MATA tua Pak
Zaman memandang Zam. Nampak mendung lain
macam aje. Sejak dulu, kalau balik cuti,
macam itulah perangai Zam. Bukan nak
kata Zam kena paksa turun jaga gerai. Tak…
Zam anak yang selalu dengar kata. Tapi,
entah berapa teballah rasa tak suka Zam pada Isra.
“Kamu ni muncung
sangat dah kenapa, Zam? Kamu bergaduh
dengan Isra lagi ke?” soalnya terbatuk
kecil.
“Eh, tak adalah,
ayah. Nak gaduh kenapa? Dia tu tak salah pun…” Zam menukar channel TV bila masa masih tak
boleh nak lelap.
Kebetulan sampai
rumah tadi, ayah baru bangun nak solat gamaknya. Dia hanya duduk sendiri dan tak lama, ayah
juga duduk bersama dia. Hidup dia hanya
ada ayah. Tak pernah kenal ibu biarpun
ayah kerap kali tunjuk gambar ibu dan bercerita tentang arwah ibu. Ayah segalanya. Apapun, ayah akan dia letak di tempat
tertinggi.
Pak Zaman
kerling Zam. Dah lama sangat Zam simpan
rasa marah pada Isra. Hinggakan ditunjukkan
rasa itu melalui layanan pada Isra. Bukan
Zam tak tahu Isra tu sebatang kara. Entah
mana ibu ayah, Isra sendiri tak tahu.
“Ayah tak tahu
berapa lama lagi Zam nak benci Israfil. Kalau
hal dulu tu, Zam masih simpan dendam… itu bukan salah Isra. Bukan sekali ayah cakap pada Zam…”
“Bukan gitulah
ayah…” nafi Zam.
Fuh… ayah dah
bukak cerita lama dah. Dia pun tahu dia
salah. Cuma perkataan maaf itu tak
pernah terbit daripada celah bibir untuk Isra.
Susah sangat. Bukan apa, tiap
kali memandang wajah ketat Isra, dia
memang rasa nak sakitkan hati Isra tu. Geram
sungguh. Memang jenis tak berperasaan
gamaknya.
“Kalau bukan hal
tu, pasal apa? Apa yang buat Zam layan
Isra macam tu? Dia pun ada hati
perasaan, tau…”
Zam sengih sinis
pada diri sendiri. Kata-kata ayah buat
dia nak gelak… Isra tu ada perasaan ke? Itu
yang dia nak tanya sejak sekian lama. Perasaan
sakit? Perasaan sayang? Atau perasaan cinta?
Tidak! Jauh panggang daripada api.
Isra bukan jenis
itu. Perasaan Isra tak pernah wujud. Sebab tu, biarpun kena tumbuk dan pecah mulut,
dikelar dan ditikam… Isra tetap buat tak tahu.
Tak mengaduh. Tak berkerut
biarpun segaris.
“Isra tu jenis
tak berperasaan, yah. Tak payahlah kita
nak sibukkan hal dia…” Bukan apa,
teringat tadi…
Sakit pulak hati
dia!
“SINI!” Tangan Zam menarik lengan Isra. Kasar.
Isra dekat
dengan dia. berdiri hanya setakat paras
dagu biarpun Isra ni dah kategori tinggi jugak.
Perwatakan yang tak ubah seperti seorang lelaki. Gamaknya, Isra cuba lindungi diri
sendiri. Tak nak jadi perempuan yang
nampak lemah. Lagipun, kelebihan Isra ni
pandai bertumbuk.
Dia pun
kalah!
“Kenapa, Zam?” Isra telan liur. Apa pulak masalah yang Zam nak cari ni? Bukan boleh kira. Suka sangat cari salah dia.
“Kau sakit, kan?”
Dahi Isra
berlapis kerutan. “Kan aku cakap aku
okey…”
“Kau pernah ke
cakap tak okey?” tempelak Zam.
Ada hati cakap
okey. Tengok jalan pun pincang tempang
segala. Zam bertenggek di birai meja. Melangut sikit memandang Isra yang masih
tegak di depannya. Sesekali, dia kerling
dua orang gadis yang memandang mereka. Peminat
Isra!
“Sini, aku
tengok…” Hoodie Isra cuba ditarik tapi
pantas tangan kasar Isra menepis.
“Kau dah gila,
ya?” Soalan ni dah lama dia nak tanya
Zam sejak Zam tak sudah-sudah nak tak suka dia.
Ada masa, tanpa sebab.
“Aku waras
lagi. Tapi, kalau ayah aku ada dekat
sini pun dia mesti mintak aku tengokkan kau dengan keadaan kau macam ni. Kau sedar tak sekarang yang kau ni tengah tak
sihat? Ke kau ni tak berperasaan
sampaikan sakit pun dah tak rasa? Semua deria
rasa kau hilang, ya? Gitu?” Bertubi-tubi dia tembak Isra dengan soalan
tapi gadis ini hanya tenang memandang dia.
