Saturday, August 06, 2016

Black Swan 11

USAI solat subuh, barulah dia temui kekuatan nak dihubungi Isra.  Berkali-kali deringan tapi langsung tak bersambut.  Tak bangun solat ke budak ni?  Heh.  Situ pulak dia fikir.  Jarum jam sudah bergerak ke angka enam setengah pagi.  Zam mundar mandir dalam bilik.  Kopiah dicabut daripada kepala.  Saat ini, ayah muncul di muka pintu.  Tersenyum. 
“Tak dapat telefon dia ke?” 
“Err… telefon siapa, yah?”  Pandai dia berlakon sedangkan pandangan ayah dah penuh syakwasangka.

“Bukan Zam telefon Israfil ke?” 
“Eh, taklah.  Zam telefon kawan…”  Banyaklah kau kawan.  Sejak bila pandai bohong ayah ni.
“Dah pandai mengelat Zam ya?”  perli ayah.
Zam sengih garu kepala.  Macam mana ayah boleh tahu ni. 
“Tak payahlah malu dengan ayah, Zam.  Ayah tahu Zam pun risau dekat dia, kan?  Telefonlah.  Ayah pun nak tahu jugak dia macam mana dah banyak hari tak jumpa ni…”  Pintu ditutup kembali.
Pak Zaman berlalu dalam senyuman.  Hati Zam hati yang mudah ditelah.  Usah dibohongi.  Dia boleh tahu. 
Adeh… hijau rasanya muka dia bila ayah bertanya demikian.  Tapi, tak kisahlah.  Nombor Isra dihubungi sekali lagi.  Masih tiada jawapan dan bila dia hampir putus asa, asa suara perempuan menyapa di hujung talian.
“Isra?”  panggil Zam.
“Ya, ni telefon Cik Israfil…”
“Ni siapa?”  Sejak bila Isra ada kawan ni?  Dan, macam mana awal pagi ni ada orang lain jawab? Kena curi ke?
“Cik Israfil sekarang masih tak sedarkan diri…”
“Apa?”  Tubuh Zam terangkat. 
“Dia kat mana sekarang?”
“HKL, encik.  Encik ni warisnya ke?  Kalau betul, eloklah kalau encik datang…”
“Ya, saya.  Ya saya…”  Dua kali dia jawab benda yang sama.
Ya saya?  Waris Isra ke dia?  Jeans disarung.  Jaket kulit hitam itu dicapai dan kunci motor juga.  Helmet fullface sudah sedia dikelek. 
“Eh, Zam… nak pergi mana kalut-kalut ni?”  Pak Zaman bangkit dengan wajah cuak.  Tak pernah dia tengok Zam macam ni.
Kali terakhir dulu bila dia hampir dirompak.  Tapi sekarang…
“Apa tak kena Zam?”  Dia dekati Zam yang sedang menyarung kasut. 
“Isra masuk hospital, yah…”
“Astaghfirullah… apa dah jadi?”
“Entahlah, yah.  Zam tak tahu.  Tapi semalam, dia memang nampak sakit.  Cuma bila Zam tanya, dia cakap dia okey…”
“Ya Allah Zam….”  Mengeluh kesal Pak Zaman dengan anak terunanya.  Tak kan tak tahu lagi sikap Isra yang perahsia tu. 
“…sejak bila Isra tu suka mengaku kalau dia sakit?” 
“Ya, yah.  Silap Zam semalam tak berkeras.  Tapi, ayah jangan risau.  Zam pergi kejap.  Nanti Zal call ayah…”  Bahu ayah dipegang dan diusap perlahan.
“Ayah jangan risau ya?”  Zam cuba senyum.
Pak Zaman pegang tangan Zam.  “Bukan ayah yang risau sangat sekarang.  Tapi, Zam yang nampak risau sangat…”
Liur yang ditelan terasa payau dengan kata-kata ayah.  Tangan kasarnya terasa menggigil.  Apa dah jadi dengan aku ni?  Dia pandang tangan sendiri sebelum kembali pandang ayah yang sedang senyum.
“Pergilah.  Nanti telefon ayah,” suruh Pak Zaman.
Tak berkata apa, Zam melangkah keluar.  Motor yahama itu dipanjat dan sekelip mata, dia terus memecut laju dalam kedingin awal pagi. 
Isra… kau degil!  Kau memang suka sakitkan hati aku!  Sejak dulu!  Rasa nak aje dia jerit pada Isra. 
Kelajuan motornya bertambah. 
Tunggu, Isra.  Tunggu! 




