PENING kepala
dengan luahan hati Irah. Sejak malam tu,
langsung tak keluar lagi dah. Elok jugak
macam tu. Tak adalah dia risau sepanjang
masa. Tapi sekarang ni, masalah lain
pulak timbul sampaikan Irah marah dia tak sudah-sudah.
“Irah sampai
sekarang tak boleh terima dia tu perempuan, abang…” Tak dapat dia terima hakikat. Terkejut bukan kepalang.
Yang
menyelamatkan dia selama ini adalah seorang perempuan. Perasaan dia mendarat pada tempat yang
salah. Macam mana perempuan boleh
sebegitu gagah dan ganas? Tak boleh
terima dek akal.
“Apa yang tak
boleh terimanya, Irah? Dah dia memang
perempuan tapi abang tak salahkan Irah.
Dengan keberanian dia, perempuan mana tak terpikat. Dia lawan orang untuk lindungi perempuan
lain. Sampai dia luka. Bukan sekali, tapi dua kali. Dan cedera tu parah jugak. Orang yang dia selamatkan mesti rasa
bersalah. Dahlah tak dengar orang
larang,” sindir Arel.
“Abang tak boleh
ke tak sindir Irah?” Bibir diketap
kejap. Abang Arel ni, tak lumor garam
pada luka dia, tak sah gamaknya.
“Irah
terasa?” Arel kerling adiknya
tajam. Dahlah kepala tengah serabut
ni. Irah mendengus.
“Eloklah kalau
Irah terasa. Tapi abang tahu, Irah susah
lagi nak terima nasihat abang. Tak
apa. Abang sabar sampai masa abang menang,”
ujar Arel dan dia terus bangkit daripada kerusi meja makan.
Bercakap dengan
Irah, seperti mencurah air ke daun keladi.
Baik dia pergi kerja. Hati ni,
Isra akan keluar. Itupun dia tahu
daripada Kak Meera bila dia langsung tak jenguk lagi Isra secara dekat. Dia hanya pergi bila gadis itu benar-benar
terlena. Kerana kali terakhir itu,
begitu memeritkan.
“Mama tengoklah
abang tu…” bebel Irah sebaik saja Arel
hilang daripada pandangan.
“Mama dah selalu
tengok abang. Tapi, Irah tu haa…”
“Mama!” Rahang Irah turun naik. Semua orang dalam rumah ni memang sengaja
carik pasal dengan dia. Tak tahu ke hati
dia tengah remuk ni?
“Yang terjerit
dekat mama tu dah kenapa, Irah?” tegur
papa tegas. Sejak tadi hanya jadi
pendengar pada sesi luahan dua beradik ni.
Macam-macam hal.
“Irah yang dah
banyak timbulkan masalah. Betullah cakap
abang tu. Kalau bukan sebab budak
perempuan tu, Irah entah mana-mana sekarang.
Lepas tu boleh pulak nak buat drama aksi-romantik? Tak sedar orang tu perempuan? Tengok… berapa banyak kesilapan yang Irah nak
buat dalam satu masa? Dahlah tak tahu
jaga diri, tak nak dengar cakap orang tua.
Apa nak jadilah Irah ni…” Usai
bersuara, papa bangkit dan terus masuk ke bilik.
Mata Irah
berair. Memandang mama, berharap pada belas
ihsan. Dia benar-benar marah. Rasa tertipu. Kenapa Isra tak cakap pada
dia. Kenapa mesti sampai dia jatuh suka? Kenapa mesti nak ambik berat tentangnya
hingga dia silap faham?
“Tak perlu Irah
nak marah atau menangis. Benda ni bukan
silap budak tu. Semua silap kita
sendiri. Boleh jadi masa inilah Irah
boleh muhasabah diri tentang apa yang dah jadi.
Contoh dah ada depan mata.
Tengok… orang buat baik dekat Irah.
Tapi, sedihnya bila yang buruk terjadi pada dia. Mama tak kata mama suka anak mama selamat dan
anak orang terluka… tapi mama sedih bila Irah tak dapat pandang hikmah di
sebalik semua ni melainkan Irah dok pentingkan perasaan sendiri. Rasa diri terluka kerana jatuh cinta dekat
kaum sejenis tanpa Irah tahu keadaan sebenar.
Susun balik perasaan tu, Irah.
Irah dah besar. Fikirlah tentang
apa yang dah jadi ni. Fikir kesan pada
perasaan budak perempuan tu dan juga perasaan Abang Arel bila dapat tahu
pesakit dia tu cedera sebab bantu adik dia.
Mama dah tak larat nak layan karenah Irah…”
Akhirnya… mama
juga bangkit meninggalkan dia di situ.
Airmatanya terus menitis.
