalah yang paling jujur untuknya.