SEJAK jam tiga pagi, dia di sini.  Memerhati wajah itu.  Ini pun semua orang pelik.  Kata tak sihat tapi tiba-tiba muncul mencempung seorang perempuan yang terkulai dalam pelukan.  Arel berdiri tegak.  Langsung tak dihirau akan jururawatnya yang juga ada di sisi. 
“Keadaan dia dah stabil, doktor.  Luka dia pun saya dah cuci.  Jahitan dia tak terbuka.  Cuma ada sikit jangkitan.  Cuma, tekanan darah dia masih lagi tak stabil.  Cuma tak bahaya,” terang jururawat tersebut seraya menghulurkan laporan tentang Isra yang masih tak sedarkan diri. 
Pertama kali… Arel lihat rambut Isra.  Andai tidak, Isra suka tutup kepala dengan hoodie.  Rambut pendek seperti seorang lelaki. Lurus dan begitu lembut menyentuh lengan sasanya sewaktu dia gendong gadis ini masuk ke wad kecemasan. 
“Nanti kalau ada apa-apa, panggil saya, ya?”  pesan Arel dalam senyuman penat.
“Iyalah, doktor…”  Hai… memang sah gadis ini istimewa dalam diri Doktor Arel.  Andai tak, tak kanlah sampai sanggup dukung segala. 
“Yang akak senyum ni kenapa?”  Dengan jururawat senior, dia lebih suka panggil kakak.  Rasa lebih mesra.  Lagipun, Kak Meera memang banyak bantu dia. 
“Ni awek doktor, kan?” 
Arel ketawa kecil.  Tak habis-habis lagi gossip rupanya. 
“Akak rasa dia sesuai tak jadi awek saya?” 
Kak Meera pandang Isra yang masih bernafas dengan bantuan oksigen.  Memikir jawapan dengan menilai Isra melalui pandangan mata kasar.  Dia ingat macam mana kalutnya Doktor Arel membawa Isra masuk menerima rawatan.  Dia tahu luka itu kerana pisau.  Andai bukan budak liar, tak kanlah ada orang nak tikam? 
Ingat juga pada parut pada tubuh Isra malah tepi bibir itu juga, luka itu masih nampak segar biarpun sudah dirawat.  Nak digandingkan dengan Doktor Arel?   Memang jauh panggang dariapada api.
Doktor Arel adalah  seorang yang begitu lembut hatinya.  Yang tak lokek dengan senyuman dan tak berat untuk memberi bantuan. 
“Akak tak rasa doktor suka dia.  Doktor memang suka tolong orang.  Akak tahu tu.”
Arel senyum lagi.  Kata-kata Kak Meera dah cukup jelas jawapannya.  Dia kembali tenung Isra.  Nampak tenang lenanya.  Kalutnya dia saat kepala Isra terkulai di atas bahunya… seperti direnggut tangkai jantung. 
Arel peluk tubuh.  Menyangkut stetoskop di leher. 
“Saya nak bayar hutang saya pada dia dengan diri saya, aci tak, kak?” 
“Hah?  Hutang apa?”  Terkejut Kak Meera dengan pertanyaan Doktor Arel. 
“Saya ingat dia berhutang dengan saya.  Tapi, rupanya saya yang berhutang dengan dia, kan.  Hutang yang tak boleh nak dibayar dengan duit ringgit.  Jadi, boleh tak saya bayar hutang tu dengan diri saya?”  Arel kenyit mata.
Mata Kak Meera bulat.  “Jangan carik pasal, doktor…”  Dia pandang pula Isra.  Dahi berkerut lebat.  Tak sesuai!  Hutang apalah hinggalah Arel mahu pertaruhkan diri sendiri ni.
“Agak-agak dia sudi tak terima saya sebagai bayaran semua hutang tu?”  soal Arel lagi dan kali ini lebih pada diri sendiri. 
Suara Isra padanya sebelum gadis itu jatuh pengsan malam tadi kembali berbisik. 
“Kalau lepas ni saya luka atau sakit, boleh saya jumpa doktor lagi?” 
Arel ketap bibir menahan senyum.  Tak nak ketara sangat di mata Kak Meera.  Dia dekati katil Isra.  Membongkok dan menongkat tangan pada birai katil.  Ditilik sepenuh hati wajah Isra. 
Kacak atau cantik… entahlah.  Kacak gamaknya sebab tu adik perempuannya dia tergila-gilakan Isra.  Cantik boleh jadi… kerana itu pandangan mata dia susah nak lari. 

“Ya, Isra.  Usah kata luka atau sakit.  Awak sihat pun, saya nak awak datang jumpa saya,” bisik Arel memberi jawapan pada soalan gadis itu biarpun dia tahu, Isra tak mendengarnya.  

...tobecontinue

10 comments:

  1. wowwww semakin menarik.tq kak rehan ��

    ReplyDelete
  2. Marathon yer rehan....
    Apapun tq byk2 krn up byk bab mlm ni.

    ReplyDelete
  3. Yeayyyy ada extra update mlm ni 😊😆 TQVM rehan 🌹🌷💐 Dr ni pon time isra Xdgr br nk jwb..haihhh..

    ReplyDelete
  4. TQ kak.. Dr mmg baik sgt...

    ReplyDelete
  5. Tp risau pulak... biasanya klu RM marathon bg update maknanya nk dekat abis dh.. 😦

    ReplyDelete
  6. Auch my heart ♡♡♡ tenkiuu

    ReplyDelete
  7. terima kasih sbb sudi update cite baru..keep it up..:)

    ReplyDelete
  8. wahhh .. bagus nya kalu isra dgr tpi nak ke isra tu , arel kne usaha lebih laa

    ReplyDelete
  9. I love you Rehan.. keep it up!

    ReplyDelete