Saturday, August 06, 2016

Black Swan 12

HATI Zam terasa sebal.  Lama dia perhatikan tingkah doktor muda itu.  Malah, soalan yang diaju pada nurse, jelas menyapa telinganya.  Hutang apa lelaki itu pada Isra?  Dan, adakah Isra juga berhutang dengan doktor itu?  Jika dia, dia akan lunaskan.  Tapi, dia rasa lain macam.  Cara doktor muda itu berkata-kata, nyata bukan hutang wang ringgit.  Atau kerana lelaki itu Isra luka? 
Sudah… kacau! 
Zam patah balik.  Tidak mahu bertembung dan bila doktor dan jururawat itu berlalu, dia masuk kembali.  Tirai ditarik sedikit.  Menyorok diri sendiri.  Dia tarik kerusi dan duduk di sisi katil Isra. 

Gadis ini nampak begitu lena.  Tapi wayar yang ada pada hidungnya, menggambarkan yang Isra benar-benar tak sihat.  Teruk sangat ni.  Zam beranikan diri menyingkap sedikit kawasan yang doktor tadi maksudkan. 
Dia berdesip kasar dengan wajah yang berkerut.  Sepertinya dia yang disiat hidup-hidup.  Merah matanya menahan tangis.
Sampai macam ni sekali pun kau cakap kau okey, Isra?  Nafas berat Zam lepas.  Teringat hal semalam.  Patut dia paksa Isra.  Tidaklah hati dia begini galau sekarang.  Jaket kulitnya dibuka hingga ke tengah dada.  Sejuknya masih terasa.  Setelah mendaftarkan diri sebagai penjaga Isra, dia terus ke sini. 
Dan… andai Isra tahu status hubungan mereka yang dia tulis dalam borang itu, tentu penumbuk Isra naik singgah ke muka dia. 
“Aku minta maaf, Isra.  Maaf atas keterlanjuran aku dulu.  Maaf herdik kau.  Maaf sebab berkasar dan tak pernah bertanya khabar tentang kau.  Bukan salah kau, Isra.  Tapi, aku lindungi perasaan aku sendiri.  Sebab tu aku layan kau macam kau tak ada perasaan.  Bangun Isra…”  Zam berbisik lemah. 
Tangan yang berbalut sarung tangan itu menyapa belakang tangan Isra.  Diramas perlahan.  Rasa tak nak tinggal Isra sekarang.  Rasa nak dakap jasad Isra.  Dia sentuh luka pada bibir Isra. 
“Sakit betul hati aku tengok kau terbaring lesu ni, Isra.  Aku lagi suka bila kau jaga.  Aku suka muka kelat kau.  Aku suka riak tak berperasaan kau,” sambung Zam lagi. 
Dia lepas tangan Isra.  Membuka sarung tangannya.  Dan hanya memandang saja jari-jemari yang begitu kasar dan kusam.  Kesan kerja kuat.  Patutnya dia hulur tangan dan genggam tangan Isra kuat-kuat sejak pertama kali dulu tapi dia tak buat.  Kali ini, sepertinya dah terlambat. 
Dia tahu siapa Isra.  Isra anak jalanan.  Yang membesar di rumah anak yatim.  Kemudian melarikan diri dan mula hidup sendiri.  Isra yang hampir dirosakkan maruahnya oleh jantan keparat semasa di usia remaja.  Isra yang pernah meringkuk dalam tahanan seketika kerana menikam lelaki jongos itu demi mempertahankan maruah diri.  Isra yang penuh calar luka kerana kekejaman manusia. 
Itu yang dia dengar dengan telinga sendiri saat Isra bercerita pada ayahnya demi rasa terima kasih memberikan pekerjaan dan menyediakan tempat tinggal.  Tempat tinggal yang hanya sekangkang kera.  Atas permintaan Isra sendiri. 
“Kau bangun… aku janji akan layan kau macam puteri, Isra…”  luah Zam penuh emosi. 
Tapi, Isra masih begitu biarpun kelopak mata itu nampak sedikit mengerdip.  Zam pejam mata.  Tunduk.  Melihat tangan itu.  Nak diusap namun dia tahan.  Isra dipenuhi parut ditoreh demi menyelamatkan maruah.  Tak mungkin dia semudah itu untuk usik kulit Isra tanpa lapik. 
Dalam hati, tak sudah berdoa moga Isra kembali putih seperti sediakala.  Dia janji dengan diri sendiri.  Hati gadis ini tak akan disakiti lagi.  Tak akan sekali pun! 
“Aku tak mimpi, kan Zam?”
“Hah?” Mata Zam bulat sebaik saja dia dengar soalan itu cukup sayup menyapa telinganya. 
Wajah Isra ditatap.  Mata itu terbuka perlahan-lahan dan terkatup kembali beberapa ketika sebelum kembali terbuka separuh. 
“Aku tak mimpi, kan?” 
“Kau mimpi apa?”  soal Zam kaget.  Perlu ke dia panggil doktor sekarang?
“Aku panggil nurse kejap…”
“Aku tak mimpi, kan?” 
Soalan Isra buat Zam tak jadi angkat tubuh.  Apa maksud Isra ni?  Tiga kali ulang soalan sama. 
“Kau tak sihat.  Rehat, ya?  Aku panggil nurse…” 
Lemah, Isra menggeleng.  Dia tolak wayar oksigen.  Mula terasa rimas.  Dia masih ingat, bila dia tak sedarkan diri dalam kereta Doktor Arel.
“Aku macam mimpi kau cakap dekat aku, kau nak layan aku macam puteri.  Aku mimpi, kan?”  Soalannya dah berubah makna. 
Zam senyum.  Menggeleng perlahan.  Menafi telahan Isra. 