Dengan wajah
yang makin pucat yang pasti.
Macam manalah
aku tak tanya, Isra? Kalau raut kau
bagai tak berdarah.
“Jom, aku hantar
balik…” ajak Zam. Dia bangkit.
Menarik tangan Isra tapi gadis itu sekali lagi merentap.
“Aku boleh balik
sendiri, Zam…” Aneh sangat bila Zam
tawarkan diri nak hantar dia balik. Selama
ini, dibiarkan dia kemas gerai sendiri.
Zam pandang
Isra. Jatuh pada bibir Isra. Kesan jahitan itu masih jelas biarpun luka
itu nampak sudah makin surut.
“Kau pergi lagi
rumah harapan tu?” Dia tahu tentang itu
pun daripada ayah.
“Kau tahu?”
Zam sengih
sinis. “Kau aje tak tahu hal aku, Isra!” sinis Zam.
“Dah, jom aku
hantar,” pelawanya sekali lagi.
“Aku dah biasa
balik sendiri, Zam…”
Entah kenapa,
telinga Zam tak dapat menapis kata-kata itu kali ini. Pedih rasanya menerima sindiran daripada
Isra.
“Kau
baliklah. Dah tengah malam. Ayah kau sorang…” Isra terus mengemas saki-baki yang masih
ada.
Zam hanya
memandang. Kau jugak sorang, Isra…
senyuman jengkelnya tersungging kemas. Baru
nak menoleh, suara Isra menyapa. Zam
menoleh. Isra langsung tak
berpaling.
“Jangan berlakon
tunjuk rasa belas kau pada aku, Zam. Pelik
sangat dan aku tak suka bila ada benda pelik dekat dengan aku!”
Halkum Zam
bergerak. Menelan liur yang terasa
begitu kelat. Dia terus menapak tanpa
menoleh lagi.
BILA teringatkan
apa yang dia semalam, patutnya dia terima bila Zam nak hantar dia. Bila keadaan diri begini, rasa kecut itu ada. Andai diserang lagi kali ini, dia tak akan
mampu pertahankan dirinya biarpun sedikit.
Kaki menapak perlahan. Tertunduk memandang
lantai. Melalui kaki lima yang sunyi
menuju ke bilik sendiri yang masih berbaki hampir satu kilometer jauhnya.
Namun, hatinya
berdetak. Tak sedap. Dia tahu dia diekori. Langkah kaki dicepatkan. Dia pusing di balik dinding. Mengepal penumbuk kemas bila dirasakan dia
makin rapat diekori dan demi terasa jasad itu dekat di belakang, Isra menoleh
mencekak kolar baju manusia itu sebelum dia angkat penumbuk tapi penumbuk itu
terhenti bila hampir pada wajah ayu itu.
“Kau?”
Gadis itu sengih
biarpun sedang terbatuk kecil. Menepuk
tangan Isra agar melepaskannya.
Isra laju melepaskannya. Langkahnya terdorong ke belakang dua
tapak. Apa lagi budak ni nak?
“Kau sorang?” soalnya.
Tadi, rasanya budak ni berdua.
“Kawan saya tu
pakwe dia datang ambik…”
“Habis tu kau
buat apa tengah malam ni tak balik lagi?”
“Tunggu awak?”
Okey. Kejap… kejap.
Isra dah pening kepala.
“Ni, aku nak
tanya… kenapa kau suka datang tempat aku kerja tengah-tengah malam eh? Dekat aku nak balik dah? Macam mana kalau kawan lelaki kau hari tu
datang? Tangkap kau? Tak takut ke?”
Gadis comel itu
sengih.
Isra kerut
dahi. Sengih itu nampak seperti
seseorang. Tapi, dia lupa langsung.
“Awak kan ada…”
“Aku?” Jari telunjuk Isra lurus ke wajah
sendiri.
Kau tahu tak
budak… aku ni pun luka dalam. Kalau datang
bahaya lagi, jangan kata nak selamatkan kau… diri sendiri pun tak dapat
diselamatkan.
“Rumah kau kat
mana?”
“Taman Mutiara…”
Kening Isra
terangkat. “Taklah jauh mana. Kau datang dengan apa?”
“Teksi…”
“Balik?”
Bahu gadis itu
terjongket tanda tak tahu.
Isra pandang
sekeliling. Sunyi sangat. Teksi ada tapi boleh ke percaya. Itu yang menjadi persoalan. Dia dibesarkan dengan suasana yang tak dia
ingini. Dia tahu bahaya apa yang
menanti.
“Dah lewat. Bahaya kau balik naik teksi
sorang-sorang. Aku temankan kau naik
teksi sampai rumah kau. Tapi kau kena
janji satu perkara…”
“Apa?” Mata bulat itu bersinar-sinar
kegirangan.
