PADA
Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna.
Suami terbaik dan ayah penyayang.
Namun, dia telah lupa. Yang
sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan
manusia. Kerana itu, bila terbukti
Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.
“Abang ada buat
salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia
Airmata
Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan
Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.
“Sofia
nak cakap abang pentingkan diri sendiri.
Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan
sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin
“I trusted you for life time,
abang and this is how you pay me…” - Sofia
Manusia,
hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali
berperang dengan kebencian dalam hati sendiri.
Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun,
dia terima segala ujian. Dia tak akan
biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.
“Apapun
jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih,
sayang…” – Aizudin
Di
saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di
depan mata. Sofia terduduk dalam
tangisan bisu. Aizudin bagai mahu
tersembam menahan beratnya ujian.
“Dia hanya
pinjaman. Sofia relakan dia pergi,
abang…” - Sofia.
“Abang juga
relakan dia pergi…” - Aizudin.
Tak
ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga.
Aizudin memejamkan mata. Menyebut
nama Tuhan berkali-kali. Redha dengan
segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi.
*******
Harga :
SM : RM22 / SS :RM25
Belian di www.karyaseni.my akan ada diskaun RM3 juga penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. (saya tak jual. Tak ada stok)
Permata Hati adalah projek khas yang Karyaseni bagi pada saya. Idea asal adalah daripada Dato Seri Reza Shah. Saya terima skrip dan diberi kepercayaan untuk jadikannya kepada sebuah novel. Jika dibaca, ramai yang kata... bukan Rehan. Tapi, saya tulisnya dengan seluruh kesungguhan dan keikhlasan. Idea asal bukan saya. Tapi, olahan dan perkembangan cerita adalah milik Rehan Makhtar. Cuma, tak lari daripada skrip asal. Insyaallah, ada sesuatu kebaikan di dalam setiap helaian yang kalian belek.
Buku ni tak tebal. Edisi Julai. Dah ada di pasaran. Atau boleh dapatkan di www.karyaseni.my atau di Pesta Buku Selangor ( yang berlangsung sekarang hingga esok - Ahad 7hb Ogos). Dapatkan dengan diskaun menarik.
******
Dan juga, novel Dengarlah Jeritan Hatiku juga Cinta Biar Saja Ada masih boleh di dapati dengan membuat bayaran ke ke akaun Maybank 564342616394 (Blogijau Enterprise). Ini kalau habis, entah bila lagi nak cetak.
YUGASRI
kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup
sendiri di negara orang. Sukar, namun
kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya
melanggar seorang gadis.
Jatuh
cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis
itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.
“Saya bawa bekal
nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak
layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa
aje, Ash?” - Yugasri
Hati
Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga
mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita
dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia
tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga.
Tapi, ujian memintas di depan mata.
Tersenyum mesra.
“Ash,
jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya
buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita
HATI
Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi
memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam
lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima
abang?” – Amri
“Ash dah terima
Abang Am…” - Ashita
Ujian
telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih
antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka.
Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara
baik yang pastinya. Tiada dendam dan
rasa tak puas hati.” - Ashita
Ini
kisah cinta. Cinta anak pada
ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta
kekasih pada kekasihnya. Cinta yang
mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan.
Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.
Hati
Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?
Harga :
DJH
SM RM33 termasuk poslaju utk sebuah buku
SS RM40 termasuk poslaju utk sebuah buku
570ms.
DJH
SM RM33 termasuk poslaju utk sebuah buku
SS RM40 termasuk poslaju utk sebuah buku
570ms.
*******
CINTA
NUR NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang
keluarga. Hanya pada teman-teman, Izue
dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa.
Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik. Hinggalah pada satu hari seperti mana yang
telah takdir tetapkan, matanya dan mata Ariq bertemu.
MUHAMAD
NASHRIQ... Seorang lelaki matang dan
kacak bergaya, pegun saat pertama kali melihatkan seorang gadis cantik memetik
gitar dengan lantunan suara nan merdu.
Melihatkan gaya bersahaja, dia memilih Naqiah untuk menyiasat siapakah
‘Lof’ yang diminatinya tanpa dia sedar, minat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
“Sementara Naqi tak buat apa. Kerja sikit dengan abang sebab abang yakin,
Naqi ada skill mengorat kaum
sendiri...” ~ Muhamad Nashriq
“I’m not a lesbian!” ~ Cinta
Nur Naqiah
Hingga akhirnya, Naqi nekad berdikari bila
keluarga sendiri tidak memerlukannya lagi.
Dalam melakukan kerja Ariq, hatinya belot bila sudah pandai mencintai
lelaki itu. Dia tidak meminta tapi tak
mampu dia larang hingga akhirnya, Ariq sedari, bukan Lof yang dia cinta tapi
Naqi. Tak sanggup melukakan banyak hati
yang disayangi lantas Naqi nekad berlalu pergi.
“I
will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…” ~
Cinta Nur Naqiah
“…satu hari, tidur malam Ariq serta
jaga siang Ariq hanya ditemani dia.
Anak-anak Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya
akan dibinti dan binkan Muhamad Nashriq...” ~ Muhamad Nashriq
Cinta...biar saja ada, kisah hati antara Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq dalam mencari erti cinta di sebalik kasih dan reda orang tua untuk mereka harungi perjalanan mencari rahmat Tuhan. Pada Naqi, cinta bukanlah segalanya namun kasih ibulah yang terutama dan pada Ariq pula Naqi adalah lagu pelengkap melodinya. Adakah hati mereka bakal bersatu dalam mencantumkan lirik dan lagu? Mungkinkah melodi hidup Ariq indah bila dilengkapi dengan lagu Naqi atau pun kisah mereka menjadi sebuah kisah yang perit dengan melodi yang sumbang dan lirik yang pincang?
CBSA
SM RM27 termasuk poslaju
SS RM30 termasuk poslaju
SM RM27 termasuk poslaju
SS RM30 termasuk poslaju
Dan emel nama, alamat, jumlah bayaran, baki jika ada dan jumlah buku ke blogijau@gmail.com
Penghantaran adalah sehari selepas bayaran dibuat.
Penting : Pastikan alamat emel betul.
*******
Satu lagi berita, koleksi mini novel lama saya... Ku Ingin Milikimu, Kerana Sekali Cinta, Untuk Dia dan Subhanallah, Aku Mencintainya akan dicetak semua. Dalam sebuah naskah sahaja. Dengan harga insyaallah RM50 termasuk poslaju dengan ketebalan buku dianggarkan dalam 970ms. Haa... teruja, kan? Buat masa sekarang, stok langsung tak berbaki.
Apapun, sabar menanti. Saya akan update sikit masa lagi. Pada yang berminat, insyaallah ianya berbaloi. Saya tak kata karya saya bagus, tapi kalian membacanya sejak 4 tahun yang lalu. Kalianlah yang layak hakimi saya. Seperti kalian tahu, saya sentiasa memberikan yg terbaik.
wink... wink...
Erti kaseh ? Tknak cetak balik ke 😭😭
ReplyDeleteTak boleh pn beli novel permata hati kt page karya seni tu😞
ReplyDeleteTerbaik RM.
ReplyDeleteMinat kompilasi 4 novel...Terlerai kasih...ada cetakan lg tak?..