Kata-kata mama dan ayah… sindiran Abang Arel dan juga dia… ya dia. Israfil!
TANPA senyuman, Isra
sekadar memandang pada Zam sebaik saja lelaki itu mendekati bila nurse siap
mencuci lukanya. Zam duduk di hujung
katil bila dia menarik sila. Isra selit
rambut di belakang telinga. Rasa kejap
aje dah panjang rambutnya.
“Kau tak
berniaga ke, Zam?” soal Isra cuba
mencantas senyuman Zam padanya. Tak
lenguh rahang ke mamat ni. Tiba-tiba
jadi mamat jambu padahal dia tu jenis kerikil.
Selama ni, tak
pernah termimpi dia wujud watak kedua dalam diri Zam. Ya, Zam ada personaliti lain yang
berbeza. Zam ni sakit rupanya.
“Taklah…”
Isra
terkebil-kebil bila Zam menjawab. Seronok
sangat membuat analisa dan mendiagnosis tentang Zam.
“Kenapa
pulak? Semalam pun kau kat sini
jugak. Tak kan Pak Zaman sorang? Bapak kau tu tak berapa sihat, Zam…”
“Aku tahu…” Bibir Zam meleret dengan senyum bila melihat
kerisauan Isra pada ayahnya. Padanlah
kalau ayah begitu menjaga Isra sejak dulu.
“…aku tak bagi
bapak aku bukak kedai jugak. Selagi kau
tak sihat…”
“Kenapa?” Isra ukir senyum senget. Terasa hati dia dengan kata-kata Zam. Tak pernah-pernah dan ini julung kalinya hati
dia tercuit dengan kata-kata lelaki ini.
Biarpun dengan
nada yang lembut, entah kenapa tajamnya begitu membelah. Tanpa rasa.
Sedar saja dah luka.
“Yalah. Aku tahu aku ni kuli. Tak patut cuti lama-lama. Gaji pun kau kira hari. Tak kerja, tak masuk pendapatan aku…”
“Isra…” Zam kehilangan kata. Mata bundar Isra dipandang lama. Isra dah salah faham ni.
“Aku tak
maksudkan gitu. Bapak aku sendiri tak
nak bukak kedai. Bukan masalah kau kuli
tapi sebab kau tak sihat. Dan paling
penting siapa nak jaga kau kalau aku bukak kedai? Tak menang tangan aku nak ke hulu hilir. Mana nak tengok kedai lagi, kau lagi…”
“Aku tak suruh
kau datang sini, Zam. Aku boleh jaga
diri…”
“Memang aku
percaya kau boleh jaga diri. Tapi,
masalahnya aku tak percaya diri aku sendiri.
Tak tengok dengan mata kepala aku, aku tak percaya, Isra…” Mendalam maksud yang Zam cuba sampaikan tapi
entah mampu mencapai dasar hati gadis ini, dia sendiri tak tahu.
Cuma, dia tak
nak terlalu memaksa. Perasaan dia
bergelora dan mengganas hendak keluar sebaik saja tahu Isra sakit. Andai tidak, dia masih hebat menyembunyikan
kenyataan yang hati dia dah lama dimiliki oleh Isra. Kerana itu dia bujang sampai sekarang. Teman wanita pun tak ada. Nak pandang perempuan lain pun dia tak
lalu.
Dalam diam, Isra
cuba mencerna kata-kata Zam. Disebalik
tutur kata itu, dia tahu Zam sedang sembunyikan sesuatu yang dia sendiri tak
boleh nak cerap. Bimbang menyimpang
nanti.
“Kau nak makan
apa-apa tak sebelum waktu melawat habis ni?”
soal Zam. Sejak pagi dia di
sini. Ini dah petang. Kena balik
dah.
“Kau tak bosan
ke datang jenguk aku hari-hari?” tanya
Isra tanpa mempedulikan soalan Zam.
“Atau kau yang
bosan tengok muka aku muncul depan kau hari-hari?” Zam pusing soalan.
Isra
mendengus. Marah sebenarnya tapi dia
tahan.
“Aku pelik…”
“Pelik tengok
layanan aku pada kau?” duga Zam.
“Kau suka
aku?” soal Isra tanpa beralas. Sekali lagi, soalan Zam tak dilayan.
Zam senyum
tipis. Bangkit. Menyorok kedua tangan dalam poket jeans lusuh
yang dipakainya. Diisyaratkan agar Isra
melunjurkan kaki. Bila gadis itu
menurut, selimut putih itu ditarik hingga menutup ke peha Isra.
“Kenapa
Zam?”
Zam masih
menyepi. Dibetulkan selimut agar
betul-betul menutup kaki Isra.
“Kenapa
sekarang?”