Isra senyum. Betullah… mata itu masa seseorang. Comel betul budak-budak sekarang ni. Tapi, terlalu berani. Itu yang menakutkan.
“Jangan datang
lagi tempat aku kerja. Kalau nak datang
jugak, datang petang. Tak pun, awal
malam. Jangan sampai gerai tutup…”
“Saya tunggu
awak balik kerja…”
Isra sengih
tipis. Budak ni betul-betul tak pandai
tengok orang. Entahlah. Mungkin sebab dia terlalu kempis depan
belakang. Tiada lekuk atau bonjol sana sini.
Dengan perwatakan yang kasar, semua orang salah faham akan dia.
“Tak perlu tunggu. Aku dah biasa balik sendiri. Janji dengan aku. Bahaya…”
Tidak dapat
tidak, gadis itu angguk. Langkah diteruskan. Diikut Isra rapat. Sesekali dengar Isra mengaduh. Dan, dia juga nampak baju-T putih Isra yang
tersingkap di balik jaket itu tumbuh warna merah.
“Awak luka?” soalnya risau. Sebab dia ke?
Hati resah.
“Erm…
sikit. Sebab tu aku tak bagi kau keluar
malam. Takut jadi macam aku,” pesan
Isra.
Dahi gadis comel
itu berkerut. Pesanan itu pernah
menerjah pendengaran dia. Tapi, kenapa
pesanan daripada orang yang pernah membantunya ini kedengaran begitu mesra
berbandingkan pesanan yang selalu dia dengar?
LENA Arel
terganggu bila dia dengar bunyi enjin kereta di depan rumah. Irah! Dia
bergegas bangun. Terlena dalam keadaan marah… hingga tak dapat nak ke
tempat kerja. Mujurlah ada yang sudi
mengganti dan dia juga perlu ganti balik.
Nanti tak adil pada teman-temannya.
Esok, dia akan masuk kerja seharian hingga ke esok pagi pulak. Dua puluh empat jam tanpa henti yang
pasti!
Pintu bilik
dikuak. “Irah ke, ma?”
Mama
angguk. Nak dibuka pintu tapi Arel
larang. Gamaknya, Irah marah sangat
dekat dia.
“Biar Arel
keluar, ma…” Terus dia buka kemeja. Diganti dengan baju-T putih dan rambut yang
berserabai.
Dia keluar
daripada rumah. Pagar automatic itu
ternganga lebar. Nampak Irah sedang
bersembang dengan seseorang yang ada dalam teksi.
“Irah?” panggil Arel.
“Masuk cepat….” Tak guna nak
marah dah. Dia dah letih.
Irah menoleh. Dia tundukkan kepala. “Esok saya datang eh. Sementara saya cuti ni…”
Isra senyum
tawar. Ikut suka kaulah budak. Dia jengul ke rumah banglo depan mata. Anak orang kaya rupanya. Berbeza dengan dia yang tak ada apa.
“Rumah kau
besar. Kenapa tak dok rumah? Tak muat?”
tanya Isra menyindir.
Isra senyum. “Ada dictator dalam rumah ni…” Dia kerling abangnya yang sedang tercegat
menantinya keluar. Kata kerja
malam. Doktor pun boleh ponteng.
“Dok rumah
ajelah esok. Aku tak datang kerja. Aku cuti ada hal,” bohong Isra.
Pandangan mata
Irah tajam. Membohong. Sejak dulu, bila dia ke gerai tu manalah tak
pernah ada. Ada aje selalu.
“Jangan tipu
saya…”
“Ya, aku
tipu. Sebab aku tak nak kau datang. Puas hati!”
Irah telan
liur. Pandangan mata di depannya begitu
tajam sekarang. Hingga dia rasa kecut
sendiri.
“Err…”
“Masuk!” suruh Isra.
Tapi budak ni masih tercegat.
Dia tolak pintu
teksi. Keluar dan berdiri dengan susah
payah menahan sakit. Tangan Irah ditarik
menghala ke pagar tapi langkahnya mati belum pun sempat dia memijak
marmar. Tangan yang menggenggam tangan
Irah, lepas ke sisi. Dia toleh pada
Irah. Mata itu. Senyuman itu…
Kemudian dia
pandang pula ke depan.
“Doktor?”
“Israfil?”
Suara mereka
berpadu dalam kesepian malam.
...tobecontinue
Omoo omoo omooo cpt2 post yg nextny
ReplyDeleteMak ai....pecah rahsia..cerita u best cik RM
ReplyDeleteOmaiiiiii....bersabarla wahai hati😃
ReplyDeleteMcm kenal aje gambar lelaki tu....��
ReplyDeleteHahaha cmn rupa irah bila tau isra tu pompuan? 😁😂
ReplyDelete