Isra tak mampu tersenyum.  Maknanya, dia bukan mimpi.  Janji itu memang datang daripada Zam.  Janji yang tak pernah dia fikir sebelum ni dan itu pun daripada Zam? 
“Aku nak balik, Zam…”
“Tak boleh, Isra.  Kau tak sihat.  Kau sihat dulu… nanti aku bawak semua tempat kau nak pergi,” janji Zam.
“Aku tak ada tempat nak pergi, Zam… aku bukan ada sesiapa…”
“Salah.  Kau ada aku.  Dan, hati aku adalah tempat yang kau kena pergi…”  Zam ukir senyuman tipis. 
Dibuang jauh rasa janggalnya.  Melihat Isra yang terlantar, perasaan yang pernah hadir itu, muncul kembali.  Tak pernah pergi sebenarnya.  Cuma dia sorok dengan baik.  Hinggalah ayah yang jumpanya dulu dan sekarang, dia tiada sebab untuk sorok lagi. 
Mendengarkan ayat Zam, Isra nak senyum tapi perut dia masih sakit.  Dia ketap bibir.  Memandang lemah pada Zam. 
“Kenapa tak cakap dekat aku kau sakit teruk macam ni, Isra?”
“Pernah ke kau ambik berat pasal aku, Zam?” 
Zam senyum.  “Sebab tu aku kata, kau aje tak tahu pasal aku, Isra…” 
Dahi Isra berkerut.  Tak faham. 
“Dahlah.  Kau rehat, ya?  Tidurlah…” 
“Kau datang bila?” 
“Baru lagi.  Aku baru tahu lepas Subuh tadi bila aku telefon kau tapi nurse yang jawab.  Dia cakap kau warded.  Ayah aku risau…” Zam jeda. 
“…dan aku lebih lagi risau…”
Wajah Isra kelat.  “Kau pelik, Zam…”
“Patutnya aku pelik dulu lagi. Tapi sekarang pun aku tetap nak pelik dengan kau walaupun mungkin aku terlambat…”  Ya, dia tahu kemungkinan itu ada.  Doktor muda itu ada segalanya. 
Dia siapalah… belajar pun tak habis lagi. 
“Zam… kau…”  Kata-kata Isra mati bila wajah Arel muncul. 
“Eh, ada pelawat?”  soal Arel pelik.  Setahu dia, Isra ni tiada sesiapa melainkan penghuni rumah harapan. 
Dah tu, siapa lelaki segak ni? 
“Syukurlah awak dah sedar, Isra.  Tapi, awak masih sangat lemah.  Rehat dulu.  Nanti kalau betul-betul dah pulih, saya bagi awak keluar, ya?”  pujuk Arel perlahan tanpa memandang pada lelaki yang sedang berdiri di katil Isra. 
Kenapa rasa tak sedap hati ni?  Dia perlu bersaing ke?  Jangan… ini adalah kali pertama dan dia tiada pengalaman untuk bersaing dengan permainan hati. 
“Err… boleh saya tanya, encik ni…”  Arel berpaling pada Zam.
Zam ukir senyum. 
“Saya Zam.  Zamani.”  Tangan dihulur sopan.  Sempat dia menoleh pada Isra.  Mata Isra memandang doktor kemudian tertancap pada dia.
Tanpa senyuman yang pasti.  Entah apa yang Isra sedang fikir.  Susahnya dia nak tafsir. 
“Kawan Isra?”  soal Arel lagi. 
“Saya…”
“Oh, kat doktor pun ada…” 
Mereka menoleh serentak pada suara yang menegur.  Zam kerut dahi.  Arel jongket kening. 
“Carik saya?” 
Jururawat itu menggeleng.  “Carik penjaga Cik Israfil…” 
“Penjaga?”  Dahi Arel berlapis kerutan. 
“Ya, doktor.  Ini tunang Cik Israfil…”
“Tunang?”  Wajah Arel menyeringai. 
Mata Isra sedikit lebar terbuka.  Terkejut yang pastinya.  Andai dia sihat, dia akan patahkan tulang Zam.  Dia pandang Zam dengan pelbagai persoalan. 
“Awak dah bertunang, Cik Isra?”  soal Arel menyembunyikan sebal. 
“Bila saya tanya, awak kata awak sebatang kara.  Tak ada sesiapa…” 
Zam telan liur berkali-kali.  Dia nampak Isra marah.  Tapi, nak marah pun, marahlah.  Dia tak kisah. 
“Doktor, saya…” 
“Tak apa.  Saya lega bila penjaga awak muncul.  Saya lega sangat,” ucap Arel lantas berlalu setelah berjabat tangan dengan tunang Isra. 
Zam duduk kembali.  “Kau marah aku, kan?” 
“Kenapa makin pelik Zam?”  Isra mula rasa sebu.  Airmata dia mula bertakung.  Tak menanti, terus mengalir melalui juring mata. 
Melihatkan air jernih itu menitis buat pertama kali di depan mata, Zam hanya senyum dalam kegelisahan.  Air jernih itu dilap perlahan. 
“Kan aku dah janji… aku akan terus jadi pelik untuk kau.  Aku tahu kau nak marah aku tapi kau kena sembuh dulu.  Lepas dah sembuh, kau boleh pukul aku sesuka hati aku.  Lepaskan semua rasa marah kau pada aku, aku tak kisah.  Sampai lunyai pun, aku tadah aje muka dan tubuh aku untuk kau sepak terajang, Isra.  Tapi, kena sembuh dulu dan lepas ni, aku tak akan biarkan kau ikut kepala kau lagi.  Kau tak sorang-sorang dalam dunia ni, Isra.  Kau ada aku…” 
“Sejak bila, Zam?”  Serak suara lemah Isra. 
“Sejak dulu.  Sebelum aku marah kau pasal kes ayah aku dulu.  Sebelum aku dengar kau ceritakan kisah kau pada ayah aku lagi.  Entahlah…”  Zam gelak.  Dia sendiri takberapa nak cerap sejak bila.
“Sejak selamanya gamaknya, Isra,” tambah Zam sambil terus mengesat titisan airmata Isra. 