Zam kaku. Kenapa sekarang? Entahlah… adakah dia baru temui
kekuatan? Atau dia berperang dengan rasa
takut kehilangan di saat orang yang dia sayang hampir melayang nyawanya? Kenapa sekarang? Bila Isra dah temui seseorang yang
betul-betul mengambil berat tentangnya?
Kenapa tidak dulu di saat gadis ini begitu berjuang untuk hidup dan cuba
mendekati dia tapi dia… dengan begitu kejam membina tembok yang begitu
tinggi?
“Kenapa
Zam?” Pertanyaan ISra kali ini
kedengaran sedikit lain. Suara itu
serak. Zam jatuhkan pandangan. Memandang Isra tanpa berkelip. Birai mata gadis itu nampak basah.
“Tak ada sebab,
Isra. Kalau ada pun, mungkin ayah aku
anggap kau macam anak dia. Bila kau anak
ayah aku, bermakna kau macam adik akulah kot… tambah pulak kau sekarang dah ada
seseorang yang betul-betul ambik berat pasal kau. Boleh jadi aku cuma nak jalankan
tanggungjawab aku sebagai abang pada kau buat kali pertama dan terakhir…” jawab
Zam.
Entah apa yang
dia cakap. Macam mana dia mahu tukar
perasaan dia pada Isra sekelip mata.
Tapi, melihatkan cara Arel memandang Isra… lelaki itu sukakan Isra. Isra juga sama. Dan dia, tak perlu menjadi orang ketiga yang
menjahanamkan perasaan dua pihak.
“Jadinya…
betullah…”
“Apa yang
betul?” Zam jongket kening.
“Aku memang dah
salah faham dengan layanan kau pada aku?”
Bergetar suara Isra saat ini.
Rasa nak ditampar wajah Zam.
Memang pelakon terbaik. Manusia
plastik!
“Aku tak suruh
kau salah faham. Tapi, kau yang…”
“Diam,
Zam!” Isra ketap rahang.
“Isra…”
“Pergi dan
jangan toleh lagi…” Hati dia, begitu
sakit sekarang. Elok lagi sebelum ni
bila Zam marah dia tak sudah-sudah. Dia
tak pernah simpan dalam hati tapi, bila mengaku yang dia ini tunang… sekarang
apa dah jadi?
“Daripada cara
kau marah aku ni Isra…” Zam jeda. Dia kembali bertenggek di hujung kaki
Isra. Berat sungguh kakinya nak
melangkah balik.
“…entah kenapa,
otak aku tafsir yang kau kecewa dengan apa yang aku cakap tadi. Betul tak?”
Senyuman senget Zam koyak pada hujung bibir.
Isra kerut
kening. Terngadah buat kali kedua dengan
kata-kata Zam. Kali pertama dulu bila
Zam menuduh dia menjadi sebab Pak Zaman disakiti. Cuma, kenapa emosinya begitu berbeza.
Sama tapi tak
serupa. Jadi, inilah rasa itu
rupanya.
“Jangan pandang
aku gitu, Isra… pandangan kau tu buat aku terus terikat dekat sini…” usik Zam.
“Ehem…” Isra berdeham panjang.
Soalan Zam tadi,
gamaknya betullah kot. Entahlah. Berbicara dengan hati sendiri yang sengaja
dia matikan ini, jawapannya begitu kabur.
“Betul kan kau
kecewa?” Zam terus menggiat.
Isra tunduk. Memainkan jari-jemari sendiri. Hilang kosa kata dengan soalan Zam yang
tiba-tiba ni.
“Aku tak rasa
aku kecewa pun, Zam. Untuk apa aku nak
kecewa? Kau bukan sesiapa pada aku. Kau benci aku. Kau tak pernah suka aku… kau…” Pandangan mata mereka berlaga. Suara Isra disekat dalam rengkung.
Zam sekadar
memerhati dia tanpa perasaan. Dia juga
sama.
“Pernah tak kau
sekat perasaan dalam hati kau, Isra? Sampaikan
lain yang kau rasa, lain yang terluah? Kau
pernah tak rasa perasaan macam tu, Isra?”
Perbualan mereka berubah serius.
Isra ketap
bibir. Pernah…
“Jika pernah,
rasa tu untuk siapa? Dan, mesti kau ada
sebab kau cuba matikan perasaan yang baru nak subur tu, kan?” Sekali lagi Zam menyoal.
Dahi Isra pula
bersusun kerutan. Untuk orang depan dia
ni dan ya, memang bersebab. Sebab dia
sedar diri.
“Apa yang kau
cuba nak cakap ni, Zam?” Akhirnya, dia
bersuara. Cukup perlahan.
“Aku…”
“Ehem… maaf kacau pasangan sejoli ni…” Arel muncul tiba-tiba. Tersenyum tipis.
Suara Zam
mati. Pantas dia bangkit. Isra juga beralih pandangan pada Arel. Dah banyak hari dia ada dekat hospital, tapi
baru beberapa kali Arel datang menjenguk dia.
“Okey… luka awak
dah beransur baik. Awak pun dah tak
demam. Dah nampak sihat. Nak keluar tak, Cik Isra?” soal Arel ceria.
Isra angguk
perlahan. “Hari ni, boleh?” Dia dah tak sabar sangat dah. Tentu nenek risau separuh mati bila dia
berhari-hari tak muncul dekat rumah harapan.
“Kenapa nak
cepat sangat? Tak sabar, ya?” Sempat Arel kerling Zam yang menyepikan
diri.
Gamaknya, Isra
dah rindu sangat nak lepak dengan tunang tersayang. Dah berpunya tapi berlagak macam tiada
sesiapa. Hingga dia pun tertipu. Belajar tinggi-tinggi tapi sudahnya ditipu
oleh nafsu dan perasaan.
“Err… saya tak
selesa ada dekat hospital lama-lama…”
jawab Isra.
Arel senyum dan
mengangguk. Berat dia nak lepaskan Isra
keluar kerana luka itu masih perlu dipantau tapi tak apalah. Buat apa nak direnggut milik orang.
“Saya discharge
awak hari nil ah,” ujar Arel sambil memberi isyarat pada seorang nurse yang
berdiri di sisinya.
“Eh, doktor… tak
apa ke?” Pelik pulak Zam dengan
keputusan doktor ni.
“Tak apa. Lagi bahaya kalau Cik Isra ada dekat wad
lama-lama sangat…”
Dahi Zam
berkerut. Kening Isra hampir bertaut. Arel senyum sambil mencatat sesuatu.
“Bahaya sebab
takut saya rampas tunang orang aje…”
ujar Arel separuh berbisik sebelum dia berlalu dalam senyuman yang sukar
dimengertikan.
Arel pandang
Isra yang masih merenung belakang tubuh Doktor Arel. Dia tersengih sinis pada diri sendiri. Zam
seperti dengar hati Isra berbisik namun sayang, bukan namanya yang
disebut-sebut. Aku memang dah terlambat
Isra. Dah terlalu lambat.
...bersambung
IKLAN:
Dengarlah Jeritan Hatiku / Cinta Biar Saja Ada masih boleh dibuat ke akaun Maybank 564342616394 (Blogijau Enterprise).
Harga :
DJH
SM RM33 termasuk poslaju utk sebuah buku
SS RM40 termasuk poslaju utk sebuah buku
570ms.
DJH
SM RM33 termasuk poslaju utk sebuah buku
SS RM40 termasuk poslaju utk sebuah buku
570ms.
CBSA
SM RM27 termasuk poslaju
SS RM30 termasuk poslaju
SM RM27 termasuk poslaju
SS RM30 termasuk poslaju
Dan emel nama, alamat, jumlah bayaran, baki jika ada dan jumlah buku ke blogijau@gmail.com
Penghantaran adalah sehari selepas bayaran dibuat.
Penting : Pastikan alamat emel betul.
Kejam tak kalau nak mintak zam undur diri.. ��
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy pun nk suh Zam undur diri ... huhu
ReplyDeleteSis nk tanya ada lagi tak novel suami tak ku hadap? ��
ReplyDeleteNk suruh isra buat keputusan pon payah jugak..sbb both guys Xpnah betul2 luahkan perasaan secara terang. Ni dua2 nk undur diri pulak.. sian isra 😦
ReplyDeletethx rehan for the update.moga diberi kekuatan dan ketabahan 🌹🌷
siapa la yang bertuah dapat isra ni??huhu
ReplyDeleteLama xlayan black swan...makin mencabar minda..sian isra..zam pun suka buat keputusan mcm tu,nape tulis tunang..nnt mesti isra buat xthu jer n xjelaskan kat arel...harap nnt irah dtg jumpa isra n tny khabar
ReplyDeleteKesian Arel...kesian gak Zam...tp sbb mcm Arel yg muncul dulu sebagai penyelamat..so nk Arel yg jd hero cite ni...( teringat watak Nine dlm 'Hanya Ingin Kau Cinta' )
ReplyDeleteMini novel ni nak habis kat blog or nak buat versi cetak akak?
ReplyDeleteKesian nya dekat zamm
ReplyDeleteAssalammualaikum...sebenarnya hari tu nak tanya psl mini novel cinta biar sj ada sbb kali prtama terlepas pandang iklan yg ada tu,sekarang nk tanya mini novel yg masih dlm smpanan rehan tajuk apa yg masih ada?
ReplyDeletenak sambungan....semua novel akak RM mmg terbaikkk lah...
ReplyDelete