Dan, bahu Arel jatuh mendengarkan pengakuan Zam pada Isra bila dia sejak tadi berdiri di katil sebelah.  Dibalik langsir.  

...tobecontinue

25 comments:

  1. aduhhhh ape la zam ni , kacau la .. dh tentu arel x nk ambik tau dh psl isra bila cmni .. dugaaannn

    ReplyDelete
  2. apaaaa nii zam oiii. hahaha tq kak rehan

    ReplyDelete
  3. Tolongla Arel jangn mnyerah kalah plissss..I tahu u can do it
    #teamarel

    ReplyDelete
  4. tak nakkkk!!!!!!kacau la Zam tu...
    please...tolonglah...nk Arel ngn Isra...
    Mr.Arel..pleaseeee jgn mengalahh...ganbatte!!
    #teamareljugak

    ReplyDelete
  5. kenapa cerita nie... dia buatkan aku sedih sngat ..atau aku yg terlebih menghayati?

    ReplyDelete
  6. Aduiii kcau lah zam ni.ksian arel..

    ReplyDelete
  7. Alaaaaaaaa abih tu sape yg isra nk pilih? 😯😦 sian pulak kat arel..

    ReplyDelete
  8. Jodoh tgn tuhan. Arel atau Zam. kali ni Rehan yang tentukan. he he he..
    Please nak si dia......

    ReplyDelete
  9. Huhu....arel @ zam...

    ReplyDelete
  10. Tq utk triple entry ari ni....sedih bila dr sentap bila zam ngaku tunang.gerr

    ReplyDelete
  11. Alaaaaaaaa nk arel. #teamarel
    Rasa xde klik bila isra dgn zam huhu

    ReplyDelete
  12. Alaaaaaaaa nk arel. #teamarel
    Rasa xde klik bila isra dgn zam huhu

    ReplyDelete
  13. #teamarel..israfil mesti ngn izrail..mcm raqib ngn atiq..mcm lailatul ngn qadr😊

    ReplyDelete
  14. alahaiiii...tiba2 pulk muncul org ke3..makin menarik!

    ReplyDelete
  15. Ala....tak sukanya ada pengacau...siiiiibbboooooookkkkkk jer si Zam ni....aduhai

    ReplyDelete
  16. siannya Arel......err....RM, jgn cakap Zam hero si isra....akak dah jatuh cinta dgn Dr Arel nie...tapi kalau Zam pun ok gak...sbb mana blh hero baik sgt....

    ReplyDelete
  17. ala....#teamarel gak

    ReplyDelete
  18. alaihaii.. sianya dr.arel
    sob..sob..
    #arel_vs_zam

    ReplyDelete
  19. suh zam cari orang lain..plisss...
    nak arel....sob..sob...

    ReplyDelete
  20. wahhh..marathon bace cite ni..mmg superb laaa...xpenah xsedih ngn cite kak RM ni...sambung lg sis...kipidap...

    ReplyDelete
  21. Aduiiii....lmbt plak RM nk smbg citer ni..

    ReplyDelete